Exam oh Exam! Final Exam PASUM!

Salam, yeah! Dah lama tak berupdate. Nak empat minggu dah. Tapi rasa happy pula bila tak update. Kenapa ek?

Berbalik kepada tajuk. Sekarang masih dalam exam mode. Blog pun dalam silent mode. Exam final PASUM 2011/2012 start last awal Isnin, 02 - 13 April. Macam biasa, study last minit tu memang pilihan paling utama. Hehe! Ko tau dak study last minit sampai tak tidur tu sangat tidak menyihatkan tubuh badan?

So, rahsia untuk kekal bertenaga time exam, minum air dalam kuantiti yang sangat banyak. Biar lah pergi tandas dengan kerap. Ni salah satu cara juga supaya jerawat tak muncul. Serius benar. Sudah buat ujikaji. Hehe!

Dan macam biasa juga, library menjadi tempat untuk study. Lebih fokus, lebih banyak masa yang tak terbazir. Lebih banyak masa boleh diguna untuk buat revision.

So, minggu depan nanti akan celebrate sambil teriak-teriak tanpa dapat percaya bahawa exam sudah habis, bermakna study selama 11 bulan di PASUM sudah habis! Habis! Tamat! Finish! Gulung tikar lepas ni.

Dan setiap paper yang sudah habis telah dimasukkan ke dalam plastik besar untuk diderma kepada next batch. Boleh juga bawa balik rumah tapi takut terlebih berat luggage nanti. Purchased yang 30kg. Semua salah baucar RM200, aku beli super duper hyper banyak buku. Hehe! Untunglah kalau kahwin aku nanti, banyak buku kau boleh baca. Buku seni senggama takde pula. =='

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tak update blog ni. Nak update juga, tapi memang busy memanjang. Dah lah study last minit. Baca bio pun dengan ketebalan lecture note tahap...hmmm! Nasib baik lecturer dengan baik hati bagi tau hint yang perlu dibaca dan distresskan.

So, next week tinggal lagi paper Bio 4 (DNA Technology), Maths 3 (Algebra Calculus), Maths 4 (Probability) dan last paper hari Jumaat depan English! Haha! Hari Khamis tu kira dah boleh tarik nafas lega yang teramat lega dah! Woha! Doakan aku yek! Hanya doa yang aku harapkan dari rakan-rakan pembaca sekalian. Hanya Allah yang mampu membalas jasa semua.

Macam tak mau berhenti tulis pula. Hehe! Dan pada Sabtu or Ahad akan diadakan temuduga kemasukan ke UM dengan pelajar-pelajar PASUM. The interview session will be conducted in English. So kena prepare lagi. Disebabkan Universiti Malaya dah dapat autonomi (aku tak tau sangat pasal autonomi ni), so 40% students akan masuk dalam setiap kos. InsyaALLAH doakan aku berjaya ok! :) InsyaALLAH akan pilih Chemical Engineering. Dah minat takpe lah kan. Sorry my parents. Tunggu result final nanti baru decide betul-betul. Sekali lagi memohon bantuan doa dan sokongan. Thanks.

Dan lagi, tak sabar nak balik Sabah. 17th April 2012. 11.10am sampai 1.45pm. Air Asia je. Tak mampu nak naik MAS. Hehe! Dan kawan akan terbang pergi Scotland pada 13 or 14 April. Tak sempat nak jumpa. Sorry! Harap akan berjumpa tiga tahun akan datang. Amin. Hanya mampu mendoakan keselamatan perjalanan dan kesejahteraan.

Dan berita gembira dari blog, thanks to Nuffnang, cek pertama dari Nuffnang dah sampai. Alhamdulillah. Boleh lah beli dua tiga pasang selipar Fipper. ;) Kepada para pembaca, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada anda. Kalau takde pembaca dalam blog ni, huhu! Takde lah rezeki tu semua. Alhamdulillah. Thanks Nuffnang! Thanks Readers! Thanks followers. Thanks supporters! Thanks All!

Sekian sahaja lah cerita panjang lebar untuk kali ini. Sorry sebab tak dapat BW, tak dapat buat segala bentuk aktiviti blogging. Anda paham juga. Exam lebih penting daripada blog.

Selesaikan tugas utama sebelum beralih kepada tugas yang tak berapa nak penting. Hehe! :)

Sekali aku update, huh! Panjang lebar! Woha!

Akhir kalam, thanks kepada yang terus membaca blog ini. Banyak yang sesat! Dan satu lagi, blog aku masuk majalah InTrend! Sama-sama blog Lelakigeek dan Yuyu Zulaikha. Hehe! :) Nanti aku update lain hari.

Sekali lagi, memohon agar didoakan agar exam dapat dijawab dengan tenang, dapat jawab dengan betul dan dapat A dalam semua subjek! Amin! Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan korang.

Wassalam! :)

p/s: maaf takde gambar.

8 comments:

  1. wohaa..study2...hihi. ehh..minat chem eng jugak ek..? same le kite.. hewhew~~ sikit je lagi yg tinggal kan.. keep fighting.. owh, lupe.. thanks pasal info......hihi.

    ReplyDelete
  2. Sabah? belah mana? eheh ..

    jemput mai blog naa ..

    http://www.inikisahtia.com/

    ReplyDelete
  3. kau tahu tak.. study last minit tu sbnrnya asas kejayaan..

    study awal2 kang lupa.. haha..

    ReplyDelete
  4. huk alohh. tak panjang mana pun sebenarnya entry ni. sebab tak bosan baca. hikss

    good luck exam, apek!! insyaallah aku doakan kau :))

    good luck interview jugak :D

    ReplyDelete
  5. welcome back to blogging world! :)

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang