Segmen Nasz: Perang Blogger

Makcik: Weh, ada peperangan................

Pakcik: Demmm! Apekejadah kau cakap ni?! Malaysia, peace no war! Asal lak tetiba ada perang? Takda hangin ribut melanda, tetiba ada perang.

Makcik: Wadehek! Aku tak habis cakap lagi lah pakcik oii! Ni perang antara blogger lah!

Pakcik: Same thing! Nak cari publisiti lah tuu...

Makcik: Weh! Ni bukan perang nak kutuk sana sini lah! Ni just segmen nak rapatkan hubungan antara blogger lah! Don't judge a book by its post title kata Minah Salleh!

Syafiq Ahadin: Adei! Apa nak jadi ni? Ni just segmen dari En. Nasz laa.! Makcik....pokcek....don't act like baby laa..

postscript@p/s: makcik dan pakcik tu sedang bergurau senda. ni cerita dalam mimpi. So, khayalan semata. Maafkan daku menggunakan perkataan yang super kesat.

*****************************************************

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini, (sungguh skema) saya join segmen Nasz! Yeah! Ni kali kedua join selepas segmen Kumpul dan Serang. Yang segmen tu saya terjah semua blog! Yeah! :D

Sebelum tutup, saya join! Hehe. Cerita di atas tu tiada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah diurai oleh ulat di kubur. Memang pointless.

Joined!
Thanks to Bro Naser @ Abang Nasz. Huhu! Setengah jam lagi before kul 11. Sebab kul 11 dah tutup penyertaan.! Yeah! Menyempatkan diri untuk join.

Sila komen dan bagi pandangan untuk saya renovate blog ni. Jap. Ada soalan nak tanya ni, sila jawab:
1. Blog ni berat?
2. Apa nak buat penambah baikan?

Dan ucapan last: Thanks to all yang lawat blog saya, TERlawat dan MElawat. Sila lah lawat lagi. Dan follower, thanks!

Currently busy with my exam! This week is my last week for first semester! Tak sabar ke sem 2! Akan berubah!

Wassalam! :D

Nuffnang Premiere Screening of The Adventures of Tin Tin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

You know how much I miss my blog! Two days without updating my blog just like....huhhhhhh!!

Direct to the point.

Selama dua hari ini sangat lah terseksa dan banyak sungguh perkara yang berlaku! dan apakah benda nya itu? Aduh. nanti jak lah cerita.

Hari ini baru dapat buka blog dan email. Sebab secara tiba-tiba wifi kat UM down!!! Satu UM tak dapat online. Kesian lah budak degree yang tak dapat siapkah assignment. Ada brodbend. :D

Dan tengok email, dapat premiere screening the adventure of tin tin. regarding to my post about yang pet hari tuu tu. HEhe! Tak sangka post bongok camtu pun dapat. Somehow, grab peluang yang ada! Thanks Nuffnang! Ini yang ke 5!!!

Klik untuk pengsan melihat gambar besar. Merapu entah.
Date: 2 November 2011 (Wednesday)
Time: 9.30pm
Venue: GSC Midvalley

Huhu! dah tengok? ok. Itu sahaja. So, sepa dapat sama? Jom jumpa!!!! Sila suka!!

Wassalam!

Ministry of Health

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini saya dikejutkan dengan satu berita. Ceh. Tiadaaaa!

Huhu! Saya baru jak habis exam bio, as you all know. Hehe! Dan ada satu binatang tu bernama Anopheles! Termasuk dalam Phylum Apicomplexa. Wth! Apa benda tu? Ianya bio. Tu lah pasal scientist suka buat nama pelik2. Huhu! Walau pun memudahkan untuk classify living organisms, but yeah! Sangat lah bercelaru minda ini menghafal! Pecah otak!

Anopheles tu ialah nyamuk! Nyamuk yang menyebabkan penyebaran denggi!! Malaria!! dan semua penyakit bawaan nyamuk. Oh tidak! Ini lah soalan time exam bio tadi pagi. woo. nasib baik TERhafal. Nyamuk yang infected akan gigit uninfected human pastu dia kasi masuklah senjata yang berbahaya yang boleh membawa maut ke dalam darah manusia. Pastu...er...! Mampus.

Kalau ada yang baca pasal kawan saya Azean Ermawaty kena denggi hari tu, mungkin tau lah apa rasanya kalau kena denggi.

Denggi? Apakah anda tahu denggi tu apa?
A) Makanan
B) Sayur-sayuran
C) Buah-buahan
D) Tempat pelancongan
E) Never heard before

Sila ambil masa kurang dari 5 saat untuk jawab. Huhu!

Denggi sangat berbahaya kepada kita. Kalau kena gigit, rasa lah demam yang sungguh lain! Alhamdulillah tak kena. Dan tak terhingin nak kena! Doa supaya dijauhkan dari penyakit berjangkit.

Sekarang ni sangatlah alergic dengan nyamuk, sebab takut nanti terkena serangan penyakit denggi.!

So, di sini ingin mengajak anda-anda di luar sana untuk bersama-sama membantera gejala kerosakan yang dilakukan oleh si comel yang bernama nyamuk!


Just take a few minutes untuk buang benda-benda yang tak patut wujud seperti air bertakung, air yang tidak diusik, air yang......entah. Hilang idea. Air dalam mangkuk tandas, air dalam tempat flush, dan sebagainya. Teehee!!! Ini semua untuk kebaikan bersama. Anda happy, semua akan happy! apa kena mengena? Anda mampu mengubahnya.

**********************************

Dah. Sebenarnya, post ini adalah kerana....errr... saya dapat BE yang telah lama hilang. Dalam dua minggu kot menghilang! Yeah! Rezki. Thanks Nuffnang!

Oh tidak! I'm blogging not because of money, but more to enjoyment. Huhu! Duit tu sampingan. Dapat kerja tetap nanti, yeah! Ada lah juga kerja sampingan.

Btw, thanks all yang sudi membaca dan follow.

Wassalam!

Dunia Facebook #15

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada anda-anda para pembaca yang terbaca blog ini, hehe! Thanks. >Ayat penghargaan mesti di depan<

Lama dah tak post benda camni. Huhu! Paling last duuuuuuuuuuuuuulu. Dunia Facebook 14. Semua ambil dari facebook kan. Huhu!

Sekarang tengah exam, dan ini yang berlaku!!!!!!!!!!!!!!!!! Dan juga tersangkut dalam dunia blog. Hehe! :D


Ok, mau cerita jap. Tadi exam bio. As you all know, currently I am struggling with my final exam yang saya buat macam test biasa. Huhu! Betapa teruknya. Huhu!

Berbalik, tadi exam Bio. Sedar tak sedar, belum cover semua benda n! Allah! Then kol 11.40 malam semalam, pegi turun koperasi, beli nescafe tin. Guk guk guk. Minum. Memang lah. takkan makan. Itu bangang. Hehe. Then, study punya study (tapi sempat online lagi. Hehe!) sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 4 pagi!!!!!!!!!

Huhu! Gejala tidak sihat berlaku. dan apakah yang berlaku seterusnya? Tiga jerawat timbul!!!!! Tapi dah hilang dah. Wudhu. Hehe. Dan yang keluar pun Alhamdulillah, tak sia-sia stay up macam nak mampus semalam. Semalam? Tadi la.. Wooooooo~~~

Doakan yang terbaik jak la. Ok! Update nanti lagi!

Wassalam.

Adventure With My Pet

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

I want more free ticket from nuffnang! Hehe. thanks for the latest, Shark Night eventhough it sucks, but, yeah! I enjoyed it.

Direct to the point, Nuffnang want to give free ticket for those who interested in watching new Steven Spielberg animated series, The Adventure of Tin Tin!

 Adventure with my pet? I do want to have an adventure with my pet. Memanglah. tapi binatang apakah?

My lovely cat! OMG! And what would I do with my cat?


1. Cerita ni, pegi hutan lah konon. Jungle trekking lah katakan, dan saya akan bawa kucing saya. as they have very sensitive smell, so ada baik juga saya bawa kucing instead of bawa anjeng. Dah lah takleh pegang. kalau kucing, boleh belai-belai lagi sambil bawa tidur di pangkuan riba. Hehe! kalau sesat, diorang boleh bawa saya ke tempat asal sebab kucing saya kucing yang terlatih. Ek? Entah.

2. Saya mau bawa kucing pegi adventure dalam air pula. Baru2 ni saya pegi tengok shark night 3D sponsored oleh Nuffnang. thanks! Then, ada anjing si Sara tu yang bijak. saya mau latih dia, supaya nanti kalau ada barang-barang saya yang hilang, dia boleh ambil. kalau barang saya terjatuh, he can take it back to me! Mengarut? Biar. Kucing saya sangat bijak! kucing kan pandai berenang!

3. Next di udara. Kucing saya selalu bermonolog dalaman. camna saya tau? Biarlah rahsia. Hehe! Bawa kucing pegi naik hot air balloon! mesti dia gembira kan tengok langit dan bumi dari atas! woooo! saya rasa dia akan terharu. kucing juga punyai perasaan.

Ok, saya mau cerita kenapa saya suka sangat dengan kucing. Sebab kucing tu comel. Salah satu binatang kesayangan nabi. yeah! walaupun kadang2 kucing annoying sebab selalu bermanja dengan saya, tapi layan je lah.

Di rumah ada dua kucing dah mati disebabkan tiada siapa mau ambil perhatian sama kucing tu. Woooo. mati disebabkan kucing tu kena patuk biawak. wah! rumah saya sungguh berbahaya. tiadalah.sebab dekat sungai kan. lepas kena patuk biawak, mata dia luka, bernanah, berulat then merebak sampai otak. jadi buta! Allah! kesian!!! then mati. sempat hidup for 1 month i think.

Then kucing yang satu lagi tu mati pasal bergaduh, bergaduh, luka di bahagian mata juga, bernanah, buta. mati. kejam kah ayat ni? huhu!

Sampai satu ketika tu saya tanya cekgu Sham(cikgu skulah menengah), saya mau jadi veterinar! (Doktor haiwan). woooooo~~ sedihnya mengenangkan kucing tu.

And now, saya mau kumpul duit mau beli kucing parsi!!!!


Wah!!! kiut! kiut! bulu tebal macam bantal. boleh bawa tidur sama. I love you cat. hehe!

Last but not least, thanks to Nuffnang, readers, followers and friends.

Wah, follower dah lebih 600. tak sangka!!! Thanks all!!!!!

I do hope I'm not late in sending this post. Thanks nuffnang! I hope i get the tickets. (Mengampu betul)

Wassalam.

Bengong #9

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama tak post benda2 bengong! Hari ni, APABILA NOBITA DAN DORAEMON TUA.


Review Shark Night 3D

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama tak update blog disebabkan oleh masalah-masalah yang mungkin mengarut:
1. Internet line sangat siput
2. Exam. Final exam!
3. Takda idea.
4. Kering idea.
5. Siibuk.

Oleh yang demikian, maka terbiarlah blog ini tanpa diusik oleh penulisnya.

Berbalik kepada tajuk asal. Saya nak buat review pasal Shark Night. Ni dapat free tiket dari Nuffnang! Thank you Nuffnang.

Sepatutnya keluar tengok dengan Abang Ady Budika, but disebabkan oleh masalah yang tak dapat dielakkan maka dengan rela hati tengok je lah sorang-sorang.


Sampai kul 8 malam kat mid, direct pegi kat GSC nak claim tiket. Sesampai ja, fuuhhHHH! Ramai sungguh manusia sedang berbaris ambil tiket! Ada tiga premier screening berlaku secara serentak. Semua start kol 9!  Shark Night, Don't Be Afraid of The Dark dan satu lagi cerita cina. Tak tau pa benda pun. Dari Nuffnang ada, Churp2, dan beberapa stesen muzik! Conclusion, sentiasalah up-to-date supaya tak terlepas peluang untuk memenangi apa-apa contest.

Cerita pasal Shark Night, crita ni mengisahkan pasal college student yang pegi celebrate entah pasal pa tu, sebab si Malik negro tu dapat B+ untuk satu paper tu. dan tu pun saya tak tau.

Ok2. Ada 6 orang college student, 3 lelaki dan 3 pompuan. Pastu time sampai kat jeti nak p pulau yang ada shark tu, ada lagi beberapa watak yang muncul. Guess who? Tengoklah sendiri. 

Sampai kat lake tu, yang lelaki tu pegi lah main air guna skateboard yang kena tarik guna boat tu. Camne nak bayangkan ek? Cuba bayangkan je lah. Then tiba2 tanpa disangka ada sekor shark yang tiba2 seja datang entah dari arah mana, menerkam si lelaki negro yang sedang bermain skateboard-yang-kena-tarik-guna-boat-laju. Diorang yang atas bot laju tu panik. Then si negro tu tiba2 datang di atas darat, "Sara!" dengan suara yang lemah. Guess why? Dia punya tangan kanan dah takde! Muahaha! 

Panik! Panik! Panik! Tu memang lah perasaan biasa bagi insan. Haha! Diorang pun pegi naik boat (hanya beberapa orang dari diorang) untuk minta pertolongan dari darat sebenar. Wah3! Tiba2 ada shark datang. Hentam bot tu. Bot tu rosak, sorang pompuan jatuh, mati. Pastu kena hentam lagi bot tu, stereng rosak, bot berasap. No choice but to jump out from the boat. Meletup boat tu.

Takkan mau cerita semua? Then watak jahat muncul. Memang pointless kejahatan diorang. Revenge! Tu je boleh cakap. Dapat tahu bahawa tu penjahat sebenarnya yang pelihara tu shark. What the? Tak patut! Pelik je benda camtu. Then guess what next? 

Dah2. Tengoklah sendiri kat wayang nanti ok? Dan satu lagi, premier screening memang takde subtitle. nasib baik paham. Huhu! Dah biasa dengar orang cakap kan.

Layan video bawah ni. Errr....trailer.


Rating? Saya bagi 3 out of 5. Kejam tak? Sebab tengok lah sendiri. Huhu!

Memang tidak sah kalau jalan tanpa pergi kedai buku. Bagus kan saya? Hehe! Lepas sampai sana, direct pegi MPH. Cari buku. Sangat lah tidak boleh berhenti dari mengumpul buku. Tiap kali keluar, mesti beli buku. Ketagih buku! Apakah term yang sesuai digunakan untuk ketagihan pada buku? Book addiction? Oh tidak2. Buku apa saya beli?


Nak cerita lagi. Haha! Cik Epal tadi ada tengok sesama. Tapi disebabkan saya tengok sorang2, sungguh malu-malu kucing! Wahai Syafirah Ruslan, anda seja yang tahu! Hehe! Betapa saya mau ambil gambar dengan beliau. Oh! Saya malu yang teramat. Hehe! Time tu dia sedang bercerita dengan blogger lain, I guess abang Azfar@Ujang kot. Entah. dan yang lain. Ramai Chinese. Next time akan bergambar!

Dan satu lagi, sepatutnya nak jumpa dengan Abang Poojie. tapi tak nampak pulak dia! Memakai baju I Love Your Wife. Sory! Saya takda twitter online. Kalau ada dah snap dah gambar.

Anyway, masa berlalu semakin mematangkan. Ceh!

Last but not least, huh! Banyak betul saya cakap. Thanks to all readers! Terharu gila ni tetap ada yang sudi baca walaupun blog ni tak seberapa. Nanti habis exam saya akan renovate blog buruk ini. Thanks to my new followers! Thanks! Tak tau nak cakap pa lagi. Terharu tau. :D

Wassalam!

Ben Ashaari dan Rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasa dah lama tak join segmen En. Ben Ashaari. Sapa tak kenal dia? Memang belum matang dalam dunia blogging. Ek? Maafkan daku.


Setiap segmen mesti ada cara-cara yang perlu dipenuhi. Ek? Entah.

1. Letak header En. Ben Ashaari.
I'm done!

2. Buat tajuk: Ben Ashaari dan Rakan Blogger.
Tu tajuk atas tu. Done!

3. Ceritakan serba sedikit pasal blog anda dan kenapa berblog?
Blog yang saya buat ni adalah blog kedua selepas yang pertama. Of course lah! Blog pertama ditubuhkan selepas habis PMR 2008, so saya ni kira dah lama lah kan. Nope! Banyak perlu belajar. Mesti lah kan. Hehe. 

Blog pertama telah didelete atas sebab-sebab yang tidak wajar. Then pada 28.12.2010, blog Syafiq Ahadin ini ditubuhkan dengan rasa rendah dirinya. Time tu tak tau apa-apa pasal blogging. Saja nak buat blog sebab kawan suruh. Time habis SPM kan kitorang dah berjauhan, so mestilah nak tahu update diri masing-masing dari masa ke masa. 

Tapi aktiviti blogging tu terpaksa dihentikan sementara sebab saya TERPAKSA menghadirkan diri ke PLKN. Awal tahun. tengok gambar  botak saya? Sila usha entri bulan March. dan April.
Then bulan Julai kembali aktif blogging selepas menyesuaikan diri berada di tempat baru, PASUM. Huhu! Sampai sekarang aktif!

Nak bagi ucapan ni: Thanks to my readers, followers and visitors yang datang ke blog saya. Terharu kejap.


4. Siapa idola dalam dunia blogging?
Wah, part ni susah. Tapi saya suka baca blog Budak Lelaki Sebelah Pintu. Sebab semua pasal kehidupan dia. Dan best! Kalau lah En. Hizami baca ni, jangan marah!

Sila tekan untuk ke blog baginda beliau.
Sori abang Zami mengambil gambar tanpa pengetahuan. Sebab ni je nampak tadi. Heeee :D Blog dia bagi saya sangat best. Dalam penulisan sangat pelawak, tapi sebenarnya dia seorang yang pemalu. Ek? Tak tau. Harap nanti dapat berjumpa. ! Hehe. Baru kenal.

Satu blog lagi ialah Kereta Mayat. Siapa kenal kereta Mayat? Buka keranda tapi memang best! Sangat setia dengan blog itu. Wow! Ditulis oleh Hamka, dengan slogan, "Aku telah lama kelakar, baru hari ini kamu ketawakan aku? Bukankah kita semua akan menjadi mayat?" -Hamka- 

Sila picit dan tekan. Errr....untuk ke blog beliau.
Ni Hamka bukan Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim tu yang kita belajar time sekolah. Huhu! Ni Hamka versi Malaysia. Cara penulisan yang sungguh santai membuatkan ramai orang nak jadi orang pertama komen. Hehe! Entri paling mantap yang membuatkan saya stay depan blog dia setengah jam ialah "Apa itu Seks". Serius best! Sila baca.

Banyak lagi blog yang best tapi ni paling top! Hehe. 

5. Siap! Dan pubish url kat ruangan komen.

Alhamdulillah, siap juga. Wah! Panjang sungguh! Well, itu lah kerja kalau ada idea. kalau kering idea? Takda la mau tulis sepanjang ini.

Last but not least, thanks! Apakah saya boleh mencapai follower 600 before Oktober melabuhkan tirai?

Wassalam.

p/s: Dah BW kat blog-blog yang join ni segmen, suma idol diorang hampir sama. Tapi mine sangat pelik. Lantak. Memang ni yang best! Hehe :D

Wordless Wednesday #11


Exam Final Semester 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang anda tahu, saya akan menduduki exam bermula pada hari ini.


Paper 1st fizik! Pagi ni lah. Dalam beberapa jam sahaja lagi. So di kesempatan ini, nak minta anda-anda di luar sana, para pembaca, para mereka yang tersinggah, doakan agar everythings going well! Yah!

Hanya doa yang diharapkan sekarang ni lepas berusaha dan struggle bagai nak mampus untuk exam ni. Saya struggle? Entah lah. Hehe! :D


Ini lah keadaan sekarang. Hehe! Tak lah sangat, tapi..errr.. ya lah! Memang dalam keadaan camni dah! Sungguh dahsyat. Dahsyat sungguh! Tidur tak cukup, makan terlebih cukup, mandi? Mustahil lah tak basah. Huhu!

Dah2. Exam kat PASUM ni lain sikit. Kalau nak tau, so, sila dapat result baik dalam SPM, dan pilih asasi UM sebagai pilihan pertama time UPU nanti. So, saya nak fokus 3 subjek, terutamanya Maths(wajib!) dan Kimia. HuH! Mesti A.! Then second sem nanti fokus saatu subjek je lagi. Harap tak salah percaturan. Amin! Sila doakan saya. Solat hajat. Hehe! :D


Kalau lah anda2 ada yang add saya dekat facebook, saya update status pasal exam. Hehe! So much I hate you. Tapi kena hadapi gak kan. Exam, penentu masa depan. Ek? Boleh saja. 

Dah. Lastly, aktiviti blogging saya sepanjang minggu exam tetap berjalan seperti biasa, cuma dikurangkan sedikit. Blogwalking tu kalau saya tersinggah, Alhamdulillah lah. Hehe! Dan saya minta maaf kalau tak dapat balas kunjungan anda-anda di luar sana. Dua minggu ja! Ya. Semoga berjaya kepada saya. Silalah datang sentiasa di blog yang buruk ini. Siapa nak buat header untuk saya? Sila angkat tangan. Saya spend. Hehe! 

Mengakhiri kata-kata ini, doakan saya sekali lagi! Sila lah doakan dengan ikhlas. Ampun maaf dipinta jika saya buat salah kat depa semua! Hehe. 

Wassalam. (menitis air mata. Hua3! Mustahil!)

Rich Blogger: Fact or Fiction?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ni, saya tunaikan janji saya untuk join contest dari Eqbalzack punya blog.

Klik untuk ke blog abang Eq.

"Rich Blogger: Fact or Fiction?"

Deadline: 30 October 2011

HOW TO ENTER
[Please read carefully as I reserve the right to disqualify any incomplete/invalid entries]
1. All entries must be original. Strictly NO PLAGIARISM!
2. Open to my old and new followers.
3. Write a short entry in Malay or English based on the title (300 words or fewer). Entries outside the word limitation will be disqualified.
4. Leave the permalink (URL) in the comment box.

1st PRIZE x 1
Winner will get CASH RM50 + eqbalzack.com button

2nd PRIZE x 1
Winner will get CASH RM30 + eqbalzack.com button

3rd PRIZE x 1
Winner will get CASH RM20 + eqbalzack.com button

CONSOLATION PRIZES
All participants will get eqbalzack.com button


Dengan hati yang terbuka saya join. Huhu! Try untuk menulis lepas dah lama tak mengarang lepas SPM ari tuh. Huhu! Ingin memantapkan style penulisan. Haha! Umur baru 18 tahun, tapi ayat macam matang punya. Adeh! Ok. Kembali ke tajuk asal. 

******************************************************
Rich Blogger: Fact or Fiction?

Marcapada kini kita sering dihidangkan dengan berita-berita sensasi tentang kaya melalui blog. Namun sejauh manaah kebenaran hakikatnya? Pada pendapat saya, blogger kaya adalah sebuah fakta tetapi kadangkala boleh menjadi fiksyen atau fantasi.

Kenapa blogger kaya itu dikatakan sebagai sebuah fakta? Kala ini, kita pasti pernah dengar tentang blogger yang kaya. Tak perlu ambil contoh-contoh secara global, di Malaysia juga apa kurangnya? Malaysia mempunyai blogger yang kaya seperti Irfan Khairi, Cik Epal, Redmummy, Eyriqazz, Hanis Zalikha dan ramai lagi lantas membuktikan bahawa dengan menulis melalui blog kita boleh menjadi kaya. Saya tegaskan, blogger kaya itu adalah sebuah fakta yang cukup tepat dengan hadirnya bukti-bukti yang kukuh.

Seterusnya, kita bincang kenapa blogger kaya itu sebuah fantasi? Mungkin ada yang tertanya kenapa blogger kaya itu sebuah fantasi. Blogger kaya adalh fantasi semata merupakan penyataan (statement) yang dibuat oleh mereka yang tidak bijak mengintai dan merebut peluang yang terhidang di depan mata. Hal ini kerana mereka tidak mengambil contoh-contoh blogger yang berjaya untuk memajukan diri. Sekali lagi, blogger kaya itu merupakan sebuah fantasi apabila kita tidak bijak mengambil peluang yang telah terhidang.

Namun demikian, menjadi seorang blogger kaya bukanlah semudah ABC, atau semudah seperti petik jari. Tidak sama sekali! Kerja keras, keazaman yang tinggi dan bijak mengambil peluang merupakan asas untuk berjaya dalam dunia penulisan blog. Blogger kaya sudah semestinya bukan sebuah fantasi sekiranya kita bekerja keras dan berkeinginan untuk mencapainya. Akhir kalam, contohilah mereka yang telah berjaya dalam dunia penulisan blog untuk dijadikan sebagai batu loncatan dalam diri untuk terus maju ke hadapan. Anda mampu mengubahnya! :D

(254 words)

**************************************************************

Tamat! Sungguh tiada point! Argh! Yang penting mencuba. Bukan mudah mau pikir idea! Thanks to Abang Eq for this contest. Saya dah baca participants yang lain. Mantap! Ni kompom tak masuk senarai punya! Huhu! Anyway, ini mematangkan saya. Haha! Consolation prize pun ok lah. Hehe!

Wassalam.

Sekali Lagi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa kena dengan tajuk? Oh tidak. Saya baru lepas belajar, buka gmail dan tengok ada beberapa komen. Blog pilihan Ben Ashaari? Betul?

Untuk pastikan, saya buka lah blog beliau. Jeng jeng! memang betul! Niat untuk tidur tiba-tiba terbatal. Hehe!

Klik untuk pengembangan tahap dewa.
 Dia cakap kenapa saya jadi blog pilihan? Wah. Sungguh memang biadap saya ni.

Abang Ben tanya pasal gambar ni. Sekali lagi, klik untuk pengsan melihat gambar besar.

Ni komen saya yang macam nak mampus. Ops! Sory, kata kesat.
 Thanks banyak2 abang Ben! Sungguh tak sangka. Hehe! Perlu bagitahu ka benda ni? Perlu, sebab post ini untuk penghargaan bagi yang telah memberi penghargaan pada kita. Orang memberi, kita membalas. Eh? Peribahasa salah. :D

Di kesempatan ni, thanks to all yang komen, setia dengan blog ini (ada kah?) dan yang follow.
Wassalam!

Nuffnang Premier Screening of Shark Night 3D

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan perasaan bangganya saya mau cakap, ceh! Tiada kena mengena.

Direct to the titik asal.

Saya dapat invitation dari Nuffnang untuk tengok Shark Night 3D. Sila lah jeles. Dan kali ini mau pegi tengok, sebab...ada masa. Bukan cam Paranormal Activity 3 yang sepatutnya saya pi tengok hari Selasa tu. Sebab ada MUET esok harinya. Tahu juga kan kalau ikuti perkembangan saya. Ada ka orang ikut perkembangan saiz badan saya? Huhu. Perasan kejap.

Sila tekan untuk pengembangan tahap dewa.

Yeah! Baru tadi pagi dapat email ni. Yeah! Nak tengok.


First tengok gambar ni, terpikir, siapa yang teriak? Hehe!

Pengarah Final Destination tu woo! Best! Best! Sepatutnya release date dia 3 Nov tapi saya dapat tengok tersangat awal dari tarikh tu. Yeah! 25 Oktober! Selasa. Sapa mau pergi sama? Maaf, dah ada orang. 

Untuk tambah jeles, sila tengok trailer di bawah.



Yeah! Lepas The Smurf, dan PA3, ni yang ke 3! Sepatutnya 4. Tapi yang 2nd lepas The Smurf tu tak ingat la. Huhu! Takpe lah. Hehe! Thanks Nuffnang!

Saya akan pegi tengok dengan encik Hensem. Haha!

Review pasal PA3 boleh dibaca di SINI. Thanks to PoojiePooh.

Wassalam!

Isu Panas: HIMPUN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Tiap hari kita dikhabarkan melalui media massa pasal perkembangan HIMPUN atau nama panjangnya Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN).


Sebelum ni sudah ada Bersih 2.0, sekarang pula HIMPUN. Huh! Saya buat review pasal Bersih hari tu kat SINI. Dan juga temubual bersama beberapa orang yang sempat saya bertemu. SINI


Mari kita tengok apa sebenarnya bersih, jangan nak main hentam serkap jarang jak. Mesti explore dulu pasal benda ni. Dan saya sudah jumpa. Tadaaa!


Saya buat revision dari banyak sumber. Antaranya pakcik google dan Majalah Solusi! Yeah! Untuk perhatian, majalah solusi ialah majalah paling best. Tak sentuh pasal politik tapi pasal current issues! Sila beli. Sangat berbaloi!


Berbalik kepada isu himpun. Maaf, entri ni panjang. Tapi harap baca dan beri pandangan. Hehe :D


Bukan nak invite p HIMPUN tapi post di baaaaaaaaaawah tu yang penting. Hehe! :D


*************




Apa matlamat HIMPUN?


Ia bermatlamat menyatukan umat Islam dalam satu saf yang sama untuk menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam. Ia akan merupakan “permuafakatan akbar” seluruh umat Islam tanpa mengira aliran mahupun kepentingan agar bersatu mempertahankan akidah.

HIMPUN juga bermatlamat mengangkat keprihatinan, menggugah kesedaran dan menuntut tindakan supaya pihak-pihak yang berkuasa serta pihak yang berniat untuk menggugat akidah umat Islam berhenti daripada meneruskan agenda itu.

HIMPUN meletakkan hadaf yang utama iaitu memastikan bukan sahaja akidah Islam dipertahankan malah penghayatannya hendaklah disemarakkan agar seluruh aspek kehidupan umat akan tunduk dan diselaraskan dengan prinsip yang terkandung dalam makna akidah tauhid berdasarkan al-Quran dan as-sunnah.

Sementara itu kami juga ingin menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini bahawa umat Islam mahu kedudukan istimewa Islam dihormati. Matlamat kami ialah agar jangan dilihat isu murtad ini isu sampingan dan dilihat dari sudut kebebasan beragama seperti negara lain.


Apa kesan yang diharap akan dicapai oleh HIMPUN?

HIMPUN berharap umat Islam akan berhimpun secara besar-besaran seterusnya berlanjutan menjadi saluran penyuaraan umat untuk mengangkat isu akidah dan kedudukan Islam di negara ini.

Malah HIMPUN boleh menjadi penggerak supaya ia akan menyatukan umat Islam di peringkat nasional dan serantau.

Pelbagai gerak kerja lanjutan di peringkat negeri dan daerah akan dilaksanakan. Kempen nasional dan serantau akan digerakkan secara massa bagi membangkitkan kesedaran berpersatuan di kalangan umat Islam. Risalah, buku serta forum mengenai murtad akan diketengahkan kepada masyarakat.


Sumber: Law

***************

Slogan yang digunakan:

a. Selamatkan Aqidah Umat

b. Jangan Gugat Kedudukan Islam

c. Bersatu Selamatkan Aqidah

d. Melayu Sepakat Islam Berdaulat

e. Hidup Melayu Hidup Islam

f. Pertahan Institusi Raja

g. Daulat Tuanku Allahuakbar!

h. Suara Umat Suara Keramat

i. Satu Ummah Satu Aqidah

j. Hormati Islam Agama Negara

k. Bersama Cegah Murtad

l. Hentikan Usaha Pemurtadan



**************

Okeh, saya nak bagi pandangan. Saya sokong program HIMPUN ni. Apa yang saya harap cuma penyatuan umat Islam ke arah lebih menjadi prihatin terhadap agama sendiri. I love Islam! Ya lah kan, sebab nak himpun umat Islam sekarang bukan senang, macam nak mampus! Perlu kempen sana sini baru nak datang. Maaf kata kesat. 

Isu murtad? Kita dah lama dengar pasal benda ni. Murtad tu bermaksud keluar dari agama Islam. Ya. Bukan tu dahsyat ka? Memang lah dahsyat. Nauzubillah. Tetapkan iman kami umat Islam! 

Ramai ka yang akan datang? Sebagai pengguna aktif twitter, saya tengok ada satu lagi agenda yang berlangsung sama pada hari tu, iaitu October Fest yang bakal berlangsung pada hari yang sama. Entah mana lah yang ramai. Cuma berharap aktiviti keagamaan ni lebih diterima ramai. InsyaALLAH.

Berbincang pasal penyatuan akidah, kepincangan dalam kesepakatan umat Islam, saya telah baca Majalah Solusi Isu 36: Cahaya dalam Kegelapan Subuh. Sharing is caring. But sometimes we don't have to share. Boleh?

Credit to Majalah Solusi yang tercinta!



Waktu Subuh merupakan waktu yang paling diutamakan oleh para sahabat sebab mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh, time pemerintahan Salehuddin al-Ayyubi, beliau mendisiplinkan diri beliau dan para tenteranya dalam masa ingin mengambil semula Baitul Maqdis untuk bersolat jemaah terutamanya Subuh. Kenal dak Salehuddin al-Ayyubi? Aduh! Sila google sendiri. mampus la kalau tak kenal.

Next contoh, Sultan Muhammad al-Fatih, pembebas Kota Konstantinopel di Turki. Ni kenal? Aduh! Memang dahsat Islam sekarang kalau tak kenal. Justin Bibir kenal, Steve Jobs kenal, tapi tokoh Islam dak. Mampus la! Patut lah tak maju2. Okeh, baginda begitu prihatin dengan solat berjemaah, dan ini pasal mereka dapat takluk Konstantinopel suatu masa dulu. Saya dah baca buku pasal tu, anda telah? Memang dahsyat kalau belum! Sebelum maut ajal tiba, sila lah timba ilmu!

Jika kita ingin mencapai kejayaan, kita mesti contohi mereka yang telah berjaya. Silalah beli buku Imam Syafie, dan juga Imam-imam yang lain. Imam Muda boleh? Boleh kahwin! Dalam hidup Rasulullah, baginda sangat mengutamakan waktu subuh dan baginda berdoa, oh tidak! Saya mau nangis, andai Rasulullah masih hidup! Waaaa. Serius. Baginda berdoa: "Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi." (Riwayat al-Tarmizi)

Bukan mudah untuk kita bangun Subuh. Kalau di Sabah, subuh sangatlah awal. Before pukul 5 dah Subuh. Dan bila p semenanjung ni, rasa masa tu best pula. Tapi Sabah tetap di hati.! Sabahan! Ops. tiada kena mengena dengan entri. Sory.

Time subuh, kita sudah mula berperang. Melalui hadis ni kita paham lah apa tu perang. Bukan macam perang dalam filem tu, sang hantu berperang dengan jin. War? Jauh sama sekali. "Syaitan melilit seorang antara kalian dengan tiga lilitan ketika tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan: 'Nikmatilah malam yang panjang ini.' Apabila dia bangun lalu mengingati Allah, maka terlepaslah satu lilitan. Apabila dia berwuduk, lepaslah ikatan kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah ikatan yang ketiga, sehingga dia menjadi bersemangat. Tapi kalau tidak, dia akan terbawa lembap dan malas." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berbalik pasal menyelamatkan akidah umat Islam. Kala ini, kita begitu bersemangat membakar bendera Yahudi, kutuk-kutuk Israel, keluarkan memorandum untuk membantah aktiviti Zionis, tetapi lemah dan tidak berdaya menzahirkan keseriusan dalam mengerjakan solat Subuh secara berjemaah.

Kita selalu juga kan dengar benda ni tapi sangat sikit kuantiti yang mengerjakannya. Pasai tu lah, umat Islam hebat dari segi kuantiti, tapi lemah dari sudut kualiti! Musuh-musuh Islam, terutamanya pendeta Yahudi yang arif pasal Rasulullah menyedari mana letak kekuatan dan kelemahan umat Islam. Diorang Yahudi takkan takut dengan Islam sehingga sampai satu keadaan, iaitu apabila jumlah jemaah umat Islam yang solat Subuh berjemaah menyamai dengan jumlah jemaah solat Jumaat. 
Saya ulang, 
Diorang Yahudi takkan takut dengan Islam sehingga sampai satu keadaan, iaitu apabila jumlah jemaah umat Islam yang solat Subuh berjemaah menyamai dengan jumlah jemaah solat Jumaat. 
dan sekali lagi saya ulang!
Diorang Yahudi takkan takut dengan Islam sehingga sampai satu keadaan, iaitu apabila jumlah jemaah umat Islam yang solat Subuh berjemaah menyamai dengan jumlah jemaah solat Jumaat. 

Ada paham?! Sila paham! Ceh, tetiba emosi. Tapi di situlah letaknya kekuatan Islam sebenarnya, solat Subuh berjemaah.!

Kenapa tidak kerajaan atau badan bukan kerajaan atau pembangkang just buat program Solat Subuh Berjemaah! Takutkan Yahudi! Kan? Ada pikir dak pasal tu? Ni asyik nak buat benda-benda yang mendatangkan kontroversi entah papa. Biarkan mereka. 

Dalam proses penyatuan umat, kalau lah kita solat Subuh berjemaah macam solat Jumaat atau lebih ramai, solat hari raya, sudah pasti kurang atau mungkin tiada perbalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Parti pembangkang dan kerajaan tu kebanyakan di kad pengenalan bertulis agama ISLAM tapi tak pandai bersatu. Bagus lah juga ada pembangkang, kerajaan boleh membaiki kekurangan mereka. Saya bukan pro kerajaan atau anti pembangkang! I'm free. Baru 18 tahun dan tak layak lagi untuk mengundi. PRU 14 baru lah dapat. Hehe! :D

Sungguh, kalau kita berpegang dengan tali agama, tidak lah kita berpecah berai! Alhamdulillah, sekarang dah semakin aman. Kita buat program, terus buat yang besar-besar, namun yang kecik-kecik macam kita pinggirkan. Takyah buat benda semua tu, just solat berjemaah dah cukup! Nescaya bergementarlah hati-hati musuh Islam melihat kita bersatu padu! Go go power rangers! 

Ingin sekali saya tengok kita kembalikan zaman kegemilangan ummah! Tapi bagaimana? Kembali kepada agama Allah, SOLAT BERJEMAAH! Siap caps lock lagi. Dan juga....sekali lagi! Diorang Yahudi takkan takut dengan Islam sehingga sampai satu keadaan, iaitu apabila jumlah jemaah umat Islam yang solat Subuh berjemaah menyamai dengan jumlah jemaah solat Jumaat. !


Update: Cuba kalau HIMPUN tu diadakan time Subuh, kita tengok siapa yang datang. Baru kita tahu kekuatan Islam yang sebenar!! Solat berjemaah bersama! Nescaya bergetar hati mereka yang kafir.

Sila ingat benda ini! Share lah! Sila share! Please! Saya merayu supaya pemikiran kita yang sempit ni terbuka untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah! Sila bangun Ya Syabab! (syabab = pemuda) 

Maaf sebab entri ni panjang. Maaf kalau terkasar bahasa.

Akhir kalam, kalau sesiapa nak saya tambah, silalah bagi cadangan! Dipersilakan. Dialu-alukan! Sungguh!


Updated: Saya takut pula tengok komen diorang nak join! Saya bukan nak ajak p sana, tapi kalau nak, p ja lah. Aduh. Nanti ada orang marah pula sebab macam saya sedang promote benda ni. Sory!


Wallahualam!

Wassalam! 

Speaking Test for MUET

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Yea! Bagi sesiapa yang biasa online FB or berinteraksi dengan saya di Fb dan Twitter mungkin tahu la bahawasanya pada hari ini saya ada speaking test untuk MUET.




Saya mau cerita ni! Argh!


Pagi yang indah, bangun awal. Malam tu prepare entah papa, no preparation at all. Just baca sikit jak pasal teenagers. Mimpi MUET kuar pasal Road Accidents. Tapi rasanya tu mainan setan, walaupun kadang-kadang betul jugak. Hehe!


Group saya turn yang ke 4! Slot pagi. The task given was "How youths express their feeling?"


A. Face-to-face communication
B. Short message system (SMS)
C. Social networking sites
D. Telephone call (Me!!)


Haha! Ran out of idea! Bagaimana ianya berlaku. Adeh. Tak nervous tapi tiada idea. Merapu ja la. Confident? Boleh la. Sudah lah bilik tu ber'aircond' dan sangat sejuk macam mau #mampus. Ops!


Task A tu memang pointless. Just cakap sampai 2 minit. Wah! Macam mat salleh yang bongok. Then Task B pilih best way to express ones' feeling. 


At first, semua orang stick with their own point. Haha! Nampak betul so that the discussion keep moving. Ni lah masalah. Then, conclusion dia semua orang agree bahawa C iaitu Social Networking sites yang menang. Tepuk tangan sikit.! Yaa. Dengan bongoknya saya cakap kenapa C tu betul, sebab saya blogger dan saya tahu lah perasaan untuk luah di blog. Fuhhh!


Dengan berblogging kita dapat luah perasaan, dapat share problem dengan rakan cyber, dapatkan advices dari rakan alam maya, dan bina relationship yang entah papa. Hehe! Tambah rakan. Dan entah apa lagi merapu tu. 


Before habis, candidate B tanya lah konon, konon jak! 'Before we end our discussion, anyone wants to add some more?' --->> ayat BI hancus. yang penting confident macam batu. Tiada kena mengena.


Dengan perasaan yang saya patut tamabah, untuk dapat markah melebih2, ulas lah konon yang A, face to face communication not the best way sebab some people feel ashamed to share their probs with others. nanti kang kalau cerita dekat kawan yang salah, kawan tu bagi tau orang lain, Malu! Haha. Result, dah tak kawan, hubungan persahabatan macam taik. Ops. Hubungan tu putus. Boleh ayat camtu? Tapi camtu lah saya cakap. Haha!


Anyway, overall, not really satisfied sebab malam tu sepatutnya prepare for MUET, tapi apa yang saya buat? Tunggu allkpop.com revealed SNSD The Boys punya album baru tu. Hehe! Tak baik! Tak baik untuk mata. My bro telah bagi amaran keras, ceh! Ada ka pula? Lantak. Tu mungkin pasal otak jadi sempit pagi tu. Hehe! Ampun kan saya!




Gambar-gambar dari 9gag sungguh menghiburkan. dan mengubat duka yang lara. Ceh, macam bercinta pula. I'm single but unavailable. Boleh? Teda. Tiada. Lupakan. Hope dapat lah juga at least band 4! Amin! Paling tinggi pun band 7. ?? Dah.


Saya akhiri ucapan dengan beberapa rangkap pantun,


Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Semoga bertemu di lain hari!

Wassalam!

SNSD - The Boys

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First and foremost, I'm extremely happy for them!

Sangat-sangat lah happy sampai tak dapat tidur dengan nyenyak mengenang diorang. Ceh! Forget it! Akhirnya mereka 'release'kan juga The Boys iaitu album SNSD yang terbaru. 

Sepatutnya, album ni kuar awal oktober, mest peminat allkpop.com tau pasal benda ni kan. Hehe!

Dan saya kumpul koleksi gambar diorang tiap hari sampai mau mampus! 

Ni Taeyeon! Macam angel!
Yoona!
Soo Young
Jessica!
Yuri!
Tiffany!
Seohyun!
Sunny!
Dan last sekali!
Hyoyeon!
 


Ni album Cover diorang! OMG!



Untuk lebih merasakan debaran, tiap hari terpaksa tengok teaser diorang jak sebelum keluar yang sebenar! OMG!

Ni first teaser time hujung September dulu! OMG! Melompat-lompat macam nak mampus. Padahal baru gambar Cik Yoona.



Setelah beberapa lama tunggu, keluar yang ni pula. Debaran makin bertambah lebih-lebih lagi kepada saya yang tidak kuat iman. Nauzubillah! 2nd teaser.


Pastu ni MV Teaser yang 1st. Time ni melompat macam beruk sudah. Akhirnya diorang release juga. OMG! Kenapa OMG? Argh!



Pastu 2nd teaser time beberapa hari yang lepas. WTH sangat lah rendah tingkat iman! Haha! Biarkan, enjoy! MV teaser 2nd ni ada sudah sikit tarian diorang + chorus part. Tapi...masih tak cukup! 


Finally SM Entertainment released their full MV for The Boys semalam.

Semalam kan, sedang bertwitt yang entah pape, tiba2 allkpop twitt, "SMTOWN released SNSD - The Boys full MV". 
Mak oii! Time tu macam orang gila dibuatnya! Sabar ja la. Entah kenapa sekarang korean fever makin menjadi2. Biarkan, enjoy. Sekarang mau exam, tapi still tengok yang seksi seksa. Wth kepada diri saya. For sure, lelaki di luar sana enjoy! Haha! Macam saya. Oh tidak! Oh tidak! Kenapa saya addicted dengan lagu ni. Siap download full album diorang yang baru. Link?


Dan last sekali, lirik. Yeah! Sambil gerakkan badan, enjoy! I'm sorry for bringing you ke arah kejahatan. Hehe! Sorry for that,!


SNSD - The Boys Lyrics (Korean)

Keobi naseo shijakjocha an hae bwaht-damyeon
Keudaen tudeoldaeji mara jom
Jujeohamyeon gihwehneun modu neoreul bikyeo-ga
Gaseum pyeogo nawahbwahra jom

Bring the boys out
Bring the boys out
We bring the boys out
We bring the boys out
Bring the boys out

Sunrie majchwo saneun geot
Neon gildeulyeojyeo beoryeo-nni
Kwaehn-chanh-ni get up

Amdamhan sesangi geudael junukdeul-ke
Mandeuni that's funny kwaehn-chanh-ni
Keunyang bol suga eop-seo nan
Budijhigo kkaejyeodo myeoch beonigo i-reona

Nal-karob-ge meotjike i-reul naekoya
Maldeon ne yaseongeul boyeojwo
My boy bring the boys out

Girl-s' ge-neration makee you feel the heat
Jeon sekye-ga neoreul jumo-khae
Bring the boys out

Wiipungdo dangdang-haji ppyeossokbu-teo
Neon wonrae meotjyeosseo
You know the girls
Bring the boys out

Heunteu-lli-ji mal-go keudaen jaril jikyeo
Wonrae jeonjaeng gateun salmeul saneun inkaninkeol
Neoneun waeh yes fly high
Beol-sseo waeh you fly high po-gihae
Oh neon meo-reot-janha

Neoye jimnyeomeul boyeojwo jikureul jom
Heundeu-reojwo moduga neol bol su itke
Yeoksaneun saerob-ge sseuyeojike twehl keol
Juwinkongeun baro neo baro neo
Bring the boys out
Girl-s' ge-neration make you feel the heat
Jeon sekye-ga neoreul jumo-khae
Bring the boys out

Wiipungdo dangdang-haji ppyeossokbu-teo
Neon wonrae meotjyeosseo
You know the girls
Bring the boys out

Girls bring the boys out
I wanna dance right now
Nae-ga ikkeu-reo jul-ke come out
Sesang namjadeu-riyeo nan
No.1 jihyereul juneun
Athena check this out
Jeul-kyeobwahra, dojeonye seolle-im
Imi modu kajin sesangye namja
Keudaero chuk ganeun geoya keep up
Girls' generation, we don't stop

Bring the boys out

Makhyeobeoryeot-deon mirae-ga anboyeot-deon
Mirae-ga ne nunape pyeolchyeojyeo
Cheomcheom deo wahnbyeokhan ne moseube
Machi nan ppallyeodeul keot kata my heart

Keobi naseo shijakjocha an hae bwaht-damyeon
Keudaen tudeoldaeji mara jom
Bring the boys out

Jujeohamyeon gihwehneun modu neoreul bikyeo-ga
Gaseum pyeogo nawah bwahra jom
Bring the boys out

Cause the girls bring the boys out
Girls bring the boys out
Girls bring the boys out girls bring the boys out

Girls' ge-neration make'em feel the heat
Jeon sekye-ga uril jumo-khae
Bring the boys out
Sesangeurikkeul namja
Meotjin yeojadeul yeo-gi moyeora
You know the girls
Bring the boys out

Sangat best! Haha! Translation in English? Aduh, nanti panjang sangat pula. Google sendiri.

Komen?

Time first dengar part korus tu, rasa cam pelik semacam jak. Huhu! Macam ada something wrong. Bila dengar balik, yeah! Itu seni. And I enjoyed it! Haha! Korean fever sangat dahsyat! Thanks allkpop. Tiada kena mengena. Huhu! Enjoy semua video ok!?


Thanks. Wassalam!

Nuffnang