Hadis Palsu Popular #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersambung selepas yang Pertama dan Kedua. Sorry sebab tak dapat update cepat2 disebabkan kekangan masa dan waktu dan ketika...errr....Sepatutnya awal pagi hari ni but....harghh!! tak dapat.

Sila beli!
Sebelum sambung pasal hadis palsu popular, adalah lebih baik saya bercerita yang bukan2..bla  bla bla...

Cerita pasal Raya Haji akan diupdate dalam beberapa ketika lagi. Huk3! Sebab masalah berukband yang sangat menyayat hati...woooo!!! Okeh2. Sila tekan 1 untuk ke menu asal.

******************************************
1
**************
Menu Utama
****************************************

Hadis 5 - Bekerja Untuk Dunia

Maksud Hadis: "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esoknya."

Ulasan Sarjana

Al-Albani dalam bukunya: "Tidak ada asal usul bagi hadis ini bahawa ia daripada Rasulullah, walaupun ianya masyhur dalam kalangan manusia pada zaman ini."

***************************************
Secara umumnya, isi kandungan hadis ini adalah benar. Apa yang ingin disampaikan adalah supaya kita tekun dan bersungguh-sungguh dalam melakukan urusan kerja di dunia. Begitu juga kita kasi banyak ibadah dan amal sebagai bekalan di akhirat seolah-olah kita akan mampus mati pada esok hari.

Pun bagaimana walau….err…walaupun isi kandungan hadis palsu ini betul dan baik, tetapi tetap salah apabila disandarkan kepada Rasulullah. Jika ini dilakukan, ia juga termasuk dalam dalam perbuatan melakukan pendustaan kepada Rasulullah, kerana kita menisbahkan kepada beliau suatu yang tidak diucapkan atau dilakukan oleh baginda.

******************************************
Hadis 6 – Solat Orang Yang Berkahwin Lebih Baik

Maksud hadis: “Solat dua rakaat orang yang sudah berkahwin, lebih baik sebanyak 70 rakaat daripada orang yang bujang.”

Ulasan Sarjana

Dalam sanad hadis ini terdapat pelapor yang bernama Majasyi’ bin Amru. Menurut Ibnu Ma’in, dia adalah salah seorang yang daripada pendusta. Ibnu Hibban berkata, “Dia adalah seorang yang memalsukan hadis.” Pendapat para sarjana tentang hadis ini dinyatakan oleh Ibnu ‘Arraq al-Kanani dalam bukunya Tanzih al-Syariah. (Sila cari buku ini dan bagi saya. =,=’ )

Memang lah kawin tu ada kelebihan tersendiri.Salah satu daripadanya ialah kita melaksanakan sunnah Rasulullah. (satu pahala free :D ) Melalui perkahwinan kita dapat tambahkan bilangan umat Islam dan baginda sangat berbangga dengan umatnya yang banyak. Rasulullah ada bersabda,

“Berkahwinlah kalian dengan wanita yang berpotensi mempunyai banyak anak dan memiliki kasih sayang kerana sesungguhnya aku bangga dengan jumlah kalian(umatku) yang banyak melebihi umat yang lain.”
Direkodkan oleh Nasaie

Tapi yang kelebihan pasal solat orang kahwen lagi besar daripada yang bujang macam saya tuu palsu. Huk3! Hadis ini mungkin direka oleh pemalsu untuk menggalakkan orang bujang macam saya supaya cepat berkahwin. Oh tidak! I’m 18 baru. Kadang-kadang hadis ni dibaca oleh sesetengah penceramah dalam kursus perkahwinan. Tidak kurang juga yang menulis hadis ni dalam kad jemputan kahwen. Tidak salah untuk galakkan orang bujang berkahwin tapi haruslah guna dalil yang sahih sebagai panduan.

Nabi Muhammad memberi pesan:

“Wahai sekalian pemuda, siapa antara kalian yang berkemampuan hendaklah segera berkahwin. Ini kerana ia boleh menjaga pandangan dan memelihara kemaluan. Siapa yang tidak mampu berkahwin, hendaklah dia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu sebagai perisai.”
Bukhari dan Muslim

Haaa! Ni baru saluran betul!!! Sokong2!! Hek3 ~~

Dalam Quran pun ada kena cakap pasal ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah untuk suatu amalan soleh yang dilakukan adalah SAMA tanpa mengira laki or pompuan, dah kawen ke belom!

“Dan siapa yang mengerjakan amal soleh dari kalangan lelaki atau perempuan sedangkan ia beriman, mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya atau dikurangkan balasannya sedikitpun.” 
Surah an-Nisa, ayat 124



Pahala solat yang dilakukan secara berjemaah juga dijanjikan akan digandakan pahalanya tanpa mengira sudah kahwen mahupun bujang macam saya.

Sabda Rasulullah: “Solat berjemaah itu lebih baik dari solat sendirian dengan kelebihan 27 darjat."

***************************************
Fuh! Panjang ulasan pasal kahwin. Maklumlah kan cuti sekolah sudah dekat, mesti ramai yang ingin mendirikan masjid…I mean mau mendirikan rumah tangga. Huhu! Ada juga pernah baca dalam satu buku entah apa tu pasal hadis ni yang cakap orang kahwin lagi besar pahala solat daripada yang bujang macam saya. Dan lepas baca buku ni baru tau…palsu semata.! Boleh lah ni hidup bujang lama-lama. Haha! #sentap


No way!! Haha! Kalau cerita pasal hukum kahwim, saya boleh diletakkan dalam hukum harus. Study! Yeah!

Ucapan saya:

Kepada sesiapa yang sudah mencapai tahap wajib tu, tapi tak leh kahwen sebab tak berkemampuan, PUASA lah! Kepada sesiapa yang wajib kahwin, dan berkemampuan, jangan lupa hantar kad jemputan kahwin sama saya! Haha!

Last but not least. Sebarkan!

Belum TENTU kekasih mu ADALAH suami mu, Belum TENTU tunang mu ADALAH suami mu, Belum TENTU lelaki kau puja ADALAH suami mu, Belum TENTU lelaki kau benci ADALAH suami mu, Belum Tentu lelaki yang kau cintai ADALAH suami mu, TIADA siapa KETAHUI siapa BAKAL suaminya kerana JODOH telah menjadi RAHSIA ALLAH yang MAHA BIJAKSANA.

Hadis Palsu Popular #1
Hadis Palsu Popular #2

Wassalam.

46 comments:

  1. good sharing!

    nampaknya byk hadis yg sgt biasa didengar adlh palsu. mmg patut beli buku ni.

    ReplyDelete
  2. hadis2 nie aku kurang cket..
    selalunya time iman tengah bertambah je..hehe

    ReplyDelete
  3. fuh...baru tau "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beramallah untuk akhiratmu, seolah-olah kamu akan mati esoknya." adalah hadis yang palsu..tapi untuk kata-kata semangat bagus jugakkan.

    ReplyDelete
  4. bagus2... leh jdi blog ilmiah..akak sukeee :D

    ReplyDelete
  5. menarik perkongsian ni, byk hadis yang selalu didengar tetapi punya rujukan yang palsu...

    ReplyDelete
  6. waaa!! tq 4 sharing!!!!! baru tau T_T

    ReplyDelete
  7. @Asy Faro sekali sekala dua kali dapat pahala. hehe! tambah sket2. baru senang hadam.

    ReplyDelete
  8. @Hazmin Hamudin boleh dijadikan kata2 semangat, tapi tak leh cakap tu hadis. nanti kita mempersendakan Rasul. sebab bukan dari kata2 Rasulullah.

    ReplyDelete
  9. @Mohamadazhan.com ok! sebarkan lah. huhu! thanks follow terus. :D

    ReplyDelete
  10. @Ku Azhar selagi hayat dikandung badan, elok kita tambah ilmu. heheheheheeheheheh! :D

    ReplyDelete
  11. siries aku sgt suka quote pasal suami kt bawah tu.. bleh copy letak kt status fb nnt.. hahaha..

    ReplyDelete
  12. baru tahu bahawa yang selama saya tahu ni hadis palsu.

    ReplyDelete
  13. @NasZ oleh itu belilah banyak2 buku. Hehe! :D

    ReplyDelete
  14. ada kata2 para ulama' yg kadang2 dikatakan hadith Nabi SAW. tu la masalahnya. n ada yg membuta tuli main ambik je semua pastu cakap tu hadith. ni pon lagi satu masalah. tp, xpe.. dgn adanya buku2 seumpama ni, insya Allah terjawab semua permasalahan. insya Allah.

    *uit syafiq, ada kesalahan dlm entri kau ni.. huhu.
    1.seeloknya lepas disebut @ ditulis nama Nabi Muhammad letakkan SAW (sallallahu alaihi wassalam). ada dekat hadith riwayat bukhari & muslim RA (rahimahullahu ta'ala anhuma)
    -bila kau letak & ada orang berselawat atas Nabi SAW, kau dapat pahala sbb galakkan org berselawat. (hopefully ni bukan hadith palsu)-
    2. puasa - bukan puas
    3. perisai - bukan perisa.
    (dua2 ada dalam matan hadith riwayat bukhari & muslim RA).

    semoga ilmu yg kau kongsi ni diberkati Allah...insya Allah.

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang