Tentang Penulis 40 Hadis Palsu Popular

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

I should post this earlier before post the content from the book. Hehe!

Sebab ada juga yang tanya kat fb ni, boleh percayakah penulis buku ni?



Meh kita tengok apa dia cakap di awal penulisan atau lebih senang Prakata. Tapi ambil isi penting jak lah.

"........Sumber utama dalam Islam ialah al-Quran dan sunnah Rasulullah. Kedua-duanya mesti diterima seadanya kerana ianya saling melengkapi. Tidak sempurna keIslaman dan keImanan seseorang jika menerima al-Quran semata dan menolak sunnah baginda. Begitu juga sebaliknya.


Al-Quran tidak dapat difahami sepenuhnya melainkan jika merujuk kepada huraian dan penjelasan daripada Rasulullah. Hadis yang boleh dijadikan rujukan adalah yang bertaraf hadis sahih ataupun hasan. Manakala penggunaan hadis lemah pula diharuskan tetapi mesti mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh para ulama. Hadis yang dibuktikan palsu, sama sekali tidak boleh dijadikan hujah dalam apa jua keadaan sekali pun.


Sebahagian orang mungkin terkejut dengan sesetengah hadis yang dikategorikan sebagai hadis yang lemah dan palsu. Bukankah apabila disebut hadis, semuanya daripada Rasulullah? Bagaimana hadis daripada Rasulullah boleh menjadi lemah malah ada yang palsu pula?


Inilah salah faham yang perlu diluruskan. Kesalahan fakta tentang perkara ini menyebabkan ada yang mengatakan walaupun hadis lemah atau palsu boleh digunakan. Kenyataan ini adalah kenyataan yang bahaya kerana ia memberikan kesan yang negatif kepada ajaran Islam sendiri.


Untuk merungkai salah faham ini, penulis bawakan beberapa tajuk khas dalam buku ini yang dirasakan sedikit sebanyak mampu memberikan penjelasan kepada soalan yang timbul.


.........ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang mendidik dan mengajar saya tentang ilmu hadis. Prof. Dr. Muhammad Abu al-Laith al-Khair Abadi, PM Dr. Laith Suud Jasim, PM Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, PM Dr. Habeb Rahman Ibramsa, PM Dr. Fathuddin al-Bayanuni, PM Dr. Saad al-Din Mansor, PM Dr. Muhammad Mujtaba, PM Dr. Suyuti Abdul Manas, Fadhilah al-Syeikh Aiman Yusuf al-Daqqaq, Fadhilah al-Syeikh Dr. Musfir al-Ghamidi dan lain-lain lagi yang mencurah ilmu dan menabur bakti kepada saya.


.........Akhir sekali, harapan yang amat tinggi penulis tujukan buat semua pembaca, terutamanya para ilmuan, agar memberikan pandangan untuk penambahbaikan dan pembetulan sekiranya terdapat kesilapan dalam mana-mana isi kandungan buku ini."

-Abdul Razak Muthalib-

************************************
Yeah! Tamat. Okeh, pasal PM tu ialah Prof. Madya. Dan semua tu tidak dikenali cuma sorang saja iaitu PM Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Sebab dia ada blog. :) Blogging connecting people. errr.....

Dalam buku ni pun diterangkan pasal Hadis Sahih, Hadis Hasan, Hadis Dhaif dan Hadis Maudhu(palsu). Ciri-ciri hadis sahih

1. Sanad bersambung 
2. Pelapor yang adil 
3. Pelapor yang sempurna kekuatan ingatan 
4. Tidak ada sebarang percanggahan 
5. Tidak ada sebarang kecacatan.

Hadis Dhaif

Hadis dhaif bermaksud hadis lemah. Sarjana hadis mengatakan hadis daif ialah hadis yang tidak menepati ciri-ciri hadis sahih dan hadis hasan. Hadis dhaif ialah hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis yang diterima (hadis maqbul).

Hadis maqbul(yang diterima) ialah:
  • sah pada statusnya
  • sah disebabkan oleh faktor lain
  • baik pada statusnya
  • baik disebabkan oleh faktor lain
Tak kena hurai sangat pasal benda ni. So cari lah sendiri apa maksuh tu semua. Oleh itu, mana-mana hadis yang tidak memenuhi walaupun satu daripada ciri-ciri hadis maqbul tersebut, maka ia dikategorikan sebagai hadis daif (lemah). Tapi kemungkinan hadis dhaif ini boleh dinaikkan ke darjat hadis yang boleh diterima sekiranya ada hadis lain yang menguatkannya.

Hukum menyampaikan atau menyebut hadis daif (lemah)

Majoriti sarjana hadis membolehkan menyampaikan dan menyebut hadis daif. Tapi dengan syarat hadis tersebut tidak berkaitan dengan perkara akidah, atau hukum halal haram atau hukum hakam syariat lain.

Maka dibolehkan menyebut hadis daif yang berkaitan dengan perkara galakan supaya melakukan sesuatu amalan kebaikan dan amaran supaya meninggalkan sesuatu kejahatan, kisah-kisah dan sebagainya.

Bolehkah berhujah dan beramal dengan hadis daif?

Pendapat pertama: Tidak boleh sama sekali beramal dan berhujah dengan hadis daif walau apa pun tahap ke-daif-an hadis tersebut.
Tokoh sarjana yang berpegang dengan pendapat ini, Yahya bin Ma'in, al-Bukhari, Muslim, al-Hafidz Abu Zakaria al-Naisaburi, Abu Hatim al-Razi, Ibn Hibban, Abu Bakr bin al-'Arabi, Ibn Hazm al-Zahiri dan lain-lain.

Pendapat kedua: Boleh beramal, sama ada dalam perkara halal haram, fadha'il (kelebihan sesuatu amalan), targhib dan tarhib (galakan melakukan sesuatu amalan dan ancaman melakukan maksiat), dan sebagainya, dengan dua syarat:
  • Sebab yang menjadikan hadis itu daif adalah sebab yang ringan.
  • Tidak ada lagi hadis lain yang menyebut tentang perkara sama disebut dalam hadis daif tersebut.
Antara tokoh sarjana yang berpendapat sedemikian ialah Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi'i, Ahmad bin Hanbal, Abu Daud dan lain-lain.

Pendapat ketiga: Boleh beramal dan berhujah dengan hadis daif dalam perkara berkaitan dengan fadha'il dan targhib dan tarhib sahaja. Tidak boleh beramal dengannya di dalam hukum-hakam halal dan haram terutamanya dalam bab akidah.

Pendapat ni adalah pendapat para majoriti sarjana hadis dan sarjana fiqah seperti Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar, Syeikh Ali al-Qari dan Ibn Hajar al-Haithami. Tapi tetap ditetapkan syarat jika hendak beramal dan berhujah dengan hadis daif.

Yeah! Beli sendiri untuk baca selanjutnya.

Hadis Maudhu

Hadis maudhu bermaksud hadis palsu dan jenis hadis daif paling teruk. Ianya direka oleh seseorang dan dikatakan bahawa ia adalah daripada Rasulullah. Sebahagian sarjana hadis tidak bersetuju untuk mengkategorikan hadis palsu sebagai salah satu jenis hadis daif kerana pada asal dan hakikatnya ia bukan hadis.

Bagaimana dikenal pasti

Banyak betul kena hurai. Penat tangan. Ni jak lah. 
  1. Teks hadis atau maknanya pelik dari sudut bahasa Arab. Para tokoh hadis dapat mengenal pasti  hadis itu palsu jika lafaznya atau makna hadis itu tidak digunakan dalam bahasa Arab Tinggi (saya tidak ambil. so tak tau), sedangkan Nabi Muhammad adalah seorang yang paling fasih bahasanya.
  2. Teks hadis bercanggah dengan al-Quran atau Sunnah dan ianya tidak dapat ditafsirkan lagi. Macam di SINI.
  3. Makna hadis tersebut rosak dan tidak dapat diterima akal yang sempurna.
  4. Bercanggah dengan fakta sejarah yang betul.
  5. Menyebut tentang ganjaran pahala yang terlalu banyak untuk amalan kebaikan yang sedikit atau balasan dosa yang melampau terhadap kesalahan kecil.

Sangat panjang lagi kena hurai. So, in conclusion, belilah buku ini! Haha!

Wassalam! :)

4 comments:

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang