Budak Jakun Pergi ke Sunway Pyramid

Perbualan antara Syafiq Ahadin dan Tuan Saiazuan.

Ini dia gerangan Abang Saiazuan.


Me: Bila nak jumpa? Free bila?

Zuan: Hmmm, Sabtu boleh?

Me: Sentiasa free.

Zuan: Woha!

Me: Teehee!

Perbualan antara Syafiq Ahadin dan Pakcik Taufiq.


Ini dia Encik Taufiq, tua setahun je dari aku. Hehe!



Taufiq: Boring. Jom jalan.

Me: Errr...pi mana?

Taufiq: Sunway.

Me: Wah! Memang nak pi sana!

Taufiq: Jodoh pertemuan itu adalah ketentuan.

Me: Indeed! Woha!

Taufiq: Jumpa sana!

Salam all!

Sabtu semalam, telah menghabiskan masa sehari berada di Sunway Pyramid.

Apakah anda mengetahui bahawa aku ni adalah budak jakun, bagai rusa masuk ke kampung. First time pergi Sunway Pyramid weh! Kasihanilah diri ini. Wooo~~ Siap bertanya kawan-kawan. Bak kata pepatah Melayu, malu bertanya sesat di highway.

Thanks to Suraya, Ciko dan Mariam yang penat-penat nak balas mesej menyampah bertanya jalan. Hehe! Nanti aku spend gula-gula hacks. Bye.

So, nak share camna nak pi Sunway dari UM.  Ada 4 cara yang dapat disenaraikan.

  1. Ambil teksi pergi KTM paling dekat, kat Angkasapuri. Beli tiket direct ke Setia Jaya atau Subang Jaya. Sampai sana, tunggu bas mini 1930-an punya bas style kat KTM tu. Dia akan bawa direct ke Sunway. Sabarlah dengan bau dalam KTM. Sila bawa perfume.
  2. Naik LRT pi Kelana Jaya, ambil Rapid KL ke Sunway, bas bernombor T623. (Oi Sue, betul kan!) Then sampai Sunway.
  3. Naik LRT ke KL Sentral, tukar naik KTM pi Subang Jaya or Setia Jaya. Sama macam cara yang pertama.
  4. Jalan kaki. Ko nak mampus boleh.
  5. Pintu suka hati Doraemon. An an an, to te madaisuki... Doraemonnnnn~~


Dah janji ngan Zuan jumpa kat KL Sentral, so guna cara ketiga nak pi sana. Hehe! KTM rosak kat UKM or Bangi, so menjadi ForeverAlone di KL Sentral for about 2 hours. Hehe! Sempat pergi naik tingkat atas, pakai kerusi urut. 

RM1 for 3 minutes, RM5 for 15 minutes and RM10 for half an hour. Ambil yang 15 minit. Puas! Dah lah badan sengal-sengal baru lepas main badminton Jumaat. Rutin hari Jumaat. Misi mengempiskan perut. Hehe!

Lepas itu, tergerak hati nak pi tengok majalah-majalah kat kedai majalah entah apa nama tu. Dan terdetik lagi untuk menyelak majalah Solusi Isu 41. Buka ruangan 'RESPONS' tu.

ALLAH! Mana nak letak muka! Tiba-tiba ada nama aku weh kat muka surat belakang bahagian Respon tu! Malu! Malu! Kalau dengan kawan-kawan ok lah. Tapi parents merupakan pembaca setia! Arghhh! Makan tak kenyang, berak tak keluar tahi, bersin pun tak jadi. Tak senang duduk. Direct call Syafirah. Haha! Diam-diam sudah.

About 2.30 petang baru Zuan sampai.

Me Bermonolog dalaman: Wah! Muka dia! Muda!!!!! Tapi malu nak tanya dalam hati.

Zuan juga bermonolog dalaman: Eh? Tingginya budak ni. Matang! Dah lah pakai baju colour sama!

24 years old. Not me!


Haha! The awkward moment for a while. Hehe!

Ok, next topic. For your information, aku telah berjaya bercakap slang Semenanjung yang sangat lah teruk! Hahahahahaha! Slang Semenanjung + Sabah = SAMANANJUNG.

Adeh! Macam-macam.

Sampai Sunway dalam 3.30. Tak tau nak pi mana. Nak jumpa seorang lagi blogger, Arelan. Tapi dating pula. Dan sorang lagi, err... perempuan. Dhia...or Dia...or Dya... Hentam je laa ejaan tu. Yang tu first time jumpa gak. Memang semua first time lah! Happy! (Zuan boleh bagi link diorang? Thanks)

Then, jumpa ngan Taufiq dekat tempat main bowling, direct main boling weh! Kali ketiga main seumur hidup. Kesian Zuan tak dapat main. Masalah bahu. Kalau tak, mesti lagi best. Hehe! Taufiq juara, aku second. Sebab 2 orang je main. Dan lagi gembira bila dapat strike sekali untuk first time! Dan kena spent! Thanks! :)

Bla bla bla. Malam tu dah nak balik. Untung Zuan menang contest Karaoke bersama Madammonoq. Hehe! So, tak dapat nak join. Balik lah seorang diri. Eh, sama Taufiq. Forever Alone semula. Hehe!



Sedih. Sedih! Happy! Syukur dapat jumpa ngan diorang. Zuan dah nak balik Arau Jumaat depan. So kira untunglah diri ini dapat jumpa beliau. Hehe! Dan Taufiq pula, artis. Wah! Untung juga. Hehe!

Dan diri ini terasa sangat adik. Dua-dua dah besar. Aku sorang usia belasan tahun. Young Forever. Tapi muka matang. =='

Bersyukur dengan ciptaan Allah.

Gambo? Nah, layan. Hehe!

Klik besarkan. Yeah!


Tu je kot. Next time nak keluar lagi ngan blogger! So, siapa nak, sila PM or Tweet. Atur masa, dan ketika. Hehe! Nak jumpa lagi depa lain kali!!! InsyaALLAH panjang umur.

Happy!

Sangat happy!

Extremely happy!

Tersangat-sangat happy!

Woha!

Wassalam!

p/s: Dialog itu rekaan semata. Esok, Selasa event Nuffnang, jumpa lagi blogger! Best! Best! Mejah, Pen Merah, Lutfi!

p/s II: Kalau nak lagi banyak gambo, amek kat fb je. Thanks!

Forever Alone makan time nak balik dah. Hehe! Asam Laksa!

Nuffnang Premiere Screening - The Devil Inside


Yeah! Akhirnya penantian yang mendebarkan telah tamat.

Tengok tajuk dah tau dah nak cakap sal apa. Hehe!



Dapat invitation nak tengok Premiere Screening for The Devil Inside. 28th February, Tuesday. Syukur. Akhirnya Nuffnang buat kat Mid, dekat sikit nak p. Huh! :)

Thanks kepada Nuffnang for the tickets. Still tak tau nak bagi kat sapa satu tiket lagi.

Short entry. Thanks all! Hope Nuffnang bagi BE. Hahahahahahaha!

Wassalam! :)

p/s: Dah cashout untuk pertama kalinya. Tak banyak dan sangat malu.

Buah-Buahan Melambangkan Peribadi Anda! Jom Cek!

Yeah!

Dunno what to update.

Enjoy.

a. epal
b. pisang
c. limau
d. mangga
e. rambutan
f. betik


Buah manakah yang akan anda pilih ? Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat peribadi anda! Berfikirlah dengan berhati-hati.

p/s: Saya pilih pisang pada awalnya....




(JANGAN TENGOK JAWAPAN DI BAWAH DULU..... . PILIH DULU BUAH APA.... ..:)))
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini dia jawapannya...

a. jika anda pilih epal: bererti
Anda adalah orang
yang suka makan epal

b. jika anda pilih pisang: bererti
Anda adalah orang
yang suka makan pisang

c. jika anda pilih limau: bererti
Anda adalah orang
yang suka makan limau

d. jika anda pilih mangga: bererti
Anda adalah orang
yang suka makan mangga

e. jika anda pilih rambutan:
bererti Anda adalah
orang yang suka makan
rambutan

f. Jika anda pilih betik: bererti
Anda adalah orang
suke mkn betik

Wassalam! Bye! Haha! Aku pun kena. So nak kenakan baliK!



Esok dah start kuliah. Emo~~

Bagaimana Nak Dapatkan Semula Mood Belajar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Genap seminggu sehari tak update blog dan Alhamdulillah hari ini berkesempatan.

Well, sebentar tadi pukul 10 pagi dah habis exam Mid Semester 2. Sangat-sangat lega!!!

Kepada rakan-rakan yang mendoakan, atau TERdoa (boleh jadi ke?) diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana melapangkan sedikit masa untuk berdoa. Hehe!

Overall? Tak yah nak cerita sangat lah. Haha!

Relakan sahaja result coz I know, masih ada Final.

Sekarang aku nak fokus pula pada final selepas Mid Sem yang teghok! Haha! Final nanti 2 April 2012. Huh! Dan aktiviti blogging macam biasa, dua minggu kot tak update. Huhu!

Fighting!


"Barangsiapa yang berselawat ke atas ku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan 10 selawat." -Iklan :)

Tajuk yang diberikan, Bagaimana mendapatkan semula semangat belajar seperti time SPM. Siapa bagi tajuk? Sendiri fikirlah. Kau ingat blog ni popular ada orang mau request soalan? Boleh lah, dalam masa dua tahun atau lebih, sebab time tu manusia yang bernama Syafiq ini sudah maju ke hadapan. Amin. Jadi macam Kereta Mayat. Hehe!



Sebenarnya, terfikir juga, napa sekarang semangat study gila macam time SPM hari tu lesap.

Setelah difikirkan beberapa faktor yang mungkin munaSabah dan munaSarawak (faham tak joke bangang ini? Jangan faham). Disenaraikan beberapa faktor BANGANG yang boleh diterima akal fikiran yang masih tidak matang.


  • Time sekolah dulu, sekolah di sekolah berasmara. Eh? Macam ada typo. Oleh kerana sudah hidup bersama kawan sedari Form 1, memang tak kenal keMALUan lah. Berbeza dengan sekarang, malu menebal untuk bertanya. Dengan erti kata lain, MALAS bertanya. Hehe! Sohai~~
  • Time sekolah dulu, wifi ada juga, laju juga, tapi laptop tiada. Sebab tiada kegunaan melainkan melakukan perkara-perkara lagha. Namun sekarang, ada wifi laju tahap gaban, kadang-kadang lembap macam siput anjing, errr. Dan ada blog yang aktif yang entah dibaca atau tidak. Sob2. Baca lah keh!
  • Time sekolah dulu, berada dalam kelas yang suasana belajar konsisten. Untunglah. Tapi sekarang, ramai yang tak belajar bersungguh, macam aku lah! Haha! Online saja kerja. Plus dengan banyak kerja. Tu pasal time management paling teruk. Ohtidak! Argh!
  • Time sekolah dulu, silibus habis awal. Tapi sekarang, exam next week, silibus belum habis lagi. Itu lah realiti apabila bergelar mahasiswa nanti. Kalau di sekolah, SPM dalam 6 bulan lagi, silibus dah habis. Woha! Memang boleh lah. Hehe!
  • Time sekolah dulu, ramai kawan-kawan yang pergi tanya itu ini sampai jawapan sudah lekat dalam kepala. Tapi sekarang, semua orang pandai. Haha! I'm the only one (I think) yang jadi bengap akibat tidak study. Ohtidak!
  • Time sekolah dulu, tiada gangguan dari segi gadget. Tapi sekarang, berlambak gadget di sana sini. Pinjam itu ini. Last-last hanyut dan leka dalam dunia fantasi yang dicipta sendiri. Haha!


Mungkin boleh tambah lagi. Tapi cuma itu sahaja otak yang semakin berkarat ini dapat perah.

Arghh! Tensyen! Haha! Sumber: Tieha


So, setiap masalah ada penyelasaian. Memang akan cuba sedaya upaya untuk ikut. Hooo~

Percubaan pertama yang FAILED! Tu nak lukis orang perah otak, tapi macam pegang bola. Grrrr!

So, beberapa langkah telah diambil untuk menyelesaikan segala masalah di atas.

Hooooooo~~

  • Kurangkan online. Dah try tapi susah tapi tetap mencuba juga.
  • Kurangkan aktiviti dengan blog. Haha! Ni senang. Tapi sedikit-sedikit. Satu hari satu entry, last-last satu tahun tiada entry. Woha!
  • Pergi bilik kawan. Memang buat.
  • Library. Jauh! Malas!


Rasanya itu sahaja yang setakat ini sedang dibuat. Anyway. Paling berkesan sekarang, harapkan line internet tiada, pergi bilik kawan, rosakkan laptop, hancurkan laptop. Yeah!

Sekarang paling buat, pergi bilik kawan. Kalau stay bilik sendiri, memang punggung melekat di kerusi duduk depan laptop sampai besok pagi. Macam bangang. Entah apa yang dibaca. Tup-tup. Dah Subuh.

Apa point entry ini?

Tibai seja lah!

Selamat melepaskan lelah di hujung minggu!

Wassalam! :)

Spontaneous Thursday #4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Currently busy preparing myself for Mid Semester Exam.



Sorry for not updating my blog, thanks to all readers and my fellows.

Away from blog. But not Facebook and Twitter and Handphone and....book!

Exam starting from 13 - 17th February. Next Monday till Friday.

Jumaat Malam, movie time! Hooooo~~

Do pray for me! :)

Wassalam! :)

Gempar! Email Dari Nabi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, TERupdate juga blog ini. Yeah!

Tajuk gila. Email dari Nabi?

Actually I took this entry from Kereta Mayat punya blog. Kepada sesiapa yang tidak mengenali blog Kereta Mayat, haruslah anda mengetahui. Sebab makin rajin pula dia update. Haha! Best!

Apa-apapun, yeah! Memang dia dapat email dari nabi. Jom baca!

JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT



'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'

(AL QURAN – Ibrahim: 4)

‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa,

If;

Suka – Nikmat

Terpaksa – Azab

You make and decide your own order

Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in 'Local Malaysian Style', free of charge (FOC).

Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.

Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.

Yang benar, 

Rasul Melayu.

**********************************************

Sampai sini sahaja. Untuk jawapan kepada Email ini, sila ke blog Kereta Mayat! 

Encik Hamka memang buat jawapan kepada permasalahan ini. So, jom sama-sama kita baca apa pandangan beliau terhadap isu ini. 

WAJIB!!!!!!!!!!

SINI -->>>> EMAIL DARI NABI?

Ok! InsyaALLAH.

Selamat beramal.

Wassalam.

Susulan Kes Lisa Rosli Yang Dikatakan Menghina Sabah Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sememangnya dari awal dah agak yang akaun twitter sebenar Lisa Rosli telah digodam oleh pihak yang sangatlah tidak bertanggungjawab dan sangat tidak berperikemanusiaan dalam menabur fitnah dan menyebabkan ramai pihak bertelagah.

Semalam (Khamis dan Jumaat), di Facebook, sebilangan kecil orang mengatakan bahawa sebenarnya akaun sebenar Nur Juhalisa binti Rosli atau nama akaun twitter beliau Lisa Rosli telah digodam, kena hack kata omputeh.



Apa yang dia tulis?

"Pada 02-02-2012 semasa saya melayari facebook di alamat ******, saya dapati (1) akaun yang menggunakan nama dan gambar saya telah meminta saya memohon maaf secara terbuka kerana pemilik akau tersebut telah menuduh saya anti penduduk Sabah dan Sarawak. Hal ini berpunca daripada akaun twitter saya telah dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam hal ini saya takut terjadi apa-apa terhadap diri saya dan keluarga. Sekian laporan saya."

Dah agak dah. Tapi Surat Kepada Lisa Rosli yang dibuat dinihari, adalah kepada Hacker yang bullS*** sangat PENAKUT untuk tampil ke hadapan sambil berkata, "Yeah! Akulah hacker akaun Lisa Rosli!" Kau memang penakut! Seperti tajuk lagu Yuna PENAKUT (tak minat Yuna).

So LAME you know! Somehow, kau telah menyebabkan ramai orang yang memandang serong terhadap Lisa Rosli. Kau tak kesian dia? Memang tak kan. Mesti kau jelous kepada Lisa Rosli maybe sebab kau bergaduh nak dapatkan LAKI yang belum tentu kau kahwin.

Weh hacker! Dunia. "Barangsiapa yang membuka keaiban seseorang di dunia, maka Allah akan buka keaibannya di akhirat kelak."

Macam tak kena dengan keadaan. Walaupun bukan keaiban, tapi kau telah mengaibkan Lisa Rosli. Weh! Kau datang lah Borneo. Kalaupun kami tinggal atas pokok, masih tinggal dalam gua, atau tepi sungai, tapi kau ingat!

BIAR KAMI TINGGAL DEKAT MANA PUN, AT LEAST HATI KAMI INSYAALLAH BAIK DAN TAKDA HATI YANG BUSUK MACAM KAU! HATI YANG BUSUK MACAM KAU CUMA LAYAK UNTUK DIMAKAN OLEH CACING DAN ULAT SAHAJA! (pergi masuk kubur)

Weh hacker! Ini bukan benda main-main punya.

TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BINASALAH DIRI KAU! TERLAJAK PERBUATAN TUNGGU BALASAN DI AKHIRAT KELAK!

Huh! Puas hati! Geram!

Lastly, aku doakan kau supaya bertaubat! Tapi aku tak rasa kau akan berubah dalam masa terdekat ini. Tapi rakyat Malaysia terutamanya diseru agar mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia supaya terus hidup aman dan damai, dan jangan lupa doakan kepada IMPOSTER/HACKER supaya mendapat hidayah. Amin.

Doakan juga Lisa Rosli supaya selamat dari segala macam bentuk fitnah.

And to all my friends, thanks for comment on the post. Thanks yang tegur dan cakap Orang Sabah dan Sarawak cantik dah handsome. Woha!

Wassalam.

Mawi Bakal Bergelar Bapa Februari Ini!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedang online twitter, ada lah juga orang twitt pasal Artis ni.

Tahniah! Mawi Bakal Bergelar Bapa!





Dalam diam-diam, Mawi mengesahkan isterinya, Ekin bakal melahirkan cahaya mata sulungya pada penghujung bulan Februari ini. Usia kandungan isterinya sudah memasuki sembilan bulan dan bakal melahirkan cahaya matanya di Hospital An-Nur, Bangi. 

"Alhamdulilah, kesihatan Ekin sangat baik dan kandungnya juga sihat. Dia kini berada di rumah kami bersama ibunya yang sanggup datang dari Johor sejak kandungan Ekin sudah masuk tujuh bulan.

"Malah, Ekin akan dijaga rapi oleh ibunya di rumah kami sehingga dia selesai berpantang nanti.

"Terus-terang, saya sangat teruja untuk menanti kehadiran ahli baru dalam keluarga kami, walaupun saya dan Ekin sebenarnya sangat gementar untuk melalui saat melahirkan bayi pertama kami," luah Mawi.

Sumber: Izyan[dot]com

Me

Apa-apapun, semoga segalanya berjalan dengan lancar. InsyaALLAH. Tahniah sekali lagi kepada Mawi walaupun aku tak suka kau sebenarnya sebab Felix tak menang AF dulu. Hehe! Eh?

Selamat Hari Jumaat!

Wassalam! :)

Gempar! Lisa Rosli Menghina Sabah Sarawak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya dah kekeringan idea untuk buat post. Tapi tadi, baru sebentar tadi, my friend Farhana Hassan (uiseh) post gambar printscreen dari Twitter dari seorang wanita, eh, perempuan yang sama umur lagi tu.

Menghina Sabah dan Sarawak!



Ok, sekarang sesi meluah!

Wahai Lisa Rosli pemilik twitter @Lisa_Rosli93 (akaun telah deactivate)

Well, kau sekarang mesti baru break dengan kau punya laki kan. Well, tak kisah lah siapa yang tulis status HOT kau tu, hacker ke siapa saja, tapi ko ingat lah sikit. Kau hidup bukan lama mana pun (ingatkan diri sendiri juga).

Tiada kerja sudah kah sampai ko mau tulis macam ni? Popular sudah kau kan. Puas hati sudah? Aduih!



Wahai Lisa Rosli, aku bukan perempuan, tapi the way kau kutuk-kutuk Sabahan dan Sarawakian, kau memang tak pernah datang Sabah dan Sarawak kan. Specifically, kau ndak pernah datang Sabah kan. Kau ni harap jak nama cantik, tapi kau punya style bercakap tidak melambangkan peribadi kau yang cantik. Aku doakan kau berubah.

Kami tinggal atas pokok?





Haha!

Sila baca entry yang dibuat oleh blogger yang pernah datang Sabah: GUNUNG KINABALU dan KENANGAN DI SABAH.

Kau memang mau minta tiket free kah? Boleh! Datang lah kau pergi Sabah, tengok sendiri ada apa di Sabah!

Well, memang dari cerita abang aku, awal-awal dia pergi sekolah semenanjung, semua orang ingat Bornea amnya, Sabah khususnya, masih tinggal di sungai, dalam gua, atas pokok. Oh tolong! Sabar seja lah. Tapi itu ok lah. Tapi kalau kau sampai macam ni, weh! Argh! Nanti keluar semua maki-maki, apa bezanya dengan kau kan. Haha!

Doakan kau dapat hidayah dan berjaya menjejak kaki ke Borneo. Kalau nak POPULAR cepat, silalah buat macam ni lagi. Tanggung akibatnya sendiri. Kotoh negi daa!

Wassalam!

Kasut Merah Pertama di Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seiringan dengan berita semasa sekarang, so dengan keBengonGan kepala otak ini, maka hadirlah sebuah kisah kasut merah pertama dalam dunia.

By the way! Salam Februari semua! Hari ini hari Wilayah. Cuti! So, hari ini buat apa?


Why? Malas kemas bilik!

Because women should clean the house. LOL!


Entry hangat bulan Januari!



Apa maksud Pertama Di Dunia?

Tak kisah lah apa korang nak cakap, hehe! Sebenarnya, I've just got a new Kasut Merah from my uncle. Last week kan pergi ke Melaka. So, before balik tu pakcik ada hadiahkan sebuah kasut jalan berwarna merah.


Dia tak nak pakai sebab tak ngam. Oleh kerana saiz kaki adalah sama (10 <<---saiz kaki gergasi bangang!), maka dengan baik hati dia bagi dekat aku. Hehe!

Apa yang penting, FREE! Woha!

Nah tengok lah gambar-gambar di bawah ni.

Ni lah kasut merah tu. Haha! Nampak tinggi kan.

Memang tinggi. Eh, panjang.

So, sekarang nak share segala benda yang dipakai di bahagian kaki. Except for stokin lah. Kang nanti keluar bau stokin busuk kat sini, terus arahkan cursor ke butang [X]. Sedih pula. Haha! Nah tengok lah!


Cerita: Ni kasut paling lama sejak Form 5.
Biasanya, kasut kulit, akan rosak tak sampai setahun.
Tapi yang ini special, sebab sampai sekarang.
So, dah nak masuk 2 tahun dah! Yeah!

Kasut badminton. Noob. Saya tak pandai main badminton.
Kasut ini pun jarang pakai dah sekarang sebab malas turun riadah.
Except hari Jumaat malam pergi main badminton di dewan. Yeah!
Cerita Badminton -->> SINI

Ini pula sandal. Sedih kan. Ni jak selalu pakai kalau jalan.
Tak suka pakai kasut. Leceh!
Pakai stokin lagi!
Argh! So, sandal lagi best.

Ni pula entah berapa kurun lamanya.
Mahal, tapi kena air selalu. Demm~ Lelaki yang tak pandai jaga harta benda.
Hehe! Jenama Edwin kot. Dah hilang dah. Silalah derma. Woo~

Kegemaran sepanjang zaman! Selipar tandas!
Cute! Boleh dipakai ke mana-mana.
Lagi suka selipar macam ni berbanding yang stylish stylo.
Low profile.
Hehe! :)

******************************************

Sedih kan. Kasut jalan pertama seumur hidup. Sedih! Nangis lah weh! Wooo~~

Siapa nak sedekahkan kasut lagi? Boleh lah contact di Facebook dan Twitter. Jangan lupa add dan follow. Ada dekat bawah butang like fan page. Hehe!

Sila sedekah, aku tarak duit~ Hewhewhew!

Wassalam! :)

Nuffnang