Tips Last Minit Kepada Pelajar SPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi pasal tips-tips yang perlu diketahui oleh para calon yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi. (Ayat skema macam apaa!)



Saya nak share apa yang saya buat kalau tinggal sebulan lagi mau SPM. Last year kan saya ambil SPM. So masih ingat la apa yang perlu kena buat.

Kalau dapat setiap subjek la mau buat penerangan.

MULA!

1. Bahasa Melayu

Ok! So serius ini subjek sangat bonus kepada anda. Sebab memang sudah jadi bahasa seharian. Kalau saya last minit sudah, saya pergi cari la soalan-soalan negeri lain pasal soalan yang Komsas tu. Sebab tu yang paling perlu banyakkan latihan. Mesti score banyak sana. Full mark free jak boleh dapat.

Kalau karangan tu, cikgu saya bagi nasihat sebolehnya jangan buat cerita la sebab semua orang ada 'taste' yang berbeza, nanti kalau pemeriksa tu boring? Huh. Tau2 jak laa markah dia camna. So better buat karangan FAKTA! Sebab isi kandungan dia senang diolah. Dan seperkara yang paling penting, karangan tu mesti ada pepatah, peribahasa dan yang sewaktu dengannya. Kalau nak mulakan sesuatu karangan tu, perlulah guna ayat yang bombastik!

Contoh: Marcapada, Dewasa ini, dan banyak lagi! Ayat first bagi karangan tu perlu mantap! Kenapa? First impression paling penting untuk dapat markah tinggi dari pemeriksa. Ingat! Bukan kita yang mau baca! Kalau mau dapat result gempak macam saya, mesti la buat lain dari yang lain. Kan. Ayat bombastik yang dimaksudkan bukanlah sampai ayat-ayat tu berbelit. 

Contoh ayat smart: Sudah terang lagi bersuluh, kita sering bla2......

Kalau buat satu ayat panjang la! Cari lah sendiri! Itu jak la kalau BM. Yang penting karangan mesti ada peribahasa.! Ok? Mr. Google ada.


2. Bahasa Inggeris

Seriously, ini subjek sangat lah senang kalau tau taktik dia. Camna saya buat dulu? Before SPM, saya cari karangan cerita yang mantap. Buku Chicken Soup tu sangatlah banyak telampau cerita yang sedih. Better cari cerita yang sedih. Kalau BI pula lain. Fakta tak best sangat. Tapi cerita yang best. Time SPM tu, hafal satu karangan berbentuk cerita. Tapi make sure cerita tu best, sama ada lawak, sedih, gembira dan sebagainya. Tapi kalau combination all those stories mesti mantap kan. Cari cerita? Banyak di internet, majalah-majalah BI, buku rujukan. Just ambil satu karangan yang dirasakan mantap! Pastu hafal, write down on the paper! Finished! Macam tu la buat time SPM. Dan kalau mau markah mantop, mesti lah juga masukkan idioms.! Word connecters dilupa jangan. DuH! MUET. Ok?


3. Mathematics

Subjek paling diminati. Tiada cara lain untuk score subjek ini melainkan buat latihan banyak. Past year Querstion tu buat.! Sebab biasanya soalan-soalan bukannya susah sangat. Serius! Minat! Soalan-soalan negeri lain tuu banyak! Minta jak dekat cikgu-cikgu sekolah. Kalau tak faham, tanya kawan yang pro dalam subjek ini. Ok? Tu jak cara dia, melainkan la kalau kamu ni Genius.! Latihan! Latihan. Latihan! InsyaALLAH A sudah dalam genggaman.


4. Sejarah

Kalau sesiapa yang tidak minat sejarah mungkin ini suatu yang malang! Dia akan mengulangi kesilapan. Macam kena tulis di buku sejarah tu. Kan2. Sejarah, no doubt! Perlu hafal. Buat latihan soalan-soalan negeri lain. Terutamanya Terengganu, Kelantan dan yang sama waktu dengannya. Tanya lah kawan-kawan pasal soalan ramalan. Tapi saya dulu mana percaya ramalan-ramalan semua ni. Baca jak semua. Tapi before SPM, cikgu ada bagi tajuk-tajuk yang HOT. So, memang itu lah juga yang keluar! Kalau cikgu yang bagi, baca itu! Dahsyat.! Itu juga yang keluar tu. Takkan cikgu mau bagi ajaran sesat kan.

Cara jawab? Soalan esei mesti dalam bentuk esei/karangan. Kalau buat point, for sure, you'll get half mark only! Kalau dah blank sangat pun, tulis saja apa yang terlintas. Sometimes, kalau kita black out dan tak tahu apa yang perlu ditulis, camna mau buat? Sebulan ni, baca lah buku! Pastu kalau soalan bahagian A tu, kalau macam dia minta jawapan dua atau tiga.

Contoh: Apakah pekerjaan masyarakat Mesir Purba? Dia minta dua. Tapi jangan jawab dua saja, sebab dalam skema tu banyak jawapan diberikan. So just tulis apa-apa yang berkaitan. Melainkan kalau dah sure, tak payahlah mau kasi tulis banyak-banyak.! Conclusion, untuk sejarah, perlu baca!


5. Pendidikan Islam

Ok! Ini antara subjek bonus juga! Tapi sayangnya saya dapat A sahaja. Mungkin over confident kali! Bongok! Tensyen untuk PAI! Untuk PAI, perlu lah juga baca diikuti dengan amalan. Haha! Share pasal cara jawab jak lah.

Mesti! Nombor soalan perlu ditulis! Dan setiap soalan tu mesti ada kata kunci dia. Apa tu kata kunci?
Contoh: Berikan hikmah tidur. (Tiada dalam silibus, OK?!)

Cara jawab: Antara hikmah tidur adalah: 
1. tidak mengantuk
2. ketenangan


Contoh lain: Jelaskan dua bentuk perut manusia.
Cara jawab: Bentuk-bentuk perut manusia adalah:

1. Bujur
2. Boroi
3. Bulat

Bagi seberapa banyak yang mampu!

Tapi kalau macam dia minta dua, bagi ja seberapa banyak, maksimum 8! Biar paper habis.
Kalau dia minta perbezaan, buat dalam bentuk table. Satu column tu untuk kebaikan satu lagi keburukan. Dan kalau mau jawab, jangan buat dalam bentuk ayat kecuali kalau soalan minta maksud ayat. Kata kunci perlu ada! Dan ayat hafazan tu wajib hafal!! Markah paling bonus! Senang sungguh kalau hafal! Serius. SPM bukan susah!


6.  Pendidikan Moral

Saya tidak ambil. Tapi kawan yang non-muslim ada yang ambil. Camna diorang buat? Mesti! Macam PAI juga. Mesti ada kata kunci.

Contoh: Apakah maksud kerjasama?

Cara jawab: Kerjasa bermaksud...bla bla bla. Panjang kan tuu. 

Dan satu, mesti hafal benda tu! Wajib. Semua mesti dijaga. Tatabahasa. Moral pun macam BM juga. Tak leh straight forward jawab. Mesti ada kata kunci. So, hafal lah benda-benda yang patut! Sory sebab saya tidak ambil moral. Hehe!


7. Add Maths

Macam maths juga, memang subjek kegemaran saya.! Ok. Paling simple la kalau add maths, kamu buat soalan past year tu! Sebab ikut pengalaman, bukannya ada beza sangat pun. Paper 2 la. Kalau bahagian A tu wajib kan buat semua. So wajiblah kuasai semua tu. Bahagian B, kamu fokus dengan part yang kamu minat jak. Mungkin circle. Mungkin coordinate geometry. Kalau masa sebulan ni, tak yah nak susah-susah pi belajar semua benda. Fokus pada yang kamu minat saja! Bahagian C pula lagilah senang. Sebab jawab dua daripada 4 soalan. Kamu pilih betul soalan yang kamu mau jawab nanti SPM. Serius! Bukan susah! Dan sekarang bukan masa untu cover semua benda. Fokus dengan topik-topik tertentu saja.! Ok? Saya dalam masa sebulan ni jawab past year question saja. Sebab bukan banyak perbezaan pun kena tukar untuk setiap tahun! Sampai hafal sudah soalan-soalan. Past Year Question! Sekali lagi. Fokus topik tertentu. Jangan menggelabah.!


8. Chemistry

Sebab saya minat, so. Dapat lah jugak. Kalau kimia, perlu faham! Sebulan ni apa saya buat ar? Share ilmu yang ada. Buku rujukan yang saya guna ialah Longman! Sebab best gila! Camna ek mau jawab kimia? Sebab saya dulu skul asrama, so senang lah mau tanya-tanya dan ditanya. Yang penting kamu pegi jawab soalan-soalan negeri lain.! Macam biasa, paling hot soalan di Terengganu dan Kelantan. Tapi jangan lah percaya sangat, nanti tiada yang keluar, jangan pula salahkan saya. Paper 3 la. Bahagian yang buat experiment tu, hafal apa yang patut. Kalau kimia banyak yang perlu dibuat. Bukan mau menakutkan, tapi ya la. Banyak.! Sebulan ni pegi la bjumpa kawan-kawan yang hebat dalam subjek-subjek tertentu. Takkan diorang tak nak tolong kan?! Kimia, jawab soalan-soalan negeri lain. Jawab dalam bentuk point!


9. Biology

Bio, macam sejarah, perlu faham dan hafal. Macam saya, time SPM baru mau menghafal! WTH! Syukur dapat gak walaupun tak seberapa. Hafal dan terus hafal! Sebulan ni kurangkan lah aktiviti bersukan. Sebab SPM sekali jak. Kalau jawab bahagian esei tu, lebih baik buat dalam bentuk point. Supaya memudahkan pemeriksa tu menanda kertas kamu! Baca! Baca! dan Baca!


10. Physics

Kalau fizik, dia pasal logik kan. So perlu fikir logik untuk jawab semua tu. Jawab pun mesti dalam bentuk point! Paper 2 bahagian B dan C tu sangatlah main hentam jak jawab! Tapi sekali lagi jawapan mesti la logik! Fizik, faham, hafal maksud certain topic dan think logically!




Keseluruhan

Peribahasa BM dan BI. Kata kunci. Jawab dalam bentuk point bagi Kimia, Biologi dan Fizik.! Itu jak lah.

Interesting part

Kalau di sekolah mungkin lah kan 80 baru dapat A, 90 A+, 39 G. Tapi kalau SPM bukan macam tu, sebab dia ikut keseluruhan pencapaian pelajar tahun tu. 

Biasanya paling obvious, ada orang sentiasa markah pun macam siput untuk add maths, tiba2 SPM dapat B, A dan sebagainya. Tapi sini saya mau membuka peluang la supaya bersemangat!

Kalau SPM, mungkin 80 dah A+, 60 dah A-, 40 dah D, dan 35 sudah E. Jadi kegagalan tu bukanlah mudah untuk dapat! Hehe. Kejayaan lebih mudah.! Sebab tu la mungkin kementerian berhentikan pemberian biasiswa kepada pelajar SPM. Sebab markah tidak fair. Haha!

Bagi contoh lah. 

Add Maths. Sebab sentiasa gagal. Ikut tips yang saya bagi atas tu, then. 
Contoh: Paper 1 - dapat lah juga 40. Ok lah tu! Paper 2 - dapat lah juga 40. Total 80. Total percent dapat lah juga 44%. Nah! Kalau di skul ofkos lah dapat E. Tapi kalau SPM, 44% tu mungkin lah boleh dapat C sudah!!!!!! 
Bukan apa, tapi just bagi sinar harapan bahawa semua orang boleh berjaya! 
So target lah awal2! Kalau boleh mesti lah dapat markah tinggi kan. 

Contoh:
BM - 65% (B+)
BI - 65% (B+)
SEJ - 65% (B+)
PAI - 70 (A-)
MATHS - 65% (B+)
ADD MATHS - 60% (B)
KIMIA - 60% (B)
FIZIK - 60% (B)
BIO - 60% (B)

Contoh lah kalau kamu dapat camni kan. Untuk result di sekolah, mestilah tak dapat A kan. Tapi trust me!!!! Gred tu berdasarkan graf! So ada harapan untuk dapat A semua!!!!!! InsyaALLAH!!! Just bagi harapan!





Penutup
Semua tu berdasarkan pengalaman.! Dan saya just share apa yang saya ingat. Nak copy print sebar boleh! Dipersilakan! Asalkan hati anda gembira! Kalau ada apa-apa lagi tips yang kamu mau, just comment ok?! 


Kalau part nasihat-nasihat, SINI kamu baca. Nasihat kepada SPM
My result? Nah!


Kalau ada apa2, just inform ok! I'll do my best!

Wassalam. !!

59 comments:

  1. wah...maklumat yang berguna...entry yang bagus untuk mereka yang mengambil SPM

    ReplyDelete
  2. Yea. Supaya sentiasa meningkatkan keputusan laa...hehe!

    ReplyDelete
  3. aa , bulan dpn dah spm . tension tension .

    ReplyDelete
  4. bagus..bdk yg amik spm elok bca ni...

    ReplyDelete
  5. suruh durang jangan buka handpone.buat saspen seja kalau ada soalan ramalan konon la.DDD

    ReplyDelete
  6. @ShahzCudin sharing is caring kata SyafiQ ahaDin. =)

    ReplyDelete
  7. salam,maklumat yg bagus ni,suka2..

    ReplyDelete
  8. wahh~ tips yang best ! boleh linda guna untuk final exam nanti :) thnx ya .

    ReplyDelete
  9. mengapakahh aku tidak membaca entry ini sebelum SPM dahulu -..-

    ReplyDelete
  10. bagus amat ! tapi saya dah lepas SPM . tadi baru bukak entry tu so tidak kesempatan mempraktikkannya . by the way you got straight A kah ? congrats ;) apa kata buat entry tips pelajar lepasan SPM buat pilihan yang tepat untuk pilih course . saya buntu amat -..-

    ReplyDelete
  11. Weyy..apek ako da x sikul lagi ni... xde ke tip2 tuk pikat anak dara...hehee

    ReplyDelete
  12. add maths, pensyarah i pernah bagitau, dia ni bekas pemeriksa la...untuk add maths markah lingkungan 9-15/100 dah lulus..kalau ikut time dulu batch 2007 dan ke bawah dpt la 8E(lulus), 9(gagal). tp ingatan tuk adik2 yang nak spm, study smart...

    ReplyDelete
  13. pesanan yang best dan tak bosan seriously ! :D

    ReplyDelete
  14. katakan seronok kepada belajar ! =)

    ReplyDelete
  15. Nervous, hectic, excited, worry.. I have those complete mixed feelings before SPM!
    >{}<)/
    Thank you for the tips.

    ReplyDelete
  16. So useful. Thank you. May god bless you in your life.

    ReplyDelete
  17. Haha , dah mcm ulang blik ape yg cikgu kat sek amy ckp..thank abg..
    P.S. May allah bless me in my spm this YEAR.. Arghh.. ;p

    ReplyDelete
  18. Salam,,,mintax copy n share... mklmt yg berguna, y sntai x boring.. dsrtai b'mfaat.

    ReplyDelete
  19. TAK BERGUNA LANGSUNG LAH AWAK!!!!! TAK PANDAI PUN!

    ReplyDelete
  20. So soalan yg bagus ...soalan past year ,,terengganu n kelantan je la kn ..

    ReplyDelete
  21. Saya sebagai pelajar spm pada tahun 2015 ini akan follow cara2 diatas .Saya ingin lulus dalam spm tahun ni sbb saya nak ada kerjaya yg bagus . InsyaAllah saya akan ikut cara2 untuk menjawab spm seperti diatas .. Terima kasih kerana berkongsi ilmu pengetahuan kepada pelajar2 yg akan menduduki spm , Sekian MajuLah Sukan Untuk Negara !!!!!

    ReplyDelete
  22. http://autodownline123.com/?ref=33314

    ReplyDelete
  23. http://autodownline123.com/?ref=33314

    ReplyDelete
  24. i do my best .. thank you mr. google :*

    ReplyDelete
  25. i do my best . thanks mr.google :* Pray of me guys :)

    ReplyDelete
  26. ling ling! why you got B+?we are not B-sian,we A-sian

    ReplyDelete
  27. Saya akan menduduki spm hari isnin ni 2.11.2015. Ty for the tips bro
    Good tips

    ReplyDelete
  28. Thanks syafiq. Sgt bmanfaat.. doakan k..

    ReplyDelete
  29. sgt berguna & memberi semangat 😍 tq

    ReplyDelete
  30. Saya tengah exam spm ni . Thanks for the tips . I'll do my best ��

    ReplyDelete
  31. BIO mne bole buat dlm bentuk point la

    ReplyDelete
  32. berapa markah yg perlu student dapat pada kertas 1 dan 2 fizik kalau nak dapat gred A ? A- pon jadi laa .

    ReplyDelete
  33. camne nk jawab soalan KBAT kat PAI? n score tu, sama ke ngan pt3 punye??

    ReplyDelete
  34. tq so much.....it's so heplful!i hope i can do my best

    ReplyDelete
  35. Betul ke nak jawab kertas bi untuk karngn pilih dan hafal pastu jawb . Walaupun tkde kene mengena dengan soalan ?

    ReplyDelete
  36. Tq untuk semua tips ni :) its so helpful

    ReplyDelete
  37. Lol I thought you're semananjung. Thanks for lifting my spirit up btw.

    ReplyDelete
  38. walaupun sudah 2016, artikel ini masih berguna utk calon spm dan memberikan harapan. terima kasih penulis!

    ReplyDelete
  39. Penulisan yang bgus xmembosankn
    ....

    ReplyDelete
  40. Penulisan yang bgus xmembosankn
    ....

    ReplyDelete
  41. Helo, untuk bahasa melayu SPM kertas 1 bahagian A , soalan karangan berpandukan bahan rangsangan, adakah betuk panjang karangan harus di antara 200-250 patah perkataan. Adakah markah akan dipotong kalau melebihi had ini. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  42. Wish us luck in SPM next year ٩(^ᴗ^)۶ #Batch01 Btw, terima kasih bagi tips2 di atas. Saya akn cuba praktikkan 😊

    ReplyDelete
  43. Kalau tajuk bi tu Tak kena ngan cerita tu takpe ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. English kan ada yg "start dengan ayat ini...bla bla bla" atau akhiri cerita anda dengan ayat ini "bla bla bla"...

      Pilih soalan tu, then masukkan esei yg awak dah hafal tu :)

      Delete
  44. tq.. rasa terhibur n yeahh termotivate jga la sikit haha

    ReplyDelete
  45. good info and nice blog..nak score ni kene byk knowledge semasa update selalu knowledge tu ya adik2..btw akak share ya..kalau ade yg minat program under UPSI- PENDIDKAN AWAL KANAK -KANAK-bole berhbung segera utk permohonan ..skrg ade open intake..wsp 011-16930576(intake and record department). nak tanya psl program tourism or logistik pun bole .SAVE NO SIS KOT LEPAS SPM NT NAK REFER KE..

    ReplyDelete
  46. doakan untuk batch 07 spmmm

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang