Sebenarnya dah takde modal nak post. Haha! So terpaksa mengerah kepala hotak sambil minum coffe. Hehe! Lepas baca Majalah Solusi Isu 38 yang bertajuk Syurga Itu Benar, ada lah artikel yang sesuai untuk dijadikan sebagai bacaan tatapan umum.
Blog ini diklasifikasikan sebagai U. *abaikan*
Next week keluar result exam. Kalau saya dapat 3.5 above, saya belanja! Hehe. Belanja makan. So bolehlah tempah. Hehe! Sekali lagi *abaikan*
Last entry ada pasal aurat-aurat kan. So hari ni sambung pasal hasil daripada pembacaan sebuah majalah paling best di dunia. Solusi. Belilah! Kompom tak nyesal.
Dan post ini super hyper panjang gila-gila. Sory lah jenuh membaca. Huuu~~
Menutup Aurat Tapi Hati Jahat?
Sumber: Yaya Ismail
Ni tajuk yang mungkin agak lapuk di sisi masyarakat sebab dah banyak kali dah dihuraikan. Takpe, nak jugak! Haha!
Pada pandangan orang yang skeptikal or mempunyai negative thinking, mungkin atau pasti diorang akan cakap Tutup Aurat Tapi Hati Jahat. Huh!
Wanita yang baik tak semestinya akan tutup aurat. So adakah wanita yang JAHAT itu menutup aurat?
Tidak sama sekali!
Dan mungkin akan ada yang cakap, ukuran nilai kebaikan seseorang wanita tu sama ada baik atau buruk tidak bergantung pada akhlaknya, sama ada baik atau buruk, sama ada dia tutup aurat atau tidak.
Kalau menjelajah ke pelusuk alam (ceh!), cuba tanya Lelaki pasal apa yang kami kehendaki daripada seorang wanita.
Jawapan yang biasa dengar:
- Baik
- Sopan santun
- Budi pekerti yang luhur
- Tutup aurat
- Memahami
- et cetera. etc
- Solehah
Tapi yang disarankan ialah menerusi dalil yang kukuh.
"Maka beruntunglah org yg memilih wanita yg beragama." (Bukhari dan Muslim)
"Apabila datang seorang lelaki yg elok agama dan akhlaknya melamar anakmu maka hendaklah kamu kahwini anak perempuan mu dgn dia. Jika kamu tidak kahwininya maka akan menyebabkan kerosakan dan fitnah yg besar akan berlaku." (Hr Tirmizi-hasan sahih)
Ciri-ciri isteri yg solehah adalah sepertimana Nabi SAW sebut: "Aku hendak memberitahu kepadamu sesuatu yg perlu dimiliki oleh seorang lelaki ialah wanita yg solehah. Apabila suaminya pandang dia akan rase gembira, bila suaminya suruh dia akan patuh dan bila suaminya keluar dia akan jaga harta dan maruah suaminya." (Hr Abu Daud)
Seeloknya hendaklah seorang lelaki itu memilih anak dara. Jabir brkata: "Aku berkahwin dgn seorang wanita; lalu aku berjumpa dgn Nabi s.a.w. Nabi s.a.w bertanya "Adakah engkau sudah berkahwin?" Aku menjawab "Ya" Nabi bertanya "Dara atau janda?" Aku menjawab "Janda" Nabi s.aw bersabda "Kenapa kamu tidak memilih anak dara yg mana kamu berseronok dgn dia dan dia berseronok dgnmu." (Hr Muslim)
Lelaki juga hendaklah memilih wanita yang penyayang dan banyak melahirkan anak.
Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu berkahwin dgn wanita yg boleh melahirkan banyak anak dan wanita yg penyayang. Maka sesungguhnya aku berbangga dgn banyaknya ummatku" (Hr Abu Daud)
Tapi, sebelum kita nak cari yang baik-baik ni, kita kenalah jadi yang baik, bahkan menjadi yang TERBAIK! Setakat nak jual diri lelong di tepi jalan, Siapa nak saya? Sure, takde punya nak ambil Haha! So kena lah menjadi yang terbaik!
Menjadi insan yang baik! Kena ubah! Yeah!
Menyimpang jauh pula dari topik.
Kembali ke menu utama.
Time awal tadi, dah kena cakap wanita yang baik tak semestinya akan menutup aurat.
That's true, tapi tak 100% benar. Adalah dalam 10% kot. Heee~~
Kalau sorang wanita tu memenuhi kriteria-kriteria yang diketengahkan, cuma tak menutup aurat, dia baik dari sudut akhlak, tapi wanita tersebut telah melanggar perintah Allah dan dia adalah 'tidak baik' dari sudut berpakaian kerana hukum tutup aurat sudah termaktub dalam Al-Quran.
Kesimpulan dia, orang yang BAIK di sisi Islam ialah mereka yang baik dan menjaga hubungannya dengan Allah di samping menjaga hubungannya sesama manusia.
Menyentuh pasal hubungan sesama manusia ni, sekarang orang dok bising pasal pasangan Melayu yang berkahwin sejenis. Errr. Pelajar tajaan Petronas dari Malaysia yang berkahwin(euww~~) dengan rakyat Dublin, Ireland. Kalau pasal ni, ni bukan lagi hubungan sesama manusia, ni hubungan yang lebih teruk berbanding gambar post Euwwwwwwwwwwww tuu. Hehe! Ariff Alfian Rosli.
Post pasal tu? Search kat tenet, sangat lah berlambak dekat blog semua orang. Dan untung lah mereka yang post pasal tu sebab kompom trafik mencanak naik macam nak mampus! Hehe!
Menyimpang lagi sekali.
Kalau lah wanita tu mempunyai akhlak yang baik, InsyaALLAH kalau diajak dan kita doakan mereka, pasti diorang akan tutup aurat sekali gus menutup segala keaiban yang terpampang menjadi tatapan lelaki. Secara free! :)
Sebab kenapa dia akan tutup aurat?
Ada satu hadis riwayat Imam Bukhari yang menceritakan pasal seorang pelacur berbangsa Yahudi yang telah memberi minum kepada anjing yang kehausan. Atas sifat belas kasihan tersebut, maka Allah memberikan hidayah Islam kepadanya dan menjadi wanita yang solehah. InsyaALLAH!
Kaitan?
Secara tidak langsung, itu menunjukkan bahawa kalau seseorang mempunyai sifat-sifat yang baik seperti belas kasihan, Allah tetap akan memberikan hidayah kepadanya. Allah menilai pada hati. Kalau hati itu baik, lambat laun hal-hal luaran seperti menutup aurat pasti akan dilaksanakannya. Cuma kita sahaja yang perlu mengajak dan membimbing. Wanita lebih berkuasa dalam hal sebegini sebab wanita ada perasaan yang sama dengan wanita. Kalau sama lelaki, lain pula jadinya, jadi bahan fitnah, jadi bahan ejekan dan sebagainya. Huh!
Perangai Buruk Tapi Menutup Aurat.
Kalau yang ni, bab aurat, Alhamdulillah lah dia dah patuhi, apa yang tinggal cuma perlu perbaiki akhlaknya lagi.
Bagi mereka yang berpura-pura untuk memakai tudung sebab nak nampak cantik dan itu sebagai fesyen semata, itu kita serahkan kepada Allah, sebab Allah lebih tahu pasal hati si wanita yang tidak menutup aurat itu baik atau tidak.
Sumber: Soidah Sofi
Tapi kalau benar-benar jahat hatinya? Lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula. Sebab menutup aurat adalah pakaian wanita solehah, dan wanita JAHAT tidak akan mampu memakai pakaian wanita SOLEHAH.
Kalau kita sekeliling kita. Kawan kita yang dulu pakai tudung labuh sampai mencecah lantai, sampai nak jalan pun kepala selalu terdongak ke atas sebab terpijak tudung sendiri. :)
Tapi sekarang dah tak pakai. Itulah yang dinamakan sebagai tudung Chipsmore.
Simple anekdot dari Group Facebook.
Budak kecil: "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"
Budak kecil: "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"
Kakak: "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!"
Budak kecil: "Kak, kenapa tak takut pun bila tak pakai tudung kepala...! Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat, kena bakar kalau tak pakai tudung!"
Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu.
Sentap!
Sumber: Azhunk97
Aku Tak Layak Nak Tegur!
Sebuah kisah. Semasa zaman Hasan Al Basri.
Suatu hari, beliau berjumpa dengan seorang pemuda Bani al-Shikhir. Beliau berkata kepada pemuda tersebut: "Nasihatilah aku, wahai pemuda."
Pemuda itu menjawab: "Aku belum layak untuk memberi nasihat, wahai Abu Sa'id (panggilan Imam Hasan Al Basri)."
Beliau lalu berkata: "Siapakah yang benar-benar layak memberi nasihat? SYAITAN SANGAT SUKA DENGAN KATA-KATA INI. Dan ia berharap agar manusia mengambilnya (meneruskan perbuatan aku tak layak) sehingga tidak ada lagi yang mengajak kepada Amar Maaruf dan Nahi Munkar."
Tidak ada aktiviti yang paling dibenci oleh Syaitan melainkan ajakan kepada amar maaruf dan nahi munkar.
Satu hadis popular lagi.
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka ubahlah dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Muslim)
Dan sememangnya iman saya lemah sebab hanya mampu post di blog. Hehe!
Akhir kalam, saya tak tau apa sebenarnya isi penting dalam post ini. Haha! Takde joke macam biasa sebab hati cuak result kuar next week. :(
Sebarkan.
Sumber:
- Majalah Solusi Isu 38
- Solihin Zubir - Tudung Chipsmore
- Fakir IlaAllah
- Muhammad Haniff
Wassalam!
kehkehkeh okay dila ada majalah solusi tu :))
ReplyDeletetapi . tapi tapi . ayat ni yang dila cari .
-Time awal tadi, dah kena cakap wanita yang baik tak semestinya akan menutup aurat.
That's true, tapi tak 100% benar. Adalah dalam 10% kot. Heee~~ -
nice sharing syafiq ahadin. =)
ReplyDeletecerita kakak ngn adik tu best. sentap. hoho.
good job.
ReplyDelete:)
nice one..:')
ReplyDeletethanks..sbb berkongsi ilmu..
ReplyDeletenice entry..=)
nice sharing....
ReplyDeleteassalamualaikum syafiq...nice info ni...:)
ReplyDeletesuka la entri ni..kira post dlm blog selemah-lemah iman la ye..
ReplyDelete@Saddila beli solusi isu 39.
ReplyDelete@yampe =) ape yang nak disentapkan? lalala~
ReplyDelete@faizal mohd yeah! thanks!
ReplyDelete@cik bulan nice two takleh?
ReplyDelete@Terbang Bersamaku share laa. hehe!
ReplyDeleteX semua perempuan yang bertudung baik, tapi confirm perempuan yang baik akan bertudung.
ReplyDelete