Ini adalah novel latest yang dibaca... kisah bermula di suatu malam yang sunyi. Kemunculan Ibrahim yang menumpang teduh daripada basah hujan di teratak Pak Markum bersama anak kecil yang menangis kesejukkan dan kelaparan, penuh misteri. Aiddin, si anak yang baru kematian ibu membuatkan Pak Markum dan Supinah anak daranya jatuh belas. Bermula hidup Ibrahim bersama anaknya Aiddin di Lembah Kundasang atas ehsan Pak Markum sebagai ‘keluarga’ baru. Apatah lagi Ibrahim tidak punya tempat yang hendak di tuju. Daripada kasihan menjadi kasih, akhirnya dengan restu Pak Markum, Supinah dikahwinkan dengan Ibrahim.
Aiddin membesar menjadi anak yang sangat pintar. Supinah mengasihi Addin bagaikan anak kandung. Daripada Aiddin kecil hinggalah usianya 10 tahun, hidup mereka sekeluarga tenang-tenang sahaja. Hinggalah di suatu hari Aiddin yang selama hidupnya tidak pernah sakit, jatuh pengsan. Ada sebab yang menyebabkan Aiddin pitam, hanya Ibrahim yang tahu.
Peredaran masa membuatkan Aiddin tumbuh menjadi anak muda yang bijak lagi pintar. Melayakkan dia menyambung pelajarannya di UKM Bangi. Peluang terbuka ini membawa kepada perpindahan Ibrahim dan Supinah ke Semenanjung. Ada alasan lain juga kenapa Ibrahim berpindah ke Semenanjung.
Malangnya kegembiraan mereka tergugat apabila Aiddin disahkan mengidap barah otak tahap empat. Kecewa dengan penyakit yang dideritainya Aiddin ingin melunaskan impian terakhirnya, mendaki Puncak Gunung Kinabalu. Di temani teman-teman seuniversiti, Feena yang telahpun menjadi tunangannya, Suhaila, Mei Long dan Zaidan, Aiddin memulakan pendakiannya. Malang menimpa apabila Aiddin hilang tanpa jejak ketika menuruni puncak gunung.
Kehilangan Aiddin penuh misteri. Tiada siapa yang dapat merungkai kehilangannya. Ibrahim yang tidak sanggup melihat Supinah derita kehilangan anak, membongkar rahsia siapa mereka sebenarnya. Malangnya Supinah yang tidak dapat menerima hakikat, dengan tega menghalau Ibrahim daripada rumahnya (dan dari hidupnya juga).
Selepas 5 tahun berlalu, kehilangan Aiddin tidak lagi diambil endah. Hinggalah dia muncul di kaki Gunung Kinabalu bersama Ibrahim dalam keadaan yang penuh tanda tanya. Muncul bersama misteri pembunuhan yang mengerikan.
Siapakah Ibrahim dan Aiddin yang sebenarnya? Apa rahsia yang diselindungkan oleh Ibrahim hatta anaknya sendiri tidak mengetahuinya? Ada musuh yang memburu, tapi siapakah musuh itu dan siapa pula yang diburu? Ada suara yang berbisik di telinga Aiddin menyeru Rayyan agar kembali. Tapi siapakah Rayyan? Dan suara siapakah yang menghantui Aiddin? Segalanya penuh tanda tanya dan perlukan penjelasan.
Teruja? Ingin tahu apa rahsianya? Anda harus baca dan selongkar sendiri. Cari jawapan pada setiap persoalan yang berlegar dibenak anda. Dan yang pastinya setiap persoalan, jawapannya hanya ada dalam naskhah Rayyan Fantasi ini.
Rasa saya:
Awalnya cukup teruja sebab biasalah...Ramlee Awang Mursid(RAM) my favorite Malay Novelist... awal2 baca cukup minda berada dalam novel...tapi menyedihkan sikit cerita kali ini...teknik penceritaan yang hambar...rasa macam RAM buat novel tuu ala kadar dan biar siap jak... Cerita pasal planet lain macam terlalu tidak masuk akal...boleh terima gak tapi macam tidak bes sudah... baca dalam masa dua hari...penghayatan x seberapa...tapi apa2 pun well done lah juga... last2 tuu dia cakap 'ada yang memerhati di sebalik gua tu...' komfom ada sambungan lagi pasni... YES!! x sabar sudah...pasni RAM akan sambung sekuel Cinta Sufi...alaaa..pasal Laksamana Sunan la... Harap kuar awal...bes!!!! ok! Kalau ada masa baca lah Novel Rayyan Fantasi...persepsi semua orang berbeza juga...ok!
Ma'as Salamah!
No comments:
Post a Comment
Follow my Insta: syafiq_ahadin