3 Perkara Yang Diutamakan Oleh Orang Yang Banyak Mengingati Mati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Macam biasa, InsyaALLAH, tazkirah awal pagi. Mengingatkan diri sendiri dan orang lain. Panjang tajuk tu. Hehe! Dah tu je yang bermain dalam kepala.

Ok, kembali ke menu utama.

Barang siapa yang banyak menginggati mati akan mengutamakan 3 perkara

1.Segera bertaubat, kerana yakin mati akan datang dengan tiba-tiba, tanpa disangka dan tidak mengira tempat. 

2.Berhati tenang dan sentiasa mengawasi hati dari dihingapi dan dikotori oleh berbagai mazmumah (sifat keji). Dan sentiasa mengingati Allah SWT. 

3.Rajin beribadah dan taat, dunia ini adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat perhitungan 

Tanda-tanda orang yang melupai mati

1.Menunda-nunda taubat, akhirnya mati dalam keadaan membawa bersama dosa yang belum bertaubat. Seringkali berangan-angan kerana menyangka mati masih lambat dan umur akan panjang. 

2.Tidak rela hidup sederhana akhirnya memburu kesenangan dan kemewahan dunia hingga lalai dari menginggati Allah SWT. Sering merasa kecewa dan putus asa seolah-olah dunia ini segala-galanya. Terlalu mementingkan diri sendiri dan sanggup menindas orang lain 

3.Malas beribadah, kelazatan menikmati nikmat dunia menyebabkan lenyapnya kelazatan beribadah pada Allah SWT. Hilang kemanisan ibadah, malah dirasai kosong dan tidak bermanfaat.

*********************************

Seperti biasa, kalau weekdays, memang akan cari artikel yang best dari Facebook. So, sumber, Facebook lah!

Motif? Entah. The baby so cute! Haha!


Ok, dah nak pi kelas!

Sebarkan! Habis kelas ni nak tau perkembangan kes Anwar pula. Huhu! Politik. Adeh!

"Sebarkan dariku walau sepotong ayat"
(Rasulullah SAW)

Wassalam! :)

3 comments:

  1. kelahiran, sakit, tua dan kematian..manusia bakal lalui kesemua itu...that's normal because it's the life recycle...:)

    ReplyDelete
  2. Sedap utk Dibaca...Selamat Beramal

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang