Ceritera Wanita Bertudung Labuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghirup oksigen.

So kali ini artikel ni diberikan oleh Syafirah Ruslan, my assistant, haha! Kali ini post pasal wanita juga. Khas untuk wanita di luar sana.

Alkisah wanita bertudung labuh



“Awak ambik kos pendidikan Islam...”

“tak…”

“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya program sastera la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..

ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!

Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh...

Sebagaimana firmannya :

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " 
(An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai…

Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…

“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”

“Sebab saya tengok awak alim je”

“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…

Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.



Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah.

sekian......

*****************************************

Artikel ini digarap oleh wanita. Bukan Syafiq Ahadin mahupun Syafiqah. Haha!

Iktibar itu penting.

Sebarkan.

Sumber: Facebook

Wassalam! :)

11 comments:

  1. SALAM. ENTRI YG MENARIK.
    PETANG NI BLOG AKU CITER PASAL :
    PEREMPUAN, ISTERI DAN DOT DOT DOT
    http://awieomar.blogspot.com/2011/04/10-personaliti-gadis-bakal-menjadi.html
    HARAP SUDI LA TENGOK

    ReplyDelete
  2. sudah melekat kat dalam minda orang Malaysia yang tudung labuh itu ustazah... nak buat macam mana.

    betul tak semestinya yang singkat itu sedikit ilmunya..

    ReplyDelete
  3. cikgu tuisyen sy pakai tdung labuh , tapi ajar bi , lek je , haha

    ReplyDelete
  4. heeeeeee
    sebena nye lagi cool kalau yg biase2 pakai tdung labuh
    misteri :))

    ReplyDelete
  5. kalau gua nampak orang pakai tudung labuh , gua automatik panggil ustazah . biar dia suka sikit :))

    ReplyDelete
  6. betul2..
    org yg brtudung labuh ni xsemestinya ustazah..
    mereka hanya menjalankan tuntutan agama..:)

    ReplyDelete
  7. rasa hormat pada yg tudung labuh ni tinggi..org jarang bersangka buruk..

    ReplyDelete
  8. suka tengok perempuan pakai tudung labuh !
    :)

    ReplyDelete
  9. setuju ... :)
    tak semestiya wanita bertudung biasa tu tak baek n tak semua yg bertudug labuh tu baek & alim . ada sesetengah yg bertudung labuh cuma d sekolah (bg pelajar) . :)

    ReplyDelete
  10. cube letak prmpuan cntik seksi dkat sebelah prmpuan pkai tudung labuh. mmg kite akan mnpak prmpuan yg seksi uh lgi mnarik, tpi hakikatnya bile pndang prmpuan yg brtudung labuh, hati kite akan rase tenang dan sejuk je

    ReplyDelete

Follow my Insta: syafiq_ahadin

Nuffnang