Perut berkeroncong. Nasib baik kafe dah buka. Makkkk!! Rindu masakan mak! Nak balik Sabah!
Mukadimah. Hehe!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bagaimana hari anda pada hari Jumaat yang mulia ini? Hari Jumaat, bagi kaum Adam, mestilah kena pergi masjid untuk tunaikan kewajipan, iaitu tunaikan Solat Jumaat secara berjemaah, dihadiri dengan sekurang-kurangnya 40 jemaah yang bermastautin di sesebuah tempat. Moga amalan kita diterima Allah.
Bagi kaum Hawa pula? Kalau mak aku, balik kerja (my great Mom is a teacher at primary school. So what?), masuk dapur, buka peti ais, ambil sayur, potong. Masak. Usually, my siblings yang akan masak nasi. Bertuah dapat anak pandai masak. Masalah besar bagi anak-anak yang tak pandai masak. Hehe! Even my siblings, they've known how to cook Maggi, anchovies, sausage. Haha!
Sampai mana dah terlanjur? Aduh! Kembali ke tajuk asal.
Oleh kerana aku seorang ulat internet dan ulat buku, suka mencari fakta baru. Dan perlu share supaya orang pun tak ketinggalan. Ye dak?
Top 10 Makanan Segera Yang Anda Perlu Rasa!
10. Pierogi (Poland)
Pierogi adalah kuih bebola (Look at the shape) tanpa ragi (unleavened dough), Cara penyediaan, pertama sekali direbus, selepas itu dibakar (dalam oven) atau digoreng, biasanya dalam mentega bersama dengan bawang, kebiasaannya diisi kentang, sauerkraut, daging cincang, cheese atau buah-buahan.
9. Sushi (Japan)
Sangat common dalam masyarakat Malaysia. Sushi King bertebaran di seluruh negara. Datang, they'll serve you. Hehe!
8. Spring Rolls (China)
Macam Cheese kena gulung dengan sayur. Mesti pernah makan punya. Sama ada digoreng (common) atau dibakar dalam oven. Biasanya dalam makanan ini sayur, ayam cincang, daging cincang, atau sausage. Yeah!
7. Burrito (Mexico)
Tepung gandum yang dibungkus (wrapped) or folded (apa Melayu? Lipat?) macam Spring Rolls juga. Dia punya filling (benda dalam tu) biasanya gabungan Mexican-style punya nasi, regular beans, daging, cheese, sour cream, dan sebagainya. Saiz juga berbagai. Kalau nak jadi gemuk cepat (kepada yang kurus keding!), boleh lah makan dalam saiz yang besar.
6. Fish and Chips (UK)
Ni Western punya makanan, dah banyak kali makan. Untunglah. Kalau letak mayonis, pastu ada garam secukup rasa. Woha! Meleleh dah air liur beb!
5. Croissant (France)
Boleh makan untuk breakfast, lunch or dinner. Senang cakap, anytime. Dalam tu boleh disumbat dengan cheese, tomato with spinach, dan kalau nak jadi Masterchef Malaysia yang seterusnya, boleh lah buat experiment untuk masakan ini.
4. Souvlaki (Greece)
Nampak macam satay. Ini kena grilled, daging kambing lah biasanya. Tapi kalau diorang, babi pun boleh. Haha! Biasanya disajikan bersama roti pita (yang macam roti canai bawah 'satay' tu), ada slice tomato, bawang dan tzatziki (yogurt timun dengan garlic).
3. Hamburger (Origins: Germany; Rise to fame: USA)
Mentang-mentang selalu makan, ini pula gambar. Haha!
USA memang ciplak! Haha! Term Hamburger berasal dari Hamburg, bandar kedua terbesar di Jerman. Kalau di Malaysia, Mac Donalds lah pilihan. Tapi sedap lagi KFC. Haha! Sangat common.
2. Pizza (Italy)
Asal dari Italy, tapi sekarang semua pelosok dunia ada dah benda ini. Malaysia, Pizza Hut lah. Paling baru apa ek? Prawn pizza with cheese! Damn! Lapar pula.
Jeng jeng jeng!!!
1. French Fries (Belgium)
At first I tought the term French originated from word France. Haha! French fries. Semua ada. Senang buat. Sekarang pesaing terhebat, wedges lah. Tapi tetap dari keluarga yang sama. KENTANG! haha!
So, setakat itu sahaja perkongsian panjang lebar dari Syafiq Ahadin. Hehe!
Ada masa ketemu lagi.
Sumber: Listverse.com
Share dekat kawan-kawan.
Wassalam! :)
perghhh....makanan2 ni buat aq lapar la pulak....haha~
ReplyDelete#lapar sushi ni..haha~
nice sharing.haha.you make me feel hungry...(=
ReplyDeletewei, b4 balik sabah, belanja aku salah dua makanan diatas boleh..aku prefer buritto dgn pierogi..yg lain2 sume dh rasa..
ReplyDelete1 pon xpernah rasa...saya tekak kampung... huuuuuuuuuuu
ReplyDeletesemua dah rasa, kecuali no 10 ! hihihi
ReplyDeleteAppreciate your blog poost
ReplyDelete