Salam.
Walaa..tak update... huhu!
Memang ingin update tapi keadaan tidak mengizinkan. Asyik jalan merempat di merata tempat saja. Pastu balik rumah, penat, tidur. Bangun besok pagi hilang idea. Pastu mimpi pula bukan-bukan. *be positive* haha!
Ok, telah lama tidak update post pasal ilmiah sejak yang paling last pasal Napa Perlu Bawa Air Kalau Baca Yasin. Hihi.
Ok, hari tu, lepas mandi time malam, adalah terdengar ceramah Forum Perdana di TV1.
Dua benda yang Allah kurniakan pada manusia untuk dapatkan hidayah:
1. Akal Fikiran
Ok, ni dulu ada satu ceramah bah ni saya pi dengar entah di mana. Dia cakap, dalam diri manusia ni tiap tempat ada setan/jin yang sudah melekat di sana. Bahkan hati kita pun ada sudah tempat yang khas untuk syaitan itu bertapuk (bersembunyi).
Tapi kalau akal pula, ianya satu-satunya bahagian dalam diri kita yang tidak akan pernah ditewaskan oleh mana-mana pihak. Tu pasal kalau kita letak akal di tingkat paling tinggi dalam diri kita, nescaya tidak akan sesat kita untuk selamanya. Sebab kita pikir pasal buruk baik sesuatu perkara itu sebelum kita laksanakan. Huhu. *huduh betul ayat ini*
Mau ulang balik apa yang selalu orang cakap. Apa kita punya beza, antara manusia dengan haiwan? Kita manusia dikurniakan akal fikiran yang boleh kita gunakan untuk fikir sama ada benda baik atau buruk. Tapi kita sekarang ni, banyak betul godaan dan dugaan yang mendatang.
Tau kah apa erti BONGOK? Ko tau benda itu salah tapi ko buat juga. Hihi.
Bongok = Bongek = Bingung = Heran. Ciss! >,<
Macam tu lah, kita biasanya tau benda tu teruk tapi kita buat juga. Kita tau benda tu tidak mendatangkan faedah, cuma mendatangkan kepuasan sementara di dunia, namun azab pedih di akhirat sana, tapi kita buat. Tu lah orang ada cakap... "Kau ni ada otak tapi letak di LUTUT." *kenapa mesti lutut? entah*
Biasanya benda-benda selekeh yang berlaku seperti ini, biasanya disebabkan nafsu kita (atas bisikan syaitan) menjadikan kita begitu. BUat benda yang tak elok. Yang HARAM. Err... terasa pula diri sendiri... -__-
So, dia punya penyelesaian, bersihkan hati, berdoa pada ALLAH agar diberikan kekuatan untuk terus hidup berjuang atas bumi Allah ini untuk menegakkan kalimah Tauhid Lailahaillallah :)
-a bit confusing and tidak teratur punya ayat hihi-
2. Rasulullah
Ni yang kedua. Dan menerusi Rasulullah, wujud lah dua benda, iaitu Al-Quran dan Hadis. Huhu!
Hadis Rasulullah, "Aku tinggalkan pada kamu dua benda selama mana kamu masih berpegang dengannya, kamu tidak akan sesat. Al-Quran dan Hadis."
Maka segalanya yang berlaku hendaklah berpandukan Al-Quran (sebagai sumber utama) dan Hadis (sumber kedua). Huhu!
Cuba try test kamu dengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran (senang kamu buka lah TV1 sebab sekarang ada Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa), mesti sedap dengar kan. Nah, tu pun salah satu untuk dapatkan hidayah, sebab mungkin kesedapan bacaan tu membuatkan kita tersentak, or... hmm! Cannot explain, kamu try lah dengar. Asyikk!! :)
*****************************
Kesimpulan, so simple kan? Susah lagi mau menari lagu2 KPOP tu. *cisss susah woi!*
Somehow, ada orang yang ingin berubah, mencari hidayah, tapi masih tidak ketemu. Cek diri, kamu makan apa, minum apa? Pakai pakaian apa?
Macam satu hadis tuu, yang saya ingat-ingat lupa. Lebih kurang, ada sorang hamba ni, menadah tangan menangis memohon pada ALLAH, namun bagaimana Allah ingin kabulkan doanya, sedangkan makanannya, minumnya, pakainya semua dari sumber yang haram?! So kena cek diri lah. PASTIKAN betul-betul benda yang kita ambik pakai makan semua tu HALAL. Dan jangan dari sumber yang HARAM!
Memandangkan tinggal beberapa hari lagi kita akan menjengah bulan puasa, maka adalah lebih baik kita bermaafan sesama insan. Bersihkan diri, kurang-kurangkan melangkah pergi tempat yang Haram dan ready untuk kurus :P
Pesanan ini dibawakan khas oleh Syafiq Ahadin untuk diri sendiri. *ok aku kutuk diri sendiri okbai*
Wassalam! :P
p/s: maaf, ayat tidak teratur.
good entry! kahkahkah. eh, serius ni. #komen lepas dpt mesej kau. heheh
ReplyDeletehahaha xde update pn dpt BE.. cisss
ReplyDeleteassalamualaikum syafiq...menarik sesangat n3 ni kita boleh memahaminya...:)
ReplyDeleteawesome.. :)
ReplyDeletenice entry. follow u. come follow me also. from ranau (lohan) :)
ReplyDeletenice entry :)
ReplyDeletemantad lohan juga ni.. haha
Hi, great reading your post
ReplyDelete