Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Post ini super panjang. Cabaran, habiskan pembacaan anda! Moga dapat dimanfaatkan bersama! InsyaALLAH.
Alhamdulillah, hari ini hari Jumaat, sayyidul ayyam, penghulu segala hari. So, hari ini nak share pasal pembacaan dari sebuah majalah yang dah jarang dah baca sebab ada Solusi, lalalala! Kejam weh! Majalah Al-Islam.
Huhu! Hari tu ada buat post antara yang terpanjang iaitu pasal Dosa Itu Memang Meresahkan. Kalau mengikuti post-post melalut dalam blog yang serabut ni, just hoping that ada yang TERbaca dan TERsesat untuk membaca artikel tersebut olahan sendiri. Yeah! :)
Dosa itu memang lah meresahkan, tapi kadang kita boleh menghilangkan perasaan resah tersebut dengan apaaa? (Style cegu sekolah rendah nak tanya anak murid. Weee!)
Yeah, ofkos lah kita kena bartaubat. And most people nowadays TAUbuat instead of TAUBAT. Entah, dah berapa ratus kali dah tulis camni. Bohsan! Ko tau! Erk. Bila kita buat dosa, cepat-cepat lah nak bertaubat.
Lengah seketika ?
Weh, macam biasa kita dengar dan biasa saya garapkan dalam blog picisan (#okbai) ini, belum tentu lagi kita masih hidup lepas baca entry ni. Hehe! Allah takkan cepatkan atau lambatkan kematian kita walaupun sesaat. Sudahkan anda solat atau menunaikan kewajipan lain sebelum baca entry ini? =='
Tunggu jap ?
Haa! Camni lah keadaan manusia bila dah berada dekat akhirat nanti. (Allah, aku sungguh berdosa, ampunkan~~). Semua manusia (yang akan dihumban ke neraka) akan memohon kepada Allah agar dikembalikan mereka ke dunia sekali lagi setelah melihat betapa dahsyatnya neraka yang apinya menjulang tinggi tak tercapai dek akal mu.
Bila dah tengok kedahsyatan akhirat, baru nak bertaubat, padahal selama di dunia tak nak pula. Tu haa! Manusia mudah lupa. Our former Prime Minister said, "Melayu Mudah Lupa". Kalau Melayu Mudah Lupa, tak aci laa, sebab perkataan manusia tu dalam bahasa arab bermaksud PELUPA! Yeah!
Semasa berada di alam roh, Allah dah tentukan 3 benda. Ajal, Rezki dan Jodoh. But that's not mean that we don't have to wait and see for people to come and get us (pasal jodoh), tapi kita kena berusaha sedaya upaya. Baca ni juga untuk tatapan umum, Tips Cari Jodoh Bagi Wanita. Untuk Lelaki, SINI. Sila-sila.
Dan kita telah berjanji kepada Allah akan mematuhi dan patuh atas perintah Allah semasa berada di alam roh. Wallahualam. Yang saya pernah baca la. Correct me if I'm wrong.
Tapi bila kita keluar seja dari rahim ibu kita, lupa kita akan segala janji kita. Cuma diperingatkan dalam Quran, tak ingat ayat berapa (saya manusia, pelupa. Hak3!), "Dan tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaku."
Cerita pasal rahim ibu, nanti lah nak ulas. Yezza! Dapat idea! :)
Haa, tu diaa! Kita berada di muka bumi ini untuk jadi khalifah (pemimpin), kalau bukan ke atas orang lain, pimpin diri sendiri juga dikira pemimpin. Ye ke? Lantak!
"Setiap dari kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab atas setiap pimpinan kamu."
Kita diri sendiri ni memang ada pimpinan di bawah kita. Diri sendiri juga adalah di bawah pimpinan kita. So kalau kita tak berjaya nak pimpin diri sendiri, nescaya kelak Allah akan persoalkan pimpinan kita. Camne ko nak jawab? Allah! Terasa diri sendiri.
Jap, sampai mana dah melalut ni? Patut nak bincang sal taubat sebab aku pun banyak buat dosa yang terkira banyaknya!
Syarat-syarat Taubat
Somehow, aku lupa. Poor me. Jap2, yang setakat ingat la.
- Meninggalkan dosa yang dilakukan
Okeh, pasal ni, bagi contoh, huhu! Contoh apa ek? Anda telah berzina (Naudzubillah) atau lagi senang menderhakai ibu bapa (terasa diri sendiri). Dan bila dah sedari kecil gaduh, kuang ajar ngan mak bapak, or berzina dah lama dah, memang susah untuk berhenti bukan. Bukan senang! Lebih-lebih lagi bila dah jadi cam rutin. Tapi, sebagai langkah awal, ni lah yang paling penting kene buat! Tinggalkan dosa! Sentiasa berazam!
- Menyesali atas dosa yang dilakukan
Pasal ni, manusia ni boleh berubah-ubah tingkat keimanan diorang. Kadang di atas iaitu highest peak bila berada bersama-sama dengan para sahabat yang soleh. Dan berada pada paras lebih bawah dari paras laut iaitu apabila bersahabat dengan yang tak suka dengan agama. Pengaruh rakan tu sungguh kuat ko tau! Ya, saya tau! Tapi bila pikirkan pasal, "Oh, dia kawan saya, saya mesti tak boleh sakitkan hati dia." Pasal tu lah gejala sosial berlaku bukan sebab diri dia, tapi sebab KITA terperangkap dengan dunia ciptaan kita sendiri. Wait! Melalut semula. Bila kita sesali perbuatan kita, maka akan timbullah rasa insaf dalam hati.
- Berazam tidak akan mengulanginya lagi
Bila lepas kita buat dosa, lebih-lebih lagi dosa besar, kadang kita sangat kesal dengan perbuatan kita. "Oh tidak! Napa aku buat semua ni! Argh!" Sambil hentakkan kaki dan tumbuk dinding atau bantal dengan tangan, tekup muka guna bantal sambil teriak! "Arghhhh!" Time ni lah kita akan sedar betapa Bodohnya diri ini bila nafsu telah merasuki diri sendiri. Akal tak dapat nak bezakan mana baik dan mana buruk. Yeah! That's it! Kita akan rasa kesal yang teramat sehingga cakap, "Sampai mati aku takkan buat lagi!"
- Kalau buat dosa sesama manusia, minta maaf kat depa!
Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tak mengasihi saudaranya sendiri. Eh, betulkan ayat ni kalau salah ek. Minta maaf, just a simple word, tapi bila dah minta maaf, memang kita kena maafkan la! Bukan nak minta bagai macam nak minta itu lah, ini lah. Nak minta hadiah la! You! Kalau dah orang minta maaf, maafkan je lah! Sedangkan Nabi SAW yang kena teruk dicaci dimaki dihina mampu memaafkan, kita takkan tak leh kot? Weh! Dah besar panjang, just be rasional okeh! Ni luahan hati sendiri. Sob2, sedih bila kenang semula kisah lalu sampai kitorang terabai. Sedih tau!
Bila kita dah buat semua benda ni, dengan penuh keazaman, InsyaALLAH, kita akan diberkati oleh Allah, dan akan sentiasa sukses dalam hidup!
Tapi kan,sejauh mana kita nak ukur, adakah taubat seseorang itu diterima?
Tanda-tanda Allah Terima Taubat
- Keadaan orang yang bertaubat menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Ni sudah semestinya, kalau nak berubah, mesti lah jadi baik. Tapi tertarik dengan status facebook Teman Tapi Mesra (sila kunjungi blog beliau), Berubah kerana seseorang itu adalah salah satu jalan untuk berubah kerana Allah. Ye ke? Iye kan je la. Hehe!
- Perasaan takut akan sentiasa menyelubungi diri dan merasakan bahawa dia tidak selamat dari kemurkaan Allah walau sekelip mata.
"Janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu berasa sedih dan bergembiralah dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan Allah kepada kamu."
- Hatinya rasa luluh dan hancur kerana penyesalan serta ketakutan.
- Kehancuran dan penyesalan dalam hatinya sukar untuk digambarkan. Dia hanya pasrah kepada Allah.
Ni adalah garis panduan bagaimana kita nak tahu sama ada kita ni dah diterima taubat oleh Allah atau cuma sekadar supaya, "Wah, tengok Syafiq(bukan nama sebenar) tu, dah berubah! Alhamdulillah." Sehingga menimbulkan perasaan riak dan takbur serta ujub? Tidak! Itu kita buat sesuatu bukan kerana Allah. Niat yang salah. Betulkan niat anda! Yeah!
Dan garis panduan di atas dikupas oleh Dr. Yusof Qardhawi.
Dan kita? TERIMAKAH TAUBATKU?
Tepuk dada tanya iman. Diri sendiri yang tahu, sama ada kita ni betul-betul ikhlas nak berubah kerana Allah or just to show up? Wallahualam.
Anas berkata: "Diceritakan kepadaku bahawa iblis menangis apabila turun ayat ini, "Dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang mengampuni dosa selain Allah."
Dan kita juga kenalah selalu Bertaubat dan Beristighfar, baca Astaghfirullah. (Kan dah berzikir, simple dan mudah! Hehe!)
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seorang hamba telah melakukan satu dosa lalu ia berkata: "Ya Allah, aku melakukan satu dosa maka ampunilah aku." Maka Allah berkata: "Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku." Kemudian setelah beberapa ketika, dia kembali melakukan dosa dan berkata: "Ya Rabb, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku." Allah kemudian berkata: "Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya? Aku telah mengampuni hambaku." Kemudian setelah beberapa ketika dia melakukan dosa lagi dan berkata: "Ya Allah, aku telah berbuat dosa lain, maka ampunilah aku." Allah berfirman: Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang mengampuni dosa dan menghapuskannya? Aku telah mengampuni hamba-Ku (sebanyak tiga kali) maka lakukanlah apa yang disukainya."
Bukhari dan Musilm
Huhu! Begitulah serba sedikit perkongsian di pagi Jumaat yang mulia ini. InsyaALLAH kita bertemu lagi di lain hari. Lallalala!
Wallahua'lam.
"Sebarkan dariku walau sepotong ayat."
Wassalam! :)
Waa!! Terima kasih kerana mengingatkan saya :D
ReplyDeletethnxx utk ingatan apex! anda semakin mnjadi blogger yg ternama :)
ReplyDeleteterima kasih daun keldai. haha. sangat terharuuu baca.
ReplyDeleteassalamualaikum syafiq...n3 yang sgt menarik hati...:)
ReplyDeleteazam kena kuat kn kalau nk bertaubat. i'Allah kte trgolong dlm golongan org y kuat,. nice sharing ^^
ReplyDeleteterima kasih,,
ReplyDeletegood entry.. ^_^