Hadis Palsu Popular #10

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Since the last post about Hadis Palsu dalam blog ni, adeh! Kira-kira dah nak sebulan tak update sal Hadis Palsu Popular dalam blog ni.

Before that, boleh lah nak baca hadis yang lepas-lepas.


Jangan tak terjah!

Okeh, kita sambung. Kali ni satu hadis cukup dak? Cukup je la. Hehe!


****************************************

Hadis 17: Rejab Bulan Allah

Maksud hadis: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'aban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku."

Ulasan Sarjana


  • Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam buku al-Manar al-Munif menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu dan direka oleh Ibn Jahdham. Menurut az-Zahabi dalam buku Mizan al-I'tidal, Ibn Jahdham ini ialah Ali bin Abdullah bin Jahdham al-Zahid. Meninggal dunia pada 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Beliau juga sudah dituduh membuat hadis palsu tentang solat Raghaib, iaitu solat pada malam hari Jumaat pertama Bulan Rejab.


  • Hadis ini juga disebut oleh Ibn al-Jauzi dalam bukunya al-Maudhu'at. Lalu dia berkata: "Hadis ini adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah SAW. Padanya terdapat seorang rawi yang bernama Ibn Jahdham yang terkenal dengan dusta dan aku mendengar guruku Abd. al-Wahab berkata: "Para pelapornya majhul (tidak dikenali) dan sudah disemak tentang peribadi mereka ini dalam semua kitab tapi tidak ku temui tentang mereka."


  • As-Syaukani juga menyebut dalam bukunya al-Fawaid al-Majmuah fi al-Ahadith al-Maudhuah: "Hadis ini adalah palsu dan pelapornya majhul dan solat Raghaib yang masyhur ini sudah sepakat para ulama ia adalah palsu."

******************************************

Okeh, first time baca. I was like. Fuuuuuuuuuu~~ Biaq betui? Okeh, bila dah baca keterangan pasal kenapa hadis ni palsu, baru lah. "oooooooooooooooooooo" memangjang.



Hadis ni biasa kita dengar bila nak masuk je bulan Rejab sehinggalah tiba Ramadhan. Ia dibaca sekali dengan kelebihan-kelebihan ketiga-tiga bulan tersebut. Memang bulan Rejab, Sya'aban dan Ramadhan mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan hadis sahih.

Daripada Usamah bin Zaid: "Aku berkata kepada Rasulullah "Wahai Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa sunat dalam bulan-bulan lain seperti engkau berpuasa pada bulan Sya'aban."

Lalu baginda berkata: "Bulan ini adalah bulan yang sering diabaikan oleh manusia iaitu bulan dia antara Rejab dan Ramadhan dan ia adalah bulan di mana segala amalan akan diangkat menghadap Tuhan semesta alam dan aku suka amalanku diangkat ketika aku berpuasa."

(Hadis Riwayat Ahmad, Nasa'ie, dan disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dalah sahihnya, al-Munziri di dalam Sahih al-Jami'i dan al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah.)

So, somehow, memang banyak lagi hadis palsu termasuk yang kurang popular pun ada. Adeh. Bila kita gunakan hadis palsu ni sebagai hujah, kita telah mendustakan Rasulullah SAW dan hukumnya BERDOSA!

Baru tau, bahawa ilmu kita ni cetek, secetek-ceteknya. Asyik-asyik ngadap laptop, baca buku bio. Lalalalala! Luangkan masa untuk baca buku agama. InsyaALLAH.

Akhir kalam, sebarkan.

Wassalam! :)

1 comment:

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang