[13SX] 3 Jam Non-Stop!

Kisah malam Selasa, menurut pemerhatian aku, time malam masih ramai yang belum melakukan proses peniduran. Dan adalah lebih baik jika diselangi dengan cerita PANAS!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah tidor?

Belum? Mari layan cerita! Tapi sebelum itu, hari tu ada juga post pasal entry panas.

Lucah! Cerita Malam Pertama! - Nikmatnya Sampai Ke Titisan Terakhir!

Kisah 3 Beradik Kahwin Serentak [13SX]

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan.

Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing. 

Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah.

Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media.

Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas “STANDARD CHARTERED“. Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi ” BESAR, TEGUH, PERAMAH”, maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana? Fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia.

Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek saja, “NESCAFE“. Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya iklan tersebut,..berbunyi,? “NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR“. Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy.

Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka? "anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku pun?"

Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi “Beep, beep” tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas itu berbunyi?. “CATHAY PACIFIC” Dengan segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbuny,? “7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!”

****************************************

Jangan nak kotor sangat fikiran! Hehe! :)

Entry copy paste dari blog FairuzMokti.

Wassalam! :)

Digi Iphone 4Showdown Blogging Contest Result - by Nuffnang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yet, the result has revealed!

Congratulation to all winners!

Change language.

Seperti mana yang kita tahu, I mean 'Kita' tu merujuk kepada para blogger yang bernaung di bawah iklan Nuffnang, Nuffnang dengan kerjasama Digi Malaysia telah menganjurkan satu peraduan (contest) untuk mendapatkan Iphone 4S secara percuma!

In Memories :(


Siapa tak nak?

Before that, kindly do visit my entry regarding to this contest.



Unfortunately, I'm not the lucky one. Because the winners are:

1. Jackie Loi Wing Hong


2. Mohd Syafiq Naim bin Mohd Zabidi


Yet! I've visited their post.

Hoho! Super awesome! I never thought to make such creative post. Eh, I have no time to do that. Hehe! #alasan

So, lastly, once again, congratulation to both winners! Translate: Tahniah Kepada Pemenang Contest Iphone 4S by Nuffnang associated with Digi Malaysia! :)

And to Nuffnang and Digi, thanks for make me TABAH. Hewhew! :)

Wassalam!

Elaun RELA Naik RM2 Sejam

Semalam, baru sahaja selesai kita menyaksikan Anugerah Juara Lagu (AJL) 26 dan menyaksikan Hafiz dengan lagunya yang bertajuk Awan Nano, menggondol Juara AJL 26. Superb! Suara membuatkan bulu roma, bulu dada, bulu ketiak, dan bulu ari-ari menegak! #sentap

So, tetap berpuas hati dengan kemenangan yang dikecapi oleh beliau. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. #berangan blog kena baca

Demikian lah mukadimah yang penuh dengan ke-erk-an.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berbalik kepada tajuk asal yang ingin dibawakan, Berita Semasa akan sentiasa dibawakan khas kepada para pembaca setia blog Syafiq Ahadin, personal blog, macam-macam ada! #hyperbola

Elaun RELA Naik RM2 Sejam

SERDANG: Berita baik bagi kira-kira 2.8 juta anggota dan pegawai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di seluruh negara, apabila kerajaan bersetuju menaikkan elaun bertugas mereka sebanyak RM2 sejam. 



Kenaikan itu membolehkan anggota RELA menerima elaun RM6 sejam berbanding RM4 sekarang, manakala Ketua Platun menerima RM7.80 berbanding RM5.80 sebelum ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang membuat pengumuman itu berkata kenaikan berkenaan membuktikan kerajaan prihatin dan mementingkan kebajikan rakyat serta sentiasa mendengar permintaan mereka.
“Saya sudah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan permohonan RELA untuk kenaikan elaun itu boleh diluluskan segera,” katanya berucap merasmikan Perhimpunan Perdana RELA sempena sambutan ulang tahun ke-40 ikatan itu yang dihadiri 30,000 anggota dari seluruh negara di sini, semalam. 

Terdahulu, Najib berkata RELA bakal menjadi sebuah organisasi lebih tersusun, berintegriti dan berwajah 1Malaysia selepas melalui proses transformasi yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. 

Katanya, bagi tujuan itu, satu akta baru sedang digubal dan akan dibentangkan di Dewan Rakyat, tahun ini. 

“Akta baru akan memperluaskan peranan dan fungsi RELA, sekali gus menghapuskan tanggapan orang ramai anggota RELA hanya sebagai pembantu dalam mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara. 
“Anggota RELA akan membantu menjayakan program transformasi yang dicadangkan kerajaan dan bersama-sama mempertahankan agenda negara kerana ancaman baru boleh timbul, termasuk secara halus yang boleh menggugat kepentingan negara. 

“Jika ada ancaman jenayah atau masalah berkaitan perpaduan, RELA ada di situ bersama pasukan (keselamatan) lain. RELA perlu lebih dekat dengan rakyat dan bukan sekadar di majlis tertentu saja,” katanya. 

Najib menggesa anggota RELA supaya terus berada di belakang kerajaan untuk mempertahankan keamanan negara dan tidak membiarkan pihak lain mencalar imej negara. 

“Kita mahu keamanan terus terpelihara. Jangan sesekali menimbulkan huru hara kerana tiga juta anggota RELA tidak rela negara berada dalam keadaan kucar kacir,” katanya.

Sumber: Bharian

Well, kepada mereka yang join RELA, tahniah dan bersyukurlah sebab rezeki dah bertambah!

Cuma satu, bila kerajaan bagi duit, akan mula lah kedengaran suara-suara berkumandang, pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjengah tak lama lagi, ini semua adalah agenda Kerajaan untuk mendapatkan undian.

I'm not Pro-Kerajaan or Pro-Pembangkang. But then, ambil saja lah rezeki itu, dan bersyukurlah kepada Allah, mengadulah kepada Allah agar segalanya berjalan dengan lancar. InsyaALLAH kebenaran pasti terserlah. #merepek

Tontonlah video Anwar Hadi yang bertajuk #18 Pro-Common Sense dan video Matluthfi yang bertajuk Lalang. Ambil iktibar. Respect them!

Wassalam!

p/s: Kuliah! Tensyen! Cuti dah habis!

Keputusan Penuh AJL 26 Anugerah Juara Lagu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 26 baru sahaja melabuhkan tirai sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang!

Sumber: Blog Mohd Isa


Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 26


1. Juara AJL 26 (Keseluruhan)


Awan Nano - Hafiz
RM35000


2. Naib Juara AJL 26


Beribu Sesalan - Tiga Suara
RM15000


3. Tempat Ketiga AJL 26


Karma - Faizal Tahir
RM12000


4. Persembahan Terbaik


Kisah Hati - Alyah
RM10000


5. Vokal Terbaik


Awan Nano - Hafiz
RM10000


6. Anugerah Khas Mobile Celcom (I'm not really sure about that. Haha!)
Sedetik Lebih - Komposer KRU (Makan banyak semut. Dah lupa. Haha!)




Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para pemenang!

Senarai Peserta AJL 26 Anugerah Juara Lagu

  1. Kalau Berpacaran (Shohaimi, Ana Raffali dan Altimet)
  2. Karma (Faizal Tahir)
  3. Penakut (Yuna)
  4. Sedetik Lebih (Jacklyn Victor)
  5. Awan Nano (Hafiz)
  6. Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
  7. Wanita Seluruh Dunia (Project Pistol)
  8. Beribu Sesalan (Ning, Shila dan Jacklyn)
  9. Kekanda Adinda (Atilia dan Monoloque)
  10. Sungai Lui (Aizat)
  11. Kisah Hati (Alyah)
  12. Gadis Semasa (Yuna)

Anugerah Juara Lagu AJL 26 pada kali ini bersiaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil bertemakan Air dihoskan oleh FBI dan Cheryl. #mantap

Lagu paling best! Argh! Semestinya Beribu Sesalan! Awan Nano pun boleh dibanggakan. Dan Sedetik Lebih. Oh! Suka genre Ballada!

#untunglah sesiapa yang dapat pergi tengok.

Dan semakin #untunglah kepada sesiapa yang pergi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus!

Sekian!

Movie Review: The Exorcist (Scariest Movie of All Time)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini, hari Ahad. =="

Sambung pasal movie review. Sekarang, walaupun exam tinggal dua minggu sahaja lagi, but it's hard for me... untuk tinggalkan laptop yang noob ini. =="

So, seperti tajuk di atas, akan buat review pasal cerita The Exorcist.



Jemput singgah


Sinopsis

Awal mula, movie ini merupakan sebuah filem lama yang ditayangkan pada tahun 1973 (belum lahir lagi). Filem ini pada awalnya berlatarkan tempat di Iraq. Lebih mengejutkan, awal movie ini ada laungan Azan (seruan untuk menunaikan solat for the Muslims).

Jalan cerita, seorang Father (paderi) ini dia ikut aktiviti pemecahan batu (gali tanah. Argh! I don't know actually what they've done. Haha!). Sampai satu ketika, salah seorang pekerja menjumpai barang kemas, ring-like object, dengan patung ukiran kecil. Tanpa disangka oleh si Father tersebut, patung tersebut ada sumpahan yang hebat, yang menyebabkan seseorang itu dirasuk.



Watak yang kena rasuk ialah seorang budak perempuan berusia 12 tahun (so cute). Dia kena rasuk tanpa sebab. But I guess dia main-main dengan satu patung ukiran. So, memang kena lah.

Then... argh! Tak tau dah nak sambung apa lagi! Muahahahaha!

Proceed to........

Komen

  • Terkejut juga bila awal-awal movie ada Azan berkumandang.
  • Lama betul nak tunggu scene yang menyeramkan. Malangnya tiada. Haha!
  • Part doktor nak rawat budak perempuan tu, memang seksa tengok! Sebab awal-awal tu diorang tak tau lagi dia kena rasuk. Tambahan, family diorang Atheis. No religion. No belief. But at last they believe.
  • Seram sikit kalau tengok sorang-sorang.
  • Tengok sendiri lah.


Kepada yang tidak mengetahui apakah itu exorcism, exorcism adalah proses mengeluarkan makhluk halus yang merasuk badan seseorang. Like in Islam, ada pengamal perubatan Islam. Haa! Camtu lah. Dalam Islam, kita akan baca Ayat-ayat Suci Al-Quran, laungkan Azan dan bermacam lagi.

Dalam agama Kristian, kitab Bible akan dibaca (in Latin version) oleh paderi yang tinggi darjatnya. Dengan menggunakan Holy Water. Selanjutnya, kaji sendiri. Dah banyak kali dah search pasal benda ini.

Dan, secara keseluruhan. Bagi rating.

3/5

High expectation kot. Tu lah tak best. Mungkin time zaman 1973, ini lah movie paling seram. Tapi sekarang dah tak seram. Haha!

Done reviewing!

Another reviewed movie:
  1. Jack and Jill
  2. The Darkest Hour
  3. Underworld Awakening
  4. Puss In Boots 3D
  5. Twilight Saga - Eclipse
  6. Shark Night 3D


Wassalam!

Fenomena 'Suara Dari Langit' Akan Dijawab Minggu Depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini hari Ahad. Last day mid-sem holiday. Pejam celik pejam celik, eh, dah nak masuk Februari dah.

Berbalik kepada tajuk asal, kerajinan melampau untuk online sehingga hilangnya semangat belajar (tolong aku weh!) sampai terjumpa berita pasal ini.

Sebelum itu, pasal fenomena 'Suara Dari Langit', kepada sesiapa yang tak tahu menahu, atau saja tak nak ambil tahu, boleh lah cek di Bunyi Aneh di Kota Samarahan.

Sumber: MyNewsHub


Berbalik kepada tajuk asal.

Fenomena 'Suara Dari Langit' Dijawab Minggu Depan

PETRA JAYA: Kejadian aneh ‘suara dari langit’ yang menggemparkan penduduk sekitar Kota Samarahan dekat sini pada 11 dan 12 Januari lalu, akan terjawab minggu depan apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan hasil siasatan pakar mereka.

Timbalan Menteri, Sains dan Teknologi, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya yakin kejadian aneh itu mempunyai penjelasan dari sudut saintifik yang dapat diterima semua pihak, sekali gus menolak beberapa andaian tidak logik. 

Katanya, rakaman dan temu bual dengan penduduk yang mendengar suara aneh itu dibuat pasukan penyiasat dari Kuala Lumpur dengan jawatankuasa kementeriannya sedang menilai perkara berkenaan.
“Keputusan rasmi mengenai kejadian berkenaan akan dibuat oleh pihak MOSTI minggu depan selepas semua siasatan termasuk mendengar kembali bunyi aneh itu oleh pakar, dilaksanakan.

“Laporan awal mendapati kemungkinan besar bunyi berkenaan berpunca daripada pendandang kilang sawit milik FELCRA di Samarahan dengan pengesahan lanjut akan dibuat selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Petra Jaya, di sini, semalam.

Baru-baru ini, penduduk di sekitar Kota Samarahan mendengar bunyi aneh antara jam 1 pagi hingga 5 pagi pada hari berkenaan dan ia mencetuskan pelbagai andaian penduduk di negeri ini dan tersebar dalam Youtube. 

Sumber: Bharian

*************************************************

Nak bagi komen sikit. Pasal hari Jumaat yang lepas, solat Jumaat. Tapi biasanya sebelum khutbah dimulakan, akan disampaikan tazkirah daripada penceramah jemputan, biasanya dari UM lah sebab dekat kan.

Then, dia ada cakap juga pasal fenomena aneh yang hangat ini.

Sometimes, and maybe everytime when we heard about 'fenomena pelik' or 'fenomena aneh' or 'fenomena ganjil', semua orang akan sibuk berbicara berkaitan dengan Kiamat, Dajjal, dan sebagainya. Jemput baca entry KeretaMayat yang bertajuk 2012 itu Kiamat? Dan entry Ada Apa Dengan 1 December?

Masih ingat, bila kejadian ini berlaku, punggung panas tak boleh duduk diam. Asyik nak bertaubat (bagus lah tu) dan terus ingatkan keluarga yang berada di perantauan dan sebagainya. Inilah kebaikan apabila fenomena aneh ini berlaku.

Dikatakan, pada hari tersebut, bukan di Kota Samarahan, Sarawak sahaja yang berlaku kejadian sedemikian. Namun ada 18 buah negara lagi mengalami kejadian yang sama. Sumber, penceramah Hari Jumaat itu. Percaya sahaja. Haha!

Tambahan pula, seperti kejadian dulu-dulu. Pasal seorang manusia yang diubah menjadi Babi, kecoh satu kampung, sampai surau masjid penuh dengan manusia. Even solat Subuh, macam solat Jumaat sebab takut jadi Babi. Tapi kalau jadi Lembu tak takut pula. Lembu dan Babi sama. Cuma Babi haram makan, Lembu boleh dimakan. Hehe!

Apa-apapun, kadang-kadang, saintis suka buat teori yang merapu dan bikin panas. Beberapa hari lepas ada tengok filem The Exorcist - Scariest Movie of All Time (padahal tak bikin takut pun. Maybe, high expectation), doktor yang merawat pesakit yang kena rasuk itu, cucuk sana cucuk sini. Duh! Sakit! Nak scan otak, but then, nothing has changed. Getting worse ada lah. Bila bawa jumpa paderi baru lah dapat selesaikan masalah tersebut. Tapi yang best cerita ini dimulakan dengan Azan. Huhu!

Ni lah dia yang kena rasuk.


Last but not least, kita sebagai manusia biasa yang tidak punya apa-apa, hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan kita sejagat. InsyaALLAH di lain hari kita bertemu lagi. Tunggu dan lihat sahaja apa keputusan yang akan diumumkan kelak.

Wassalam!

Twitter Akan Berfungsi Seperti Facebook Bermula 1 Februari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Oleh kerana diri ini sangatlah kebosanan yang teramat sampai tahap gaban, sampai Google + pun sudah buat. Haha!

Kindly add me into your circle. Click HERE! Thanks.

Laman web sosial yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dunia (terasa hyperbola pula) iaitu Twitter, yang kini berada pada kedudukan ke 9 menurut laman web Alexa Ranking, kini akan menjadi seperti Facebook.

Bagaimana Pula?

Twitter akan membangunkan platform kepada para pengusaha internet (I don't know actually to translate from English to Malay. Haha!) untuk mempromosikan produk dan brand mereka.

Like Facebook, kita boleh create page untuk mempromosikan barang-barang berjenama kita. Seperti page Vintage Instinct, page promosi produk untuk barang-barang 'hand-made' dari Indonesia yang bermutu dan berkualiti tinggi. (Actually my Aunt own this page. Hehe! Kindly visit.)

So, di Facebook pun akan ada background yang membawa kita ke pautan (permalink) ke sesebuah website. Faham?

Buat-buat faham saja lah. Like dalam blog ini, di bahagian atas ada page untuk ke bahagian Home, About Me, dan sebagainya. So, macam tu lah juga Twitter nanti. Macam sekarang, dekat Twitter, ada Home, Mention, Profile tu semua kan. So, harap ada faham sikit. Hehe!

Nampak bahagian tepi sebelah kiri? Yang bawah botol Coca-cola tu. Tu lah page.


Kepada para peniaga (internet marketing I mean), bersedia lah! Kepada blogger, boleh lah promote blog. Hahahahaha!

Last but not least, Follow me on Twitter: @syafiq_ahadin

Thanks!




Wassalam! :)

Bengong #16 Please! Help Me!

Berkenaan entry paling terbaru semalam, iaitu Cerita Malam Pertama, I can make a conclusion, memang kita suka baca yang lucah. Patut lah banyak berlaku kes rogol, buang anak, zina dan sebagainya. Sebab fikiran dah kotor. Huhu! Taubat atau TauBUAT? Huhu!

So dah kotorkan fikiran itu, kena lah bersihkan semula.

Jemput baca.


Anyway. Hari ini hari baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini nak post pasal dapatan dari facebook juga.

Tapi memang bengong!

Enjoy! :)

********************************************

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”

Bayangkan je lah camni.


Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..

“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..

“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya! ?” tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”.

********************************

Koleksi Bengong, klik dekat atas sana, Bengong.

Thanks.

Wassalam!

Lucah! My First Time!

Yeah! It'll be great for those yang tak tidur lagi. Memang malam-malam macam ini sesuai cerita dengan entri yang berunsur LUC** sedikit.

Layan!

Sebaik sahaja Linda baring, dia mula merasakan otot-otot anda mula menegang. 

Linda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi lelaki itu enggan menerima alasan Linda bahkan semakin merapatinya.



Lelaki tersebut bertanyakan adakah Linda takut. 

Tetapi dengan berani Linda menggelengkan kepala. 

Jari- jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. 

Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. 

Semakin dalam dia menusuk semakin kuat Linda mengerang. 

Tetapi lelaki tersebut masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. 

Dia merenung jauh ke dalam mata Linda dan mahu Linda percayakannya. 

Ini bukanlah kali pertama bagi lelaki. 

Dia terus tersenyum dan Linda memberi lebih ruang masuk kepadanya. 

Linda mula merayu agar dia mempercepatkannya. 

Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar Linda merasakan kesakitan yang paling minimum.

Semakin dalam tusukkannya semakin Linda merasakan tisu-tisunya koyak!

Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. 

Lelaki tersebut merenung kepada Linda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?

Mata Linda direnangi deagan airmata tetapi Linda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.

Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. 

Terus keluar masuk. 

Tetapi Linda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. 

Beberapa ketika kemudian Linda merasakan sesuatu memancut dan lelaki itu mengeluarkannya dari Linda. 

Linda terbaring dengan wajah yang pucat. 

Lelaki itu menghamparkan sekuntum senyuman kepada Linda dan mengatakan Linda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Linda hanya tersenyum tawar. 

Ini juga adalah pengalaman pertama Linda. 

Dengan senyuman yang tawar Linda pon mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut giginya.



***********************************

Argh! Cerita ending potong stim! Bangang!

#okbai

Wassalam!

10 Makanan Segera Yang Anda Perlu Rasa!

Perut berkeroncong. Nasib baik kafe dah buka. Makkkk!! Rindu masakan mak! Nak balik Sabah!

Mukadimah. Hehe!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagaimana hari anda pada hari Jumaat yang mulia ini? Hari Jumaat, bagi kaum Adam, mestilah kena pergi masjid untuk tunaikan kewajipan, iaitu tunaikan Solat Jumaat secara berjemaah, dihadiri dengan sekurang-kurangnya 40 jemaah yang bermastautin di sesebuah tempat. Moga amalan kita diterima Allah.

Bagi kaum Hawa pula? Kalau mak aku, balik kerja (my great Mom is a teacher at primary school. So what?), masuk dapur, buka peti ais, ambil sayur, potong. Masak. Usually, my siblings yang akan masak nasi. Bertuah dapat anak pandai masak. Masalah besar bagi anak-anak yang tak pandai masak. Hehe! Even my siblings, they've known how to cook Maggi, anchovies, sausage. Haha!

Sampai mana dah terlanjur? Aduh! Kembali ke tajuk asal.

Oleh kerana aku seorang ulat internet dan ulat buku, suka mencari fakta baru. Dan perlu share supaya orang pun tak ketinggalan. Ye dak?

Top 10 Makanan Segera Yang Anda Perlu Rasa!

10. Pierogi (Poland)



Pierogi adalah kuih bebola (Look at the shape) tanpa ragi (unleavened dough), Cara penyediaan, pertama sekali direbus, selepas itu dibakar (dalam oven) atau digoreng, biasanya dalam mentega bersama dengan bawang, kebiasaannya diisi kentang, sauerkraut, daging cincang, cheese atau buah-buahan.

9. Sushi (Japan)



Sangat common dalam masyarakat Malaysia. Sushi King bertebaran di seluruh negara. Datang, they'll serve you. Hehe!

8. Spring Rolls (China)



Macam Cheese kena gulung dengan sayur. Mesti pernah makan punya. Sama ada digoreng (common) atau dibakar dalam oven. Biasanya dalam makanan ini sayur, ayam cincang, daging cincang, atau sausage. Yeah!

7. Burrito (Mexico)



Tepung gandum yang dibungkus (wrapped) or folded (apa Melayu? Lipat?) macam Spring Rolls juga. Dia punya filling (benda dalam tu) biasanya gabungan Mexican-style punya nasi, regular beans, daging, cheese, sour cream, dan sebagainya. Saiz juga berbagai. Kalau nak jadi gemuk cepat (kepada yang kurus keding!), boleh lah makan dalam saiz yang besar.

6. Fish and Chips (UK)



Ni Western punya makanan, dah banyak kali makan. Untunglah. Kalau letak mayonis, pastu ada garam secukup rasa. Woha! Meleleh dah air liur beb!

5. Croissant (France)



Boleh makan untuk breakfast, lunch or dinner. Senang cakap, anytime. Dalam tu boleh disumbat dengan cheese, tomato with spinach, dan kalau nak jadi Masterchef Malaysia yang seterusnya, boleh lah buat experiment untuk masakan ini.

4. Souvlaki (Greece)



Nampak macam satay. Ini kena grilled, daging kambing lah biasanya. Tapi kalau diorang, babi pun boleh. Haha! Biasanya disajikan bersama roti pita (yang macam roti canai bawah 'satay' tu), ada slice tomato, bawang dan tzatziki (yogurt timun dengan garlic).

3. Hamburger (Origins: Germany; Rise to fame: USA)

Mentang-mentang selalu makan, ini pula gambar. Haha!


USA memang ciplak! Haha! Term Hamburger berasal dari Hamburg, bandar kedua terbesar di Jerman. Kalau di Malaysia, Mac Donalds lah pilihan. Tapi sedap lagi KFC. Haha! Sangat common.

2. Pizza (Italy)



Asal dari Italy, tapi sekarang semua pelosok dunia ada dah benda ini. Malaysia, Pizza Hut lah. Paling baru apa ek? Prawn pizza with cheese! Damn! Lapar pula.

Jeng jeng jeng!!!

1. French Fries (Belgium)



At first I tought the term French originated from word France. Haha! French fries. Semua ada. Senang buat. Sekarang pesaing terhebat, wedges lah. Tapi tetap dari keluarga yang sama. KENTANG! haha!

So, setakat itu sahaja perkongsian panjang lebar dari Syafiq Ahadin. Hehe!


Ada masa ketemu lagi.

Sumber: Listverse.com

Share dekat kawan-kawan.

Wassalam! :)

Bahana Memakan Nugget Ayam! Fakta Mengejutkan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, hari Jumaat. =='

So, sepatutnya pagi tadi nak buat post pasal keagamaan, tapi bangun pun lambat. Tidur balik. Haha!

Untuk itu, sini ada fakta yang aku pun baru tahu.

Amalan Pemakanan Nugget Boleh Membunuh!



BIRMINGHAM: Seorang remaja diberi amaran bahawa kegemarannya terhadap nuget ayam boleh membunuh kerana dia sebenarnya tidak mengambil apa-apa makanan sejak berusia dua tahun.

Doktor mula menyedari kecenderungan pemakanan bermasalah Stacey Irvine itu selepas dia tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke hospital kerana sukar bernafas.

Pekerja kilang, Stacey, 17, tidak menyentuh sebarang sayur-sayuran atau buah-buahan sejak 15 tahun lalu.



Tabiat pemakanannya itu menyebabkan dia mengalami anemia (kekurangan darah) dan bengkak salur darah pada lidahnya. Semalam, Stacey dilaporkan semakin pulih di rumah selepas doktor memberikannya sejumlah vitamin dan beberapa suntikan ketika dirawat di hospital.

Bagaimanapun, Stacey tetap berdegil dan enggan mengubah pilihan makanannya, malah tetap hanya mahu mengambil nuget daging ayam sebagai hidangan.

Berasal dari Castle Vale, Stacey berkata, kini dia mula sedar betapa tabiat pemakanannya yang hanya mengambil nuget ayam goreng membahayakan kesihatannya.

"Selain nuget ayam goreng McDonald's yang memang makanan kegemaran, saya juga menggemari hidangan sama disediakan restoran makanan segera lain atau yang dijual di pasar raya.

"Hidangan sebenar saya setiap hari hanya nuget ayam goreng," katanya.

Sementara itu, ibu Stacey, Evonne, 39, berkata dia sendiri sukar memujuk anaknya berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan nasihat dan menyelesaikan masalah berkenaan. “Saya kini benar-benar tidak mampu melakukan apa-apa lagi.

"Saya cuma mampu berdoa supaya Stacey dapat diselamatkan sebelum terlambat," katanya. - TH

*****************************************

Tajuk je melampau, tapi isi entah pape. Huhu!

Kalau anda baca atas tu, AMALAN. Dari sudut pemahaman aku yang tak berilmu dan otak pendek ini, AMALAN bermaksud perkara yang kita buat selalu.

Jadinya, bagi kita, tak lah membahayakan kesihatan kalau kita makan Nugget Ayam disertai dengan lauk pauk (perut dah start berkeroncong!) dan nasi. Walaweh! Campur sos KFC untuk Cheesy Wedges tu. Umph! Power!

Ok, setakat itu sahaja.

Sumber: Harian Metro

Wassalam!

Cerita Hantu Malam Jumaat!

Kepada sesiapa yang TERlihat status aku dekat facebook, yeah! Sekarang semakin ketagih untuk menonton filem-filem seram. Dah download empat (4) movies dah! Dan sebentar tadi baru sahaja selesai menonton filem kedua terseram sepanjang zaman. Menurut beberapa sumber (diragui. Haha!) dari internet. The Exorcist! Cerita tahun 1973 punya. Eh, ke 1982? Tak tau. Tapi dia punya sound tu, kau tahu seja lah. Macam sound dalam cerita Hawai Five-O Original punya. Haha! Sangat berada dalam zaman dinasour!

Eh. Salam lupa lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Rasanya, cerita kali ini, saya ambil dari ingatan yang biul-biul sikit time malam ini. Bukankah malam Jumaat malam yang sesuai melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri? Ok fine! Pergi lah! I'm not married yet!

Ni cerita yang aku ambil dari contest Nuffnang dulu. Time dapat tiket free tengok Paranormal Activity 3 (untunglah!).

Kasi best sikit malam ni! Tengok video baby comel! :) Upload sendiri weh! :)




1. Cerita nenek cari baby


Ini satu cerita. Kita sedang tidur, then tiba2 kita akan terbangun. Biasalah kalau kita yang nak dikacau kita akan terbangun secara tiba2. Cuma kita je yang nampak nenek tu. sebagai hantu, mesti lah dia tau kan siapa yang tidur dan siapa yang x tidur. so dia akan pergi ke arah kita sambil bertanya....


"Nampak cucu nenek?"


kita cakap "x tau!"

dan nenek tuu tanya lagi...


"ada nampak cucu nenek?"


then kita jawab lagi "X nampak".

last yang ketiga... "Nampak cucu nenek?"


"X nampak!" dengan nada suara yang ketakutan.


dan secara tiba2.... BOMMMMM! terbuka pintu locker almari kita.... dan bergolek lah cucu nenek tuu...


"Tuu siapa?"


2. Satu dah tidur, dua dah tidur....

Ni lagi lah seram! Saat ni pun meremang bila ingat balik. Hehe! Ni cerita berlaku time malam juga. macam situasi atas juga. kita akan terbangun secara tiba2. then nampak hantu, dalam dorm dia akan datang satu2 katil. camni...



"katil satu,, dah tidur...." 

pindah p second, 

"katil dua...dah tidur..." 

kalau kita di katil ke 5 contohnya... 

"Katil 4 dah tidur...." 

dub dap dub dap! katil 5? Hantu tu bukak selimut kite!

Pammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!

3. Red Call

Dulu kan ada satu panggilan yang berlaku dekat Sabah. Panggilan ini dinamakan Panggilan Merah. 

Kenapa? 

Sebab tuu adalah sihir! So serious! Kan sabah dekat kalimantan. Indon. So mesti laa dah tersebar ke Sabah. Dikatakan kalau kita dapat Red Call tersebut, kalau kita angkat akan MATI secara mengejut. 

Sebab apa? Sebab Red Call ini adalah sejenis sihir. Kalau sambut alamatnya,,, mati la! 

Time tuu zaman 2006-2008! Sangat menakutkan di Sabah!

Tapi sekarang dah ok dah.

But seriusly, lepas dapat tau benda tu, direct call parents! jangan sambut kalau dapat panggilan tuu. 

Allah saja tempat kami berserah! 

Betulke kuar warna merah?

Yes! Dah nama dia sihir, so apa2 pun boleh terjadi! 

Takut!

Dan itu henfon lagi magik + membawa maut!

4. Dikacau oleh pontianak!

Ok, this post was taken from not my post. Huhu! From Syed Salleh.

It happen in the past during my college days..
AND TRUST TO ME, FACE TO FACE WITH IT AIN'T A GOOD IDEA!

It was my usual night, cuddling my huge pillow while hiding under the blanket like a little baby.

But something strange happen that night, as it suddenly feels insanely cold.. while "MY BULU ROMA WHEN STRAIGHT UP".

that's the kinda feeling when you know something is totally wrong.

With fear and goosebump around my whole body.. I felt something touching my neck, 
the cold shivering skin, the bad aroma.. and the sound saying to me..

"Awak jagan lah takowt.. kite kan kwn!"

My heart was bursting over my normal level, as I can see long nails started to cuddle my waist, 
while my body is started to cover with long black hair. 
All that I could think, in my mind is.

"PONTIANAK"




And it reply..

"KALO DAH KENAL SAYA JGN LAH TAKOWT".

Immediately I shut my eyes and hope.. and hope.. and when I open my eyes.. it was laying next to me laughing.

ALL I CAN REMEMBER IS THE:

RED EYES..
FANGS..
LONG HAIR..
DULL SKIN..

I Shouted and the next thing I know, it was morning.. 
I may have fainted, or something else had happen.
But the only thing I know then, I had a week of fever..

No one had a clue as what has happen, but walking past my previous dome room give's me the creeps. 

5. Hantu atas loker!

Ini satu lagi kisah popular kat sekolah. hantu atas loker! ofkos kalau hantu mesti perempuan kan. xtau la napa. time kita tidur2, macam biasa, akan terbangun! Dafuq!! napa mesti camtu? dan dari kejauhan kita tengok ada something kat atas loker kita.... dia punya style ni macam cerita ke dua tuu. katil satu dah tidur. bla2... camtu lah. Malas nak tulis!

6. Cerita Drag Me to Hell




Sumpah! Ini movie paling sangat the most menyeramkan. bukan menyeramkan sangat tapi menakutkan dan mengejutkan. banyak babak2 mengejutkan. Seriously, time tengok movie ni, satu panggung teriak! termasuk saya. Dan yang bongok. sampai kaki pun terangkat2 sebab rasa macam nenek dalam cite tu nak tarik kaki kita! Currently, sedang dalam list to watch!

Rasanya itu sahaja yang mampu pada malam ini! Argh! Penat nak tulis!

Well, kalau best, share lah ok! :)

Pernah juga buat kat sini: Wanita Tercantik Sepangjang Zaman! Fakta Mengejutkan!

Have nice sleep!

Wassalam! :)

Gempar! Malaysia Negara Paling Maju! Haha!

Haha! Dafuq! This post really made my day! Haha!

I found this articel posted by my friend on facebook group! Haha!

Eh, lupa bagi salam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini, memang menjadi. Argh! Di saat kebosanan tahap gaban sampai air naik ke kepala (you get that?). Haha!

Bukti MALAYSIA negara paling Maju

I guess he try to say, "MALAYSIA BOLEH!"


Mari sama-sama ketahui Bukti Malaysia jauh lebih maju daripada Jepun dan Amerika Syarikat melalui cerita TEKNOLOGI MALAYSIA VS JEPUN & AMERIKA.

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)



Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

**********************************************

Hmm, this post should labelled under Bengong. Yeah!

Sumber: Facebook

Purrrrrrfect!

Ok. Sila share!

Nak jalan ni!

Bye!

Wassalam! :)

Movie review: Underworld Awakening

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cerita minggu lepas punya. My friend, Amanina sudah buat post pasal movie ini. Tapi nak juga!

So, kali ini nak buat review pasal Movie Underworld Awakening.



Sinopsis (Sekadar yang mampu diingati)

Cerita ini ala-ala Twilight sebab ada Werewolf (I think it's werewolf) dengan Pontianak (makhluk hisap darah). Tapi yang berbeza dengan Twilight, Underwold ini babak jiwang bikin mampus tak banyak. Eh, sangat lah hampir tiada. Ada babak kiss, tapi sekali dua. Eh, adakah?

Teruskan. Mengisahkan pasal dulu-dulu, dan sampai sekarang. Manusia ingin mencari kewujudan Lycan (makhluk seperti werewolf) dan Vampire (pontianak). Ada pula satu makhluk ini, hybrid (kacukan). So, yang jenis hybrid ini paling berkuasa antara diorang semua. Then, manusia ingin menghasilkan makhluk hybrid banyak-banyak (cloning).

Pastu, ada lah babak berlawan, bertengkar semua.

Watak utama, Selene (perempuan dalam poster tu)...argghhh! Aku tak tau nak cerita apa sudah.

Komen

  • Movie must watch! Pembuka tahun baru yang mantap!
  • Permulaan movie, mesti lah gempak kan. Ada part lawan-lawan. Tapi yang best movie ini, dari awal sampai akhir macam klimaks! Mantap! 10 marks!
  • Lakonan Selene mantap! Haha!
  • Yang tak best, Hero dia perempuan. Haha!
  • Yang tak best, ada satu part tu kena cut! Damn! I made troll face immdiately!


Last but not least, yeah! Good job! Must watch!

Rating.

4.5/5


So, boleh lah plan nak tengok apa.

Wassalam! :)

p/s: Nak tengok Sumpahan Kum Kum dekat Midvalley. Jom! Malam ni! PM dekat twitter or Fb! Hehe!

50 Tanda Orang Munafik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ni tangan gatal nak update. Hahahahahaha!

‎50 Tanda-tanda Orang MunafiQ Menurut Al-Qur’an & Sunnah



1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam JualBeli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t Apabila Melakukan Dosa
31Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman cerdik sungguh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.

*********************************************
Why?? Kenapa saya ada semua ni?? Huuu!

Wassalam!

Kepala Hancur Terkena Letupan Mercun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikutan kejadian ini berlaku di negeri sendiri, woo! I was mesmerized!! Menakutkan!

**************************************

KOTA KINABALU: Kegembiraan meraikan Tahun Baru Cina pertama sebagai suami bertukar tragedi bagi apabila terbunuh selepas kepalanya hancur akibat letupan mercun terkena mukanya di Taman Seputeh, Luyang di sini, tengah malam kelmarin.

By Shaow Yong, 26, yang berkahwin bulan lalu, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di muka ketika membakar mercun di luar rumah keluarganya itu, kira-kira jam 12.30 tengah malam. 


Sebelum kejadian itu, mangsa yang bekerja sendiri dikatakan menikmati makan malam tradisi bersama isteri dan ahli keluarga lain bagi meraikan kedatangan Tahun Baru Cina.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata Shaow Yong kemudian keluar membakar mercun seorang diri di luar rumah.

“Apabila mercun yang dibakarnya tidak memberi tindak balas, mangsa dipercayai memeriksa dari dekat. Bagaimanapun, mercun itu tiba-tiba meletup tepat ke mukanya.

“Keluarga mangsa yang terkejut mendengar bunyi kuat bergegas keluar rumah dan menemui Shaow Yong dalam keadaan tidak bernyawa dengan separuh daripada kepalanya hancur,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat. 
Ahmad Sofi menegaskan, pemilikan mercun dan bunga api adalah menyalahi undang-undang mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

Dalam kejadian berasingan di Sitiawan, Perak, juga tengah malam kelmarin, tiga lelaki parah apabila sekotak mercun yang diletakkan di jalan baru berturap tiba-tiba meletup ketika mereka menyambut detik 12 tengah malam sambutan Tahun Baru Cina di hadapan sebuah Tokong Cina di Jalan Pantai.

Kejadian itu juga mengakibatkan seorang mangsa, Sim Kit Chong, 34, cedera serius di kepala dan terpaksa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi menjalani pembedahan untuk mengeluarkan serpihan mercun pada muka serta kepalanya.

Seorang lagi mangsa iaitu bendahari tokong berkenaan, Goh Meng San, 65, yang cedera di muka, tangan kanan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, manakala mangsa ketiga berusia 30-an yang tidak dikenali dan hanya cedera di kaki dan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama. 

Sumber polis berkata, kawasan tokong itu menjadi antara lokasi utama bagi masyarakat Cina sekitar bandar berkenaan bersembahyang dan bermain mercun ketika menjelang malam Tahun Baru Cina.

Difahamkan, kira-kira sejam sebelum kejadian itu, mercun yang diletakkan dalam kotak meletup secara tiba-tiba dipercayai akibat keadaan tar jalan yang panas. 

Kejadian itu bagaimanapun tidak menakutkan orang ramai yang berada di tempat kejadian sehinggalah longgokan mercun dalam kuantiti besar meletup sejam kemudian sehingga terkena beberapa mangsa.

Orang ramai yang panik melihat letupan itu bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Timbalan Ketua Polis Manjung, Deputi Superintendan Shaharuddin Abdullah, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi sehingga petang semalam belum menerima laporan daripada mangsa. 


Sumber: Berita Harian
*******************************************

Seram je cerita ni!

Ha! Budak-budak! Tok sah nak main mercun, nanti mati sia-sia. Haha! Kena angkut dalam Kereta Mayat.

Wassalam!

Dulu Saya Adalah Seekor Dinasour. Anda?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

I've just found this stupid thing on facebook! Nak tahu kita berada dalam komuniti apa time zaman dulu. Hehe!

Haha!


Camne nak tahu?

Ni cara-cara.


  1. Pergi ke SINI >> Your Past Life Community <<
  2. Like Page tu.
  3. Siap!
Nanti share ok! Hehe! :)



Wassalam!

Nuffnang