Me: Bila nak jumpa? Free bila?
Zuan: Hmmm, Sabtu boleh?
Me: Sentiasa free.
Zuan: Woha!
Me: Teehee!
Perbualan antara Syafiq Ahadin dan Pakcik Taufiq.
Ini dia Encik Taufiq, tua setahun je dari aku. Hehe!
Taufiq: Boring. Jom jalan.
Me: Errr...pi mana?
Taufiq: Sunway.
Me: Wah! Memang nak pi sana!
Taufiq: Jodoh pertemuan itu adalah ketentuan.
Me: Indeed! Woha!
Taufiq: Jumpa sana!
Salam all!
Sabtu semalam, telah menghabiskan masa sehari berada di Sunway Pyramid.
Apakah anda mengetahui bahawa aku ni adalah budak jakun, bagai rusa masuk ke kampung. First time pergi Sunway Pyramid weh! Kasihanilah diri ini. Wooo~~ Siap bertanya kawan-kawan. Bak kata pepatah Melayu, malu bertanya sesat di highway.
Thanks to Suraya, Ciko dan Mariam yang penat-penat nak balas mesej menyampah bertanya jalan. Hehe! Nanti aku spend gula-gula hacks. Bye.
So, nak share camna nak pi Sunway dari UM. Ada 4 cara yang dapat disenaraikan.
- Ambil teksi pergi KTM paling dekat, kat Angkasapuri. Beli tiket direct ke Setia Jaya atau Subang Jaya. Sampai sana, tunggu bas mini 1930-an punya bas style kat KTM tu. Dia akan bawa direct ke Sunway. Sabarlah dengan bau dalam KTM. Sila bawa perfume.
- Naik LRT pi Kelana Jaya, ambil Rapid KL ke Sunway, bas bernombor T623. (Oi Sue, betul kan!) Then sampai Sunway.
- Naik LRT ke KL Sentral, tukar naik KTM pi Subang Jaya or Setia Jaya. Sama macam cara yang pertama.
- Jalan kaki. Ko nak mampus boleh.
- Pintu suka hati Doraemon. An an an, to te madaisuki... Doraemonnnnn~~
Dah janji ngan Zuan jumpa kat KL Sentral, so guna cara ketiga nak pi sana. Hehe! KTM rosak kat UKM or Bangi, so menjadi ForeverAlone di KL Sentral for about 2 hours. Hehe! Sempat pergi naik tingkat atas, pakai kerusi urut.
RM1 for 3 minutes, RM5 for 15 minutes and RM10 for half an hour. Ambil yang 15 minit. Puas! Dah lah badan sengal-sengal baru lepas main badminton Jumaat. Rutin hari Jumaat. Misi mengempiskan perut. Hehe!
Lepas itu, tergerak hati nak pi tengok majalah-majalah kat kedai majalah entah apa nama tu. Dan terdetik lagi untuk menyelak majalah Solusi Isu 41. Buka ruangan 'RESPONS' tu.
ALLAH! Mana nak letak muka! Tiba-tiba ada nama aku weh kat muka surat belakang bahagian Respon tu! Malu! Malu! Kalau dengan kawan-kawan ok lah. Tapi parents merupakan pembaca setia! Arghhh! Makan tak kenyang, berak tak keluar tahi, bersin pun tak jadi. Tak senang duduk. Direct call Syafirah. Haha! Diam-diam sudah.
About 2.30 petang baru Zuan sampai.
Me Bermonolog dalaman: Wah! Muka dia! Muda!!!!! Tapi malu nak tanya dalam hati.
Zuan juga bermonolog dalaman: Eh? Tingginya budak ni. Matang! Dah lah pakai baju colour sama!
24 years old. Not me!
Haha! The awkward moment for a while. Hehe!
Ok, next topic. For your information, aku telah berjaya bercakap slang Semenanjung yang sangat lah teruk! Hahahahahaha! Slang Semenanjung + Sabah = SAMANANJUNG.
Adeh! Macam-macam.
Sampai Sunway dalam 3.30. Tak tau nak pi mana. Nak jumpa seorang lagi blogger, Arelan. Tapi dating pula. Dan sorang lagi, err... perempuan. Dhia...or Dia...or Dya... Hentam je laa ejaan tu. Yang tu first time jumpa gak. Memang semua first time lah! Happy! (Zuan boleh bagi link diorang? Thanks)
Then, jumpa ngan Taufiq dekat tempat main bowling, direct main boling weh! Kali ketiga main seumur hidup. Kesian Zuan tak dapat main. Masalah bahu. Kalau tak, mesti lagi best. Hehe! Taufiq juara, aku second. Sebab 2 orang je main. Dan lagi gembira bila dapat strike sekali untuk first time! Dan kena spent! Thanks! :)
Bla bla bla. Malam tu dah nak balik. Untung Zuan menang contest Karaoke bersama Madammonoq. Hehe! So, tak dapat nak join. Balik lah seorang diri. Eh, sama Taufiq. Forever Alone semula. Hehe!
Sedih. Sedih! Happy! Syukur dapat jumpa ngan diorang. Zuan dah nak balik Arau Jumaat depan. So kira untunglah diri ini dapat jumpa beliau. Hehe! Dan Taufiq pula, artis. Wah! Untung juga. Hehe!
Dan diri ini terasa sangat adik. Dua-dua dah besar. Aku sorang usia belasan tahun. Young Forever. Tapi muka matang. =='
Bersyukur dengan ciptaan Allah.
Gambo? Nah, layan. Hehe!
Klik besarkan. Yeah!
Tu je kot. Next time nak keluar lagi ngan blogger! So, siapa nak, sila PM or Tweet. Atur masa, dan ketika. Hehe! Nak jumpa lagi depa lain kali!!! InsyaALLAH panjang umur.
Happy!
Sangat happy!
Extremely happy!
Tersangat-sangat happy!
Woha!
Wassalam!
p/s: Dialog itu rekaan semata. Esok, Selasa event Nuffnang, jumpa lagi blogger! Best! Best! Mejah, Pen Merah, Lutfi!
p/s II: Kalau nak lagi banyak gambo, amek kat fb je. Thanks!
Forever Alone makan time nak balik dah. Hehe! Asam Laksa!
haha aku naik moto je pg Sunway hehehehe .... slalu cri bju kat Asian Avenue je sbb situ bnyk yg murah dan mampu dibeli hehehe
ReplyDeleteNanti next time nak bonceng, boleh?
Deleteaku tunggu gula-gula hacks kau. =P
ReplyDeletebgus kau listkn cre nk g. senang ak nk tgok. hoho
Ko nak cara yang ke berapa? Doremon!
Deletehoho dialog jodoh tu takleh blah..huhu sori la wat trtunggu, ktm ni tak leh predict apa nak jadi kat dia...huhu
ReplyDeletebtw ni link dhiya :)
http://missgapytukarurlagi.blogspot.com/
Hehe! InsyaALLAH ada masa kita jumpa lagi!
DeleteTakpe laa KTM tu. Tak rasa pape pun. Hehe! Tapi next time nak karok sesama, tapi x pandai nyanyi. #LOL
thanks!
Hevatttt..nanti jumpa janganlah bah sakap samananjung kio..sakap Sabah ja sama sa..sakap dusun pun buli..hahahaha..btw, bolehlah tahan SUnway PIramid tu..tapi lagi suka Mid Valley (walaupun manusia sangat ramai disitew)..
ReplyDeleteYa bah, nda juga sy cakap samananjung. Hehe!
DeleteNanti kalo p Mid, kasi tau laa bha.... mau jumpa retiss.. Hahahaha!
Sesuathooooooo sangat
DeleteSesuathoooo apaitooo??? Moteppp~~
Deletep/s: sy tulis tapi xtau maksud.
assalamualaikum syafiq...bukan jakun syafiq tapi teruja sesangat agaknya...:)
ReplyDeleteWassalam! Hehe! Memang laa, saje je tajuk tu... Tapi memang jakun laaa... Hehe!
Deletewah, bestnya keluar lepak ngan blogger...
ReplyDeletejom jenguk cini http://rendanghangus.blogspot.com/2012/02/assalamualaikum-semua-wah-lamanya-tak.html
Ada masa kita laa pula... Ekekekekeke~
Deletetudia..siap bagi jalan gi.. ^_^
ReplyDeletebaru senang jadi rujukan kan.... Hehe! :)
Deletemacam kenal je yg baju purple tu...haha...
ReplyDeleteseronok ye berjalan sakan kat sunway...:D
Purple mana satu? Ada dua purple tuuu! Hehe! :)
DeleteMalam ni kita lak jumpe. Hehe!
HAHA, thanks yawwww. Walaupun muntah hijau baca cerita kamu :P Seronok letewww dapat dibelanja :)
ReplyDeleteThanks jugak sudi keluar bersama :)
Haha! Muntah hijau ok sket berbanding muntah darah. Hehe! :)
DeleteMesti laa best kene belanja. Hehe! :P
Thankssss~~ Terharu sambil ambil tisu lap hingus hijau.
wahhhh...bestnyer...nk ikot..ehh..dh lepas..sedey!
ReplyDeleteNext time boleh! Hehe! :)
Deletewkwkwkkw...punya la jakun dtg sunway,..hahahah...lg semat kn dr mid,.wkwkkw
ReplyDeleteBha, nanti set time burn harus keluar!!!!! main skating!! hoho! nda juga malu kalau terjatuh. haha!
Deletehaha bagusnye share cara nak pegi sunway !
ReplyDeletehehe! boleh jadi rujukan masa hadapan. woha!
Deletefuhhh...mmg seronok...
ReplyDeletesangat besttt! tapi kalau main ice skating lagi lah best!! hehe!
Deletebahaha. malu aku. :p -sue
ReplyDeleteLOL...apa mau malu? hehe! bukan dorang kenal. hahahahahahhahaha!
Deletekwn ko terkejut tgk sunway ker camne..hahaha
ReplyDeleteaku yang tanjat boboi.... hoho!
Deleterasanya 2 kali pergi sunway piramid..tapi sumpah tak tahu jalan dia..sebab orang lain bawak kete..syiok berboling..hehe
ReplyDeletemesti laa syiok berboling..... lagi2 bila dapat strike tuu, woha! semangat tiba2 menjulang tinggi ibarat... dah2... tak nak bermadah kata. Hehe! :)
Deletealaa.. nama je pun kt ruangan respons mjlah solusi tu.. bkn nmpk muka.. nk malu apa.. haha.. ngek..
ReplyDeletetakpelah kalau kengkawan yang baca, tapi ni parents.... parents pembaca setia..... huhu! harap depa ingat tu Syafiq Ahadin lain... Hehe!
Delete#LOL
mengada. nak bagitau yang nama kau masuk majalah ke, dol? lame ass siak kau ni.
ReplyDeletehaha!!!!!! ni obe sebenar ke? wahh333!! hebat kene komen blog hebat! haha!
Deletepcl singgah sini..
ReplyDeleteThanks!!! :)
Deletehappy right bila dapat bertemu mata dengan kenalan maya sendiri? eh, syafiq pun berjumpa juga dengan sis dhiya, a doctor-to-be? dia seorang yang friendly...wish could meet up with her one day hehehe :)
ReplyDeleteSangat2 happy!!!!! Sebab berinteraksi kat alam maya tak sah selagi tak jumpa face 2 face.. Huhu!
DeleteYep, I met her....hehe! Tapi kejap je, dia cakap ngan Wan... huhu!
Yep! Hope can meet all bloggers soon! :)
Ada juga beberapa kali pi Sunway Pyramid tu.
ReplyDeletex pernah p sunway.. titik!
ReplyDeletetak pernah pergi sunway pyramidd. waaa mesti lagi jakun T_T
ReplyDeletezuan muka still nampak cam budak2.. comel.. :-)
ReplyDelete