Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Patut malam ni nak sambung pasal Bila Berbicara Bab Cinta, tapi kawan request untuk sambung pasal hadis palsu popular. Huk3!
Ingatkan dah tak yah, tapi memandangkan anda-anda belum lagi belum membeli, so share juga laaaa~ Hadoih! hehe!
Besok MUET untuk Reading, Listening and Writing. Hoho! Takda spot ka? Hmmm....biar lah. Malam ni baca dari
blog IELTS seja. Cukup. Siap ada yang dapat Band 8!! Kalau MUET sampai band 6 seja. Huuuu~~
Untuk kali ni, saya share hadis yang berkaitan dengan awal tahun. Muharram! Yeah! Sebab kita tak lama lagi akan masuk New Year Hijrah! Teehee! Apakah anda telah buat list? Atau list yang lalu belum tertunai. Macam saya? Ohtidak.com!
Perhatian!!! Ini entri
paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanajang! Dapat rasakan aura panjang tu? Abaikan. Dan baaaaaaaaaanyak perkataan.
|
Oiii! Beli lah.... Hehe! |
***************************************
Hadis 10 - Membaca Doa Awal dan Akhir Tahun
Ni tiada hadis, tapi kena ulas seja. O yeah!
Dalam buku kecik Majmuk Syarif yang banyak tersebar dalam kalangan masyarakat kita, disebutkan pasal kelebihan membaca doa awal dan akhir tahun untuk tahun hijrah. Malang tidak berbau sekali, amalan dan kelebihan tidak bersumberkan hadis sahih dan palsu.
Dinyatakan dalam buku tersebut.
"Inilah doa akhir tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali pad akhir waktu Asar 29 atau 30 Zulhijjah. Siapa yang membaca doa ini pada waktu tersebut, syaitan berkata: "Susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini kerana dibinasakan dengan satu saat akibat membaca doa-doa ini, maka Allah mengampunkan semua dosanya."
Kemudian dinyatakan dalam buku tu teks doa khusus yang perlu dibaca pada akhir tahun. Ni doa dia.
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".
Sementara kelebihan doa awal tahun pula.
"Inilah kelebihan doa awal tahun iaitu hendaklah dibaca 3 kali selepas sembahyang Magrib pada malam 1 Muharram. Siapa membacanya, sesungguhnya syaitan berkata: "Ia sudah amanlah anak Adam ini daripada aku barang yang tinggal daripada umurnya pada tahun ini kerana sesungguhnya Allah sudah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan. Inilah doanya."
Dinyatakan juga doa khusus untuk yang perlu dibaca untuk doa awal tahun. Ni doa dia. Jangan baca. Hehe!
"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".
Ulasan Sarjana
Jamaludin al-Qasimi di dalam Islah al-Masajid berkata:
"Doa ini adalah doa yang direka dan bukan berasal dari Nabi Muhammad. Ia juga buka berasal dari para sahabat, tabii'n dan tidak direkodkan dalam buku-buku musnad sehinggakan ianya tidak wujud dalam buku maudhuat (buku yang mengumpulkan hadis palsu). Doa ini hanya dicipta oleh syeikh jadi-jadian. Dan perkataan "Berkatalah syaitan, susah bagiku dan sia-sialah pekerjaanku pada setahun ini dibinasakan dengan satu saat sahaja dengan sebab membaca doa-doa ini" merupakan suatu pembohongan yang sangat besar ke atas Allah dan Rasul-Nya."
Nauzubillah!
***********************************
Seriously!!! Baru juga tau pasal benda ni!!! Huaargggghhh! Apakah selama ini Seth Tan telah ketawa dengan kita sebab buat benda ni? Entah. Hanya Allah jua yang tahu. Apakah anda juga jahil seperti saya? Ohtidak.com!
Berdoa sangat dituntut dalam Islam. Memanglah. Tapi jangan salah doa. So, mesti ada syarat-syarat berdoa yang ditetapkan oleh para alim ulama. Antara syarat utama:
1. Ibadat tersebut dilakukan dengan penuh ikhlas hanya kepada Allah.
2. Ibadat tersebut mesti berpandukan syariat dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah.
So kalau salah satu tak dipenuhi, camna Allah nak terima? Huuu~ Pening kepala.
Kalo kita baca doa awal dan akhir tahun dengan ikhlas sekalipun sampai menangis-nangis air mata darah, camne nak diterima kalau tak ikut syarat kedua tu? Mesti soal kepada mereka-mereka yang alim ulama, cuba tanya
En. Hamka penulis blog
Kereta Mayat.
Lepas para sarjana kaji, ternyata doa dan segala kelebihan tu rekaan semata. Rasulullah tidak pernah buat dan tidak pernah menjanjikan kelebihan tersebut. Camne manusia boleh jaminan siapa yang melakukan amalan tersebut akan mendapat kelebihan tertentu? Sedangkan Rasulullah sendiri tidak mampu untuk memberi pahala kepada manusia lain. Dan dalam kalangan manusia, hanya Rasulullah seja yang berhak menjanjikan sebarang kelebihan sebab dapat wahyu dari Allah. Kita? O yeah seja la....
Huuuu~ Saya baru tahu!!! Padahal hampir tiap tahun buat.... so ada masa untuk sebarkan!! Yeah!!! 27hb Awal Muharram! Tepat pada masanya saya share!!! #sentap
************************************
Hadis 11 - Kelebihan Puasa Asyura (10 Muharram)
Maksud hadis: "Siapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan tulis pahala ibadat baginya selama 60 tahun dengan puasa dan qiamnya, dan siapa yang berpuasa pada hari Ayura akan diberi pahala seribu malaikat dan siapa yang berpuasa pada hari Asyura akan diberi pahala seribu orang yang menunaikan haji dan umrah."
Ulasan Sarjana
Ini cuma petikan dari hadis panjang yang menyebut pasal kelebihan puasa pada hari Asyura. Ibnu 'Arraq al-Kannani dalam Tanzih al-Syariah menyatakan dalam sanad hadis ni ada pelapor bernama Hubaib ibn Abi Hubaib dan dialah yang memalsukan hadis.
**********************************
First time saya baca pasal hadis ni ingatkan tak leh puasa pada hari Asyura. Tapi baca balik, ek, pasal Kelebihan pula. Jangan bengong antara Kelebihan dan Puasa. Langsung tiada kaitan. Abaikan.
Puasa sunat hari Ayura sangat dituntut seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih.
Daripada Aisyah katanya: "Orang Quraish di zaman jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura. Apabila beliau datang ke Madinah, beliau berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan berpuasa bulan Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari Asyura lalu baginda berkata: "Siapa yang mahu, dia boleh berpuasa (sunat Asyura) dan siapa yang tidak mahu berpuasa, dia boleh meninggalkannya."
Bukhari dan Muslim
Ada dua lagi hadis, tapi beli lah sendiri, baca sendiri. Huhu! Nanti jadi 60 hasta pula panjang post ni. Rumusan yang dapat dibuat, puasa hari Asyura merupakan kewajipan sebelum puasa Ramadhan difardhukan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 hijrah, kewajipan ini digugurkan!
Namun begitu, ia tetap dituntut dan sangat digalakkan untuk buat sebab ianya sunnah yang sangat dituntut.
Pasal hadis Kelebihan Puasa Asyura tu, menjadikan hadis palsu sebagai hujah adalah salah! Dan tidak dibenarkan!! Walaupun dengan tujuan baik iaitu untuk mengajak orang ramai melakukan ibadah sunnah!
************************************
Yeah!!! Finished!! Seharusnya anda mesti tahu bahawa esok MUET dan I've no preparation at all. Mueheheheheh! So malam ni jom ramai-ramai kita berdoa supaya All Is Well! Tapi kalau doa tanpa usaha camne tu? Huaargghhh! Dilanda masalah kemalasan!
Solution, baca blog ni.
Walaupun bukan untuk MUET, tapi ok lah!! Mau improve ayat-ayat dalam English saya yang macam seth tan!
Doakan!
Last but not least, SEBARKAN!
Wassalam!