Kisah Aku dan MLM

Ok, firstly agak lama tak hupdate blog ni. And actually lupa blog ada. Haha, sebab busy. Tiba-tiba kawan arituh suruh update blog. So, yah.

Selalu keluar news pasal MLM dan student.

Ini tajuk agak sensitive. Aku nak cerita dari awal penglibatan ke MLM sampai lah sekarang. Gituhh macam orang penting.

Alkisahnya, time study PASUM dulu (2011/2012) kawan sekolah pernah approach untuk join first ever MLM, time tu aku bukan tahu apa-apa pasal bisnes. Biasa lah budak pandai. Tahu study, study, study. Dapat 4 flat, dapat kerja bagus-bagus, gaji besar.

Waktu tu kawan ajak join Score A. Dia ajak event hotel, ada makan-makan. Aku pun suka lah. Time ni umur masih 18 tahun. So naïve. Cerita pasal untung blab la, tak faham. Tapi macam senang buat duit. Modal RM700++ aku lupa. Dengan mudah, bagi dorang RM700++. Time ni waktu dekat exam sem 1 PASUM.


Lepas bagi duit, hantar balik kolej 12, terus stress. Haha. Entah kenapa senang jak bagi duit. Tanpa perlu cek background tu bisnes. Adeh. Time exam, memang stress. Sebab selalu kena follow up. Habis exam, dorang jumpa di Midvalley, so terang kan langkah kerja. Ok faham, balik Sabah konon nak buat. Tapi senyap. Hiks. Pastu anti dengan kawan tu. Agak lama. Tapi tak putus kawan pun haha. Hai asir.

Habis cerita PASUM.

Then dapat offer UiTM. Konon di Uitm ni nak tebus sebab xdapat tawaran sambung study di UM. So, awal sem best lah. Bab calculation, gimme. Kacang. Lel.

So, time November ni, bermula lah episode yang sangat meninggalkan kesan sampai sekarang dalam hati. Ceh. Cerita nya, time tu baru lepas Maal Hijrah 2012. November. Allahu, lama nya sudah berlalu. So, aku semat dalam hati, tahun ni mesti buat the best, berubah ke arah lebih baik. Time ni dok Kolej Jati. Maka, dengan itu memang aktif lah pegi program di masjid, surau. Dengar-dengar kuliah.

Cerita pasal MLM time Uitm pula


Time ni, ada cousin sambung study di PASUM pula. Cousin perempuan. Nak dijadikan cerita, dia mesej (time ni takdak wasap lagi, masih pakai Nokia tapi nokia tu orang dalam MLM kasi hilang haish). Dia ajak pegi main bowling di Times Square. Dia belanja. Aku pun, “wah….ok jom!” So, bermula lah cerita terlibat dalam komuniti One Community Worldwide (OneCom). Dia datang ambil di kolej, naik Mia (my cousin’s introducer). Sampai di Times Square, tiba-tiba ramai yang tegur. Memang sangat ramah.

“Hai, nama sapa? Datang dengan sapa? Study mana? Asal mana?”

Lebih kurang gitu lah. Bukan sorang yang tanya. Ramaiiiiiiii. Aku pula, jenis yang suka bersosial (bukan gi clubbing haha) berkenalan dengan orang ramai. So, ok jak la. Time main bowling tu, main lah….so, tengah main-main tu, tiba-tiba ada music lagu dancing. So, semua orang berdiri, menari. 

Woahhhh, aku rasa best nyaaa… so, join ja lah so-called Flash mob tu. Ok, habis part main bowling.
Lepas main bowling, mesti lah pegi lepak kan. Makan kedai mamak. Aku pun ok jeh. Tapi jangan lewat sangat sebab pagar kolej tutup kol 11 kalau tak silap. Time tu dah jam 10 kot, so lepak kat kedai mamak di Hartamas.

Jap, lupa nama kedai apa. Tapi itu lah port untuk gather lepas any event. Sebagai seorang first timer, ramai lah orang datang tegur, datang dengan sapa. Bla bla bla. Aku jawab lah. Semua soalan dorang. Tanpa rasa syak wasangka. Pastu, dorang ada sebut pasal treatment spa. Apa benda ntah. Aku kurang minat, sebab aku laki. Mana nak pegi spa. Nak lagi aku student, mana duit nak pi tempat macam tu, dalam hati aku lah. Aku cakap.

So, cousin aku cakap dia ajak aku pegi spa treatment esok (Jumaat). Aku pun cakap tengok dulu. Aku rasa ak minat, sebab petang Jumaat tu ada program Al-Kuliyyah dekat Masjid Sultan Mizan Uitm. And memang aku datang pun majlis tu. Kan baru lepas Maal Hijrah. Hehe.

Balik kolej, lewat malam dah. Around 1 pagi cemtu sampai kolej. Kena tulis nama dekat guard. First time lewat. So agak cuak.

Jumaat esok nya, cousin aku memang ada ajak untuk datang pegi Spa treatment tu. Spa lah sangat. Aku cakap, aku tak free. Aku ada program kat Masjid. Memang time tu malas jalan. Lagi-lagi nak pi KL pulak. Pastu time di masjid tu, tengah program berlangsung, dorang cakap dorang dah sampai kat kolej aku. Aku dalam hati, x faham bahasa kah. Paksa-paksa orang datang pegi event dorang pula. Ok lah, disebabkan cousin aku, so aku terpaksa join ikut dorang pegi event tu. Naik kereta apa aku kureng ingat. Viva putih tu x silap. Mia yang bawa. So aku je lah.

Dalam hati, memang menyumpah habis. Sebab kacau aktiviti aku. Tapi takpa, this time saja.

Dorang bawa pegi KL, bangunan The Weld. Dekat area Bukit Bintang lah. Kira nya ofis dorang situ lah, The Weld, Ground floor.



Cousin cakap, okeh, masuk dalam bilik treatment nanti, ada orang akan explain blab la bla. So, masuk dalam bilik khas untuk treatment, aku Nampak perempuan depan tu pakai blazer, pegang mic. Dalam hati aku, “uish, takkan sekali lagi MLM.” Cousin aku pun time tu duduk sebelah aku, aku tanya kenapa bawa aku program MLM, dia cakap ni bukan MLM. Aku dalam hati, nak balik nak balik. Tapi aku mana tau sangat lagi jalan KL tu, plus aku follow cousin.

Dia explain, pasal mesin ni nama dia eLife. Pegang batang lampu tu, menyala. Entah, aku tak impressed pun, nak balik. Haha. Habis talk pasal eLife ni, ada pula sesi feedback, di bilik satu lagi.

Aku nak balik.

Tapi kena duduk juga dalam bilik tu. Kena suruh perkenalkan diri.

“Apa khabar semua?”

So jawab nya apa? “Baik sangat baik wow!” follow ja la. Haha.

“How do you guys feeling right now?”

“Happy energized Yes yes yes!”

Haha. Aduh lahaiiii masih ingat sampai sekarang.

And time tu Kak Eiju punya turn. First soalan dia tanya, “Kalau anda rasa ini adalah bisnes MLM, tuh pintu terbuka luas. Keluar sekarang.” Lol.

Reverse psycho. Aku ni naïve. Dalam hati, “oh, ini mungkin bukan MLM.” Lol. Ye lah, aku baru 19 tahun kot.

Maka bermula lah detik aku terjebak lagi sekali dalam MLM, tapi kali ni lagi dahsyat.

Sabtu, cousin ajak lagi untuk pegi buat treatment. So aku pun pegi. Sebab time ni aku rasa ni bukan MLM. Hahahhahaa bodohnya.

Time aku dah join lama, kalau dorang dapat bawa prospek pegi event 3 hari berturut-turut, the chance untuk closing orang tu sangat tinggi dan mudah. Maka aku pun jadi mangsa juga. Patut lah pushy.

Then, apa entah aku tak ingat. Then, yang betul-betul bukak minda aku, time event One Business Conference (OneBC). Time tu, ada 4 sesi. Pengenalan bisnes, rancangan perniagaan, aku kurang ingat. Tapi part paling best tu, closing. Aku rasa, wow hebat nya orang-orang sini. Time tu, aku nak buat bisnes ni. Rasa sangat positif. Time ni, memang tak fikir pasal the consequences. Apa baik buruk nya bisnes OneCom ni. Zaman ni belum ada orang lagi buat blog pasal onecom. Kalau ada, aku tak tahu. Haha. Adoi.

aku suka conteng, sebab malas jadi boneka situ dah.

again time event lepas dah join lama, aku dah tahu apa akan dorang cakap.
maka gini lah jadi nya, supaya tak tertidur. kalau tidur kena marah pulak.
Then, untuk join bisnes ni, ada interview. Aku neves. Untuk interview, perlu sharing ngan orang-orang dalam OneCom ni yang dah join. Cut it short, orang yang interview aku tu Rauf a.k.a upline juga la. Mati2 aku ingat orang Cina ke India. Punya lah dorang T-up tu padu. Kalau bisnes lain, konfem asyukkk. Time tu, untuk join bisnes ni kena ada modal Rm3400. Aku dalam bank ada dalam RM600 lebih ja. Punya sedih, tapi rasa time ni RM600 was really big amount. Dia suruh ambik, untuk buktikan aku ni serius untuk join bisnes ni. So, keluarkan lah duit yang ada dalam bank. So, aku tinggal zero duit dalam bank. Kesian. That was the last time aku rasa happy tanpa ada bebanan hutang. November 2012. Hmm.

So, ada lagi baki few thousands untuk settle kan modal RM3400 tu.

Apa penyelesaiannya? Maka, the culture of…. Meminjam untuk future diboleh kan. Menipu sunat asalkan tahu kita guna untuk kebaikan. The community ajar untuk meminjam. Aku dah lah tak pernah meminjam. Adoi. Mesti kawan-kawan aku rasa aku memang dalam kesusahan kalau pinjam duit dorang.

So, dorang suruh list kan nama-nama kawan yang boleh pinjam, berserta target, dan berapa nilai dapat.

Nama aku tulis, semua kawan sekolah. Top list, Ahang (sorry). Target RM200. Aku call, time tu around 10pm-11pm kalau tak silap. Dia angkat fon, aku cakap

“Hello Ahang, mo minta tolong ni. Urgent. Mo pinjam duit dalam RM200. Ada kah?” “Ada.” “Oh, kalau RM500 boleh kah?” “Boleh.” “Bah, thank u so much Ahang, nanti sya bagi number akaun. Nanti sya cerita kio. Thank u ah…”

Gituuuu skrip diajar. So, aku pinjam untuk settlekan RM3400 tu, within a day only. Pastu, dah settle tu, semua orang puji. Wah, tahniah welcome welcome. Padahal, dorang tahniah sebab kita dah berhutang. Adoi. Start time ni, dah berhutang.

Pengajaran: Nak mulakan sesuatu bisnes, guna apa yang ada. Jangan meminjam. Kelak binasa.

Sambung, time ni dapat lah pangkat paling hina dalam bisnes ni. IF. Akan dikeji, dikutuk. Selagi tak naik pangkat, selama tu lah kena keji.

Pastu, diorang tanya bila nak next step. Aku tanya, apa pula next step. Next step ni, untuk naik Pangkat ke AF.

Diringkaskan cemni bisnes ni:

IF (modal RM3400)
↓
SF (modal RM15000+- atau dapat tarik 5 orang join as member sebagai IF) 
↓
AF (modal RM28000, dapat mesin eLife tu or dapat 3 orang join as AF juga, whereas dorang cakap kalau nak ajak orang join, lambat. So kena invest lah RM28k)
↓
CDF > DF > CRF > RF

Lebih kurang camtu lah. So, dorang suruh next step. Which kena beli eLife yang berharga RM25k + Rm3k (untuk cukup kan point naik ke AF) defuqqqq. Tapi aku cakap, parents aku ada duit. Lol. So, time ni dorang tekan kan bahawasanya kena lah tolong family time masih muda. Parents kita before sakit, kena cegah. Kena dapatkan elife. Natang apa lah semua ni bila ingat balik sakit pulak. Sebab dorang pandai cari so-called hot button untuk buat bisnes ni, which bantu parents. Adoi.

So apa kena buat? Kena bawa family datang pegi KL (aku orang Sabah). Malam tu, call macik sebab aku tau dia ada kad kredit, so boleh guna kad kredit untuk beli tiket dorang. Malam tu, cari. Dapat harga tiket pergi KL sahaja mencecah RM2k. Untuk mak and ayah aku jak. Babi mahal. Tapi time ni memang nak naik pangkat, AF. Sebab dah dibrainwash habis-habisan. Aku cakap kat macik, jangan bagitau parents.

So, call parents aku. Aku cakap nak belanja tiket pergi KL. Lol. Kan diajar untuk menipu sunat. Yah. Terbaik onecom. Menyusahkan parents aku, dari KK transit Sandakan pastu baru ke KL. Ni cerita hujung bulan November. Time ni aku tak tahu lagi, dorang memang tengah kejar sales untuk hujung bulan. Haha. Bodoh nya bila ingat balik.


Dipendekkan cerita, parents aku tak minat eLife. Aku pun dalam hati, dorang tak faham. Dorang tak support kita. Dorang tak nak jadi sehat. Butoh, RM28k. ko ghaseeee. Siap pegi fight Melaka. Aku doa dorang accident supaya jangan ganggu aku lagi. Haha. Stress bila kena tanya progress. Kena follow apa so-called leader suruh. Camna cara nak heart-to-heart untuk yakin kan yang eLife ni bagus untuk dorang.

Time kat Melaka tu, aku dah malas nak join dorang. Pegi mampus. Haha.

Tapi tapi…aku tak tahu, kenapa aku pegi cari balik diorang. Untuk buat bisnes. Bodoh kan.

Bermula lah kisah makin banyak hutang.

Hujung December 2012, pinjam lagi duit. Dapat cukup 3k daripada RM28k. so, aku kena cari lagi Rm25k. time December ni pun ajak 2 orang kawan, sorang tu join tapi dia kuar awal. Bagus lah. Yang sorang lagi kawan PASUM dia marah kat aku….sebab ajak benda ni. Dia dah join yang IF tu, tapi pegi redeem. Upline aku cakap jangan layan. Pastu, aku ada blog dia, dia bagitahu dia tak marah aku. Cuma dia nak aku minta maaf kat dia. Ye lah, sebab upline kata jangan layan. Aku memang kesian. Tapi syarat buat bisnes ni. Buang 4 perkara: buang ego, buang rasa simpati, buang rasa kasihan dan buang malu. Adoh. So, start lah hati ni jadi hati keras.

sales hasil didikan menipu
Kawan-kawan dah mula minta bayar. Solution? Pinjam kawan lain, untuk bayar hutang kawan. Parents memang ada bagi RM500 sebulan, tapi tu pun bayar hutang. Kadang sebulan tu dapat RM50 pun Allah sangt bersyukur dah.

January 2013

Time ni nak exam, tapi still diwajibkan hadir pegi event onecom ni. Memang kurang focus dah study. Balik pun 2-3 pagi dah. Datang kelas macam Zombie. Time exam, aku redah mana yang aku tahu. So, ada satu paper fail. Kena repeat pulak. Parents aku mana tau benda ni. Time ni, kawan kelas dah semakin kurang rapat. Tapi the onecom tu cakap, takpe hilang kawan sekarang. Dorang bukan kawan sebenar. Fuck off.

And aku ada beli tiket balik Sabah. Tapi dorang macam takut sangat kalau kita balik jumpa family, kita takkan buat bisnes lagi. Entah ajaran sesat onecom ni. So aku x balik. Bodoh nya aku. Dengar cakap jak dengan dorang. Rasa macam kena pukau pun ada haha. Parents? Takyah cakap lah, memang marah aku. Hmmm sorry.

February 2013

Macik tanya aku pasal investment emas. Dari situ, aku rasa macik aku ada duit. So, call. Dia nak invest dalam few thousands. Aku cerita lah pasal eLife, pasal duit. Kalau buat bisnes ni, cepat jadi kaya kalau naik pangkat. Punya lah positif time ni. Tahu nak naik pangkat ja. Tanpa tahu kesudahannya merana.

So, makcik bersetuju untuk bagi pinjam duit RM25,000 (gila tak gila), untuk aku naik pangkat. Sebab macik aku ni memang suka duit. Aku cerita pasal bisnes, dia ok. Plus, Rm10,000 untuk dia invest kat emas. Sebab tu tujuan asal untuk bagi aku pinjam duit.

Tapi.

Bank in dalam akaun so-called leader, Kak Eiju. Dengan harapan duit tu terjaga, tersimpan rapi TANPA disalahgunakan.


So, aku naik pangkat pegi AF. Kawan-kawan lagi banyak minta bayar balik hutang. Aku pun pinjam lagi. Dah hati keras time ni. Makin bertambah hutang. Adoi.

Aku cakap ngan parents, ada lucky draw untuk dapat eLife. So, mak aku siap solat hajat tau. Aku nangis gila babi bila ingat balik. Derhaka punya anak. Nanti lah aku cerita kat diorang. So, pos pergi Sabah eLife natang berat tu. Entah dorang reti guna atau tak. Mesti dah lupa.

March 2013

Mula sem baru, kolej tak dapat. So, kena cari sewa rumah. Duit kena keluar lagi. Parents bagi duit, duit bikin bayar utang. Duit sewa lagi. Mula la bagi alasan kat parents, tak dapat kolej, kena bayar sewa mahal sekian sekian. Menipu sunat lagi konon. Bodoh. Kelas, datang macam zombie. Aku entah, subjek apa aku tak tau apa benda. Aku rasa aku akan gagal.

result sem 1
Aku jual laptop. Sampai sekarang parents tak tahu aku jual. Balik kampong, mak tanya laptop masih ok? Aku cakap ok masih. Hmmm. Sebab kalau nak pi office kena pakai kereta, nak jadi leader konon kena ada transport sendiri. So, time ni aku dgn kawan sewa sebulan kereta. Kereta proton. Pernah mati tengah jalan, sebab minyak takdak. Dah lah time tu bawa prospek. Pastu, cakap tak de ATM untuk isi minyak. Padahal memang takda duit. Kata buat bisnes kan. Tapi dah kena ajar menipu.

Disuruh beli Blackerry, supaya senang berkomunikasi. Hmmm beli lah.

Guna duit komisen February yang entah berapa ja.


April 2013

Aku Berjaya close satu AF, means aku buat orang tu berhutang. Adoi. Bodoh. Sorry Rahmat. Tapi syukur dia dapat ANC Uitm. Nanti dia salahkan aku pula. Budak pandai tuh. So, aku ada dapat komisen untuk bulan depan. Oh ye, income akan dapat next month. Kiranya macam kerja lah. Tapi kalau tak buat sales, macam mana nak dapat income. Tapi income aku untuk bulan April tu, tertangguh sampai July. Ko rasa. Sebab dia tak terima kalau Islamic bank. So, aku kena tukar bank aku jadi conventional punya bank. iC aku pula rosak cip nya. Nak betul kan, kena ada duit.

Solution? Pinjam lagi. Time ni aku dalam hati, memang malas fikir dah. Aku selalu kena marah sebab lambat datang kelas, pegi kelas tidur. Hmm. Sakit ati pula bila tulis balik ni.

Hutang? Makin berhutang. Bagi alasan, alasan. Time aku minta pinjam, baik mulut manis. And sebab kawan kan. Sorry.

June 2013

Exam Semester 2 uitm. Aku masuk dewan exam, x study apa. Dalam otak memang kosong. So, the result? Yeahhhh fucking devastating. Haha.

July 2013

Komisen sales bulan April dan Mei baru dapat pertengahan bulan July ni. Tapi untuk bayar hutang. Aku tak sempat rasa pun sikit duit tu. Hmm. Balik kampung untuk raya. Family pun marah. Kenapa tak balik January aritu. Cakap, ayah aku siap darah tinggi. Sebab aku minta duit yang bukan sikit nilai. RM28k. gila.

Pastu, aku cakap aku cuti seminggu je. Ye lah, dedikasi punya pasal terhadap One Com. Lagi lah parents aku marah.

And. Part paling aku rasa aku kena stop bisnes ni. Time dapat result Uitm sem 2, ogos.

gagal bodoh... dismissed.

Aku cek emel, aku terduduk di sudut rumah. Time ni masih di Sabah. Aku google, camna nak buat rayuan. Jawapan aku dapat, memang tak boleh. Solution? Cari university lain. Aku dah cuak. So, time tu roommate aku study Unisel. Aku tanya, camne nak masuk Unisel. Dia bagi link. Aku apply. Google, antara MSU dan Unisel mana lagi murah. So, Unisel lagi murah. Mana course yang paling sekejap dan paling murah. Aku Nampak, kos Business Management. So, aku apply.

Esok tu, dapat result. Dapat Unisel. Wow laju. Lol.

Aku bagitahu parents, aku tak dapat bawa Engineering. So aku nak tukar kos. Pegi bisnes. Maka begitu lah cerita kenapa end up aku sekarang kat Unisel. And, parents aku tak tahu lagi sampai sekarang. Belum sesuai masa untuk terus terang.

Bapa aku marah. Memang marah gila babi. Dah lah bagi dia naik darah tinggi sebab stress, aku buat rasa tak bersalah. Gila derhaka aku ni. Tapi aku cakap, aku memang nak tukar. Sebab dah takda solution dah. Untuk sambung uitm. Dengan result D2.

Balik Shah Alam, Najwa (upline) tanya result ok? Aku cakap, ada few subjects gagal. Aku malas nak bagitahu, aku malu. Sebab aku ni budak pandai. Mana boleh gagal. Tapi aku rasa dorang boleh tahu yang aku ni tak dapat sambung uitm. Macam ramai orang dalam OneCom yang gagal sambung study. Padahal T-up semua nak student cemerlang UPM la, UM lah, UKM lah. Buuuutohhhhhhhhhhhhh ko tak habis study.

Time ni aku memang dah malas nak wat bisnes, malas nak pegi event. Tapi tetap pegi juga. Entah bodoh kan. Macam lembu. Dah macam binatang. Suruh A, buat A. memang tak reti nak lawan. Sebab semua dalam tu senior. Aku muda lagi. 20 tahun time tu.

November 2013

Genap setahun aku di OneCom, makin banyak hutang. Aku decide untuk stop. Aku tak angkat call, tak reply mesej. Aku malas. Aku senyap. So, rasanya dorang faham. Tapi still contact. Aku memang senyap.



Total hutang aku sepanjang setahun almost RM46000, time masih study, umur 20. Gila tak gila. Aku rasa memang tiada masa depan dah.

Nak bangkit balik lepas betul2 jatuh, serius susah. Nak cari kawan. Susah. Sangat susah. Yang pernah lalu tu, faham lah. Hmm. Even semester 1 aku kat Unisel pun gagal. Nasib baik boleh rayu.


Rumusan

Apa yang tak boleh dilupakan? Sepanjang berada di One Com. Terlampau banyak pahit berbanding manis. Manis apa? Dapat komisen 2 saat, pastu bayar hutang. Lol.

Lagi satu, duit macik aku RM10000 tu, dorang guna untuk naik pangkat. Tak ke kimak camtu. Entah apa dorang fikir time tu, duit tu duit macik aku. Pandai-pandai pegi guna. Aku dah banyak kali minta. Lepas dapat tahu, Syaa jumpa aku gentle punya bagitahu dorang guna duit tu. Start time tu aku betul negative dengan OneCom. Memang anti level to the max. benci nak mampus. Amanah suruh pegang, dorang guna. Kesian Syaa yang kena bayar. Nasib baik almost settle dah.

Ajaran di one com memang sangat tak betul, sesat. Fucking sesat. Nak buat bisnes, kena pinjam? Bullshit. Time aku keluar, baru lah baca pasal bisnes. Nak start bisnes, guna kan apa yang ada. Bukan berhutang. Serius binasa.

carta organisasi bullshit

Upline, si Rauf pernah tumbuk perut aku sebab tak bawa prospek pegi event. Kak iju marah, panggil kami babi. Upline babi, haa dengan downline sekali semua babi. Pastu si Mia pun keluar dari bisnes ni. Sebab kena panggil babi. Tak bawa prospek datang event, memang makian lah makanannya. 

Pangkat rendah, layan hina. Tak leh bercampur dengan yang pangkat AF ke atas. Bullshit punya  culture. Yang dah tak buat bisnes, orang negative. Jangan berhubungan dengan dorang. Erti kata lain, putus silaturrahim terus. Kimak tak kimak culture.

Jangan pinjam sesama bisnes partner. Aku selalu pinjam Syaa. Haha. Thank u!

Kata dalam bisnes ni kita akan jumpa kawan sebenar, tapi ajaran sesat one com buat ramai kawan sebenar menghilang. Syukur kawan-kawan aku masih terima aku. Tapi tu lah, lepas quit, kita ni akan dianggap orang negatif. Jangan sesekali berhubungan. Bodoh punya culture.

Lepas aku quit bisnes tu, macam-macam lah buat. Jual itu ini. Last MLM aku buat, Phytoscience. Time ni aku buat duit, dalam RM30k, untuk bayar hutang saja. So, memang tak terasa pun duit. Hmmm.

Dunia bisnes bukan lah seindah macam yang MLM war-warkan. Duit berkepuk, kereta mewah. "Tak nak ke bawa mak ayah pegi umrah." the script. Tapi lebih dari tu. Pegi belajar dengan orang luar pasal bisnes. Kalau dalam OneCom, dorang siap bagitahu tak payah pegi kelas beribu-ribu di luar untuk dapat kan ilmu bisnes macam ni. Adeh.

Dengar cerita, dorang dah tak jual eLife yang 28k tuh. Sekarang konon nya buat bisnes Online. Tapi takda produk, just jadi ambassador? Fuck. Dah dah lah tu menipu orang. Buat bisnes online, tapi Fb Ads pun tak tahu, bodoh. Tahu nak tipu orang jeh.

Haish, dah lah maki. Haha.

Sekarang ni, nak habis kan study lagi berbaki setahun di Unisel. Doakan.


Total hutang lagi RM5k++. Struggle is real. Aku dengan tak kerja, masih study lagi, cari duit. Memang struggle like shit.

And aku ada jual perfume, nanti boleh lah support. Hehe. Serius aku buat untuk bayar hutang, kalau nak support jualan perfume aku, beli lah. Wangi jangan risau. 30mL RM60 je. Please support.

folow ni...
Ok, dah lah. Panjang dah cerita. Thank u sudi baca. Minta maaf.

Pada yang aku berhutang, aku memang cari duit untuk bayar. Sorry sebab banyak alasan.

Parents aku, kalau dorang terbaca ni. I love u. Sorry banyak menipu dan jadi anak derhaka. nangis jap serius nak nangis....

Itu ja la. Asssalamualaikum.

Anything, just whatsapp: 014-5552638 (Syafiq)

Trend Pelajar di Malaysia

Trend Pelajar di Malaysia

Yo! Ramai masih menjelajah blog ni walaupun dah lama tidak update. Thanks untuk post yang berkaitan dengan PASUM = Pusat Asasi Sains Hayat Universiti Malaya. Gah nama tu. Lol!

Okay, berkenaan dengan trend pelajar sekarang ni, semakin ramai yang berfikiran terbuka untuk menerima kenyataan bahawasanya sekarang ni zaman nak maju, kerja makan gaji adalah bukan satu pilihan lagi. Ramai yang telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Okay sekian terima kasih.

Sumber


Woi, bosan actually.

Bye.

Genting Integrated Tourism Plan and Twentieth Century Fox World were Launched

Hello there.

17th December 2013, majlis pelancaran Genting Integrated Tourism Plan and 20th Century Fox World oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. Ramai lagi yang datang, aku pun tak kenal. Chairman and Chief Executive of Genting, YB Tan Sri Lim Kok Thay dan ramai lagi kenamaan.

Niat datang pegi Genting, isi masa lapang dan join aktiviti blogger yang setahun lebih dah bhaiii tinggalkan. Last event, Tribal Halloween @ Awana Genting Resort last year.







Sampai agak lewat. Disambut dua gadis cantik, Pelf Yeen and Yee Wen. Seriously Pelf Yeen, you're pretty much :) And thanks for both of you for inviting me there. Then, makan tengahari @ aku tak tau tempat tu. Free, actually should pay for RM81 for lunch, but we got it free. Haha! And, the foods were delicious. Especially the spaghetti and satay. Least favorite, yang fried one. A bit hangus.

Okay, picture. Thanks for both pretty lady for the pictures :)

Okay, look forward for next invitation.

Looking forward for any job opportunities.

Wassalam.

Launch of Genting Integrated Tourism Plan

Hello there.

Greetings from Genting Malaysia Berhad!

Following our recent announcement of the world’s first Twentieth Century Fox theme park, Genting Malaysia Berhad is proud to invite you to yet another event that will showcase magnificent news on Genting’s integrated tourism plans.

Also attending the event is guest of honor YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Honourable Prime Minister of Malaysia as well as Tan Sri Dato’ Lim Kok Thay, Chairman and CEO of Genting Malaysia Berhad.

With this, we cordially invite your good self (one person only) to attend this event on 17 December 2013 (Tuesday) at Genting International Showroom (GISR), Genting Grand Hotel, Resorts World Genting. Please note that meals and transport will be provided.

Details of the event are as follow:


Look forward for this event.

Thanks Genting Malaysia Berhad for the invitation.

Ketinggalan Zaman

What happened actually to Malaysian politics? Seriously I don't know anything. Just watched television to see the results after voting last night (but I didn't go for voting, not qualified yet).

Rakyat saling menuding jari. I don't know. Seriously, I don't know. I don't know anything.

The only thing for sure, push the government to settle all manifestos they've made before the election. Don't take things for granted.

So now, focus on main thing. FOCUS!

Have a big heart! Yeehoo!

Terakhir, boleh tolong, bagi link yang boleh dipercayai... Oh, I can't rely on website. Sebab orang yang tulis dalam blog biasanya bias terhadap satu parti sahaja.

But still, nak baca.

Nevermind.

Every problems have the solution. Not one, but many solutions. Think!

Blackout? Go check my facebook profile picture :)

Lastly, Salaam!

Sacrifice! Berkorban!

Sacrifice

Yeah, it HURTS!

But then, I believed, one fine day, Allah akan balas setimpal dengan apa yang kita korbankan.

Insha Allah.

Believe, put your trust in Him, raise your hand and pray!

Ya Allah, guide myself don't let me go astray!

You the only one, can show me the Way!

In Shaa Allah! :D

Lagu Maher Zain berkumandang di kepala.

Bye! Really missed my family, especially my Mama! Bapa! Siblings and grandma and grandpa. My aunt! Semua la bah!

Rindu-serindu rindu nyaaa~~ Hihi! Doakan kesejahteraan sy di sini kio!

Coretan Hari Ini #1

Lol! Banyak benda berlaku pada diri.

Pengalaman, especially lah!

Sekarang masuk 2013.

Tahun baru, azam baru. Azam tahun ni, sangat banyak. Amin.

Kesihatan terjamin. Kualiti badan terjaga.

Memang banyak masa update, tapi rasa malas menaip melebihi segalanya. LoL!

Solution, jadilah rajin....

I'm happy with my second family here, they help me a lot! Seriously!

New friends everyday. New environment everyday.

Time by time, we are improving. Looking forward to your future, look to the past, improve it.

Apakah yang ingin dikatakan? LoL!

Bye woiii!!! Lapar!!!

Dan Bila Busy Melanda!

Salam readers!

For this time, sememangnya busy memanjang. Hihi! Tak payah tanya.

Ok, berbalik pada tajuk, itu sahaja yang mampu diungkapkan.

Sorry laa guys memang kurang dah masa untuk on9, biasa ramai yang tanya *perasan fofular* dalam kalangan kawan, pasal bila nak update blog.

SO rasa bersalah sebab biarkan anda tertanya-tanya. *ceh!*

Banyak kelas telah TERskip secara sengaja dan tidak sengaja.

But, happy juga laa sebab parents datang dari Sabah! YeahhH! Pasal tu lah escape kelas. Hihi! No main reason, just wanna spend my very precious time with them!

Haha!

Ko tau aku ni malu sket kalau nak pakai kain pelikat kalau nak bersama dorang, sebab entah. Tanpa sebab yang kukuh. Haremmm! Haha! Tapi hari tuh rasa diorang macam visitors/kawan seja, so boleh laa pakai kain pelikat depan dorang.

Tapi kalau depan kawan tu lain lah cerita ngekkK!!! Tu memang biasa pakai, ala2 alim ulamak. Wakaka! Amin.. Bila lagi mau jadi alim kan? Hihi! Janggut dah ada. Haha!

Pi Melaka, atas sebab yang sangat tak perlu diketahui ramai, just family problem and ada perkara yang perlu diselesaikan. Thanks to my lovely friends *don't have to mention them* yang sudi temani di saat hampir rebah. Huhu~ Thanks so much!!! Appreciate it really much!!!

Erm, sekarang tengah demam, demam! Tapi lawan seja la, kalau ikut hati, memang makin sakit, maka luaran pun nampak sakit laa. So kena banyak senyum!!! Yeah! Sambil minum banyak air, buang banyak toksik dalam badan!

Dan kepada sahabat-sahabat yang berada di seluruh Malaysia dan dunia, just hoping u guys enjoy your journey, nanti sudah besar, kita jumpa, boleh share banyak benda! InsyaALlah! ALlah i miss u all!!

Macam surat wasiat pula. Naudzubillah, belum taubat lah!

Sekarang mimang busy, minggu ni banyak test, banyak discussion! Banyak kerja mau buat! So kena prepare minda! yueah! ouhyeahbebeh! OYB!

Tiap masa free, penuhkan lah masa itu dengan TIDUR!!!! Yeahhhhhhhhhhhhhhhh!!! Best! Best!

Maka ahli kelas memang telah paham dengan keadaan diri ini yang memang kaki tidur dalam kelas. So? Hihi. Berilah ruang untuk diri ini tidur. Haha!

Adaptation to new life that I made. Hihi.

Allah knows best.

Akan menyanyi karoke, arghhhhhhhhhhhhh!!! Terpaksa melalak dalam tandas, sorry laa roomate terpaksa dengar suara paling teruk di dunia. Patot laa tiap petang hujan jak di Kehell. Lol. Khurafat sungguh.

Bah, sudah cukup cukup sudah! Cukup sampai kali ni seja. Harap kamurang ok seja kan! I hope u guys ok seja la. Banyak doa agar rezeki dimurahkan.

Dan segala persoalan yang timbul, akan jawab suatu masa nnti, just few of them knew already. Haha!

Ok, ngantok dah!

Wassalam!

Time: 0100
Date: 03.12.2012

5 Bentuk Badan Idaman Lelaki! TeeHee :D


Salam.

Rabu. Y U NO rain!

Ok.

So, nak update pasal benda alah, biasa dah orang baca, kot... Argh! Lantak, aku tak kesah, yang penting siap update blog. Hahahaha! Muehehehehe~

Aku try buat setiap post ada unsur-unsur lawak.... Dengan ketawa sambil mengarang.. Gelak camni....

Muehehehehehehehhehehehe! *ok sumpah tak lawak*

Petang-petang joging, tengok ramai manusia, ada pelbagai bentuk badan. So hari ni nak update pasal....

5 Bentuk Badan Idaman Lelaki Sejagat... Hihi!

Kita start dari nombor 5, erm, baidewei, aku buat list ni saja nak penuhkan masa terluang dikala sedang escape ceramah. Kahkahkah!

5. Badan Penagih Dadah

Hahaha! Jadah napa badan penagih dadah jadi idaman? Lemme explain. Kau memang tak nak dapat penagih dadah kan. Memang tak nak dapat badan matcam ni kan!


Dafaqq did I just see...
Cari gambar lelaki, tapi ni keluar...



Tapi kalau ko dah jadi penagih, so memang kau idamkan bentuk badan camni lah. Naudzubillah, minta kita semua dijauhkan.

*para penonton angguk kepala*

4. Tubuh langsing

Ni lagi satu, lelaki idamkan nak dapat badan camni? Kau gila hape!


Tak kenal pon sapa ni....




Rilax..rilax...Aku tak habis explain lagi. Ni gambar pompuan langsing, maksud dia, kita ni sebagai lelaki suka nak tengok pompuan yang tubuh seksi meksi, gedempal gedempul camtu tak sangat, tapi ada juga yang suka. Aku tak kesah. Hahaha!

Kau mustahil tak suka! Kalau kau minat KPOP *baca KPork* kalau group tu group pompuan, takkan kau nak tengok pompuan yang gedebuk gedempal nak menari berpusing-pusing buat breakdance macam dalam cerita 'Dance Flick' tu? Haha! *sedang ketawa sendiri ingat balik cerita Dance Flick yang maha lucah. Ops, yang maha Lawak....*

Kalau kau lelaki, mesti nak kawin ngan pompuan yang kira macam cukup pakej lah kan. Hihi! Tapi bila dah kahwin tu, apa-apa bentuk body yang dah jadi, bantai seja lah. Dah nama dia isteri :) TeeHee!!!

*penonton bertepuk tangan hihi*

3. Perut Buncit

Aku ada buat kajian, time cuti di kampung dan bila-bila masa terfikir. Jalan-jalan, lepas makan then jalan-jalan sekitar kampung... Oh ya, time tu Syawal pula. Hihi! Confirm2 dan sah2 perut semua membusung membuncit memboroi ke hadapan.

Ni baru pas makan ni....

Tapi kan, dia cakap lah, perempuan ni suka kalau lelaki perut buncit!!!

Kenapssssss??? *ini style cakap kalau sama kawan di skolah...kah3! Rindu tiba2*

Kenapa?!

Sebab best kalau kena peluk jadi bantal pelok time tidor sambil kena usap-usap. Pergh!!! Tak gitu ling? *kbye*

2. Athletic

Ni baru lah yang betul punya idaman lelaki. Kalau bukak website or blog-blog lain pun, banyak iklan di tepi-tepi tuh pasal mau kasi kurus badan or to gain weight. Huhu. So do I! Blog ni pun ada juga. Hahaha!

Pompuan tengok, cair. Kalau tak kuat iman. Tapi ada juga pompuang yang tidak pandang body-body lelaki ni. Sebab diorang tundukkan pandangan. Kau hado! Aku tengok pompuan selamba ja. Haha! *bongok nya*

Terasa gay... Fuckkk!!



Tapi sekarang bukan pompuan jak yang tengok, lelaki pun sama juga. Ok, positif, jangan fikir bukang-bukang2... Diorang tengok supaya lebih bermotivasi dan berinovasi ke arah mencapai wawasan.... berbadan tegap.

TeeHee!

1. Wanita Mengandung

Aku letakkan ni sebagai nombor satu sebab....aku rasa lah kan, manada orang yang tak nak anak. Kecuali memang dia benci dengan budak-budak atau ada sejarah hitam yang membuatkan dia tak suka kanak-kanak.


Irma Hasmie



Kau kalau sudah kawin, mesti nak anak kan.

Bila dah kahwin 3 bulan, or beberapa bulan, tiba-tiba isteri mual, muntah-muntah. Hantar pi hospital, cek, disahkan Mengandung. Maka nikmat tu paling best rasanya. Aku tak kawin lagi, tapi aku beria-ia ni. Sambil tulis dengan senyuman memanjang dari telinga hingga ke telinga.

Kau tanya bapa kau, best tak bila si Isteri tu mengandung? Best laaa woiii!!! Lagi-lagi bila dapat anak, mengandug. Yeah. Dan akan berBINkan nama kita. bin Mohammad Syafiq... waaaaa! Woi, teruja ni woiii!!!

Ok dah laa. Kau tau juga perasaan dia, ye dak? Kau lelaki. Mesti lah tau.

******************************

Hihi! Apa macam post ni? Kau ingat aku mau post pasal benda-benda skema? Walaupun ayat skema semacam. So, hargailah setiap bentuk badan yang ada.

Hihi..Sudah cukup cukup sudah....cukup sampai di sini saja....

Wakakakakakak!

Kbyethanks...TeeHee :D

*penonton bertepuk tangan lalu bersurai lambai2 tangan ala-ala Diva yeah!*

5 Nikmat Dunia, JANGAN Dilepaskan

Salam.

Woi, update ni woi! Baca. Hihi. Very bad intro. Sorry, my bad. Haha!

Maka pada hari ini, akan update pasal 5 Nikmat Dunia Yang Tidak Boleh Dilepaskan.

Maksudnya, mesti buat punya. Hihi.
1. Bersin
Jalan-jalan, tiba-tiba hidung gatal rasa nak bersin. Sampai satu tahap klimaks, maka terbersin lah anda.

TAPI, mesti lah juga kita pernah sampai tahap klimaks bersin tu, all for sudden, tidak jadi.
Camni bunyi dia...

"Ahh, ahhh...haaaaa.... uhhhhhhhhhh~~"

Itu bunyi kalau tak jadi bersin.
Sepatutnya camni.

"Ahh..ahhh...haaaaaaaaaaaaaaa~~CUMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!"

Sumber: Betulkah jantung terhenti seketikasemasa bersin?

Maka itu lah nikmat dunia paling best, kalau bersin. Hihi!

Kalau ko dah sampai tahap klimaks nak bersin, tapi tak jadi, senang! Ko tengok matahari, bersin lah tu jadinya. Tapi jangan tengok sampai buta. Ok! Selamat mencuba.

2. Korek Telinga
Lepas mandi, rasa gatal. Sangat-sangat gatal. Kau tak tensyen kalau dalam telinga tu gatal? Mesti nak garu juga kan. Hihihihi...
Lepas korek tu, maka kepuasan itu lah yang melanda. TEEHEE!

Sumber: Gua On Karaoke

TAPI kan, kalau kita tengah berpuasa? Aduhaiiii.... Ko jangan pandai-pandai pegi korek telinga kau tu. Batal puasa baru tau! Haha!

3. Kentut
"Pooooo~ooooottt..."

Ni bunyi kentut yang senyap tapi berbau. Sohai.
Kalau bunyi "Proooottttttttttt!!" haaa! Ni best sikit! Sedap, dan tidak berbau. Kahkahkah!

TAPI, kalau kau dalam kelas, kau tahan kentut, apakah selesa? Sangat tidak. Yeah, aku ni berpengalaman lah. Haha!


Then, how I overcome the problem of farting in the class. Kau bawa kawan bercerita, gelak sakan terbahak-bahak kahkahkahkah, then kau kentut laa. Mana dorang perasan tu.

4. Garu tempat yang gatal
Ni nyamuk punya pasal lah ni. Kalau kau tak garu tempat kena gigit nyamuk atau apa-apa seja yang menggatalkan, mau jadi gila dibuatnya.


Aku pernah alami, selalu, konon tak nak makin gatal lepas kena gigit nyamuk, last-last merana sendiri. Hihi. So kalau kau kena gigit nyamuk, kau cepat-cepat garu sampai berdarah, insyaAllah makin merana. Kahkahkah!

5. Baca blog Syafiq Ahadin @ Apekblogger
Nama blog keluar, tapi gambar orang
gemuk keluar. Ciss!

Kejadah? Kalau kau tak baca blog ni, mana kau nak tau Nikmat dunia semua ni. Hahaha! Okbai.

*habis idea sebenarnya*

Maka tamatlah post pasal Nikmat Dunia ni. Hihi. Semua ini cuma rekaan semata, berdasarkan pengalaman. Jangan marah, itu sekadar gurauan. Hihi.

Sekian, Bye!

p/s: Perhatian, insyaAllah lepas ni akan update setiap ISNIN, RABU dan SABTU. So, keep reading :)
Dan thanks to Nuffnang and Genting Resort for the very-first-time-outdoor-activities-with-Nuffnang last Saturday and Sunday! GREAT! Hope can join another events :)

Prinsip Dalam Berkawan dan Bersahabat


Salam.

Bertemu lagi. Haha! Hahahahahahahaha! Apakah?

Kali ini mungkin simple jak kali post. Hanya ingin express kan apa yang ada dalam kepala hotak ni sekarang. Hahah! ;)

Nak cerita aku punya prinsip kalau nak berkawan/bersahabat.

Sumber: Lelaki dan Wanita bersahabat?

Senang cerita, I'm easy going person. Sangat lah mudah dibawa bercerita *tapi mungkin pemalu kalau baru bjumpa haha* Dari hal peribadi sehingga hal yang sulit, *haha* just ask me. Akan dijawab dengan penuh....................

Tanda tanya... apakah?

Ok, jangan melalut. Kalau aku kan. Hihi! Kawan biar berjuta, isteri satu cukup. Woha! :P

Merapu lagi. So, kalau tak kenal jangan pernah buat-buat kenal sebab anda memang tidak kenal. Ish. Apa bah yang aku tulis ni.

I'm simple. Senang buat kawan dengan ramai orang. Suka berkawan dengan mereka-mereka yang gila-gila sikit. Tapi semua kawan sekarang gila-gila. I loikeee!! :)

*hilang akal seketika. Eh? Hilang idea seketika*

Pegi tandas.....

5 minit kemudian.....

Dapat idea sudah!

Berbalik pada prinsip....

Prinsip ini senang. Buat baik dibalas baik, buat jahat, maka baik lah juga dibalasnya. Huhu!

So far Alhamdulillah, sebab jarang orang cari pasal. Kalau ada pun, mungkin dalam kalangan family. Haha! Oh yeah, kalau tiba-tiba orang tu menjauh maka perkataan 'Sory, ampun maaf' sangat lah mudah keluar dari mulut ini. Padahal aku tak buat salah pun. Natural. Hehe!

Sumber: Amanah dalam Bersahabat

Dan prinsip yang lagi senang, agar sesiapa yang aku berkawan, jadi sahabat. Sahabat dunia dan akhirat. Woha! :)

My name, Syafiq ertinya Penyayang (puiihhhhhhhhhhhh!). Maka memang penyayang lah diri ini. Cuma tidak terluah. Hanya dalam hati. Kerana orang lahir 7 September (Virgo) lebih suka pendam. Or aku sorang jak ni yang memendam? Hehe! Kalau sayang, nanti tergetek pula. Pastu diorang rasa lain pula. Cisss... Haha! Dasar gedik!

Bah, sememangnya post ini sangat lah menjengkelkan, maka harus lah diFULLSTOPkan di sini seja.

Hanya mampu berdoa buat kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian, agar ikatan persahabatan yang kita jalinkan itu akan terus kekal sampai ke hujung nyawa. Hanya kematian yang dapat memisahkan kita. Ceh! Terasa kegampangan di situ!

Lagi nak berdoa, agar diri ini dan sahabat2 sekalian agar terus dipelihara, diberi hidayah oleh Allah agar lebih maju ke hadapan, menuju ke arah kebaikan dan menjadi lebih.... matang... InsyaAllah! :)

Malaysia Boleh!

I love you guys!

Babai! TEEHEE :)

p/s: entry paling tiada perasaan.... bye! bye!! Hei, Bye lah!!!

5 Perkara Bikin Stress!


Salam.

Weh, bosan ni weh!

So, bosan? Update lah blog kan. Huh! Walaupun telah lama tiada pembaca, ada ku kesah? Haha!

Mulakan dengan Bismillah.

So, di hari yang penuh barakah ini, akan berkongsi pasal tajuk yang telah disepakati bersama *Woha!* iaitu 5 Pekara Yang Membuatkan Kita Stress



Actually, kita tu merujuk kepada aku. Hihi :)

  • Bangun pagi dan bangkit dari katil
!!!! scary ahahahaa!!!



Oh tidak! Waktu Subuh waktu paling mencabar, tapi Alhamdulillah, tetap ditunaikan walaupun subuh gajah. Erk.

  • Jalan-jalan lalu tersadung

Ok lagi kalau setakat tersadung. Kalau tersadung, lepas tu melatah bagai! Woha! Tak kau malu semalu malunya? Ditambah lagi ramai orang lalu lalang, stop berhenti seketika ter'stunt' tengok kau tersadung dan melatah.
"Adeh gila sial babi!" (sekadar contoh yang sangat dahsyat!) Alhamdulillah aku tak melatah. Cuma keluar alunan zikir. Hahahahahahaha! Teehee :)

  • Melihat kucing mengawan

Weh! Aku nak jugak! Hahahahaha! *haremmmm*

  • Tengok lelaki jalan berkepit

Mak aihhh!!! Hahaha. Apakah mereka telah tulis laluan berbentuk zig-zag sehingga perlu jalan berkepit? Just walk like a model. Tu ok lah. Peace :)

  • Youtube buffering!



Paling tensyen! Boleh jadi gila dibuatnya. Haha! Lagi-lagi Wifi Kolej Jati ni, video 3 minit kalau buffering kena tunggu dalam masa hampir sejam. Dafaqq! Haha! 



Dah lah tak dapat buka tweetdeck, tak support Skype. Aiyoo! I need broadband! Hihi.

****************************

Maka siaplah satu entry merapu di malam hari ini!

Sekian, bebelan pada malam ini.

Guru masuk murid berdiri,
Bye, mohon undur diri!

Babai!

Apakah mimpi itu?

Salam.

Ok, beberapa hari belakangan ni, bermimpi benda-benda pelik.

Apakah?

Hari pertama, mimpi pasal dunia ni macam mau kiamat. Serius punya! Dunia keluar tangan, ada muka, mulut, mata. Lengkap lah kiranya.

Lalu berseru dengan suara yang GERUNNNNN!

Lebih kurang ayat tu camni la..

"Aku akan telan mereka yang tidak bersolat, tidak berpuasa, banyak dosa...*and the rest aku tak ingat lah sebab takut kali*"

So, dalam keadaan camni, macam-macam perasaan time tu. Gila!

Ok, sini lah, pernah tengok kan The Lord of The Ring. The Eye of Sauron. LoL. Benda yang ada muka tu, ala2 macam yang satu mata tu lah.
The Eye of Sauron. Hahahahahahahaha!
But don't imagine keadaan tu sama macam this stupi eye.
LoL!

Tapi dalam mimpi lain lah, bukan macam agenda illuminati. Haha! *apa kaitan dengan iluminati*


Dengan seruan GERUNNN gila2, seperti menghalau semua manusia pergi ke hujung dunia. Lautan merah, darah. Errr, x ingat sangat lah! For sure, aku takut. Tu yang penting....
Tup2, terbangun, 6.27am, subuh!!!

Pastu hari Kedua, mimpi kawan meninggal. Err, car crash? Eh? X ingat laaa. Yang penting kawan la.. Kawan sekelas dulu, perempuan. Huhu~ Pastu nangis jap, terbangun. Subuh. Huhu~ 6.27am. Juga? Haha!

Lalu apakah maksud di sebalik mimpi-mimpi tersebut. I know, sebagai peringatan semestinya. Sebab banyak sangat dosa kali. Bukan maybe, tapi sememangnya! Oh no!

Rindu Sabah! :)

Habis cerita mimpi.

By the way, akan bercuti raya Haji di Rumah Qucai di Johor Bahru. Jumpa Moqie lagi! Yeah! Ada driver sudah! Yeappi! InsyaAllah. Hope jadi lah. X pernah pi JB lagi. Harap everythings gonna be fine insyaAllah.

So..... yeah! Let's party rock anthem!
Iklan jap, Hihi! Tidak Berjaya JPA. Alhamdulillah.
Allah knows best :)

Bye, Salam ;)

Nuffnang