Hadis Dhaif Popular #9

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pada hari ini berkesempatan untuk type lagi. Haha!

Kali ni nak sambung satu hadis je. Hari ni satu je. Sebab nak study weyh!

Jap! Kenapa hadis dhaif? Bukan hadis palsu ke? Nak cari sebab dulu.




Lihatlah betapa saya ni disayangi oleh orang yang tidak dikenali bernama Ubaid. Saya sayang anda juga!

Oleh kerana dah camtu, rasa best pulak kan. Hehe! Rasanya yang datang komen tu dari blog KeretaMayat kot. Huhu! Thanks once again!

Dhaif? Daif? Same meaning. Bermaksud LEMAH. Ada faham?

Faham!

Okeh, kita teruskan pembacaan kita lagi. InsyaALLAH.






********************************************

Hadis 16: Kisah Alqamah Si Anak Derhaka

Cerita ni sangat popular sehingga mengalahkan populariti ZackZuhairi. ==" Sebab time dulu selalu dengar, selalu baca dan selalu juga TERsebar dengan orang. Haha! My bad.

"Alqamah adalah seorang ahli ibadat yang selalu melakukan ibadat pada zaman Rasulullah SAW. Tetapi selepas berkahwin, beliau dilihat sangat memberi perhatian dan melebih-lebihkan isterinya sahaja. Perhatian kepada ibunya diabaikan. Alqamah hanya menumpukan kepada ibadah dan isterinya sahaja.

Sikap Alqamah ini membuatkan ibunya berasa kecewa dan terasa hati. Ibunya tidak dapat memaafkan perangai Alqamah ini. Diringkaskan cerita, apabila Alqamah menghadapi saat-saat kematian, beliau tidak dapat melafazkan kalimah tauhid, Lailahaillallah! Saat kematian Alqamah ini sangat sukar sehingga menimbulkan tanda tanya kepada orang lain.

Lalu apabila Rasulullah SAW datang, baginda terus bertanya kepada sahabat-sahabat yang lain apakah Alqamah masih mempunyai ibu? Sahabat menjawab ada. Rasulullah mengarahkan supaya dipanggil ibunya. Rasulullah SAW memohon supaya ibunya menarik balik kutukannya terhadap Alqamah dan memaafkannya.

Ibunya tidak mahu lantaran perasaan kecewa dan sakitnya hati terhadap  sikap Alqamah yang baginya seorang anak yang derhaka.

Akhirnya, Rasulullah SAW mengarahkan sahabat lain agar mengumpulkan kayu api untuk membakar Alqamah agar dia cepat mati. Mendengar keputusan Rasulullah SAW ini, maka si ibu pun berubah fikiran.

Walaupun hati masih kecewa, tapi ibu mana yang sanggup melihat anak kandungnya sendiri diperlakukan sedemikian rupa. Lantas ibunya bersetuju untuk memaafkan kesalahan Alqamah. Sejurus selepas Alqamah dimaafkan, beliau dapat melafazkan kalimah syahadah lalu meninggal dunia."

************************************************

Ulasan Sarjana

  • Ibnu al-Jauzi menghukumkan kisah ini sebagai palsu dan menyenaraikannya dalam bukunya al-Maudhua't.
  • Al-'Uqaili juga menyenaraikan kisah ini dalam al-Dhu'afa al-Kabir.
  • Al Haithami berkata: "Hadis ini dilaporkan oleh Tabrani dan Ahmad secara ringkas tetapi dalam sanadnya terdapat seorang pelapor yang bernama Faid Abu Warqa' dan dia seorang yang matruk (ditinggalkan hadisnya).
  • Kisah ini juga dihukumkan lemah oleh para sarjana lain seperti Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, al-Munziri dalam targhib wa tarhib, Ibn 'Arraq dalam Tanzih al-Syariah dan sebagainya.
  • Menurut kesimpulan yang dibuat oleh al-Albani, beliau menghukumkan hadis ini sebagai palsu seperti yang dinyatakan dalam bukunya Silsilah Ahadith al-Dhaifah.
****************************************

Siap! Huhu! Kalau dulu pasal Hadis Dhaif #7 ada dibincang pasal Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu. Motif yang diketengahkan di sini adalah untuk menyatakan bahawa Ibu atau Mama adalah priority kita. Kan? Macam di post hari tu, who next your mother diulang sebanyak 3 kali, pastu baru lah Bapa atau Ayah kita.

Seriously, bila baca pasal benda ni dalam Buku Hadis Palsu Popular ni, meremang bulu roma sebab time kecik dulu, selalu juga baca pasal cerita Alqamah ni. Siap hafal lagi cerita ni sambil bercerita dengan kawan lain. Memang best kalau cerita. Sebab takkan berhenti punya! Haha!

Walaupun cerita ni memberi inspirasi supaya kita lebih patuh dan taat kepada parents kita, tapi untuk dijadikan sebagai hujah dan sandaran adalah tidak patut sama sekali! Dan tidak wajar! Walaupun niat kita baik, tapi pendustaan kepada Rasulullah SAW adalah tidak wajar sama sekali.

Kalau nak guna hadis untuk mengukuhkan hujah, gunalah hadis yang sahih lagi dipercayai.

"Abu Bakrah melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Mahukah aku jelaskan kepada kamu semua tentang dosa yang sangat besar? Kami (para sahabat) menjawab: Ya Rasulullah! Baginda berkata: Syirik kepada Allah dan derhaka kepada kedua ibu bapa."
Bukhari

So, sudah terang lagi bersuluh, memang masuk dalam kategori dosa besar bagi sesiapa yang menderhakai parents. Dalam Quran ada disebut, apa tu ek? Tak ingat. Tapi yang saya ingat, bla bla bla walaupun perkataan AH! Tak ingat laa! Tulah makan semut banyak. Tapi saya tak makan semut.

I'm sorry my parents if you both read my blog. I love you! Haha!

Akhir kalam (skema), majulah sukan untuk negara. ? Tak tau nak tamatkan cemana. Hahah!

Wassalam!

16 comments:

  1. kisah Al-Qamah palsu?

    tak sangka betoi!

    rata2 ustaz byk yg guna kisah ni sbg pengajaran supaya mentaati ibu lebih drp isteri..

    fuh.. benarlah org ckp.. makin dalam kita belajar, makin bodoh kita rasa..

    ReplyDelete
  2. Nice blog...
    Dah follow u..
    Follow me back please...
    THANKS~

    http://muhammadaie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. kesimpulannya hormati dan jangan derhakai ibu bapa...tak kiralah apa pun hukumannya...kata2 dari al-Quran tu lebih haq dari apa pun hingga kiamat...

    ReplyDelete
  4. 'Alhmadulillah' <--kesalahan ejaan. :)


    tu je nak komen. hehe :)

    nice info. tenkiu. :)

    ReplyDelete
  5. nice sharing. =) baru faham.. cerita alqamah tu pun prnah dengar.. post best3!

    ReplyDelete
  6. thanks for the info babe :)

    yang lebih dila tertarik , bab penutup . haha gila .

    ReplyDelete
  7. hari rasa sangat berdosa kepada parent..huhu

    ReplyDelete
  8. hai..saya baru je follow blog awak..n klau sudi jemguk2la blog sy dan follow yea..blh share cerita(^_^)

    ReplyDelete
  9. wahh.. abg skandal sye ni baik ^^
    tpi mcm best jer cite alqamah ni

    ReplyDelete
  10. hih...baik nyer kamu2 ni kan..hihi

    ReplyDelete
  11. eh thnks 4 shring..kalo x xtaw nih kwujudan hds2 palsu...haish!!! teruk

    ReplyDelete
  12. sayangilah ibu bapa anda dan juga ANONYMOUS dgn seadanya..
    uhuhuhh :)

    ReplyDelete
  13. hadis dhaif=hadis palsu=hadis maudu'

    smua bnde yg sme,,,, tp hadis maudu ni x boleh dgunakan untuk berhujah,, tapi boleh digunakan utk peringatan...

    tu jer,,,,

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang