Kenapa Kita Bawa Air Semasa Majlis Bacaan Yasin?


Kenapa Kita Bawa Air Semasa Majlis Bacaan Yasin?

Salam. Tajuk tu memang time di PASUM lagi fikir mau tulis. Sebab ada sorang penceramah motivasi ni datang bagi ceramah kat budak-budak PASUM. Hari tu hari Khamis, macam biasa orang-orang kita biasanya akan mengadakan majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat. Itu yang aku nampak la. Kat kampung buat, kat rumah buat, kat masjid buat. Kalau tak buat rasa macam salah pula sebab dah jadi macam adat.

Biasanya kalau majlis bacaan Yasin ni, tok imam yang mengetuai bacaan akan mengingatkan, kita perbetulkan niat bacaan kita. Kita baca Yasin ni bukan sebagai adat dan tradisi tapi memohon keredaan Allah. Huhu! :)

Kalau ikut betul lah kan, surah Yasin sepatutnya dibaca setiap malam, mengikut beberapa riwayat. Dan pada malam Jumaat pula, lebih disyorkan untuk membaca surah Al-Kahfi. Tapi aku pun tak buat. ==' Kalau aku salah, betulkan apa yang aku tulis. Kang nanti kena cop bagi ajaran sesat. Woha!

Okeh, itu lah kelemahan aku. Kalau nak tulis post, mesti pendahuluan panjang berjela-jela tapi tak kena mengena dengan tajuk langsung. Huhu! Ok, meh aku kupas kenapa kita perlu bawa air time majlis baca yasin. Kenapa mak kau suruh bawa air kalau nak baca yasin. Huhu!

Body Composition. Hehe!


Seperkara yang penting, komposisi badan kita terdiri daripada 70% kandungan air. Aku telah menggunakan perkataan Melayu. Komposisi. Teehee! :) So, berikutan dengan itu, apa yang kita minum akan menjadi darah daging kita, sama macam apa yang kita makan akan jadi darah daging kita. Pastikah apa yang kita ambil tu halalan toyyiban. Halal lagi baik.

Dan seperkara lagi, mungkin korang dah lebih expert, bahawa molekul air boleh berubah-ubah mengikut environment sekeliling. Ni part yang aku rasa best time ceramah hari tu.

Subhanallah! :)


Sorang Profesor dari Jepun, kalau tak silap nama dia Prof. Emoto. Kalau bukan Prof, Dr. Emoto. Haaa! Lantak laa gelaran dia, yang penting dia sorang Non-muslim, mengkaji pasal air. Beliau ada buat seminar time di UKM or UPM, aku kurang ingat, banyak sangat semut yang termakan. Woha!

Ni ke pula Dr. Masaru Emoto. Haha!


Dalam seminar tu, before tu, dia dah berjaya buktikan bahawa molekul air boleh berubah-ubah. So, time seminar tu, beliau telah membahagikan para peserta kepada dua kumpulan. Kumpulan A dan kumpulan B. Setiap orang dalam kumpulan tu kena bagi sebotol air mineral. Kumpulan A diberi tugasan untuk cakap benda-benda baik kat air tu manakala Kumpulan B diberi tugasan untuk cakap kat air tu, benda-benda yang kurang enak didengar halwa telinga (ceh ayat! Haha!)

Lepas beberapa lama, kumpulan A punya air kena imbas di bawah elektron mikroskop. Apa yang mengejutkan (woha!!!) adalah molekul air tu berubah menjadi sangat-sangat cantik. Aku pun tak dapat bayang, sebab tak nampak dengan mata sendiri. So, depa kena tanya, apa yang depa dok sebut kat air tu. So, diorang cakap benda-benda baik seperti Baik, bagus, pandai, syukur. 

Kemudian, air dari Kumpulan B pula punya giliran untuk diimbas. Apabila dilihat di bawah mikroskop tu, sangat mengejutkan juga, sebab molekul air tu berubah menjadi sangat-sangat hodoh. Oh, I couldn't imagine that. Tapi just bayangkan lah macam air longkang hitam yang bertakung tu kat belakang rumah korang. Woha! So, kena tanya lah, apa yang depa dok sebut kat air tu. Diorang sebut perkara-perkara yang sangat teruk. Seperti kata-kata makian seharian. Babi, Sial, Bodoh, Bangang, Bongok, Brengsek, Gila, Butu pak hang, kima, kitai dan sebagainya. Wah! Kalau perkataan buruk dan teruk banyak pula aku tau kan. Hehe! ;)

So, berbalik pada tajuk, tu haa pasal kita perlu bawa air time pergi baca Yasin, or lebih umum semua majlis keagamaan. Sebab apa yang kena cakap time majlis-majlis camni, InsyaALLAH akan memberi manfaat pada kita semua. Letak, air kat depan kita, kalau nak baca Yasin, baca Quran, memberi ceramah. Sebab ikut kajian tu, dah terbukti dah pung. Apa lagi yang nak disangkal. Huhu! Subhanallah, maha suci engkau ya Allah. So, kalau kita minum, air dalam badan kita akan jadi baik-baik punya.

Oh ya! Satu lagi, badan kita ni 70% kandungan air. Kalau lah kita ni dok cakap benda-benda yang kotor, flirting setiap masa, sudah tentu molekul die pun berubah. Kan? Haaaaa! Aku dah bagitau! Jangan buat, ko buat juga! Ngeh3! Aku terasa. Sekian. Kalau kita kawan dengan dorang yang banyak maki, mungkin kita akan terjoin sama, sebab molekul dah berubah jadi sangat hodoh, lalu mempengaruhi perlakuan kita.

Air Zam Zam
Sumber: Sarazaqea (hangpa leh cek kat sini ada tambahan info)


Satu lagi. Apa molekul air yang sangat cantik? Jawapan dia memang semua orang dah tau kan. Sudah semestinya AIR ZAMZAM. Sebab utama molekul air zamzam sangat cantik, dan sesuai dijadikan air untuk perubatan, adalah kerana ianya Mukjizat yang diberikan kepada Nabi Ismail. Nak cerita pasal tu, cari kat internet sudah. Huhu! Dan salah satu sebab juga, sebab ianya terletak di Mekah, kat Mekah 24 hours orang cakap benda-benda yang baik. Sentiasa berkumandang suara-suara mereka yang sentiasa memuji Allah, suara bacaan Al-Quran. Dah paling sure punya akan jadi cantik molekul air tersebut. Aku pernah minum beberapa kali air zamzam. Tapi belum pernah berkesempatan untuk ke Tanah Suci. InsyaALLAH before age of 30. Amin. With parents. And wife! Woha! :)

Penat menulis. Sambung balik. Huhu!

Ok, meh kita tengok dalam kehidupan seharian kita pula terutamanya di sekolah. Di sekolah, kali ini kita bincangkan pasak orang Cina pula. Perasan tak, Chinese students akan sentiasa bawa botol air kalau pergi ke kelas. Perasan tak? Aku tak perasan sebab aku sekolah di sekolah semua bumiputera, takde Chinese, kalau bermata sepet tu ada lah. Woha! :P

Chinese Student. Hehe!


Kalau perasan, diorang akan sentiasa bawa air ke kelas, dan satu lagi yang akan anda perasan, bahawa botol air tu tidak pernah diorang letak di bawah. Mesti diorang letak di bahagian atas. Di atas meja. Tidak sesekali diorang akan letak di bawah meja, atau di bawah kerusi atau di mana-mana bahagian, selain bahagian atas.

Kenapa camtu?

Then, aku tak rasa diorang sedar atau tidak apa yang diorang buat tu. Sebab dah jadi kebiasaan kot.

Mak diorang cakap before pergi sekolah, "Nak, letak air kat atas meja keh! Jangan letak kat bawah."

Dah jadi kebiasaan sedari kecil. Lemme explain why. Macam yang di atas tu, kalau apa benda yang kita cakap tu akan mempengaruhi struktur molekul air tu kan. Kalau cakap benda baik, maka cantik lah water molecule tersebut, dan begitulah sebaliknya. So, kalau dalam kelas, siapa yang paling banyak bercakap? Student ataupun cikgu mahupun lecturer?

Sudah pasti dan sudah semestinya Cikgu atau Lecturer kan?!! Haaaaa! Kalau cikgu/lecturer, diorang bagi ucapan yang baik-baik atau jahat teruk kejam? Mesti yang baik maaaa... Dan, dari sana, kalau dah cakap baik, water molecules tu akan jadi cantik kan, kalau minum mesti bermanfaat kan?! Yer dak?! Please lah cakap Yaaaaa! :P

Itu antara kesilapan terbesar kita. Kalau orang kita pula, bawa air ke kelas, kalau ada yang bawa pun tak ramai. Sebab ramai yang tak tahu pasal rahsia ini. Bawa botol air, tapi letak kat bawah. Kita tak tau sebenarnya.

Duduk kat bahagian depan time kelas sangat baik. Yeah! Semua orang tak akan menyangkal bahawa duduk bahagian depan lebih banyak berkat. Lecturer/cikgu pun selalu ulang cakap camtu, soh duduk depan. TBut we refused. Takut. Tak best, jadi perhatian. Aku pula tak suka duduk depan sebab tak dapat tidur. Woha! :P

Dan Chinese students, they always sit at the front. And put the water bottle on top of the table. Listen and focus to their lessons. Woha! Dan diorang pun minum lah air tu. Nampak keberkatan sana? Hehe! Eventough, they are not Muslim, but they knew it. Weeeeeeeeehooo!

So, apa yang ingin disimpulkan di sini. Kita tak perlu bawa air time ada majlis bacaan Yasin je seperti kebiasaan kita buat. Huhu! Tapi kalau boleh bawa ke mana-mana. Dan ingat, kalau nak cakap benda-benda yang tak baik tu, dalam badan kita ni ada 70% air. Bayangkan dalam badan kau tu airnya lumpur. Kau nak?! So, kena cakap benda-benda baik. InsyaALLAH. Aku tulis ni pun aku kutuk diri sendiri juga. Siapa lah yang sempurna di dunia ini.

Wait! Minum kencing syaitan? Sah-sah nama pun teruk. Dah memang dia punya molekul air tu najis syaitan. Apa tunggu lagi? Stop it! Yeah! And you'll be fine. InsyaAllah.

Ada banyak pengajaran (kot!) yang boleh korang amek, nanti-nanti kalau ada masa, boleh lah komen kat bawah ni ek. Sebagai penambahbaikan.

Lastly, kalau apa yang aku tulis ni menyinggung perasaan sesiapa, mohon maaf banyak-banyak sangat. Tapi apa yang benar harus diluah. Aku ingat kata-kata yang entah dari mana, tapi dia cakap, Biar cakap yang benar, walau ia pahit untuk diluah. Seriously. Sorry my friends and readers!

Wassalam!

Mood: Happy semula! :)
Thanks all.

What I've Done?!!

Ok, recently, I blogged about myself. Huhu! Tak tau nak luah kat mana dah (cewwah cam pompuan! Hahahaha!) . Huhu! Melainkan merayu memohon pada Allah. Allah, apa aku telah buat?!

Berkenaan dengan satu post "Kenapa perlu bawa air time bacaan yasin" tu, sedang dalam proses. Malas benar ingin menulis. Panjang berjela berdepa berhasta. Ok, no lawak. Ini serius. =='

Peduli, orang tak kenal aku juga, aku tulis apa, bukan dipedulikan. Woha! Kalau ada masalah dan problem dalam hidop ini, hanya certain people yang akan diberitahu dan dikongsikan masalah itu. Untung lah mereka-mereka itu. Sekian =='

Andai masa boleh diulang, ok. Memang mustahil. Sangat mustahil! Dan very the impossible! Ok! I promised to myself not to be like that, never hurt someone's feeling. Cewaah! Jiwang. Promised to myself, Yeah, kau ada otak. Use it! Wisely! But then, I broke it. Only Allah knew how disappointed I am.

Mengutuk diri sendiri, yeah! That's me. Tension. Tumbuk dinding, menangis. Oh Allah! Please help me! What I've done!!!

Mood sedih gila..... Teramat sedih.... Siapa peduli? Hahahahahaha! Aku peduli. Argh!!! Sakit tangan tumbuk dinding. Woha! Bangang! Tension. Sorry fren. Thanks fren for the advises. Appreciate it so much! Dunno what else to say. Forgive me. Myself. *ambik bantal tekup muka teriak kuat-kuat*

Wassalam.

p/s: If and only if you read this. Woha! :(
Air mata darah. Huuuuu~~

It's Been Raining All Day


It's been raining all day.

Salam.

Almost a week (6 days actually) I've been home (sweet home). As soon as I still remembered, only last Thursday the rain didn't fall down. Huhu! That day my friend Miming taught me how to handle motorcycle. Ok, I'm noob! Still takut-takut lagi. Yeah! Biasa lah first time.

Tengok cerita 'Elizabeth The Golden Age', kepingin pergi overseas.


Sejak sampai sini last Tuesday, hujan akan turun tiap petang dengan selebat-lebatnya. Tapi syukur tidak seteruk macam last year, bulan March, sampai air sungai melimpah hampir pi kawasan rumah. Malas nak godek entry lama, I had written it. Pergi laa cari sendiri. Hehe! kalau rajin. March 2011. Nah SINI.

Wah! Time past very fast!!! Or, am I just the only one feel it? Yeah! I'm a lil bit bored at home right now. No friends, so plan to call my friends come to my house. Sleep, maybe a day, for two days. Unfortunately, I still don't have driving license. So, I couldn't take you, and you, and you, going around daerah Ranau. InsyaALLAH by this June I will finish and get my P. Hehe! Pandu! Woha!

Kerja? Well, I was thinking to get a job right now. Maybe at KFC? Or Maybank? Maybank? Hoho! My friend, Abdullah Saprin has started working there. Oh I'm so jelous!!! Tak payah belajar tinggi-tinggi, ada kerja sudah. Kerja tetap. But when I look back, huhu! Allah telah berikan otak minda yang cerdas pada diri ini. Don't ever waste it! Use it wisely! InsyaALLAH you'll find your way (tetiba Maher Zain). Woha!

Dua buku. Dibaca sekali gus. Huhu! :)


So, during my leisure time, I rather spend my time to read books, novels and magazines. Huhu! Online for few hours. Like-ing friends status. Haha! Memenuhkan notification. Do I care? Haha! Wah! Terasa sangat free menulis untuk meluah. Sebab sekarang tiada orang yang ingin diluahkan kepada. Dah tengah malam dah. Semua dah tidur. Mostly. Hehe! I'm the only one become Kelawar. Tidak tidur malam. Haha! Tidur lepas Subuh. Bangun pagi pukul 10. ==' Nobody cares, neither my parents. They're going to school. Maklumlah mengajar. Cikgu. So aku anak cikgu. =='

So, this Tuesday (genap seminggu selepas meninggalkan PASUM) I'm going to KK, atas urusan business. Konon. Haha! Nak ambil itu borang biasiswa Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri. Rezeki tak kemana. InsyaALLAH, ada usaha, dapat lah tu. Amin. But, kalau dapat JPA, JPA tetap first choice. Huhu! :)

Somehow, time malam-malam terasa sedih. Haha! Mat jiwang! Bangang! Baik menulis. Hehe! I should publish my entry entitled "Kenapa Kita Bawa Air Semasa Majlis Bacaan Yasin?" by today. Currently dalam pembikinan. Hehe! Hope you guys like it and share it. InsyaALLAH memberi manfaat.

28 April, my friends, new friends, I invited them to Ranau. Yeah! Poring, Kinabalu Park. Bukan selalu juga pergi sana even I lived in Ranau. Hehe! So, ambil kesempatan untuk enjoy cuti panjang sampai September ini! Woha! 28 April baru Ahang balik Kundasang. Apa lagii!! Tidur sana lah ni! Woha! Rindu kesejukan Kundasang! :)

Puas hati menulis! Really wanna meet my friends. Old friends and new friends. Hehe! Bak kata Syafirah Ruslan Akik, "Ko kan telampau mesra". Hehe! Well, that's me. Bila lah mau reunion ni. Mau tengok perbezaan semua. Hehe! Me, of course jadi lebih tegap. Sekian. Hahahahahaha!

Most WANTED! New of Me. New? Nothings change. =='
Taken last Wednesday. Tiap tahun satu gambar. :)


Wassalam! ;)

p/s: Enjoy singing I Was Here by Beyonce. Karmin! :) Kurang berKPOP sudah. Padahal..... Hehe!

p/s II: facial! Woha!

Antara Facebook dan Blog


Antara Facebook dan Blog

Salam! Yeah! Sekarang ni berada di Sabah negeri tercinta, negeri tempat tumpah darah ku.

Tempat tumpah darah ku? Aku pun terfikir lah. Cerita dulu, pernah ke aku tertumpah darah? Yeah! Pernah. Memang biasa lah kan, kalau budak kecil jajal dan sangat tidak boleh dikawal. Mak cakap JANGAN buat itu ini, itu lah yang kita buat.


Simple katakan, kita kena kurangkan perkataan JANGAN dalam menyuruh orang. Le' me (haha 9gag) give few examples. Pertama, pelajar sedang bising dalam dewan sementara menunggu kedatangan pengetua yang selalu lambat datang (hahahahahaha!). Pengawas mula melontarkan suara. "JANGAN BISING!!!!!" Manusia ini biasa, akan react dengan apa yang diperintahkan. Tapi kalau jangan bising, dalam masa sekejap beberapa minit or even worse, dalam beberapa saat seja akan bertahan kesenyapan itu. Then, akan kembali kepada yang asal. Means, akan bising semula la.

So, cuba kalau kita cakap bagi arahan, DIAM!!!! For sure, depa akan diam. InsyaALLAH.

Contoh kedua, kita time kecil suka panjat itu ini. Aku lah. Kalau orang lain aku tak tau lah. Hehe! :) Kita panjat tiang kat rumah, mak cakap, "Jangan Panjat!" Tapi kita tetap panjat. Perasan tak? Hehe! Entah kenapa, memang begitu, kita bagi arahan yang salah. Sebetulnya kita bagi arahan, "TURUNNNNNNNNNNN!" Sudah pasti kita akan turun kan! Hehe! Change the way you give command. Kononlah.

Satu lagi contoh, anak-anak sedang berlari, kita suruh diorang diam duduk. "Jangan lari!!!" Diorang akan terus lari. Trust me! Ini atas pengalaman seorang penceramah hari tu datang pergi UM. Tak ingat nama. Hehe! Cuba kalau kita bagi arahan, "DUDUK DIAM!" atau "Berhenti!", insyaALLAH depa akan duduk diam berhenti takut-takut. Hehe! Betul. Pernah mengalami, baru saat time lepas kena bagi talk hari tu tersedar. "Eh, ya kan. Hehe!"

Berbalik kepada tajuk asal, aku ni dah merapu jauh dari simpang 3. Huhu! Antara FB dan Blog? Aku dah fikir, kalau blog ni tak ramai yang baca hasil karya aku. Hehe! Yang ada pun aku tengok tersesat pergi baca, kalau type "cerita hantu" atau cari image "hantu", blog aku yang keluar. Huhu! Pasal tu lah ramai yang sesat kat blog aku. Tapi kalau nak cari bab-bab agama pula, sangat sedikit. Hehe!



So, lagi bagus kalau update status pasal agama, biar orang baca, kalau ada yang mengamalkan, alhamdulillah. Allah memberi ganjaran. InsyaALLAH hanya perlu ikhlas dalam beribadah, bukan untuk menunjuk.

Aku baca blog kawan, amek ayat dia kejap. Hehe!

"Nak cari jalan yang lurus la katakan. Aku tau, kalau aku tak start sekarang, bila lagi aku nak start buat benda-benda yang macam ni. Nak tunggu umur 30 atau 40? Kalau sempat jejak umur tu. Sekarang ni bukan je ramai yang kawen muda, mati muda pun boleh tahan ramainya. So lebih baik aku prepare awal-awal. Orang utagha kate, biaq awai tak kalut.." -Hakim

Aku pula dah terumbang-ambing. Hehe! Naudzubillah. Moga Allah jauhkan. Kalau dalam sujud terakhir tu, jangan lupa kita doa dalam hati, "Ya Allah, jangan lah engkau biarkan aku tewas kepada godaan nafsu dan syaitan yang sentiasa tidak putus-putus ingin menyesatkan umat manusia. Dan jangan lah engkau biarkan aku menjadi hamba kepada nafsu, Ya Allah, engkau berilah hidayah kepadaku, kedua ibu bapa ku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku dan seluruh muslimin dan muslimat."

Pernah tak terfikir yang kita akan mati esok? Pernah aku buat satu post lama-lama dulu (malas nak godek) pasal orang paling pandai di dunia. Hehe! Mereka yang paling bijak pandai ialah mereka yang banyak mengingati mati. Pernah satu ketika dahulu (ada penceramah datang hari tu, ni orang lain lagi. Hehe!), pasal pemuda yang dia tahu pasal ajal dia akan tiba. Rezeki Allah beri. Tapi cerita pasal tu, next time laa. Hehe!

Dan satu lagi, rahsia kekhusyukan dalam solat. Yah, aku pun tak lah sehebat orang dulu-dulu, tapi sentiasa berusaha mendapatkan kekhusyukan itu. Ini time dulu-dulu di surau time masih bergelar pelajar PASUM, itu abang itu bagitau sebab kita tak mencapai kekhusyukan dalam ibadah. Salah satu sebabnya, kita terlalu bercakap pot pet pot pet kelentong orang lain, berbanding kita bercakap tentang diri sendiri. Huhu!

Malas nak ulas, lain hari seja la. Woha! Aku nak bercakap!!! Huuuu~~

Mana pergi isi kandung blog aku ni? Hehe! Dah tak stabil dah. LOL. Dah malas nak menulis, lagi pun tajuk dengan isi kandungan tak sepatutnya. Hehe!

Ok!

Wassalam!

Percutian Selama 5 Bulan di Sabah, Negeri di Bawah Bayu


Salam.

Short post.

Jumaat lepas dah habis exam final di PASUM, dan juga tamat lah sudah gelaran sebagai seorang pelajar PASUM. Sungguh aku rindu wehhhhh!!!!!!

So, starting from tomorrow onwards for about 5 months, akan start menternak lemak di rumah, di Sabah. Huhu!

So, esok akan flight terbang naik Air Asia. Doakan aku InsyaALLAH perjalanan diberkati dan dirahmati serta semoga dipermudah segala perjalanan. Amin.

Mohon doa rakan-rakan sekalian.

Sementara nak tunggu sambung masuk U, nanti September insyALLAH, aku nak buat plan dalam kapal nanti. Sambil dengar mp3 Qucai. Haha!

Budak matriks, good luck kamurang punya final!

Budak PASUM, thanks for everything! Especially to my Sabahan friends! Astaga! Kerinduan! Thanks kamurang! Nanti sa pi jumpa juga kamu nanti kalau ada lesen! Hehehehehehehehehehe! Rubs, sambung juga ko punya lesen, senang ko p Poring nanti p umah sa. Hehe!

Hayat 2 lagi. Tq!!! Sorry laa tak sempat kenai semua orang. Hehe! Especially yang pompuan, tengok muka macam sama je semua. Hehe! Jangan lepas tudung tuu kalau kat luar. Hehe! Yang boys, woha! Thanks!

Siapa lagi? kalau sebut satu2, nanti ada yang tertinggal, terasa kang, nanti aku gak yang susah nak pujuk. Hehe!

Terima kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! *amek tisu lap air mata*

Sedih laaaaa~~

Ok! InsyaALLAH ada rezeki kita jumpa lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wassalam!

11 April, 46 tahun telah berlalu...

Salam.

Dan hari ini bersamaan 11 April 2012. =='

Ingin bercerita terlebih dahulu. Pada 46 tahun yang lepas (ikut kalendar Masihi) seorang bayi lelaki telah lahir keluar dari rahim perut ibu beliau. Langit begitu cerah sekali pada hari itu, seolah mengetahui bahawa seorang lagi bayi lelaki akan lahir ke dunia ini.

Ini kisah benar, yang berlaku pada 11 April 1966 yang lalu.

Kini, setelah 46 tahun berlalu.

I set the alarm last night. To remember this day. Someone who very special in my life!!! :) Birthday!



Macam dah boleh agak dah kan. That's my beloved papa! :)

Aku rasa gambar ni cantik. Hehe!


Bapa aku nama En. Ahadin bin Sihat. Hehe! Kini pada hari ini, bersamaan hari Rabu (tiket wayang murah), 11 April 2012, beliau telah menyambut hari ulang tahun yang ke 46. Harap lah jangan dibaca post yang ini. Malu aku! Haha! (Parents aku sentiasa stalk blog ini. Patut laa banyak je view. Hehe!)


So, sini ingin menyampaikan ucapan sambil berdoa :)

  • Semoga ayahanda tercinta sentiasa sihat selalu seperti nama datuk.
  • Semoga sentiasa murah rezeki.
  • Semoga panjang umur.
  • Semoga sentiasa bahagia di samping isteri (haha! mama aku laa!) yang tercinta.
  • Semoga kalau ada anak baru, I got new brother. Dan telah berumur 20 tahun untuk dapat adik baru. Terasa aku pula jadi bapa. Haha!
  • Semoga sentiasa dipelihara oleh Allah.
  • Semoga sentiasa baik hati kasi masuk duit dalam bank.
  • Semoga sentiasa jangan marah anak ini lagi. Hahahahahahaha!
  • Semoga dijauhi dari bala mala petaka.
  • Semoga bertambah ilmu.
  • Semoga cepat pergi menunaikan haji dan Umrah. (Dah plan ngan big brother untuk kumpul duit bawa depa pegi Mekah. InsyaALLAH. Semoga Allah memberkati segalanya)
  • Semoga anak-anak jadi baik. (Eh? Aku pula jadi bapa)
  • Semoga ceria selalu.
  • Semoga senyum selalu.
  • Semoga selalu bagi pinjam broadband.
  • Semoga murah rezki bagi duit kat saya mau amek lesen dan beli lappy :P
  • Semoga semua yang didoakan akan diperkenankan.


Aduh! Banyak sungguh semoga-semoga ini. Hehe!

Sweet couple. LOL. Amin. Semoga terus bersayang dan terus sayang Syafiq Ahadin :P


Last but not least, I Love You my parents! Hehe! (Luaran nampak kejam, hati ni baik)

Wassalam!

p/s: Semoga semuanya berada dalam keadaan selamat memandangkan kejadian Gempa Bumi tadi time Asar. Rasa gegaran juga, tapi tak sekuat di pusat gempa. Moga semua selamat. InsyaALLAH.

Exam oh Exam! Final Exam PASUM!

Salam, yeah! Dah lama tak berupdate. Nak empat minggu dah. Tapi rasa happy pula bila tak update. Kenapa ek?

Berbalik kepada tajuk. Sekarang masih dalam exam mode. Blog pun dalam silent mode. Exam final PASUM 2011/2012 start last awal Isnin, 02 - 13 April. Macam biasa, study last minit tu memang pilihan paling utama. Hehe! Ko tau dak study last minit sampai tak tidur tu sangat tidak menyihatkan tubuh badan?

So, rahsia untuk kekal bertenaga time exam, minum air dalam kuantiti yang sangat banyak. Biar lah pergi tandas dengan kerap. Ni salah satu cara juga supaya jerawat tak muncul. Serius benar. Sudah buat ujikaji. Hehe!

Dan macam biasa juga, library menjadi tempat untuk study. Lebih fokus, lebih banyak masa yang tak terbazir. Lebih banyak masa boleh diguna untuk buat revision.

So, minggu depan nanti akan celebrate sambil teriak-teriak tanpa dapat percaya bahawa exam sudah habis, bermakna study selama 11 bulan di PASUM sudah habis! Habis! Tamat! Finish! Gulung tikar lepas ni.

Dan setiap paper yang sudah habis telah dimasukkan ke dalam plastik besar untuk diderma kepada next batch. Boleh juga bawa balik rumah tapi takut terlebih berat luggage nanti. Purchased yang 30kg. Semua salah baucar RM200, aku beli super duper hyper banyak buku. Hehe! Untunglah kalau kahwin aku nanti, banyak buku kau boleh baca. Buku seni senggama takde pula. =='

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tak update blog ni. Nak update juga, tapi memang busy memanjang. Dah lah study last minit. Baca bio pun dengan ketebalan lecture note tahap...hmmm! Nasib baik lecturer dengan baik hati bagi tau hint yang perlu dibaca dan distresskan.

So, next week tinggal lagi paper Bio 4 (DNA Technology), Maths 3 (Algebra Calculus), Maths 4 (Probability) dan last paper hari Jumaat depan English! Haha! Hari Khamis tu kira dah boleh tarik nafas lega yang teramat lega dah! Woha! Doakan aku yek! Hanya doa yang aku harapkan dari rakan-rakan pembaca sekalian. Hanya Allah yang mampu membalas jasa semua.

Macam tak mau berhenti tulis pula. Hehe! Dan pada Sabtu or Ahad akan diadakan temuduga kemasukan ke UM dengan pelajar-pelajar PASUM. The interview session will be conducted in English. So kena prepare lagi. Disebabkan Universiti Malaya dah dapat autonomi (aku tak tau sangat pasal autonomi ni), so 40% students akan masuk dalam setiap kos. InsyaALLAH doakan aku berjaya ok! :) InsyaALLAH akan pilih Chemical Engineering. Dah minat takpe lah kan. Sorry my parents. Tunggu result final nanti baru decide betul-betul. Sekali lagi memohon bantuan doa dan sokongan. Thanks.

Dan lagi, tak sabar nak balik Sabah. 17th April 2012. 11.10am sampai 1.45pm. Air Asia je. Tak mampu nak naik MAS. Hehe! Dan kawan akan terbang pergi Scotland pada 13 or 14 April. Tak sempat nak jumpa. Sorry! Harap akan berjumpa tiga tahun akan datang. Amin. Hanya mampu mendoakan keselamatan perjalanan dan kesejahteraan.

Dan berita gembira dari blog, thanks to Nuffnang, cek pertama dari Nuffnang dah sampai. Alhamdulillah. Boleh lah beli dua tiga pasang selipar Fipper. ;) Kepada para pembaca, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada anda. Kalau takde pembaca dalam blog ni, huhu! Takde lah rezeki tu semua. Alhamdulillah. Thanks Nuffnang! Thanks Readers! Thanks followers. Thanks supporters! Thanks All!

Sekian sahaja lah cerita panjang lebar untuk kali ini. Sorry sebab tak dapat BW, tak dapat buat segala bentuk aktiviti blogging. Anda paham juga. Exam lebih penting daripada blog.

Selesaikan tugas utama sebelum beralih kepada tugas yang tak berapa nak penting. Hehe! :)

Sekali aku update, huh! Panjang lebar! Woha!

Akhir kalam, thanks kepada yang terus membaca blog ini. Banyak yang sesat! Dan satu lagi, blog aku masuk majalah InTrend! Sama-sama blog Lelakigeek dan Yuyu Zulaikha. Hehe! :) Nanti aku update lain hari.

Sekali lagi, memohon agar didoakan agar exam dapat dijawab dengan tenang, dapat jawab dengan betul dan dapat A dalam semua subjek! Amin! Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan korang.

Wassalam! :)

p/s: maaf takde gambar.

Nuffnang