Mari Berpuasa Sunat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Selamat malam kepada para pembaca sekalian....pada kali ini entri secara tidak langsung ingin mengajak rakan2 pembaca untuk memeriahkan puasa sunat di hari khamis iaitu esok hari^^. InsyaALLAH besar pahala dan fadhilatnya.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda; “Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalanku (di hadapan Allah) pada ketika aku berpuasa” (Riwayat Imam Tirmizi)

Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.


Kita sekarang berada di bulan Sya'aban dan tinggal kurang daripada 25 hari lagi untuk menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Oleh itu, saya mengajak agar kita memperbanyak lagi amalan-amalan sunat agar waktu puasa nanti dah terbiasa untuk melakukannya. InsyaALLAH.

Wallahu'alam. Wassalam.

p/s: Ya Allah, diriku kini berada di dalam bulan Sya'aban. Maka Engkau sampaikanlah diriku untuk ke bulan Ramadhan. Sesungguhnya aku merinduiMU, Ya Allah . Amin.


Tabung kewangan saya sambung belajar Asasi di Universiti Malaya. ^^

No comments:

Post a Comment

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang