Kenangan 2011 dan Selamat Tahun Baru 2012!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post antara paling bersejarah selepas menyambut Ulang Tahun Pertama Blog Syafiq Ahadin pada 28 Disember lepas. Hehe!

Okeh, hari ini 31 Disember 2011. Mesti lah kena buat post terakhir sebelum membuka jendela baru bagi tahun 2012.

Kita mulakan secara berperingkat. Macam yang dilakukan oleh Budak Lelaki Sebelah Pintu. Ikut bulan.

Januari

Bulan Januari, seharusnya bergembira sebab baru je habis SPM beberapa minggu sebelum Januari.

Tapi saya pulak? Haha! Panggilan untuk mengikuti PLKN Bagi Panggilan Pertama pada 2hb Januari. Saya ditempatkan di Kem PLKN Temasya Rimba Templer, Rawang Selangor. Dari Sabah, segalanya free! Yeah! Tu yang penting! Sampai lah bulan March! Kau tau!

Februari

Tahun baru Cina, waktu yang ditunggu bagi budak PLKN untuk balik. So, balik rumah pakcik dekat Perak. Yeah! Tapi tak ke mana. Stay dalam rumah. :(


March

PLKN tamat! Betapa bestnya meninggalkan PLKN! Tapi tetap kenangan tu takkan dilupa!

Abaikan tarikh tu, tak kena setting.


Then, hari bersejarah nak dapat Result SPM 2010 punya. Aik? Napa cam cepat sangat masa berlalu? Alhamdulillah dapat result OK. :)

April

Bulan April pula, majlis graduasi bagi pelajar lepasan SPM sekolah. SMESH. Haha! Takde sapa pun yang tau sekolah tu.



Dan juga saya pegi Temuduga Mara untuk dapatkan biasiswa MARA. Malangnya, gagal! Allah pengatur terbaik. I believe that! :)

Mei

Result untuk Temuduga Mara yang mengecewakan.

Bulan Mei juga sambung pelajaran di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya well known as PASUM. Pada 29 Mei 2011.  Rasa cam baru je masuk. Sekarang dah nak kuar dah.

Jun

Bermula lah episod sebagai seorang student dekat PASUM. Yeah! :) Takde pape yang menarik semasa ini. :(

Julai

Huhu! Dimulakan dengan hari antara yang bersejarah di Malaysia apabila Bersih 2.0 diadakan. So, ada lah juga buat entry pasal ni.

Pastu disambung dengan Movie of The Year! Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2! Okeh, ni memang paling superb antara semua movie pernah tengok! :) Rating 10 per 10! Kau hado?!

Pastu, persediaan nak hadapi exam Pertengahan Semester 1!

Ogos

Kita umat Islam di dunia menyambut bulan paling ditunggu oleh semua orang! Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan tahun 1432H aku rasa cam tergolong lah dalam Celakah 3 Golongan Ini!

Then, 1hb Ogos juga menduduki peperiksaan Pertengahan Semester 1.

Jumpa ngan kawan-kawan dari sekolah menengah di semenanjung! yeah! :)



Pastu dapat tiket pertama dari Nuffnang! The Smurf! Thanks Nuffnang!

29 Ogos, dapat result untuk pertengahan Semester 1. 6A 1B 1C. C Fizik. :( teruk!!!!!!!!!!!

Then kita di Malaysia menyambut hari raya Aidilfitri pada 30 Ogos! Pastu hari berikutnya 31 Ogos, tau lah kan apa yang berlaku. Hari Kemerdekaan. :)

September

Selepas seminggu di Sabah, kembali semula ke PASUM untuk sambung belajar. Cuti. Adeh!

7 September, menyambut ulang tahun ke 18. :) Boleh dah tengok segalanya yang 18+. Haha! errr...

UPSR! Err....haha!

Oktober

Dimulakan dengan PMR... errr...

Dan Song Of The Year! Haha! The Boys by SNSD. Hehe! Lantak!

Pastu, MUET Speaking Test. Tak puas hati sangat. Tapi ok la.

Then, Exam Final Semester 1 PASUM! 2 Minggu! Argh! Pecah kepala weh!

November

Lepas 2 minggu mengerah kepala hotak untuk exam final, fuh! Balik Sabah!!! Yeah! Cuti pun dua minggu je. Dan digunakan dengan sebaik mungkin Tiap hari jalan! Dan ini lah cuti paling best sumor idop! :)

Salam Hari Raya Aidiladha! :)

Sempena Sambutan Raya. Hehe! Aku nyanyi weh!


Lepas dua minggu cuti, kembali ke PASUM pada 18 November. Pastu 20 November, MUET for Writing, Reading and Listening. Overall, hoping for the best! :)

Bermulalah semester 2! Adeh.

November juga, jumpa blogger lain untuk kali pertama! First dengan En. Ady Budika. Pastu ngan Abang Poojie. Yeah! Hope can meet again. Hehe! :)

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H. Huhu!

Disember

Apa yang best? Cam takde je. Penat, pastu dapat result yang tidak memberangsangkan langsung! 3.55 je pointer. Ko cakap tu ok? Yang dapat 4.00 ada dua ratus lebeh. :(

Pastu, mencapai follower 1000 orang. Hehe!

Pastu, menyambut ulang tahun pertama blog Syafiq Ahadin. Huhh! Tu je kot.

Then, hari ini. 31 Disember 2011.

Entry bersejarah! :)

***********************************

Tamat!

So hope you guys enjoy! :)

Wait! Untuk header ni, terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga kepada Pembelot Blog. Hehe! Tak tau nak bagi ape, tunggu Nuffnang bagi duit je la. Hehe! Hope meet you soon.

So, itu je kot.

Sebelum mengakhiri post, nak bagi ucapan.

Ucapan Khas Syafiq Ahadin (Poyo)





  • Thanks to all my readers, my fellows, and my supporters. Without you guys, blog ni, NOTHING! Thanks!
  • Nak minta maaf kepada sesiapa yang pernah saya sakiti hati.
  • Maaf kepada mereka yang tersentap (mungkin) time baca post saya.
  • Maaf sebab jarang nak BW sebab masa yang membataskan. Maklumlah, student.


So, mengakhiri entry ini.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012!





Semoga lebih matang dan lebih bersemangat untuk tahun 2012! Esok aku nak buat post pula pasal Harapan 2012. Hehe!

Dah solat ke time baca post ni?

That's all.

Ada lagi kat sini, My Happiest Moment! Dengan Setahun Berblogging! Kenangan Silam!

Thanks again!

Wassalam!

15 comments:

  1. wah..dh tukar header!..selamat tahun baru

    ReplyDelete
  2. tu nyanyi ke garu montot ??? hehee .

    HAPPY NEW YEAR :))

    ReplyDelete
  3. saya ada anak murid kat pasum..namanya Almuazzin, Faizs dan Aizudin Akmal

    ReplyDelete
  4. slamat tahun baru 2012..

    m0ga tahun dan hari yg mendatang akan lbih bermakna n diredhai Nya..=)

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  5. selamat tahun baru 2012..moga thun nie lebih baik

    ReplyDelete
  6. selamat tahun baru syafiq..
    moga terus sukses dalam study..

    5 BLOG PALING KERAP DILAWATI 2011

    http://kedaikasperskyonline.blogspot.com/2011/12/5-blog-paling-kerap-dilawati-2011.html

    ReplyDelete
  7. tukar header nampak? nice~ ;D
    nyanyi lagu ape je? masuk kolej nnt join la nasyid ke pop band ke nyanyian ke utk feseni nnt.. ;p

    ReplyDelete
  8. happy new year (^________________^) hikihkhik. . bangunn laaaaa!! HAHA student suke bngun lmbt ek? haha

    ReplyDelete
  9. inshaAllah ditambahkan rezeki pada tahun ni. :D

    ReplyDelete
  10. heh! ingt ada gambau TH ke td..semangat je baca.. :(

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang