Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulilllah, sambung lagi untuk hadis palsu popular yang dipetik dari buku 40 Hadis Palsu Popular.
Before that, nak bagi tahu bahawasanya pada hari ini, Chinese New Year! So, cafe tutup. Makkk!!! Mana nak cari makan! Terpaksa gak keluar pergi Midvalley.
Kembali ke tajuk asal.
Hadis 18: Cintakan Negara
Maksud hadis: "Cintakan negara adalah sebahagian daripada iman."
Ulasan Sarjana
- Ibn al-Jauzi dalam bukunya al-Maudhua't menukilkan pendapat as-Saghani yang berkata hadis ini palsu.
- Mulla Qari dalam al-Masnu' fi Ma'rifat Hadith al-Maudhu' menyatakan hadis ini tidak mempunyai asal usul.
**********************************************
Hadis seperti ini biasa akan kedengaran apabila disampaikan oleh para penceramah semasa menyambut hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957. Maka hadis ini dibacakan.
Ceramah tidak salah, tetapi, yang salahnya apabila hadis ini dibaca dan disebarkan dengan niat menjadikan sambutan kemerdekaan negara dapat diselitkan dengan unsur-unsus Islamik.
Islam tidak pernah menyuruh untuk membenci negara. Malah, cintakan negara juga tidak menyalahi syariat Islam. Namun, setakat dilafazkan di bibir semata tidak dapat membuktikan kecintaan yang sebenar tetapi haruslah dibuktikan dengan kita memakmurkan negara dengan cara yang ditetapkan oleh syariat Islam.
Namun, jika perasaan cintakan negara diletakkan di tempat yang paling tinggi, ia tidak bertepatan dengan syariat. Sekiranya cintakan negara berada di tempat yang paling tinggi, seseorang itu hanya berjuang demi mempertahankan negaranya semata-mata.
Hal ini berbeza dengan orang yang beriman, kita diminta untuk berjuang mempertahankan negara demi membela agama dan memelihara akidah. Inilah yang membezakan kita dengan orang kafir.
Kata Muhammad bin Soleh al-'Uthaimin dalam Syarah Riyadh al-Salihin:
"Seseorang yang berperang hanya untuk membela negerinya sahaja, maka dia bukanlah syahid. Kewajipan kita sebagai Muslim dan tinggal dalam negara Islam adalah berperang demi Islam yang ada di dalam negara kita.
Perhatikanlah dengan baik perbezaan ini. Kita berperang kerana Islam yang ada di negara kita. Jika sekadar kerana negara sahaja, maka ia adalah niat yang batil dan tidak berfaedah baginya. Manakala ungkapan yang dianggap hadis iaitu "Cintakan Negara Sebahagian Daripada Iman," itu adalah DUSTA."
*********************************************
Dah baca? Hmmm.... Saya rasa, dah ramai kot yang beli buku 40 Hadis Palsu Popular ini. Sebab dah ada voucher 200. Eh, tak! Hari tu jalan, tengok diorang beli novel. Huhu! SO, masih bergunalah post ini.
Ok. Anda baca, anda Sebarkan. Sila Share. Share. Share.
Thanks.
Wassalam! :)
tq for da info,, :D
ReplyDeletehadis tuntutlah ilmu ke negeri cina pun palsu..kan?
ReplyDeleteyes,,btul3..
Deletenice share... kadang2 takut jugak nak quote hadis.. takut2 hadis palsu...
ReplyDeleteinfo yg bagus..
ReplyDeletekalau beli buku ni makna berbaloi2 la dapat voucer tuw.. zaman akak mana ada voucer2, sendiri ada duit sendiri beli lah.. untung zaman adik kan..