Kisah Aku dan MLM

Ok, firstly agak lama tak hupdate blog ni. And actually lupa blog ada. Haha, sebab busy. Tiba-tiba kawan arituh suruh update blog. So, yah.

Selalu keluar news pasal MLM dan student.

Ini tajuk agak sensitive. Aku nak cerita dari awal penglibatan ke MLM sampai lah sekarang. Gituhh macam orang penting.

Alkisahnya, time study PASUM dulu (2011/2012) kawan sekolah pernah approach untuk join first ever MLM, time tu aku bukan tahu apa-apa pasal bisnes. Biasa lah budak pandai. Tahu study, study, study. Dapat 4 flat, dapat kerja bagus-bagus, gaji besar.

Waktu tu kawan ajak join Score A. Dia ajak event hotel, ada makan-makan. Aku pun suka lah. Time ni umur masih 18 tahun. So naïve. Cerita pasal untung blab la, tak faham. Tapi macam senang buat duit. Modal RM700++ aku lupa. Dengan mudah, bagi dorang RM700++. Time ni waktu dekat exam sem 1 PASUM.


Lepas bagi duit, hantar balik kolej 12, terus stress. Haha. Entah kenapa senang jak bagi duit. Tanpa perlu cek background tu bisnes. Adeh. Time exam, memang stress. Sebab selalu kena follow up. Habis exam, dorang jumpa di Midvalley, so terang kan langkah kerja. Ok faham, balik Sabah konon nak buat. Tapi senyap. Hiks. Pastu anti dengan kawan tu. Agak lama. Tapi tak putus kawan pun haha. Hai asir.

Habis cerita PASUM.

Then dapat offer UiTM. Konon di Uitm ni nak tebus sebab xdapat tawaran sambung study di UM. So, awal sem best lah. Bab calculation, gimme. Kacang. Lel.

So, time November ni, bermula lah episode yang sangat meninggalkan kesan sampai sekarang dalam hati. Ceh. Cerita nya, time tu baru lepas Maal Hijrah 2012. November. Allahu, lama nya sudah berlalu. So, aku semat dalam hati, tahun ni mesti buat the best, berubah ke arah lebih baik. Time ni dok Kolej Jati. Maka, dengan itu memang aktif lah pegi program di masjid, surau. Dengar-dengar kuliah.

Cerita pasal MLM time Uitm pula


Time ni, ada cousin sambung study di PASUM pula. Cousin perempuan. Nak dijadikan cerita, dia mesej (time ni takdak wasap lagi, masih pakai Nokia tapi nokia tu orang dalam MLM kasi hilang haish). Dia ajak pegi main bowling di Times Square. Dia belanja. Aku pun, “wah….ok jom!” So, bermula lah cerita terlibat dalam komuniti One Community Worldwide (OneCom). Dia datang ambil di kolej, naik Mia (my cousin’s introducer). Sampai di Times Square, tiba-tiba ramai yang tegur. Memang sangat ramah.

“Hai, nama sapa? Datang dengan sapa? Study mana? Asal mana?”

Lebih kurang gitu lah. Bukan sorang yang tanya. Ramaiiiiiiii. Aku pula, jenis yang suka bersosial (bukan gi clubbing haha) berkenalan dengan orang ramai. So, ok jak la. Time main bowling tu, main lah….so, tengah main-main tu, tiba-tiba ada music lagu dancing. So, semua orang berdiri, menari. 

Woahhhh, aku rasa best nyaaa… so, join ja lah so-called Flash mob tu. Ok, habis part main bowling.
Lepas main bowling, mesti lah pegi lepak kan. Makan kedai mamak. Aku pun ok jeh. Tapi jangan lewat sangat sebab pagar kolej tutup kol 11 kalau tak silap. Time tu dah jam 10 kot, so lepak kat kedai mamak di Hartamas.

Jap, lupa nama kedai apa. Tapi itu lah port untuk gather lepas any event. Sebagai seorang first timer, ramai lah orang datang tegur, datang dengan sapa. Bla bla bla. Aku jawab lah. Semua soalan dorang. Tanpa rasa syak wasangka. Pastu, dorang ada sebut pasal treatment spa. Apa benda ntah. Aku kurang minat, sebab aku laki. Mana nak pegi spa. Nak lagi aku student, mana duit nak pi tempat macam tu, dalam hati aku lah. Aku cakap.

So, cousin aku cakap dia ajak aku pegi spa treatment esok (Jumaat). Aku pun cakap tengok dulu. Aku rasa ak minat, sebab petang Jumaat tu ada program Al-Kuliyyah dekat Masjid Sultan Mizan Uitm. And memang aku datang pun majlis tu. Kan baru lepas Maal Hijrah. Hehe.

Balik kolej, lewat malam dah. Around 1 pagi cemtu sampai kolej. Kena tulis nama dekat guard. First time lewat. So agak cuak.

Jumaat esok nya, cousin aku memang ada ajak untuk datang pegi Spa treatment tu. Spa lah sangat. Aku cakap, aku tak free. Aku ada program kat Masjid. Memang time tu malas jalan. Lagi-lagi nak pi KL pulak. Pastu time di masjid tu, tengah program berlangsung, dorang cakap dorang dah sampai kat kolej aku. Aku dalam hati, x faham bahasa kah. Paksa-paksa orang datang pegi event dorang pula. Ok lah, disebabkan cousin aku, so aku terpaksa join ikut dorang pegi event tu. Naik kereta apa aku kureng ingat. Viva putih tu x silap. Mia yang bawa. So aku je lah.

Dalam hati, memang menyumpah habis. Sebab kacau aktiviti aku. Tapi takpa, this time saja.

Dorang bawa pegi KL, bangunan The Weld. Dekat area Bukit Bintang lah. Kira nya ofis dorang situ lah, The Weld, Ground floor.



Cousin cakap, okeh, masuk dalam bilik treatment nanti, ada orang akan explain blab la bla. So, masuk dalam bilik khas untuk treatment, aku Nampak perempuan depan tu pakai blazer, pegang mic. Dalam hati aku, “uish, takkan sekali lagi MLM.” Cousin aku pun time tu duduk sebelah aku, aku tanya kenapa bawa aku program MLM, dia cakap ni bukan MLM. Aku dalam hati, nak balik nak balik. Tapi aku mana tau sangat lagi jalan KL tu, plus aku follow cousin.

Dia explain, pasal mesin ni nama dia eLife. Pegang batang lampu tu, menyala. Entah, aku tak impressed pun, nak balik. Haha. Habis talk pasal eLife ni, ada pula sesi feedback, di bilik satu lagi.

Aku nak balik.

Tapi kena duduk juga dalam bilik tu. Kena suruh perkenalkan diri.

“Apa khabar semua?”

So jawab nya apa? “Baik sangat baik wow!” follow ja la. Haha.

“How do you guys feeling right now?”

“Happy energized Yes yes yes!”

Haha. Aduh lahaiiii masih ingat sampai sekarang.

And time tu Kak Eiju punya turn. First soalan dia tanya, “Kalau anda rasa ini adalah bisnes MLM, tuh pintu terbuka luas. Keluar sekarang.” Lol.

Reverse psycho. Aku ni naïve. Dalam hati, “oh, ini mungkin bukan MLM.” Lol. Ye lah, aku baru 19 tahun kot.

Maka bermula lah detik aku terjebak lagi sekali dalam MLM, tapi kali ni lagi dahsyat.

Sabtu, cousin ajak lagi untuk pegi buat treatment. So aku pun pegi. Sebab time ni aku rasa ni bukan MLM. Hahahhahaa bodohnya.

Time aku dah join lama, kalau dorang dapat bawa prospek pegi event 3 hari berturut-turut, the chance untuk closing orang tu sangat tinggi dan mudah. Maka aku pun jadi mangsa juga. Patut lah pushy.

Then, apa entah aku tak ingat. Then, yang betul-betul bukak minda aku, time event One Business Conference (OneBC). Time tu, ada 4 sesi. Pengenalan bisnes, rancangan perniagaan, aku kurang ingat. Tapi part paling best tu, closing. Aku rasa, wow hebat nya orang-orang sini. Time tu, aku nak buat bisnes ni. Rasa sangat positif. Time ni, memang tak fikir pasal the consequences. Apa baik buruk nya bisnes OneCom ni. Zaman ni belum ada orang lagi buat blog pasal onecom. Kalau ada, aku tak tahu. Haha. Adoi.

aku suka conteng, sebab malas jadi boneka situ dah.

again time event lepas dah join lama, aku dah tahu apa akan dorang cakap.
maka gini lah jadi nya, supaya tak tertidur. kalau tidur kena marah pulak.
Then, untuk join bisnes ni, ada interview. Aku neves. Untuk interview, perlu sharing ngan orang-orang dalam OneCom ni yang dah join. Cut it short, orang yang interview aku tu Rauf a.k.a upline juga la. Mati2 aku ingat orang Cina ke India. Punya lah dorang T-up tu padu. Kalau bisnes lain, konfem asyukkk. Time tu, untuk join bisnes ni kena ada modal Rm3400. Aku dalam bank ada dalam RM600 lebih ja. Punya sedih, tapi rasa time ni RM600 was really big amount. Dia suruh ambik, untuk buktikan aku ni serius untuk join bisnes ni. So, keluarkan lah duit yang ada dalam bank. So, aku tinggal zero duit dalam bank. Kesian. That was the last time aku rasa happy tanpa ada bebanan hutang. November 2012. Hmm.

So, ada lagi baki few thousands untuk settle kan modal RM3400 tu.

Apa penyelesaiannya? Maka, the culture of…. Meminjam untuk future diboleh kan. Menipu sunat asalkan tahu kita guna untuk kebaikan. The community ajar untuk meminjam. Aku dah lah tak pernah meminjam. Adoi. Mesti kawan-kawan aku rasa aku memang dalam kesusahan kalau pinjam duit dorang.

So, dorang suruh list kan nama-nama kawan yang boleh pinjam, berserta target, dan berapa nilai dapat.

Nama aku tulis, semua kawan sekolah. Top list, Ahang (sorry). Target RM200. Aku call, time tu around 10pm-11pm kalau tak silap. Dia angkat fon, aku cakap

“Hello Ahang, mo minta tolong ni. Urgent. Mo pinjam duit dalam RM200. Ada kah?” “Ada.” “Oh, kalau RM500 boleh kah?” “Boleh.” “Bah, thank u so much Ahang, nanti sya bagi number akaun. Nanti sya cerita kio. Thank u ah…”

Gituuuu skrip diajar. So, aku pinjam untuk settlekan RM3400 tu, within a day only. Pastu, dah settle tu, semua orang puji. Wah, tahniah welcome welcome. Padahal, dorang tahniah sebab kita dah berhutang. Adoi. Start time ni, dah berhutang.

Pengajaran: Nak mulakan sesuatu bisnes, guna apa yang ada. Jangan meminjam. Kelak binasa.

Sambung, time ni dapat lah pangkat paling hina dalam bisnes ni. IF. Akan dikeji, dikutuk. Selagi tak naik pangkat, selama tu lah kena keji.

Pastu, diorang tanya bila nak next step. Aku tanya, apa pula next step. Next step ni, untuk naik Pangkat ke AF.

Diringkaskan cemni bisnes ni:

IF (modal RM3400)
SF (modal RM15000+- atau dapat tarik 5 orang join as member sebagai IF) 
AF (modal RM28000, dapat mesin eLife tu or dapat 3 orang join as AF juga, whereas dorang cakap kalau nak ajak orang join, lambat. So kena invest lah RM28k)
CDF > DF > CRF > RF

Lebih kurang camtu lah. So, dorang suruh next step. Which kena beli eLife yang berharga RM25k + Rm3k (untuk cukup kan point naik ke AF) defuqqqq. Tapi aku cakap, parents aku ada duit. Lol. So, time ni dorang tekan kan bahawasanya kena lah tolong family time masih muda. Parents kita before sakit, kena cegah. Kena dapatkan elife. Natang apa lah semua ni bila ingat balik sakit pulak. Sebab dorang pandai cari so-called hot button untuk buat bisnes ni, which bantu parents. Adoi.

So apa kena buat? Kena bawa family datang pegi KL (aku orang Sabah). Malam tu, call macik sebab aku tau dia ada kad kredit, so boleh guna kad kredit untuk beli tiket dorang. Malam tu, cari. Dapat harga tiket pergi KL sahaja mencecah RM2k. Untuk mak and ayah aku jak. Babi mahal. Tapi time ni memang nak naik pangkat, AF. Sebab dah dibrainwash habis-habisan. Aku cakap kat macik, jangan bagitau parents.

So, call parents aku. Aku cakap nak belanja tiket pergi KL. Lol. Kan diajar untuk menipu sunat. Yah. Terbaik onecom. Menyusahkan parents aku, dari KK transit Sandakan pastu baru ke KL. Ni cerita hujung bulan November. Time ni aku tak tahu lagi, dorang memang tengah kejar sales untuk hujung bulan. Haha. Bodoh nya bila ingat balik.


Dipendekkan cerita, parents aku tak minat eLife. Aku pun dalam hati, dorang tak faham. Dorang tak support kita. Dorang tak nak jadi sehat. Butoh, RM28k. ko ghaseeee. Siap pegi fight Melaka. Aku doa dorang accident supaya jangan ganggu aku lagi. Haha. Stress bila kena tanya progress. Kena follow apa so-called leader suruh. Camna cara nak heart-to-heart untuk yakin kan yang eLife ni bagus untuk dorang.

Time kat Melaka tu, aku dah malas nak join dorang. Pegi mampus. Haha.

Tapi tapi…aku tak tahu, kenapa aku pegi cari balik diorang. Untuk buat bisnes. Bodoh kan.

Bermula lah kisah makin banyak hutang.

Hujung December 2012, pinjam lagi duit. Dapat cukup 3k daripada RM28k. so, aku kena cari lagi Rm25k. time December ni pun ajak 2 orang kawan, sorang tu join tapi dia kuar awal. Bagus lah. Yang sorang lagi kawan PASUM dia marah kat aku….sebab ajak benda ni. Dia dah join yang IF tu, tapi pegi redeem. Upline aku cakap jangan layan. Pastu, aku ada blog dia, dia bagitahu dia tak marah aku. Cuma dia nak aku minta maaf kat dia. Ye lah, sebab upline kata jangan layan. Aku memang kesian. Tapi syarat buat bisnes ni. Buang 4 perkara: buang ego, buang rasa simpati, buang rasa kasihan dan buang malu. Adoh. So, start lah hati ni jadi hati keras.

sales hasil didikan menipu
Kawan-kawan dah mula minta bayar. Solution? Pinjam kawan lain, untuk bayar hutang kawan. Parents memang ada bagi RM500 sebulan, tapi tu pun bayar hutang. Kadang sebulan tu dapat RM50 pun Allah sangt bersyukur dah.

January 2013

Time ni nak exam, tapi still diwajibkan hadir pegi event onecom ni. Memang kurang focus dah study. Balik pun 2-3 pagi dah. Datang kelas macam Zombie. Time exam, aku redah mana yang aku tahu. So, ada satu paper fail. Kena repeat pulak. Parents aku mana tau benda ni. Time ni, kawan kelas dah semakin kurang rapat. Tapi the onecom tu cakap, takpe hilang kawan sekarang. Dorang bukan kawan sebenar. Fuck off.

And aku ada beli tiket balik Sabah. Tapi dorang macam takut sangat kalau kita balik jumpa family, kita takkan buat bisnes lagi. Entah ajaran sesat onecom ni. So aku x balik. Bodoh nya aku. Dengar cakap jak dengan dorang. Rasa macam kena pukau pun ada haha. Parents? Takyah cakap lah, memang marah aku. Hmmm sorry.

February 2013

Macik tanya aku pasal investment emas. Dari situ, aku rasa macik aku ada duit. So, call. Dia nak invest dalam few thousands. Aku cerita lah pasal eLife, pasal duit. Kalau buat bisnes ni, cepat jadi kaya kalau naik pangkat. Punya lah positif time ni. Tahu nak naik pangkat ja. Tanpa tahu kesudahannya merana.

So, makcik bersetuju untuk bagi pinjam duit RM25,000 (gila tak gila), untuk aku naik pangkat. Sebab macik aku ni memang suka duit. Aku cerita pasal bisnes, dia ok. Plus, Rm10,000 untuk dia invest kat emas. Sebab tu tujuan asal untuk bagi aku pinjam duit.

Tapi.

Bank in dalam akaun so-called leader, Kak Eiju. Dengan harapan duit tu terjaga, tersimpan rapi TANPA disalahgunakan.


So, aku naik pangkat pegi AF. Kawan-kawan lagi banyak minta bayar balik hutang. Aku pun pinjam lagi. Dah hati keras time ni. Makin bertambah hutang. Adoi.

Aku cakap ngan parents, ada lucky draw untuk dapat eLife. So, mak aku siap solat hajat tau. Aku nangis gila babi bila ingat balik. Derhaka punya anak. Nanti lah aku cerita kat diorang. So, pos pergi Sabah eLife natang berat tu. Entah dorang reti guna atau tak. Mesti dah lupa.

March 2013

Mula sem baru, kolej tak dapat. So, kena cari sewa rumah. Duit kena keluar lagi. Parents bagi duit, duit bikin bayar utang. Duit sewa lagi. Mula la bagi alasan kat parents, tak dapat kolej, kena bayar sewa mahal sekian sekian. Menipu sunat lagi konon. Bodoh. Kelas, datang macam zombie. Aku entah, subjek apa aku tak tau apa benda. Aku rasa aku akan gagal.

result sem 1
Aku jual laptop. Sampai sekarang parents tak tahu aku jual. Balik kampong, mak tanya laptop masih ok? Aku cakap ok masih. Hmmm. Sebab kalau nak pi office kena pakai kereta, nak jadi leader konon kena ada transport sendiri. So, time ni aku dgn kawan sewa sebulan kereta. Kereta proton. Pernah mati tengah jalan, sebab minyak takdak. Dah lah time tu bawa prospek. Pastu, cakap tak de ATM untuk isi minyak. Padahal memang takda duit. Kata buat bisnes kan. Tapi dah kena ajar menipu.

Disuruh beli Blackerry, supaya senang berkomunikasi. Hmmm beli lah.

Guna duit komisen February yang entah berapa ja.


April 2013

Aku Berjaya close satu AF, means aku buat orang tu berhutang. Adoi. Bodoh. Sorry Rahmat. Tapi syukur dia dapat ANC Uitm. Nanti dia salahkan aku pula. Budak pandai tuh. So, aku ada dapat komisen untuk bulan depan. Oh ye, income akan dapat next month. Kiranya macam kerja lah. Tapi kalau tak buat sales, macam mana nak dapat income. Tapi income aku untuk bulan April tu, tertangguh sampai July. Ko rasa. Sebab dia tak terima kalau Islamic bank. So, aku kena tukar bank aku jadi conventional punya bank. iC aku pula rosak cip nya. Nak betul kan, kena ada duit.

Solution? Pinjam lagi. Time ni aku dalam hati, memang malas fikir dah. Aku selalu kena marah sebab lambat datang kelas, pegi kelas tidur. Hmm. Sakit ati pula bila tulis balik ni.

Hutang? Makin berhutang. Bagi alasan, alasan. Time aku minta pinjam, baik mulut manis. And sebab kawan kan. Sorry.

June 2013

Exam Semester 2 uitm. Aku masuk dewan exam, x study apa. Dalam otak memang kosong. So, the result? Yeahhhh fucking devastating. Haha.

July 2013

Komisen sales bulan April dan Mei baru dapat pertengahan bulan July ni. Tapi untuk bayar hutang. Aku tak sempat rasa pun sikit duit tu. Hmm. Balik kampung untuk raya. Family pun marah. Kenapa tak balik January aritu. Cakap, ayah aku siap darah tinggi. Sebab aku minta duit yang bukan sikit nilai. RM28k. gila.

Pastu, aku cakap aku cuti seminggu je. Ye lah, dedikasi punya pasal terhadap One Com. Lagi lah parents aku marah.

And. Part paling aku rasa aku kena stop bisnes ni. Time dapat result Uitm sem 2, ogos.

gagal bodoh... dismissed.

Aku cek emel, aku terduduk di sudut rumah. Time ni masih di Sabah. Aku google, camna nak buat rayuan. Jawapan aku dapat, memang tak boleh. Solution? Cari university lain. Aku dah cuak. So, time tu roommate aku study Unisel. Aku tanya, camne nak masuk Unisel. Dia bagi link. Aku apply. Google, antara MSU dan Unisel mana lagi murah. So, Unisel lagi murah. Mana course yang paling sekejap dan paling murah. Aku Nampak, kos Business Management. So, aku apply.

Esok tu, dapat result. Dapat Unisel. Wow laju. Lol.

Aku bagitahu parents, aku tak dapat bawa Engineering. So aku nak tukar kos. Pegi bisnes. Maka begitu lah cerita kenapa end up aku sekarang kat Unisel. And, parents aku tak tahu lagi sampai sekarang. Belum sesuai masa untuk terus terang.

Bapa aku marah. Memang marah gila babi. Dah lah bagi dia naik darah tinggi sebab stress, aku buat rasa tak bersalah. Gila derhaka aku ni. Tapi aku cakap, aku memang nak tukar. Sebab dah takda solution dah. Untuk sambung uitm. Dengan result D2.

Balik Shah Alam, Najwa (upline) tanya result ok? Aku cakap, ada few subjects gagal. Aku malas nak bagitahu, aku malu. Sebab aku ni budak pandai. Mana boleh gagal. Tapi aku rasa dorang boleh tahu yang aku ni tak dapat sambung uitm. Macam ramai orang dalam OneCom yang gagal sambung study. Padahal T-up semua nak student cemerlang UPM la, UM lah, UKM lah. Buuuutohhhhhhhhhhhhh ko tak habis study.

Time ni aku memang dah malas nak wat bisnes, malas nak pegi event. Tapi tetap pegi juga. Entah bodoh kan. Macam lembu. Dah macam binatang. Suruh A, buat A. memang tak reti nak lawan. Sebab semua dalam tu senior. Aku muda lagi. 20 tahun time tu.

November 2013

Genap setahun aku di OneCom, makin banyak hutang. Aku decide untuk stop. Aku tak angkat call, tak reply mesej. Aku malas. Aku senyap. So, rasanya dorang faham. Tapi still contact. Aku memang senyap.



Total hutang aku sepanjang setahun almost RM46000, time masih study, umur 20. Gila tak gila. Aku rasa memang tiada masa depan dah.

Nak bangkit balik lepas betul2 jatuh, serius susah. Nak cari kawan. Susah. Sangat susah. Yang pernah lalu tu, faham lah. Hmm. Even semester 1 aku kat Unisel pun gagal. Nasib baik boleh rayu.


Rumusan

Apa yang tak boleh dilupakan? Sepanjang berada di One Com. Terlampau banyak pahit berbanding manis. Manis apa? Dapat komisen 2 saat, pastu bayar hutang. Lol.

Lagi satu, duit macik aku RM10000 tu, dorang guna untuk naik pangkat. Tak ke kimak camtu. Entah apa dorang fikir time tu, duit tu duit macik aku. Pandai-pandai pegi guna. Aku dah banyak kali minta. Lepas dapat tahu, Syaa jumpa aku gentle punya bagitahu dorang guna duit tu. Start time tu aku betul negative dengan OneCom. Memang anti level to the max. benci nak mampus. Amanah suruh pegang, dorang guna. Kesian Syaa yang kena bayar. Nasib baik almost settle dah.

Ajaran di one com memang sangat tak betul, sesat. Fucking sesat. Nak buat bisnes, kena pinjam? Bullshit. Time aku keluar, baru lah baca pasal bisnes. Nak start bisnes, guna kan apa yang ada. Bukan berhutang. Serius binasa.

carta organisasi bullshit

Upline, si Rauf pernah tumbuk perut aku sebab tak bawa prospek pegi event. Kak iju marah, panggil kami babi. Upline babi, haa dengan downline sekali semua babi. Pastu si Mia pun keluar dari bisnes ni. Sebab kena panggil babi. Tak bawa prospek datang event, memang makian lah makanannya. 

Pangkat rendah, layan hina. Tak leh bercampur dengan yang pangkat AF ke atas. Bullshit punya  culture. Yang dah tak buat bisnes, orang negative. Jangan berhubungan dengan dorang. Erti kata lain, putus silaturrahim terus. Kimak tak kimak culture.

Jangan pinjam sesama bisnes partner. Aku selalu pinjam Syaa. Haha. Thank u!

Kata dalam bisnes ni kita akan jumpa kawan sebenar, tapi ajaran sesat one com buat ramai kawan sebenar menghilang. Syukur kawan-kawan aku masih terima aku. Tapi tu lah, lepas quit, kita ni akan dianggap orang negatif. Jangan sesekali berhubungan. Bodoh punya culture.

Lepas aku quit bisnes tu, macam-macam lah buat. Jual itu ini. Last MLM aku buat, Phytoscience. Time ni aku buat duit, dalam RM30k, untuk bayar hutang saja. So, memang tak terasa pun duit. Hmmm.

Dunia bisnes bukan lah seindah macam yang MLM war-warkan. Duit berkepuk, kereta mewah. "Tak nak ke bawa mak ayah pegi umrah." the script. Tapi lebih dari tu. Pegi belajar dengan orang luar pasal bisnes. Kalau dalam OneCom, dorang siap bagitahu tak payah pegi kelas beribu-ribu di luar untuk dapat kan ilmu bisnes macam ni. Adeh.

Dengar cerita, dorang dah tak jual eLife yang 28k tuh. Sekarang konon nya buat bisnes Online. Tapi takda produk, just jadi ambassador? Fuck. Dah dah lah tu menipu orang. Buat bisnes online, tapi Fb Ads pun tak tahu, bodoh. Tahu nak tipu orang jeh.

Haish, dah lah maki. Haha.

Sekarang ni, nak habis kan study lagi berbaki setahun di Unisel. Doakan.


Total hutang lagi RM5k++. Struggle is real. Aku dengan tak kerja, masih study lagi, cari duit. Memang struggle like shit.

And aku ada jual perfume, nanti boleh lah support. Hehe. Serius aku buat untuk bayar hutang, kalau nak support jualan perfume aku, beli lah. Wangi jangan risau. 30mL RM60 je. Please support.

folow ni...
Ok, dah lah. Panjang dah cerita. Thank u sudi baca. Minta maaf.

Pada yang aku berhutang, aku memang cari duit untuk bayar. Sorry sebab banyak alasan.

Parents aku, kalau dorang terbaca ni. I love u. Sorry banyak menipu dan jadi anak derhaka. nangis jap serius nak nangis....

Itu ja la. Asssalamualaikum.

Anything, just whatsapp: 014-5552638 (Syafiq)

Nuffnang