Hadis Palsu Popular #4


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada hari ini kita bersambung dalam rancangan….Tom Tom Bak! Okeh. Sila abaikan.

Hari ni nak share satu hadis jak. Sebab kenapa? Suka hati la. Hek3! Tak. Sebab panjang. Nanti kalau telampau banyak, susah lah nak hadam. Huhu!

Perhatian! Entri ini panjang dan banyak tulisan. Bukan saya suka, tapi terpaksa. Demi ilmu....ceh! Bacalah!

Silalah beli!
************************************
Hadis 7 – Bercakap Urusan Dunia Dalam Masjid

Maksud hadis: “Siapa yang bercakap tentang urusan dunia di dalam masjid, Allah akan menghapuskan amalannya empat puluh tahun.”

Ulasan Sarjana

Al-Saghani berkata hadis ini adalah palsu. Pendapat ini dipersetujui oleh ‘Ali al-Qari dalam bukunya al-Asrar al-Marfua’h fi Akhbar al-Maudhua’h.

Huhu! Siapa yang ambil Arab, tolong translatekan maksud buku ni. Huhu! Tambahan, tolong cari buku ni, bagi saya. Hek3! :D

*************************************

Sekilas pandang, hadis ni antara hadis palsu yang banyak tersebar dalam masyarakat kita sama ada melalui ceramah, penulisan dan sebagainya. Malah ada sesetengah masjid yang siap tulis di dinding dengan tulisan khat yang super cantik sebagai perhiasan.

Semua ni dilakukan dengan tujuan mau bagi peringatan kepada yang hadir di masjid supaya tidak bercakap tentang urusan dunia. Ancaman yang diberikan, terhapus amalan selama 40 tahun kalau bercakap perkara dunia di dalam masjid. Oh, saya sungguh percaya sebelum ni! Siapa yang percaya?? Sila tegakkan bulu roma.

Tapi lepas para sarjana kaji, hadis ni palsu! Amaran ni tak pernah pun diungkapkan oleh Rasulullah. Walaupun niat baik, tapi kalau kita sandarkan kepada Rasulullah, kita termasuk dalam perbuatan melakukan pendustaan kepada baginda. Betulkah tak boleh cakap urusan dunia dalam masjid? Camna nak bezakan antara urusan dunia dan akhirat? Kalau lah kena larang, bukan kah masjid tu pusat segala tempat. Macam yang kita belajar di Pendidikan Islam, wooo~ I could still remember. Hehe! Masjid tempat perjumpaan, perbincangan dan baaaaaaaanyak lagi. Kalau mau tanya pasal kewangan? Tu bukan urusan dunia ka? Banyak lagi.

Tapi, keharusan untuk bercakap pasal keduniaan dalam masjid tidak boleh digunakn sewenang-wenangnya. Kita masih terikat dengan adab berada dalam masjid. Kalau mau bercakap pun, tidak lah sampai menimbulkan gangguan kepada orang yang sedang solat, membaca al-Quran atau menuntut ilmu. Tapi ikut pengalaman, siapa boleh bantu jawap kemusykilan saya? Kalau contoh lah saya sedang solat, dan ada orang sedang baca Quran dengan kuat. Camne tu?? Siapa boleh jawab?....

Ok2. Topik perbualan dalam masjid pun xleh yang menyentuh perkara yang diharamkan oleh syariat. Contoh: “Weh, bila mau p kelab?” Obviously, sudah terang lagi bersuluh kan. Tapi kalau kita diam atau mengurangkan bercakap dalam masjid dan tumpukan pada ibadah, tu sudah tentu yang terbaik.

Namun begitu, terdapat larangan lain yang berkaitan masjid yang pernah disebut oleh Rasulullah yang disebut secara khusus.

“Jika kamu melihat seorang berniaga di dalam masjid, hendaklah kamu ucapkan “Semoga Allah tidak menguntungkan perniagaan kamu.”  
Diriwayatkan oleh Tirmizi

Satu lagi.

“Sesiapa yang mendengar seseorang membuat pengumuman untuk mencari barang yang hilang di dalam masjid, maka ucapkan “Semoga Allah tidak mengembalikan barang tersebut kepada kamu.” Sesungguhnya masjid bukan dibina untuk urusan ini.”
Hadis riwayat Muslim

Hadis ni…adeii!!! Memang biasa diungkapkan time di skolah menengah dulu. Maklumlah skolah asrama, solat berjemaah di surau, pasti bila nak keluar, cari selipar jipon, tup2….dah hilang. Then pengumuman.  

"Perhatian! Siapa ada terambil selipar warna hitam angry bird saya?!!!!"  =,="

Oh sungguh jahil. Hehe! Well, baru tau.

Last but not least, macam biasa, sebarkan. Okbai!

Hadis Palsu Popular #1
Hadis Palsu Popular #2
Hadis Palsu Popular #3

Wassalam!

6 comments:

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang