Bagaimana Nak Pilih Bidang untuk Melanjutkan Pengajian di IPTA/IPTS?

Peluang Menjana Income Bersama Business School Club (BSC), sila follow
Instagram: syafiq_ahadin
Whatsapp: 014-5552638 (Syafiq)

Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 17 tahun dan ke atas.

Business School Club (BSC), revolusi sekolah perniagaan zaman sekarang.

Hubungi PA saya Cik Ina di hotline: 014-5552638

UPDATED: 10 DECEMBER 2015 (KHAMIS)

Lama juga tak update blog ni.

Hey guys! Salam!

So, today I'm going to share about my Future, Our Future. Yeah!

Lihatlah tajuk, Bagaimana Nak Pilih Kos untuk Sambung Pengajian di IPTA/IPTS?

Sebagai seorang pelajar yang masih belajar (memanglah), bila masa tiba untuk isi borang UPU (Unit Pengurusan Universiti) <<---betul ek? Bila tiba masa nak isi borang UPU, mesti ramai dok pening.


  • "Argh! Mana satu nak pilih ni? Poning! Poning!"
  • "Lantaklah! Yang mana sangkut, ikut nasiblah."
  • "Nape perlu melalui semua ni? Bingung!"
  • "Kalau aku pilih yang ni, yang ni pun best juga. Argh!"


Last-last mampus sendiri. Teehee! :P

So, borang nak masuk U bagi student lepasan Asasi, Matrikulasi dan STPM sekarang mesti sedang fikir mana satu pilihan utama nak pilih. Atas dasar saya budak asasi, memang sedang mengalami masalah seperti dalam dialog di atas.

Setelah difikirkan balik, ada banyak faktor dan tips yang perlu dipertimbangkan dalam memilih kos untuk sambung pengajian ke peringkat ijazah kelak. Antaranya MINAT, KELUARGA, KEWANGAN, MASA LAPANG, dan tengok je lah apa yang akan diolah.

1. Minat
Tak tau nape gambar ni. Sebab ada perkataan Interest kot. Hehe!


Sudah semestinya minat yang paling utama dalam memilih kos/bidang yang ingin diceburi. Let say, korang sekarang dalam bidang asasi atau matriks atau lepasan STPM belajar dulu dalam bidang Sains, mesti nak pilih kos yang berkaitan dengan Sains kan. So, minat itu WAJIB. Aku tak tau nak olah cemana. Macam ada sorang kawan aku ni, pelaar tajaan JPA (untunglah) plan nak ambil Medic(perubatan), bila masuk asasi (aku kat PASUM), dia dah bengong sikit. Pegang katak tak leh, bedah itu ini rasa geli, tangan bergegar. Dan dia bersyukur sebab dapat masuk PASUM sebab dia sebenarnya tak boleh ambil medic. So, dia isi UPU dalam bidang yang lebih dia minati, iaitu dalam bidang perakaunan. Minat itu penting.

Next, kalau aku pula, sini belajar banyak, tebal lecture note nak baca kalau gabung semua subjek (ada 8 subjek) tinggi menggunung macam nak mampos. Kalau time SPM ok lah kan, because we have plenty of time to make revision and lots of exercise. Kalau sini, assignment berlambak, buat sendiri lah. Tapi mustahil kalau akan buat sendiri. Mesti meniru punya. Awal-awal tu je semangat nak buat sendiri. Haha! Aku start merepek.

Aku bab menghafal ni tak suka, tapi dulu time sekolah menengah suka sangat nak jadi Medic. Atas sebab apa?

Pertama, kalau ambil medic, people are respecting to us. Kau sebut je apa ko punya bidang, kalau Perubatan, yah! Kau akan dipandang tinggi walaupun kau tak tinggi. Dan anda akan mula mendabik dada. Tak semua, cuma segelintir. Tapi aku suka subjek yang lebih kepada pemahaman. I like CHEMISTRY so much! Disebabkan itu, aku boleh consider nak ambil Applied Chemistry dan Chemical Engineering. Asalkan related to Chemistry. Haa! Tu sebab aku minat! Aku minat! Yeah! Dan sekali lagi, minat itu penting, tak yah nak susah-susah ikut kawan.

2. Keluarga terutamanya Ibu Bapa

Parents kita terutamanya, tak nak lihat anak-anak mereka berada dalam kesusahan. Indeed! Macam parents aku juga, aku cakap tak makan, sebab dah nak habis duit (padahal nak sangat duit dimasukkan dalam bank. Hehe! Sorry Mom! Sorry Dad!). Diorang cakap, kau jangan nak ikat perut sangat, ada banyak lagi duit dalam bank kau yang satu lagi (untunglah ada bank lain tapi isi macam ciput).

Kalau dulu, diorang tak kesah aku nak jadi apa. Ingat tak kalau sekolah dulu kita kena suruh isi satu borang. Dekat page paling belakang tu, ada kotak-kotak yang perlu diisi dengan Cita-cita. Hehe! Aku time sekolah rendah isi lah konon. Nak jadi cikgu, nak jadi polis, bomba, pemain badminton. Harem! Bila naik sekolah menengah, nak jadi ahli matematik, nak jadi ahli farmasi, doktor, dan pensyarah. Tapi, disebabkan aku dah jadi malas semenjak masuk asasi ni, sebab enjoy hampir kebanyakan masa, oleh itu, minat nak jadi doktor sudah luntur. Sebab dah dapat rasakan aura kesibukan yang melampau-lampau. Kalau medic dekat UM, rasanya macam kurang life. Bukan takde langsung, cumanya kurang. So, Medic aku tolak.

Sebelum nak pilih mana-mana kos, kena minta restu dari ibu bapa terlebih dahulu. Aku ada call satu hari tu.


  • "Mak, saya takmau ambil perubatan. Saya suka sangat-sangat kimia! Boleh kah? Mama tak marah?"
  • "Buat pe nak marah? Tu kan pilihan kau. Kalau mama paksa pun, bukan kau suka juga. Yang penting peluang pekerjaan tu luas. Jangan keluar jadi penganggur pula."
  • "Yes ma! InsyaALLAH!"

Itu lah perbualan antara aku dan mak. Anak mak lah katakan. Teehee! :) Dan kita proceed to the next factor.

3. Peluang pekerjaan

Kalau pasal ni. Ada seorang lecturer kitorang bagi nasihat.

"Kau ambil apa-apa saja kos kau suka. Jangan nak fikir pasal pekerjaan tu. It will come later. Yang penting, kau kena minat dan mendapat restu daripada ibu bapa. Jangan lupa berdoa. Saya pun sejak habis SPM sampai sekarang, tak pernah pula tak dapat pekerjaan. Ada banyak pekerjaan dekat luar sana tu. Cuma korang je yang TERLALU MEMILIH SANGAT. Takut gaji tak besar laa. Takut dipandang rendah lah. Lantak diorang lah. Siapa yang kerja? Kalau bukan kamu, jadi siapa lagi yang nak menceburi bidang ini? Ingat! Rezki tu sudah ditentukan oleh Allah, tapi kita kena cari. Janji pekerjaan itu halal, insyaALLAH, selain mendapat keuntungan di dunia, saham di akhirat juga mampu diperoleh asalkan kita kerja dengan ikhlas."

Itu ayat aku buat sendiri. Aku lah pensyarah tu. Hehe! Tipu je. Aku tambah-tambah. Nak bagi feel sikit.

Masalah rakyat kita, takut gaji tak besar, takut dipandang rendah dan banyak lagi ketakutan yang membayangi diri kita.

Contoh kalau kita jadi ambil kos Bahasa Melayu, orang cakap "Apa lah gunanya." Cakap kat diorang. "SO WHAT?" Usah dengar apa yang diorang cakap, just go on with your life. InsyaALLAH dengan usaha yang berterusan, rezeki akan datang kemudian.

Aku duduk paling depAn ari tu, nampak dia dengan mata hati sendiri! Woha!!!


Berkaitan dengan satu forum yang aku hadiri baru-baru ini yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya (tak tau ejaan tu betul ke tak, salah seorang motivator di radio Ikim FM kalau korang perasan laa), pakar mata. Dia cakap, kita tak perlu nak pikir pening sangat pilih pasal kerjaya masa depan. Apa yang penting, kita kena berazam supaya mempunyai keluarga. Selepas ada keluarga, insyaALLAH kehidupan lebih dirahmati dan rezeki will come after that. Trust me! Beliau seorang tokoh pelajar (rasanya lah), sebab dia seorang pelajar perubatan. Masa tahun 2 pengajian, beliau dah kahwin (dia seorang wanita. Hehe!). Lepas tu dia dapat best student among hundreds medical student! Nah! Sudah terbukti bahawa dengan adanya keluarga, rezeki insyaALLAH akan datang. Tahun keempat, beliau telah melahirkan anak pertama. Rahsia beliau, selepas kahwin, orang dah tak berani nak kacau dia lagi, sebab dah berpunya. Dan rezki pun datang, shiuuuuu~~ Senang. InsyaALLAH.

Conclusion? Doa selalu agar dipermudah ditemukan jodoh. Kalau tak faham apa aku nak sampaikan ni, sila tanya di ruangan komen. InsyaALLAH kalau boleh jawab, aku jawab.

4. Kewangan
PTPTN, salah satu punca pendapatan budak U. Hehe!


Pasal kewangan? Rasanya takda masalah kalau pasal kewangan ini. Sebab di Malaysia, terdapat pelbagai agensi yang menawarkan biasiswa. Yang paling top, JPA dan MARA lah. Setiap negeri pun mesti ada bantuan zakat kan. Ada Felda. TM. Bank. PTPTN. Dan banyak lagi. So, jangan jadikan alasan takde duit. Bila dah minat, dapat restu parents, dan peluang pekerjaan yang cerah, yeah! Just proceed with your study! Ambil apa sahaja yang kau minat, then cari sponsor. Tapi yang penting, jangan salah gunakan duit yang diberi untuk beli benda-benda yang tak berpatutan. AKu ingatkan untuk diri ini juga. Hehe!

Kalau dapat bantuan JPA, wah! Heaven! Hehe!

5. Masa Lapang

Aku tak boleh lah kalau terlalu study. Sebab rasa terkongkong. Hehe! Dan malas. Mesti ada masa untuk enjoy juga kan. Takkan nak hidup depan buku je. Melainkan kalau memang dah biasa. Macam aku, memang tak suka study lama-lama. Kalau ye pun, time nak exam dah. Macam sekarang lah. Oh tidak! Rasa bersalah update blog ko tau! Sebab banyak lagi benda yang boleh dimanfaatkan! Sekarang ada lebih kurang 2 minggu lebih je lagi nak final exam! Doakan aku!

Sebelum nak pilih kos tu, kau pi tanya sesiapa yang berkenaan, atau berpengalaman, pasal bidang yang ingin diceburi. Lepas aku tau yang medic punya pengajian sangat-sangat busy. Sebab ada sorang senior cakap kalau amek medic dekat Malaysia, memang sangat-sangat busy! Dan kalau kerja nanti lagi lah busy! Ye lah, kalau pasal gaji tu, memang lah gaji seorang doktor tu tinggi. Tapi nak juga ada hidup yang bebas sikit. Boleh jalan-jalan, lepak ngan kawan. Haha! Aku tak tau sebenarnya cemana kehidupan sebenar student U. Tapi sedikit sebanyak aku dengar, yeah! Medic sangat tough. Thats why aku tak ambil medic. Tapi dentistry mungkin boleh consider lagi. Hehe! Kalau jadi artis? Haha! Muka pun takde! Hahahahaha!

So, aku nak ambil kos yang aku boleh jalan-jalan, kelas tak pack dari pagi sampai petang, Isnin hingga Jumaat macam dekat PASUM ni haa sekarang. Hehe! Suka kalau ada selang-selang hari. Yeah! I like!

Oleh yang demikian, korang kena kaji terlebih dahulu prospek kerja, bidang pengkhususan nanti dalam bidang apa, dan boleh ke kau angkat subjek tu? Huhu! Tamat!

6. Persekitaran

Ok, pasal ni pula, bukan maksud aku environmental macam tempat atau ape. Tapi persekitaran ni maksud dia, kau pergi tanya kawan-kawan kau, orang sekeliling kau.

"Kau rasa kalau aku ambil kos ni, sesuai tak?"
"Ko nak amek kos ni? Weh, jangan mimpi lah. Hidup pun tunggang langgang, ni kan pula nak amek kos berat. Lu pikirlah sendiri kau dapat angkat ke tak?"

Kira macam tu lah, kita kena tanya kawan-kawan yang tak berapa rapat, sebab kalau rapat, biasanya lah. Depa akan cakap yang baik-baik je kat kita. Hehe! Kalau kawan yang kurang rapat, mungkin je lah. Diorang akan nilai based apa yang diorang nampak. Tapi kalau parents pula jangan ditanya, cuma minta restu je. Sebab kalau parents, diorang akan sentiasa menyokong kita, asalkan kita buat benda yang berfaedah. Hehe!

Tapi kalau aku, prefer tanya kawan yang rapat, sebab depa tau kita. Hehe! Ikut pengalaman, kawan-kawan suka meluah kat aku. (Apa kaitan? Bangang!), so kira macam ok lah. Boleh berbincang pasal kerjaya, masa depan, pasal kahwin, nak anak berapa. Eh?

7. Istikharah

Aku suka nak bagi ingat kat orang yang kita kena amalkan 4B menurut bekas pengetua kitorang.


  1. Berazam/Bercita-cita
  2. Berusaha
  3. Berdoa/Bertawakal
  4. Bersyukur


Dapat disimpulkan, kalau kita berazam nak capai sesuatu, kita kenalah follow these FOUR Steps. InsyaALLAH kejayaan bersama kita. Jangan tinggal walau sekali berdoa. Bila pening-pening nak pilih kos mana, istikharah itu penting. Bangun malam, solat sunat istikharah dua rakaat. InsyaALLAH, dengan izin Allah, kita akan dapat kemudahan dan petunjuk dalam memilih bidang yang sesuai dengan kita. Yeah!

Lastly, hanya itu yang mampu dikongsi bersama. Aku rasa dah sangat panjang lebar dah aku tulis ni. Harapkan ada orang membaca dah. Hehe! Apa yang aku tulis ni, kalau ada yang tak betul, sila lah tegur aku. Sebab kita insan biasa, wajib saling mengingati. Sekian sahaja aku merepek kali ini. Kalau ada nak tanya or nak tambah, silakan. Dialu-alukan sangat-sangat!

Wassalam!

p/s: Nak study! Ambil masa lebih kurang sejam nak hasilkan post ini kau tau! Hehe! Untunglah tiga manusia yang telah disuruh baca terlebih dahulu.

p/s II: Goodluck to my friends dekat PALAM yang ambil exam final sekarang.

Projek 100 Bloggers!



Salam.

Yeah, projek 100 Blogger. Sebuah projek blog yang diusahakan oleh seorang blogger yang dah lama atau lebih sedap dipanggil 'otai' dalam dunia blogging ini. Hehe!

Apa sebenarnya Projek 100 Bloggers?

Projek 100 Bloggers dikendalikan oleh Bro Framestone  dalam mengumpulkan 100 bloggers Malaysia yang mampu diketengahkan kepada beberapa syarikat yang sudi mengiklan di 100 blog yang terpilih.

Kateria yang dicari:-

  1. Mempunyai trafik sehari dalam 500 uv (sekurang-kurangnya)
  2. Setiap blog post mendapat 5 – 10 komen dari pembaca. (sekurang-kurangnya)
  3. Bukan blog copy paste, politik atau menyentuh isu-isu sensitif dan keterlaluan.
  4. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  5. Blog di update sekurang-kurangnya seminggu 4 kali.
  6. Duduk di Malaysia dan warga negara Malaysia.
  7. Sanggup memberi komitment kepada projek 100 bloggers (Bro dah xnak layan blogger yang banyak songgeh)
  8. Lebih diberi keutamakan kepada blogger ber”niche” : kekeluargaaan, remaja perempuan (personal), remaja lelaki (personal), teknologi, keushawanan, makanan.

Nak cuba-cuba pula nak join projek antara blogger ni. Memandangkan pada April pertengahan nanti dah habis pengajian kat #Pasum ni, boleh lah aktifkan diri semula dengan berblogging macam yang dilakukan seperti bulan-bulan yang lepas. Sementara menunggu masuk semula ke Universiti untuk sambung ke peringkat ijazah, apa salahnya kalau mencuba sesuatu yang baru kan. Mengisi masa lapang, sambil memberi komitmen terhadap blog.

Kerja semasa cuti? Memang dah plan, tapi kalau ada side income pun ok juga. Boleh bikin simpan duit untuk kahwin. Eh? Untuk pengetahuan saudara-saudari sekalian, pada semalam (Khamis), telah menghadiri sebuah forum agama yang bertajuk Cinta, Jodoh dan Syurga dan insyaALLAH akan dikongsikan kepada pembaca sekalian, mungkin dalam bulan depan. Sebab sekarang tengah busy nak study, preparation for Final Exam.

Lastly, Y U NO try apply masuk dalam projek 100 Bloggers ni? Dengan syarat, memenuhi kriteria. InsyaALLAH boleh maju ke hadapan.

Wassalam! :)

p/s: John Carter! Tomorrow! Saturday! Yeah!

Hang out with Friends!

Aku tak pi malam emas. Sekian.

Salam!

Lebih kurang seminggu yang lepas, plan dengan kawan-kawan nak jalan 3hb March. So, macam ramai yang tak dapat turun, tapi just turun je lah. Dah takda benda nak buat kat kolej. Semua orang pergi malam emas (ye ke?). Hehe!

Berdiri dari kiri: Khalam, Aizan, Gummy, Be'ah, Pop.
Duduk dari kiri: Azzan, Mas, Bolo, Apek(aku laa)


Ok, semalam yang datang. Syafiq Ahadin (Teehee!), Aizan, Azzan, Masrie, Ghulam, Sufi, Gummy, Ezral, Rolex. Yeah! 9 orang telah meluangkan masa bersama di Berjaya Times Square a.k.a TS. Main boling, tengok wayang, jalan, makan, cerita pasal kawan-kawan, then habis. Sedih! Great time with them!

Firstly, aku rasa macam dah lama tak menulis kat blog. Ayat pun macam tak matang, cerita pasal diri sendiri. Hehe! Terasa noob yang teramat.

Jalan semalam ngan kawan-kawan sekolah menengah yang dah lama tak jumpa oiii! Except Aizan, satu U. Eh? Satu bilik. Haha! Jarang-jarang dapat jumpa yang Sabahan schoolmate.

Tak tau nak cakap apa dah. Gambar pun tak banyak. Bukan tak banyak, ada satu je. Sebab aku tak bawa kamera. Berat. Hehe!

Dan satu lagi perubahan pada blog, perubahan pada Header blog. Big thanks to WanZulqhairi yang telah bersusah payah nak buatkan header untuk aku. Tak tau nak kata apa. Sangat-sangat berterima kasih. Harap ucapan ini sampai di hati. (Uekkk!!)

Ok, tak nak tulis panjang. Dah jarang nak update blog sebab busy dengan study. Bukan busy tapi nak fokus pada study yang tinggal 28 hari lagi kalau kira dari hari ini, 04032012. Huhu!

Thanks pada yang sudi menjenguk blog ini, thanks sangat-sangat! Aku rasa dah tak pandai menulis. Tunggu lepas asasi baru kembali aktif macam dulu. Yeah!

Wassalam! :)

Nuffnang