Hadis Palsu Popular #7

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1st thing before I start writing about the post, (BI pulak) kenalah mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pembaca yang MEMbaca, TERbaca mahupun TERsesat ke blog ini. Hehe! Thank you so much!! Teruskan membaca dan share. Ini berdasarkan apa yang saya baca di blog UmarFaruq: Ciri Blogger yang Menghargai Pembaca.

Jap2. Siapa tau camna nak letak button share? wooo~~ So noob.

Dengan harapan bahawa ada sudah yang membeli buku hadis palsu fofular karya Abdul Razak Muthalib ni, so slow down sikit nak post pasal hadis palsu. Hehe! Boleh lagu tu?

Hari ni nak kupas bawang dua ulas.


Entah apa saya melalut ni. Kita kembali ke menu utama.



************************************
1
*******************************
Menu Utama
************************
Hadis 12 - Syurga di Bawah Tapak Kaki Ibu

Maksud Hadis: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu."

Ulasan Sarjana

Ibn Taimiyah berkata: "Lafaz hadis ini tidak ada bukti daripada Rasulullah SAW, tetapi maknanya menunjukkan sifat hormat dan rendah diri kepada para ibu boleh menjadi sebab untuk masuk syurga." Pendapat ini dicatat oleh al-Albani dalam buku Silsilah Ahadith Dhaifah wa al-Maudhua'h.

Az-Zahabi menyebut hadis ini dalam Mizan al-I'tidal daripada Ibn Abbas secara marfu' iaitu susur galurnya pelapornya sampai kepada Rasulullah SAW. Dalam sanadnya terdapat Musa bin Muhammad bin 'Ata' yang dikatakan sebagai pendusta oleh Abu Zur'ah dan Abu Hatim. An-Nasaie berkata: "Dia tidak thiqah (dipercayai)." Al-Daruqutni berkata : "Hadis ini matruk (ditinggalkan hadisnya)." Inilah yang dinukilkan oleh Ibn Taimiyah dalam buku al-Ahadith al-Maudhua'h.

*******************************
Ramai dah yang tahu pasal benda ni, really? Entah. Sebab Kak Niena Pengembara Ilahi dah cakap dekat Hadis 1 lagi. Woha!

Hadis sahih yang lain dengan lafaz berbeza serta menceritakan isi kandungan yang sama dengan hadis di atas adalah seperti berikut:

Diceritakan oleh Muawiyah bin Jahimah, bahawa dia datang menemui Nabi Muhammad SAW lalu berkata: "Sesungguhya aku ingin menyertai peperangan jihad, dan aku datang untuk meminta pendapat kamu." Lalu Rasulullah SAW bertanya: "Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Dia menjawab: "Ya!" Rasulullah SAW bersabda: "Pergilah dan berbaktilah kepada ibu kamu, kerana sesungguhnya syurga berada di bawah kedua kakinya."
Nasaie, Tabrani dan al-Hakim.

Ada lagi dalil-dalil dari al-Quran yang kena tulis sini dalam buku. Tapi beli lah sendiri. Surah al-Israk, ayat 23-24 dan Surah al-Ankabut, ayat 8. Woha! Buka Quran tuu yang dah berdebu!

Tuntutan berbakti kepada ibu lebih ditekankan. Apakah anda-anda saudara saudari ingat lagu time saya kecil dulu?

Who next? Your mother...
Who next? Your mother...
Who next? Your mother...
And then your father........ 
(sila nyanyi dengan lagu buat sendiri)

Rindu pula. Dan hadis sahih pasal lagu atas:

Abu Hurairah berkata: "Datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya: "Wahai Rasulullah, siapakah yang perlu aku berikan bakti yang lebih?" Rasulullah SAW menjawab: "Ibu kamu." Lelaki itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Rasulullah SAW menjawab, "Ibu kamu." Lelaki itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Rasulullah SAW menjawab: "Ibu kamu." Lelaki itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?" Rasulullah SAW menjawab: "Bapa kamu."
Bukhari dan Muslim

Tu lah contoh-contoh dalil yang sahih. Cukuplah dengan dalil sahih ni kita guna dan memadai untuk peringatan kita semua. InsyaALLAH.

************************************
Hadis 13 - Menyapu Muka Selepas Solat

Maksud hadis: "Anas bin Malik menceritakan: "Apabila Rasulullah selesai daripada solatnya, beliau menyapu dahi dengan tapak tangan kanannya. Kemudian dia melalukan daripada atas muka sampai ke janggutnya, lalu berdoa: "Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan nampak, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Jauhkanlah aku daripada kesempitan, kesedihan, dan kedukaan, Ya Allah, dengan segala pujian buat-Mu aku berpaling, dengan dosaku aku mengaku, aku berlindung kepadaMu daripada terjebak dengan kejahatan yang aku terjebak, dan aku mohon perlindungan dengan-Mu daripada tekanan bala dunia dan azab akhirat."

Ulasan Sarjana

Hadis ini direkodkan oleh Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan. Al-Albani dalam Silsilah Ahadith al-Daifah wa al-Maudhu’ah menyatakan hadis ini adalah palsu.

Terdapat satu lagi hadis yang menyebut tentang perbuatan menyapu muka selepas selesai solat. Namun hadis ini juga berada pada tahap lemah.

Anas bin Malik menceritakan:

“Apabila Rasulullah selesai daripada solat, beliau menyapu atas kepalanya dengan tangan kanannya dan berkata: “Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah, jauhkanlah daku daripada dukacita dan kesedihan.” Dalam sebuah riwayat, baginda menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa: “Ya Allah, jauhkanlah aku daripada kesempitan dan kesedihan.”

Ulasan Sarjana

Al-Haithami dalam buku Majma’ al-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid menyatakan dalam sanad-sanad hadis ini terdapat kelemahan.

Al-Hafidz Ibn Hajar dalam buku Nataij al-Afkar menyatakan hadis ini daif jiddan (sangat lemah).

Al-Albani dalam Silsilah Ahadith al-Daifah juga menyatakan, ia adalah sangat lemah daripada apa yang direkodkan oleh Ibn al-Sunni.

***********************************

First time baca ni, eh, betulkah? Tapi diorang wat kajian, so percaya lah.

Then I asked Imam Muda Asyraf dekat twitter, apa hukum sapu muka lepas solat? Dia jawab boleh sapu dan boleh tidak. Woha! So don’t worry.

Boleh dikatakan amalan sapu muka lepas salam terakhir dilakukan oleh majoriti masyarakat kita di nusantara ini. Hasil kajian para sarjana, tiada satu hadis sahih ataupun hasan yang menyebut kecuali ia adalah lemah dan juga palsu. Maka, amalan ini bukanlah daripada Rasulullah.

Tapi napa ramai orang buat? Ni mungkin salah satu jawapan:

  • Memang ramai orang buat, so aku pun buat. 
  • Sejak kecil aku tengok orang buat, jadi aku pun buat. 
  • Benda sunat. Elok sekiranya kita buat. 
  • Tak tau! 

Dan mungkin ada beberapa jawapan lain lagi.

Wait! Kita ingat balik apa maksud solat. Solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan tertentu yang dilakukan pada waktu tertentu dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan ucapan salam.

So, that’s mean, solat dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam, dan bukannya menyapu muka.

Conclusion, perbuatan sapu muka lepas solat bukanlah perkara sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Tidak perlu melakukannya kecuali jika ada keperluan seperti ingin sapu debu atau pasir yang melekat di dahi. Woha!

Patut lah saya tengok orang Arab tak buat. Baru tau. Tapi tak salah jika melakukannya menurut IM Asyraf.

Rasulullah bersabda: “Solatlah kamu seperti mana kamu malihat cara aku solat.”
Bukhari dan Muslim
****************************
Tamat sudah! I hope anda-anda share. Hek3!!

Sory, I should post this earlier. Tenet slow gila! Sekarang baru ok. Dah kol 10 lebih dah! :(

Last but not least, thanks all! Esok kelas!! Bermula sudah ke-busy-an.


Wassalam! :)

13 comments:

  1. ustaz zaharudin dalam zaharudin.net pernah tulis pasal sapu muka lepas solat.

    nak tau kena cari sendiri la. hehe :P

    ReplyDelete
  2. ada byk sebab satu2 hadith turun martabat shahih @ hassan.

    lagi satu dah dorang xleh kacau al-Qur'an, jadi kacau la hadith pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

      yang ni hadith mutawatir. tak payah check sanad dan matan. memang rasulullah saw dah bagi ancaman direct. kacau hadith? semoga Allah bagi hidayah kepada kamu.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Anonymous, anda tidak menjawab persoalan. Yg menipu gune nabi siap tempat duduk di neraka tu memang mutawatir, tp point yg ingin diberitahu oleh en haris adalah hadith boleh direka,..

      Delete
  3. hadis syurga bawah tapak kaki ibu tu org slalu dok wat lawak bodoh n wat loyar buruk..

    dia pi check tapak kaki ibu dia, dia ckp xdk pun syurga.. sengai..

    ReplyDelete
  4. dah jumpe lom tutorial nak letak share tu?? ni aku ade 1 link;

    http://tutorialuntukblog.blogspot.com/2010/09/letak-facebook-share-button-dalam-blog.html

    leh survey lagi dlm blog ni. ade banyak tutorial lain...

    ReplyDelete
  5. To Sharifah: just share apa yang dah dipelajari. tak salah bukan. :)

    ahowk: sememangnya!

    faizal: woha! tangan ni malas mencari kat tenet. buku seja.

    Haris: yup!!!!!

    Solihin: kalau cek bawah ketiak? #okbai

    Haris: otw! :)

    ReplyDelete
  6. salam. maaf mencelah, dalam buku hadis palsu tersebut, saya syorkan saudara jgn menghukum yg daif tu palsu, kita bukan ulama hadis. daif tu lemah dr segi sanad dan matannya, dan palsu tu adalah rekaan. hadis dhaif tidak boleh berhujah dgnnya tetapi boleh utk fadail amal.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya sememangnya nak beli buku ini(walaupun agak ketinggalan), dan tergerak hati nak cari sedikit sebanyak informasi berkaitan buku ini...hasil pencarian saya di Internet menemukan banyak info tentang buku ini.

    Di sini saya ingin kongsikan kritikan terhadap buku Buku 40 Hadith Palsu Popular Terbitan PTS;

    http://jomfaham.blogspot.com/2012/03/buku-40-hadith-popular-palsu-yang-palsu.html

    Kritikan pada buku ini membuatkan saya tersedar untuk lebih berhati2 apabila membeli buku2 agama, membuat rujukan dari pelbagai sumber dan belajar dengan berguru.


    Wassalam

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang