Isu Panas: HIMPUN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tiap hari kita dikhabarkan melalui media massa pasal perkembangan HIMPUN atau nama panjangnya Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN).


Sebelum ni sudah ada Bersih 2.0, sekarang pula HIMPUN. Huh! Saya buat review pasal Bersih hari tu kat SINI. Dan juga temubual bersama beberapa orang yang sempat saya bertemu. SINI


Mari kita tengok apa sebenarnya bersih, jangan nak main hentam serkap jarang jak. Mesti explore dulu pasal benda ni. Dan saya sudah jumpa. Tadaaa!


Saya buat revision dari banyak sumber. Antaranya pakcik google dan Majalah Solusi! Yeah! Untuk perhatian, majalah solusi ialah majalah paling best. Tak sentuh pasal politik tapi pasal current issues! Sila beli. Sangat berbaloi!


Berbalik kepada isu himpun. Maaf, entri ni panjang. Tapi harap baca dan beri pandangan. Hehe :D


Bukan nak invite p HIMPUN tapi post di baaaaaaaaaawah tu yang penting. Hehe! :D


*************




Apa matlamat HIMPUN?


Ia bermatlamat menyatukan umat Islam dalam satu saf yang sama untuk menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam. Ia akan merupakan “permuafakatan akbar” seluruh umat Islam tanpa mengira aliran mahupun kepentingan agar bersatu mempertahankan akidah.

HIMPUN juga bermatlamat mengangkat keprihatinan, menggugah kesedaran dan menuntut tindakan supaya pihak-pihak yang berkuasa serta pihak yang berniat untuk menggugat akidah umat Islam berhenti daripada meneruskan agenda itu.

HIMPUN meletakkan hadaf yang utama iaitu memastikan bukan sahaja akidah Islam dipertahankan malah penghayatannya hendaklah disemarakkan agar seluruh aspek kehidupan umat akan tunduk dan diselaraskan dengan prinsip yang terkandung dalam makna akidah tauhid berdasarkan al-Quran dan as-sunnah.

Sementara itu kami juga ingin menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini bahawa umat Islam mahu kedudukan istimewa Islam dihormati. Matlamat kami ialah agar jangan dilihat isu murtad ini isu sampingan dan dilihat dari sudut kebebasan beragama seperti negara lain.


Apa kesan yang diharap akan dicapai oleh HIMPUN?

HIMPUN berharap umat Islam akan berhimpun secara besar-besaran seterusnya berlanjutan menjadi saluran penyuaraan umat untuk mengangkat isu akidah dan kedudukan Islam di negara ini.

Malah HIMPUN boleh menjadi penggerak supaya ia akan menyatukan umat Islam di peringkat nasional dan serantau.

Pelbagai gerak kerja lanjutan di peringkat negeri dan daerah akan dilaksanakan. Kempen nasional dan serantau akan digerakkan secara massa bagi membangkitkan kesedaran berpersatuan di kalangan umat Islam. Risalah, buku serta forum mengenai murtad akan diketengahkan kepada masyarakat.


Sumber: Law

***************

Slogan yang digunakan:

a. Selamatkan Aqidah Umat

b. Jangan Gugat Kedudukan Islam

c. Bersatu Selamatkan Aqidah

d. Melayu Sepakat Islam Berdaulat

e. Hidup Melayu Hidup Islam

f. Pertahan Institusi Raja

g. Daulat Tuanku Allahuakbar!

h. Suara Umat Suara Keramat

i. Satu Ummah Satu Aqidah

j. Hormati Islam Agama Negara

k. Bersama Cegah Murtad

l. Hentikan Usaha Pemurtadan



**************

Okeh, saya nak bagi pandangan. Saya sokong program HIMPUN ni. Apa yang saya harap cuma penyatuan umat Islam ke arah lebih menjadi prihatin terhadap agama sendiri. I love Islam! Ya lah kan, sebab nak himpun umat Islam sekarang bukan senang, macam nak mampus! Perlu kempen sana sini baru nak datang. Maaf kata kesat. 

Isu murtad? Kita dah lama dengar pasal benda ni. Murtad tu bermaksud keluar dari agama Islam. Ya. Bukan tu dahsyat ka? Memang lah dahsyat. Nauzubillah. Tetapkan iman kami umat Islam! 

Ramai ka yang akan datang? Sebagai pengguna aktif twitter, saya tengok ada satu lagi agenda yang berlangsung sama pada hari tu, iaitu October Fest yang bakal berlangsung pada hari yang sama. Entah mana lah yang ramai. Cuma berharap aktiviti keagamaan ni lebih diterima ramai. InsyaALLAH.

Berbincang pasal penyatuan akidah, kepincangan dalam kesepakatan umat Islam, saya telah baca Majalah Solusi Isu 36: Cahaya dalam Kegelapan Subuh. Sharing is caring. But sometimes we don't have to share. Boleh?

Credit to Majalah Solusi yang tercinta!



Waktu Subuh merupakan waktu yang paling diutamakan oleh para sahabat sebab mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh, time pemerintahan Salehuddin al-Ayyubi, beliau mendisiplinkan diri beliau dan para tenteranya dalam masa ingin mengambil semula Baitul Maqdis untuk bersolat jemaah terutamanya Subuh. Kenal dak Salehuddin al-Ayyubi? Aduh! Sila google sendiri. mampus la kalau tak kenal.

Next contoh, Sultan Muhammad al-Fatih, pembebas Kota Konstantinopel di Turki. Ni kenal? Aduh! Memang dahsat Islam sekarang kalau tak kenal. Justin Bibir kenal, Steve Jobs kenal, tapi tokoh Islam dak. Mampus la! Patut lah tak maju2. Okeh, baginda begitu prihatin dengan solat berjemaah, dan ini pasal mereka dapat takluk Konstantinopel suatu masa dulu. Saya dah baca buku pasal tu, anda telah? Memang dahsyat kalau belum! Sebelum maut ajal tiba, sila lah timba ilmu!

Jika kita ingin mencapai kejayaan, kita mesti contohi mereka yang telah berjaya. Silalah beli buku Imam Syafie, dan juga Imam-imam yang lain. Imam Muda boleh? Boleh kahwin! Dalam hidup Rasulullah, baginda sangat mengutamakan waktu subuh dan baginda berdoa, oh tidak! Saya mau nangis, andai Rasulullah masih hidup! Waaaa. Serius. Baginda berdoa: "Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi." (Riwayat al-Tarmizi)

Bukan mudah untuk kita bangun Subuh. Kalau di Sabah, subuh sangatlah awal. Before pukul 5 dah Subuh. Dan bila p semenanjung ni, rasa masa tu best pula. Tapi Sabah tetap di hati.! Sabahan! Ops. tiada kena mengena dengan entri. Sory.

Time subuh, kita sudah mula berperang. Melalui hadis ni kita paham lah apa tu perang. Bukan macam perang dalam filem tu, sang hantu berperang dengan jin. War? Jauh sama sekali. "Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan: 'Nikmatilah malam yang panjang ini.' Apabila dia bangun lalu mengingati Allah, maka terlepaslah satu lilitan. Apabila dia berwuduk, lepaslah ikatan kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah ikatan yang ketiga, sehingga dia menjadi bersemangat. Tapi kalau tidak, dia akan terbawa lembap dan malas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berbalik pasal menyelamatkan akidah umat Islam. Kala ini, kita begitu bersemangat membakar bendera Yahudi, kutuk-kutuk Israel, keluarkan memorandum untuk membantah aktiviti Zionis, tetapi lemah dan tidak berdaya menzahirkan keseriusan dalam mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.

Kita selalu juga kan dengar benda ni tapi sangat sikit kuantiti yang mengerjakannya. Pasai tu lah, umat Islam hebat dari segi kuantiti, tapi lemah dari sudut kualiti! Musuh-musuh Islam, terutamanya pendeta Yahudi yang arif pasal Rasulullah menyedari mana letak kekuatan dan kelemahan umat Islam. Diorang Yahudi takkan takut dengan Islam sehingga sampai satu keadaan, iaitu apabila jumlah jemaah umat Islam yang solat Subuh berjemaah menyamai dengan jumlah jemaah solat Jumaat. 
Saya ulang, 
Diorang Yahudi takkan takut dengan Islam sehingga sampai satu keadaan, iaitu apabila jumlah jemaah umat Islam yang solat Subuh berjemaah menyamai dengan jumlah jemaah solat Jumaat. 
dan sekali lagi saya ulang!
Diorang Yahudi takkan takut dengan Islam sehingga sampai satu keadaan, iaitu apabila jumlah jemaah umat Islam yang solat Subuh berjemaah menyamai dengan jumlah jemaah solat Jumaat. 

Ada paham?! Sila paham! Ceh, tetiba emosi. Tapi di situlah letaknya kekuatan Islam sebenarnya, solat Subuh berjemaah.!

Kenapa tidak kerajaan atau badan bukan kerajaan atau pembangkang just buat program Solat Subuh Berjemaah! Takutkan Yahudi! Kan? Ada pikir dak pasal tu? Ni asyik nak buat benda-benda yang mendatangkan kontroversi entah papa. Biarkan mereka. 

Dalam proses penyatuan umat, kalau lah kita solat Subuh berjemaah macam solat Jumaat atau lebih ramai, solat hari raya, sudah pasti kurang atau mungkin tiada perbalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Parti pembangkang dan kerajaan tu kebanyakan di kad pengenalan bertulis agama ISLAM tapi tak pandai bersatu. Bagus lah juga ada pembangkang, kerajaan boleh membaiki kekurangan mereka. Saya bukan pro kerajaan atau anti pembangkang! I'm free. Baru 18 tahun dan tak layak lagi untuk mengundi. PRU 14 baru lah dapat. Hehe! :D

Sungguh, kalau kita berpegang dengan tali agama, tidak lah kita berpecah berai! Alhamdulillah, sekarang dah semakin aman. Kita buat program, terus buat yang besar-besar, namun yang kecik-kecik macam kita pinggirkan. Takyah buat benda semua tu, just solat berjemaah dah cukup! Nescaya bergementarlah hati-hati musuh Islam melihat kita bersatu padu! Go go power rangers! 

Ingin sekali saya tengok kita kembalikan zaman kegemilangan ummah! Tapi bagaimana? Kembali kepada agama Allah, SOLAT BERJEMAAH! Siap caps lock lagi. Dan juga....sekali lagi! Diorang Yahudi takkan takut dengan Islam sehingga sampai satu keadaan, iaitu apabila jumlah jemaah umat Islam yang solat Subuh berjemaah menyamai dengan jumlah jemaah solat Jumaat. !


Update: Cuba kalau HIMPUN tu diadakan time Subuh, kita tengok siapa yang datang. Baru kita tahu kekuatan Islam yang sebenar!! Solat berjemaah bersama! Nescaya bergetar hati mereka yang kafir.

Sila ingat benda ini! Share lah! Sila share! Please! Saya merayu supaya pemikiran kita yang sempit ni terbuka untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah! Sila bangun Ya Syabab! (syabab = pemuda) 

Maaf sebab entri ni panjang. Maaf kalau terkasar bahasa.

Akhir kalam, kalau sesiapa nak saya tambah, silalah bagi cadangan! Dipersilakan. Dialu-alukan! Sungguh!


Updated: Saya takut pula tengok komen diorang nak join! Saya bukan nak ajak p sana, tapi kalau nak, p ja lah. Aduh. Nanti ada orang marah pula sebab macam saya sedang promote benda ni. Sory!


Wallahualam!

Wassalam! 

25 comments:

  1. utk pgtahuan,.abg sy akn hadir prhimpunan itu,.bru shaja calling,.hahhaha

    ReplyDelete
  2. coolll..perkongsian berguna..tertarik pasal subuh

    ReplyDelete
  3. nice.. erm, ada org tag kt akak..


    mana ada gambar akak kt nuff !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. nasib baik saya jauh d sabah,.. kalau tak nak join gak utk syiar Islam

    ReplyDelete
  5. opsss akak baru follow heheheheh ^.^
    tak perasan hihiihihi

    ReplyDelete
  6. untuk ISLAM..mungkin bagus jugak join nih =)





    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  7. @azrijohan woo. gementar hati ni bila saya rasa saya sedang promote benda ni.

    ReplyDelete
  8. bagaimana nak menyatukan umat islam dimalaysia andai hukum allah pun dipermain2kan? seper ada sesuatu yg tidak kene sahaja pada perhimpunan ini..

    ReplyDelete
  9. ndak dapat pergi....sokong dari jauh je

    ReplyDelete
  10. Sy sokong HIMPUN.. cuma sy musykil.. kenapa slogan "Melayu Sepakat Islam Berdaulat" & "Hidup Melayu Hidup Islam" digunakan..? takut mengundang rasa kurg senang umat Islam dari bangsa lain.. Bukankah Islam menyatukan semua bangsa.. Lgipun perhimpunan nie utk semua umat Islam tanpa mengira kaum kan? sekadar kemusykilan. tidak bermaksud apa2.. mgkin ada penjelasan dari anda..

    ReplyDelete
  11. @reza al-razi Bismillah. Harap tak melukakan hati. Pandangan saya, Melayu tu digunakan MUNGKIN sebab penggunaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi Malaysia. Menyatukan semua bangsa sebab kita semua di Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. Tapi betul juga kan, komen saudara membuat saya terfikir. Thank you! :D
    Kalau pikir positif, tak juga jadi masalah. Tapi lagi baik kalau kita cari punca perpaduan ni dari akar umbi. Solat berjemaah. YEah! Thank you! :D

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang