Fenomena 'Suara Dari Langit' Akan Dijawab Minggu Depan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini hari Ahad. Last day mid-sem holiday. Pejam celik pejam celik, eh, dah nak masuk Februari dah.

Berbalik kepada tajuk asal, kerajinan melampau untuk online sehingga hilangnya semangat belajar (tolong aku weh!) sampai terjumpa berita pasal ini.

Sebelum itu, pasal fenomena 'Suara Dari Langit', kepada sesiapa yang tak tahu menahu, atau saja tak nak ambil tahu, boleh lah cek di Bunyi Aneh di Kota Samarahan.

Sumber: MyNewsHub


Berbalik kepada tajuk asal.

Fenomena 'Suara Dari Langit' Dijawab Minggu Depan

PETRA JAYA: Kejadian aneh ‘suara dari langit’ yang menggemparkan penduduk sekitar Kota Samarahan dekat sini pada 11 dan 12 Januari lalu, akan terjawab minggu depan apabila Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengumumkan hasil siasatan pakar mereka.

Timbalan Menteri, Sains dan Teknologi, Datuk Fadillah Yusof, berkata pihaknya yakin kejadian aneh itu mempunyai penjelasan dari sudut saintifik yang dapat diterima semua pihak, sekali gus menolak beberapa andaian tidak logik. 

Katanya, rakaman dan temu bual dengan penduduk yang mendengar suara aneh itu dibuat pasukan penyiasat dari Kuala Lumpur dengan jawatankuasa kementeriannya sedang menilai perkara berkenaan.
“Keputusan rasmi mengenai kejadian berkenaan akan dibuat oleh pihak MOSTI minggu depan selepas semua siasatan termasuk mendengar kembali bunyi aneh itu oleh pakar, dilaksanakan.

“Laporan awal mendapati kemungkinan besar bunyi berkenaan berpunca daripada pendandang kilang sawit milik FELCRA di Samarahan dengan pengesahan lanjut akan dibuat selepas ini,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi Parlimen Petra Jaya, di sini, semalam.

Baru-baru ini, penduduk di sekitar Kota Samarahan mendengar bunyi aneh antara jam 1 pagi hingga 5 pagi pada hari berkenaan dan ia mencetuskan pelbagai andaian penduduk di negeri ini dan tersebar dalam Youtube. 

Sumber: Bharian

*************************************************

Nak bagi komen sikit. Pasal hari Jumaat yang lepas, solat Jumaat. Tapi biasanya sebelum khutbah dimulakan, akan disampaikan tazkirah daripada penceramah jemputan, biasanya dari UM lah sebab dekat kan.

Then, dia ada cakap juga pasal fenomena aneh yang hangat ini.

Sometimes, and maybe everytime when we heard about 'fenomena pelik' or 'fenomena aneh' or 'fenomena ganjil', semua orang akan sibuk berbicara berkaitan dengan Kiamat, Dajjal, dan sebagainya. Jemput baca entry KeretaMayat yang bertajuk 2012 itu Kiamat? Dan entry Ada Apa Dengan 1 December?

Masih ingat, bila kejadian ini berlaku, punggung panas tak boleh duduk diam. Asyik nak bertaubat (bagus lah tu) dan terus ingatkan keluarga yang berada di perantauan dan sebagainya. Inilah kebaikan apabila fenomena aneh ini berlaku.

Dikatakan, pada hari tersebut, bukan di Kota Samarahan, Sarawak sahaja yang berlaku kejadian sedemikian. Namun ada 18 buah negara lagi mengalami kejadian yang sama. Sumber, penceramah Hari Jumaat itu. Percaya sahaja. Haha!

Tambahan pula, seperti kejadian dulu-dulu. Pasal seorang manusia yang diubah menjadi Babi, kecoh satu kampung, sampai surau masjid penuh dengan manusia. Even solat Subuh, macam solat Jumaat sebab takut jadi Babi. Tapi kalau jadi Lembu tak takut pula. Lembu dan Babi sama. Cuma Babi haram makan, Lembu boleh dimakan. Hehe!

Apa-apapun, kadang-kadang, saintis suka buat teori yang merapu dan bikin panas. Beberapa hari lepas ada tengok filem The Exorcist - Scariest Movie of All Time (padahal tak bikin takut pun. Maybe, high expectation), doktor yang merawat pesakit yang kena rasuk itu, cucuk sana cucuk sini. Duh! Sakit! Nak scan otak, but then, nothing has changed. Getting worse ada lah. Bila bawa jumpa paderi baru lah dapat selesaikan masalah tersebut. Tapi yang best cerita ini dimulakan dengan Azan. Huhu!

Ni lah dia yang kena rasuk.


Last but not least, kita sebagai manusia biasa yang tidak punya apa-apa, hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan kita sejagat. InsyaALLAH di lain hari kita bertemu lagi. Tunggu dan lihat sahaja apa keputusan yang akan diumumkan kelak.

Wassalam!

7 comments:

  1. assalamualaikum syafiq...betul tu kita kenalah tunggu minggu depan utk kepastiannyakan...:)

    ReplyDelete
  2. x sabar nak tunggu next week..jemput ziarah entry santai saya kali ni

    http://menulisdenganhati.blogspot.com/2012/01/alhamdulillah-dengan-sekali-lafaz-aku.html

    ReplyDelete
  3. knpe the exorcist to starting dy azan? mcm menarik je...

    kau update blog brpe kali ha?? aku sllu terlepas. dh la dkt list update blog, kau punya x ad. so sush ckit ak nk bce.

    ReplyDelete
  4. uihss.. kena tunggu minggu depan la pulak.. anyway, bagi mereka sedikit ruang untuk beri penjelasan di sebalik bunyi misteri tu..

    wahh, teringin jugak nak dengar, tapi bila bukak youtube suara dia cam tak berapa jelas sangat..

    ReplyDelete
  5. fes time ain datang sini..nice belog..penuh imformation..
    :)

    kiamat tu pasti akan berlaku..tapi kita sbga hamba kenela sentiasa bersedia..ye tak?

    http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rama-rama-sungguh-cantik.html

    mari sama sama kita hayati :D

    ReplyDelete
  6. fes time ain datang sini..nice belog..penuh imformation..
    :)

    kiamat tu pasti akan berlaku..tapi kita sbga hamba kenela sentiasa bersedia..ye tak?

    http://aindzaya.blogspot.com/2012/01/rama-rama-sungguh-cantik.html

    mari sama sama kita hayati :D

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang