Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, berjumpa lagi kita dalam segmen, err.... review buku.
Untuk koleksi buku, kat SINI. Kalau nak pinjam, gunalah baucar RM200 tu. Hehe! Beli sendiri!
Kali ini, nak review pasal buku yang dah 3 minggu yang lepas baca.
Fiksyen 302
Novel ini merupakan sebuah karya terbaru Ramlee Awang Murshid yang terbaru! Argh! I'm extremely happy to have all his book collection! Dia dah ada 19 buah buku, dan semua dah habis baca! :)
Koleksi! Dah baca dah semua! :) |
Fiksyen 302, bertemakan "Jangan Percaya". Dalam karyanya kali ini mengingatkan bahawa rasa percaya merupakan perangkap yang boleh mengancam nyawa. Apabila tersedar sahaja, maut sudah berada di hadapan mata! Melarikan diri adalah suatu perkara yang mustahil. Menyerah begitu sahaja menyebabkan kematian yang sia-sia. Cara paling selamat... jangan sesekali percaya! Sesiapa pun tidak terkecuali daripada pertuduhan, prasangka dan dijadikan suspek utama pembunuhan.
Sinopsis
Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.
Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat lagi daripada apa yang dijangkakan!
Ulasan Syafiq Ahadin
Hehe! Nak juga ulas. Ok, novel karangan terbaru ni, pasal 302 iaitu kod kanun jenayah seksyen 302 yang membawa hukuman gantung sampai mati. Diorang yang melakukan pembunuhan tu melakarkan 302 di dahi mangsa bunuh selepas diorang gantung mangsa sampai mati. Sama lah juga dengan hukuman gantung sampai mati.
Lepas diorang bunuh, diorang call polis untuk menyerah diri, lalu bertelanjang bulat di sebelah mayat mangsa (yang kena gantung) tanpa motif yang diketahui. Diorang kemudian kena bawa pergi ke penjara, ditahan reman, dipenjara sementara menunggu mahkamah memutuskan hukuman yang setimpal ke atas mereka. Tapi, mereka terlepas sebab mereka bekas ahli pusat pemulihan yang disahkan pulih tetapi tidak sebenarnya.
Sini, just nak bagi aura supaya anda membaca buku ini!
Persoalan, siapa yang mereka bunuh? Kenapa mereka bunuh mangsa-mangsa? Kenapa mereka mesti tulis 302 di dahi setiap mangsa yang telah dibunuh? Siapa Zanon? Rita Yuzalina? Tahun 2032? Projek Rahsia? Dina?
Segalanya bakal terjawab selepas anda membaca buku ini.
Rating? Well, ini salah satu buku yang PATUT dibaca. Rating 9/10. Tinggi kan. Haa! Tu pasal kena baca! Sebab best!
Di page paling belakang, Ramlee Awang Murshid sekali lagi membuatkan para pemcinta buku ternanti-nanti dengan karya terbaru beliau! Dia akan sambung cerita pasal Laksamana Sunan! Dan tajuknya, Sunan Musafir!
So, stay tune!
Thanks for reading.
Nota: Esok result MUET. Huhu!
Nota: Esok result MUET. Huhu!
Wassalam! :)
thx..lama dah cri sinopsis fiksyen 302 tp xde. novel ram mne yg x bes. dah agak laksamana sunan ada sambungan lg. sutera bidadari pun x beli lg wuwuwuwu...
ReplyDeleteps:gudluck rslt muet tu
yeayy...ade kt umh nih...nk bace..nnti hawiz gtau yer..hihi
ReplyDeleteowh semalam kat MHI TV3 ally & fetri ada promote buku ni,wah nampaknya novel ni akan termasuk dlm things-to-buy dpt gaji nanti hehehe.tq 4 the review ya....
ReplyDeletewah macam best!!.. tapi kebanyakan novel RAM ada kaitan kan??..sebab Lia ada baca juga novel RAM ni..
ReplyDeletedpt vaucer tu nt bleh la rembat satu..
ReplyDeleteseyes ko beli pakai baucer rm200?? Sila balas!!!!
ReplyDeletepek, kirim bg sama sya :D
ReplyDeletesya suka smua karya RAM...mngajar stiap pembacanya bfikir...smua koleksi RAM sy ad w/pun my sibling xminat ngn karya RAM, sy still setia ngn karya RAM...very interested
ReplyDeletebuku2 ramlee awang murshid memang the best..pernah baca satu je novel die mikhail rasanya..Yang lain tak termampu pulak nak beli sendiri akibat diri sendiri masih menganggur lagi..hahaha~
ReplyDeleteinteresting....da tau nk bli ap ngn baucer ue...thanks syafiq
ReplyDelete