Hadis Palsu Popular #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersambung kita pada hari ini. Fuuuuuuuuuhhhh!! Hari ini exam bio dan tempat exam pun baru sebab bangunan exam lama, secara tiba2 dindingnya runtuh....huhu! Dan exam kena delay 2.30 petang tadi. Dan hujan!!! Hujan! Sungguh epic exam pada hari ini....!!!

Dan ada cerita yang menjatuhkan kemaluanku! Berlari dalam hujan sambil diperhatikan kawan-kawan yang berpayung dan naik bas. Biar lah ianya berlaku.......dah berlalu, biarkan! Hehe! :D

Kembali ke tajuk asal.... sambungan untuk Hadis Palsu #1. Thanks yang membaca... Mendapat sambutan hangat. Ek? Perasan jap...

Sila beli!!!
***********************************************
Hadis 3 - Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya

Maksud: "Aku (Nabi Muhammad) adalah kota ilmu dan Ali itu adalah pintunya." Kadang ditambah dengan.... "Maka sesiapa yang hendakkan ilmu maka mestilah melalui pintunya(Ali)."

Ulasan sarjana

Ibnu Taimiyah berkata: Ini adalah hadis dhaif (lemah), bahkan maudu' (palsu) di sisi para sarjana hadis.

Ibnu Tahir al-Maqdisi (saya pun tak kenal, baru nak google. Saya insan lemah. Hehe! :)  ) menyebut hadis ini dalam bukunya dan berkata: "Dalam rangkaian sanadnya(pelapor) terdapat Abu al-Sallat al-Harawi dan namanya ialah Abd al-Salam, juga terdapat pelapor bernama Uthman bin Khalid dan Ismail bin Muhammad bin Yusuf, dan kesemua mereka ini adalah pendusta."

Tirmizi berkata, "Ini adalah hadis mungkar."

Bukhari juga berkata, "Tidak ada bagi hadis ini ciri-ciri yang sahih."

*******************************
Hadis ni kadang-kadang digunakan oleh golongan syiah untuk menyatakan kedudukan mulia Ali di sisi Rasulullah. Bla bla bla...banyak lagi dalam buku ni kena hurai pasal Syiah. Untuk maklumat lanjut pasal Syiah, sila baca entri SINI

Sambung...kalau dilihat dari segi teks hadis, terdapat juga kecacatan dari segi maknanya. Ibnu Taimiyah berkata lagi, "Kepalsuan hadis ini juga boleh dilihat dari sudut teksnya sendiri. Kalau Rasulullah kota ilmu dan pintunya hanya satu (iaitu Ali) dan tidak boleh mendapat ilmu melainkan hanya satu pintu ini sahaja, nescaya Islam ini akan terbantut."

**************************************
Hadis 4 - Solat yang Tidak Mencegah Kemungkaran

Maksud hadis: "Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran, maka sebenarnya tidak bertambah hubungannya dengan Allah kecuali makin jauh."

Ulasan Sarjana

Hadis ini direkodkan oleh Tabarani dalam bukunya dan juga oleh al-Qudhai' dalam kitabnya. Dalam sanad hadis ini, terdapat seorang pelapor hadis yang bernama Laith bin Abi Salim yang merupakan seorang yang lemah di sisi para sarjana hadis. Menurut Ibnu Hajar, dia adalah seorang yang yang pelupa dan nyanyuk semasa akhir ayatnya. Sebab itulah hadisnya tidak diterima.

Al-Hafiz al-'Iraqi ketika menyemak semula hadis yang terdapat dalam kitab Ihya Ulumuddin memberi ulasannya terhadap hadis ini, katanya: "Sanad hadis ini adalah lemah."

***************************************
Sekian! Cukup dua! Ada 36 lagi. Huhu! Anda mampu mengubahnya. Huhu! Boleh saja bagi sampai 40 terus. Tapi ada ka yang mampu baca terus. Ada lah, kalau ulat buku. Macam saya. Exam masih berjalan sekarang, so manage time untuk blog dan study! Yeah! Teehee!!! Saya cuma share dan saya seorang yang sangatlah rendah ilmu berbanding anda2 di luar sana. :(
So bersama samalah kita tambah ilmu.

Huhu! Macam blog ni jadi blog keagamaan. Wooooooooooo~~


Wassalam!

4 comments:

  1. dua2 hadith selalu dengar.
    tapi ada org yg selalu guna hadith #4 tu sebab Allah berfirman "sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." allahu a'lam.

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang