10 Pintu Masuk Syaitan Untuk Kuasai Hati Manusia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ok, so let proceed to my new post. Ni pasal nasihat, peringatan, yang mungkin berguna bagi mereka-mereka di luar sana. InsyaALLAH.

Memang pagi-pagi akan post pasal benda ilmiah.

So tajuk pagi ni.

10 Pintu Masuk Syaitan Untuk Kuasai Hati Manusia

Gilerkentang


  • Sifat sombong dan angkuh

Dua sifat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia yang lazimnya mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan.


  • Bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan adalah kurniaan Allah yang harus dibelanjakan ke jalan benar. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau sedekah.

  • Takbur dan bongkak

Sifat ini selalu bertapak dalam diri manusia yang berasakan memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka terlupa kesenangan dan kenikmatan dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur." (Surah an-Nahl, ayat 23)

  • Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan saja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi perjanjian atau perkongsian yang dibuat.

  • Tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan Rasulullah SAW selalu menasihati sahabat supaya mengelakkan diri daripada menjadi golongan keempat di kalangan manusia yang dibenci Allah iaitu tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

  • Hasad dengki

Sifat ini selalu diikuti rasa benci dan dendam berpanjangan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hindari kamu sifat hasad kerana ia memakan amalan kamu seperti api memakan kayu kering." (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)


  • Meremehkan orang lain


Sifat ego manusia selalu lahir apabila individu berasa dirinya sempurna berbanding orang lain yang dilihat terlalu kecil dan kerdil dengan apa dia miliki.

Abu Umamah pernah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang berilmu dan imam yang adil." (Hadis riwayat Muslim)

  • Sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah bukan orang yang bersenang-senang saja." (Hadis riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

  • Suka berangan-angan

Islam anti-kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam hidup dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

  • Buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidik amat dicela Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang sudah rosak dirinya." (Hadis riwayat Muslim)

*******************************************

Untuk entry-entry yang berlabel nasihat ni, dah ramai yang nak share, mohon share dan sebgainya. Just take it! Tapi kena bagi kredit kat blog ni. Hehe! Sumber entry ni dari Facebook. Sekian.

Boleh juga cek dekat atas tu bahagian NASIHAT dan WANITA. Share sahaja!

Sebarkan.

Wassalam! :)

3 comments:

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang