Hadis Palsu Popular #5

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Okeh! Sebelum bersambung dalam rancangan ni. okeh melalut.

Baru perasan yang bulan ni dapat buat post sikit jak. Sebab line siput, skarang cuti sem dan jalan ja. dan... tu jak lah. Hari ni rajin sikit menaip. 2 hadis. before ni satu jak.

Hadis Palsu Popular #1
Hadis Palsu Popular #2
Hadis Palsu Popular #3
Hadis Palsu Popular #4


**********************************************

Hadis 8 - Anak Zina Tidak Masuk Syurga

Maksud hadis: "Tidak akan masuk syurga anak zina, tidak masuk juga anaknya dan anak kepada anaknya (cucu)."

Ulasan Sarjana

Dalam sanad hadis ini terdapat sorang pelapor bernama Abu Israil dan dia sorang yang sangat lemah.

Ada satu lagi hadis yang bawa maksud hampir sama, tapi tetap bertaraf lemah.

"Tidak akan masuk syurga anak zina dan begitu juga keturunannya sampai tujuh keturunan."

Hadis ni dihukum lemah sebab ada dua orang pelapor yang lemah, Ibrahim bin Muhajir al-Bajali dan Muhammad bin Abd al-Rahman bin Abi Zubab. Para sarjana hadis komen, Ibrahim bin Muhajir adalah sorang pelapor benar tapi lemah hafalannya. Abd al-Rahman pula, Ibn Hajar masukkan dia dalam golongan pelapor yang tidak dikenali (majhul).

**************************************

Oyeah! Islam agama yang adil. Kalau buat baik dapat pahala dan begitulah sebaliknya. Dosa yang kita buat oleh seseorang tidak akan ditanggung orang lain. Jika anak zina tak dapat masuk syurga sebab kesalahan zina mama dia, tu bertentangan dengan prinsip Islam.

"Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)."
Surah al-An'am, ayat 164

Dan hadis palsu ni juga bertentangan dengan maksud hadis lain yang disampaikan oleh Aisyah.

"Anak zina tidak menanggung sedikit pun daripada dosa ibu bapanya."
Direkodkan oleh Tabrani, al-Sakhawi berkata sanad hadis ni baik

Kalau pikir logik, apa salah anak yang lahir hasil dari hubungan perzinaan? Adakah ia berlaku pasal dia yang minta? Oh tidak. Yang bersalah tu si dua orang dua tu yang berzina!! So, napa balasannya turut terkena dengan si anak yang tidak berdosa?

SOALAN CEPUMAS

Tapi satu. Minta pendapat korang la, biasa kita baca kan, kalau lelaki belum baligh, bapa dia yang tanggung dosa anak lelaki dia, pastu kalau pompuan pula, sampai dia kahwin. Woo! Siapa tolong jawabkan?? Oii!! Ni bersarang dalam kepala saya ni...........

********************************************

Hadis 9 - Jihad Hati

Maksud hadis: "Kita pulang dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar. Para sahabat bertanya: Apakah jihad yang lebih besar? Nabi Muhammad menjawab: Jiha hati (memerangi hawa nafsu)."

Ulasan Sarjana

Ibnu Taimiyah dalam Majmuat al-Fatawa berkata: "Hadis ini tidak ada asal usulnya dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli ilmu yang mengatakan ia daripada perkataan dan perbuatan Rasulullah."

Dalam satu hadis lain disebutkan.

Ketika sampai kepada Rasulullah satu kumpulan yang pulang dari perang jihad, baginda berkata: "Kamu kembali dengan sebaik-baik kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar."
Baginda ditanya, apakah jihad yang lebih besar? Dan baginda menjawab, Mujahadah seorang hamba terhadap hawa nafsunya."

Al-Baihaqi dalam al-Zuhd al-Kabir, selepas meriwayatkan hadis ini menyebut: "Terdapat kelemahan pada sanad hadis."

Sebab dalam sanad hadis ni, terdapat seorang pelapor yang bernama Laith bin Abi Sulaim. Ibn Hajar bukunya berkata bahawa dia adalah 'Saduq' dan bercampur aduk akalnya (nyanyuk) serta tidak dapat membezakan hadisnya, maka dia ditinggalkan.

***************************************

Hadis ni digunakan oleh mereka yang sangat memeberi perhatian kepada usaha pembersihan hati, sampai kadang-kadang malupakan tanggungjawab Islam yang lain seperti amar makruf nahi mungkar dan jihad di jalan Allah (menegakkan syiar Islam).

Mereka sangat tumpukan kepada majlis-majlis zikir. Ini semua dilakukan dengan alasan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan membersihkan hati. Adakah ini dikehendaki oleh Rasulullah? Adakah ini yang ditunjukkan oleh Rasulullah?

Dalam Quran, jihad di jalan Allah menentang musuh-musuh Islam adalah jihad yang paling tinggi dan paling mulia kedudukannya di sisi Islam. Tapi mesti lah seiring dengan hati yang bersih. Kalau tak, camna nak dapat kemenangan. Huhu! Hati kotor, tapi semangat. Sia-sia. Cuba cek Surah at-Taubah ayat 111 dan Surah an-Nisa ayat 95-96.

Bla bla bla....beli lah buku ni. Panjang lagi kena hurai. Beli lah buku ni. Tangan ini sudah kebas. Honestly, saya pun terkejut juga pasal hadis ke 9 ni sebab biasa dengar dan pernah sampaikan sama orang lain lagi. Wooo~~ Tapi itu tidak salah sebab. Jahil! Keh3!

******************************************8

Demikian sahaja perkongsian kita pada kali ini. Oleh itu kita akhiri dengan bacaan Kafaratul Majlis dan Surah al-Asr.

Sebelum tu, nah tengok gambar saya singgah di Kundasang.



Okeh! Saya pakai baju malar. Perjalanan ni memang tidak dirancang.! Ni 2nd time p sini, dapat minum susu fresh! Oyeah! Bukan fresh, tapi FREE. Hehe!

So kepada sesiapa yang ingin p sini, boleh lah PM saya. hehe!

TEEHEE!

Wassalam!

11 comments:

  1. assalamualaikum syafiq...wah cantik nyer pemandangan di sana mesti bestkn...:)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan bro, terima kasih atas perkongsian ilmu. ada tertanya dalam kepala aku ni, kalau orang yakin bahawa dosa org berzina akan melibatkan anak yang akan lahir dari zina, adakah ia termasuk dalam pegangan orang kristian yang percaya kepada baptist untuk membersihkan dosa?

    ReplyDelete
  3. @FareedSairi Wassalam. Wooo~ tak berani nak jawab. Kalau dia tak tau, tak lah dia termasuk dalam pegangan orang kristen. tapi kalau dia dah tau, hmmm~ entah. tanya orang yang lebih tau. tak berani!!! :(

    ReplyDelete
  4. wah. dua hadis yg sagt popular. thanks for sharing. :D

    ReplyDelete
  5. yup..jihad paling besar adalah jihad berjuang di jalan Allah...baru bincang masa usrah hari tu... dan kakak tu kupas juga pasal hadith palsu ni... bila orang tu da kuat untuk berjuang di jalan Allah maksudnya dia da berjaya juga melawan hawa nafsunya kat situ...

    wallahua'alam...

    ReplyDelete
  6. hmm..hadis no.9 tu amat popular masa skola dulu..da besar bru tahu martabatnya..

    ReplyDelete
  7. belum pernah lagi kancil ke sana...insya Allah kancil akan ke sana

    kancil dah tag blog kamu...jomlah menjawab soalan - soalan kancil

    http://kancil8349.blogspot.com/2011/11/kancil-kena-tag-oleh-blogger-kartunis.html

    ReplyDelete
  8. nice entry..Sangat berguna peringatan ini.

    ReplyDelete
  9. salam alaik. cuba menjawab soalan cepumas tu.

    org lelaki ni dah dilantik jadi pemimpin utk org perempuan. jadi dia wajib bertanggungjawab dengan orang di bawah tanggungan dia. orang lelaki wajib pelihara tanggungan dia dari api neraka. Allah berfirman dlm surah at-Tahrim ayat 6; "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu..."

    tapi kalau lepas dinasihat berkali-kali n lepas dah guna semua cara yg diajar utk berdakwah, orang perempuan tetap berdegil xnak ikut suruhan agama n xnak tinggalkan yg dilarang, maka lepaslah tanggungjawab kita dekat mereka. waktu tu dosa mereka ditanggung oleh mereka sepenuhnya.

    hope menjawab soalan. kalau nak jawapan yg lebih yakin, tanyalah ustaz2 kat API tu. dorang lebih pakar n lebih arif. sekian, wassalam. ;D

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang