Fitnah Wanita #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Weekend! Yeah! Masa yang sesuai untuk perah otak sampai pecah. Kali ni nak sambung pasal Fitnah Wanita. Huuu~~

Entri ini panjang nak mampus! Haha! Take your time.



Dalam entri yang lepas, dah disebutkan pasal Jilbab! Tudung!

Kali ni pasal apa ek? Entah!

Sambung pasal tudung...eh, pasal tutup aurat! Yeah!

Jilbab atau lebih senang, tudung bagi perempuan wajib dipakai kerana akan membataskan pandangan kaum lelaki (saya lah tu) daripada menonton free 'pemandangan' di depan mata.

Ada satu perkongsian ilmu dekat surau arituu yang saya lambat datang. Huu~~ Sedih tau!

Imam Syafie, siapa kenal? Kalau tak kenal, tak tau dah nak cakap apa. Islam hanya pada nama. Huu~ Melalut. Kembali ke menu asal.

Ada syair Arab yang saya dah lupa. Tapi lebih kurang maksud dia cara untuk hafalan tidak terlupa adalah dengan MENINGGALKAN MAKSIAT.

Imam Syafie, terkenal sebagai seorang yang sangat menjaga pandangan. Satu hari beliau jalan lalu TERtoleh sedikit ke tepi lalu terlihat betis seorang wanita. Huu~ Dan membuatkan beliau begitu resah dengan benda tersebut. Lalu beliau bertemu dengan tok guru dia. Minta nasihat.

So kena cakaplah, untuk kuat hafalan, TINGGALKAN MAKSIAT!

Tu Imam Syafie. Selalu kita cakap kalau pandangan pertama itu rezki! Woha! Dan pandangan kedua tu adalah maksiat. Heee~

Tapi bagi masyarakat kita, pandangan pertama itu dikatakan TAK JELAS. Dan pandangan kedua adalah NIKMAT. Teehee! :)

Memang semua sumbernya ini dari mata, mata terus ke otak, lepas tu ke hati. Hati adalah raja anggota badan (eh?). Dan dari itu, hati dan akal bersatu menyebabkan diri ini jadi ROBOT yang dikontrol oleh hati dan akal.

Al-Quran pun melarang zina. Bukan setakat melarang zina, mendekati zina pun dah HARAM! Surah? Tak ingat, tolong ingatkan nak masukkan kat sini.



Ada request (bajet orang yang berilmu! Allah, diri ini terlalu lemah dan tidak berpengetahuan. Masih banyak perlu dipelajari.) untuk ulas pasal couple, tapi dalam Bila Berbicara Bab Cinta rasanya dah jelas. Huuu~~ Sila baca. Heeee^^

Dan termasuk dalam istilah aurat wanita adalah suara wanita! Bukan sikit kaum lelaki yang terlena tatkala mendengar suara wanita. Especially ME! Kalau my Mom dodoikan saya (time kecik okeh!), kompom tertidur. Heee~~ Sambil minum susu ibu! Bukan PAYUDARA BERULAT tuu! Naudzubillah!

Suara wanita boleh mengganggu perasaan lelaki. Islam MELARANG wanita bercakap pada lelaki lain di luar keperluan dan kalau mau pun, ada syaratnya. Tu google sendiri lah.

Dalam solat pun, kalau kaum wanita mau tegur imam lelaki, tak boleh guna suara, sebab akan mengganggu kekhusyukan imam.

Contoh lah kalau Imam tu salah, pada masa yang sama Siti pula jadi makmum kaum hawa. Tiba-tiba Siti tegur dengan suara lunak macam nak mampus. Kompom Imam tu akan toleh ke belakang. Haha! Tak gitu ling?

Auwwww! So sweetttt!!

So cukup bagi wanita sekadar dengan tepukan tangan. Pun ada caranya. Google! Or tanya Ustaz yang lebih berpengetahuan.

Huuu~~


Ambil nafas kejap!

Huuu~~

Sambung!

Some might ask, kenapa Islam tak membenarkan wanita menjadi Imam dalam solat.

Jawapan simple, seperti yang telah dibincangkan tadi, suara wanita adalah aurat, menggoda dan sebagainya. Tak kira lah wajah wanita tu camna, sama ada ala-ala Korea, berkulit gelap seperti Beyonce. Haha! Dan sebagainya.

Let say, kalau perempuan tu jadi Imam. Memang TERLEBIH khusyuk lah kami kaum lelaki mendengar suara yang mendayu-dayu. Haha! Apakah jawapan ini konkrit? Huu~ Anda sendiri menilainya dan boleh ditambah.

UPDATED!

Kata Solihin Zubir (sebab komen dia menarik sikit. Dan terserlah kegampangan sikit)

"kalau perempuan jd IMAM, IMAM sujud, makmum tak sujud2 lagi.. sbb nk ushar bontot IMAM.. haha.. ngeng.."

Haha! Soryyyyyy!!! Sory!!!! Ampunkan beta!!!

*********************************

Apa lagi nak tambah?

Yeah! Kenapa Orang Asyik Tegur Aurat Wanita berbanding Lelaki? Anda boleh membaca di SINI.

Sambung lagi. Idea. Idea!

Pertanyaan Bengap sikit. Hehe! Kenapa lelaki takde Haid? Ni out of topic dah keh!

Simple juga jawapan. Lelaki akan menjadi imam.

Sebagai contoh kalau lelaki ada haid.

Cerita. Bagi lah dia nama Ali dan Abu. Ali pada hari tu jadi Imam untuk solat Isyak.

Alkisah (ceh!) time solat Isyak ni, time sedang sujud tiba-tiba si Ali ni keluar darah haid dan pada masa yang sama dia sedang mengimamkan solat Isyak.

"Aku patut teruskan ke dak?"

Dengan pantas dia meninggalkan makmum semasa sedang sujud. Kalau nak tengok situasi dia camne, boleh lah pegi google pasal ni. Saya yakin anda dah pernah tengok cerita ni. Solat Subuh. Hehe!

Keesokan harinya....

Abu: Weh! Ko pi mana semalam melarikan diri?!!! @#$%^

Ali: Aku datang haid.


Abu: Aik? Takkan ko tak tanda hari berapa dah? (Kan wanita akan kitaran haid selama 28 hari.)

Ali: Ye lah, aku tak tau lah. Awal sangat! TERawal kot! Huuu~~

****************************************

Okeh! Habis! Dah habis idea! Tak lawak! (=,=")


Sebarkan. Anda mampu mengubahnya! Sila email or suggest apa-apa topik nak sambung dalam Fitnah Wanita ni.

Sumber gambar google!

Sebar!

Wassalam!

23 comments:

  1. terbaekkk dari ladang punya entry :):)

    ReplyDelete
  2. Tak panjang pun entry ni sebab rasa best bila baca .
    tak gitu ling ?? haha
    yang tak boleh blah yang ayat ni : Dan pandangan kedua adalah NIKMAT . haha

    ReplyDelete
  3. very informative.like like.

    tersentap bc line ni..

    "Tapi bagi masyarakat kita, pandangan pertama itu dikatakan TAK JELAS. Dan pandangan kedua adalah NIKMAT."

    adeiii....bahaya tu =.='

    ReplyDelete
  4. apabila idea syafiq ahadin membuak-buak, maka terlahirlah post yang sangat menarik! ^^

    ReplyDelete
  5. salam,
    berapa result PASUM? hehe...
    untuk makluman shafiq, abg eq dah lama abes Master kat fakulti engineering UM. skrg kat UPM buat PhD bawah fakulti medic...hehe

    ReplyDelete
  6. entri yang menarik.
    tersenyum aku depan laptop.
    tak gitu ling? Eh.

    Adeh! ternampak word payudara berulat terus terbayang gambar no.3.
    Gara-gara entri ko la yang membuatkan kepala otak aku ni terbayang jek. HUHU

    ReplyDelete
  7. adeeeii...geli biler teringat entry payudara tuu...yaksss.....btw nice info..tq

    ReplyDelete
  8. terbang dr blog pilihan hati..landing kt sni..keh3..nice blog btw..

    ReplyDelete
  9. @eqbalzack ouh! sori salah information. hehe! result pasum tak kuar lagi! :(

    next week kot.

    ReplyDelete
  10. @faizal mohd hang ada imaginasi tinggi sangat! hehehehehehe! :)

    ReplyDelete
  11. well done!! bahasa yg kamu guna pn senang faham... :) good info

    ReplyDelete
  12. ada lagi..

    kalau perempuan jd IMAM,

    IMAM sujud, makmum tak sujud2 lagi.. sbb nk ushar bontot IMAM.. haha.. ngeng..

    ReplyDelete
  13. serius.. i like this post.. thnks 4 sharing..

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang